Belum lagi letak nama, entahla aku sudah habis stok idea. Setiap tahun memang aku sediakan satu untuk aku catat kejadian penting agar mudah diingat dan dibuat dengan lebih tersusun. Tahun ini, aku gunakan notebook dengan insert dotdot yang aku beli secondhand daripada Sha Whitey Mommy, satu hari dia letgo kebanyakkan barang-barang art dia, jadi aku mengambil kesempatan membelinya.
Sebahgian notebook baru aku jadikan gift buat teman-teman daktiga, kerana sekalian temanku tidak minat dengan planner sebagaimana aku. I just simple me, aku lebih suka guna apa yang ada di sekeliling, lagi-lagi kitarsemula. Kebanyakkan planner aku sebelum ini hanya buat sendiri, kumpul kertas daripada buku sekolah anak-anak atau pun kertas A4 kosong dijilid sendiri. Rajin sedikit aku buat naskah by naskhah dan jahit semua jadikan notebook. Ada yang aku gam sahaja tepinya, kulit daripada kotak kek Secret Recipe.
Untuk tahun 2024 aku gunakan photobook kumpulan Nu'est, satu-satunya kumpulan kpop yang aku stand siap beli all Nuest merchandice, konsert je aku tidak pernah pergi, aku rimas untuk pergi tempat havoc begitu. Photobook tu cantik sangat, warna tema hitam-putih dan ruang kosong dalamnya sangat banyak, why not kita buat planner lengkap dengan sarungnya sekali. Alhamdulillah kulit ke kulit berguna untuk tahun 2024.
Tahun ini, kita gunakan lagi notebook yang sedia ada, lambat sangat hendak tunggu tuan asben bawa pulang kita conteng dululah. Tidak habis dekorasi sudah masuk tahun baru. Bulan Januari sahaja lengkap, kerana aktiviti sekolah masih ada dan sudah masuk tahun baru. Oh my!
So Planner 2025, please be nice. Jangan terburai awal-awal ye, banyak agenda menanti ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Dashboard. |
Planner inside. Edisi campak belakang: Planner-Journal. Kertas dan Pen. |
#sya2blackwhitenote2024 |
December dashboard. |
The insert. Tak sama setiap bulan sebab dekorasi ikut ruang kosong photobook. |
#sya2blackwhitenote2023 |
Buku sekolah daktiga. Siapa geng? hiii... sambung buat housework macam biasa. Daaa... |
14 comments:
ammi bukan seorang yang suka dengar planner. planner yang ada pun untuk simpan tarikh-tarikh penting office je. untuk diri sendiri ammi prefer simpan di handphone dan ammi kongsi juga di buku planner office.
buku sekolah lama anak biasanya bahagian yang masih belum berguna mmg ammi akan koyak dan simpan dalam satu folder. untuk dorang buat latihan math, kita tulis barang dan sebagainya
ya Allah, cantik nya...linda suka juga mcm nie...tapi, masa untuk menepek kan dekat planner tu takde...so, memang dekat kalendar customized je lah...penuh contengan...kdg2 tak muat, kita tampal sticker note yang comel2.. hahaha
eh eh..tersama plak. baru snap pic planner jugak, ingat sat lagi nak up kat entry..
happy new year 2025...cantik planner
kita tak pandai semua dgn hp plus pening nak hadap hp for byk perkara. cara memasing kan?
lagi penuh, lagi suka. stiker pun dah cantik2 skrg ni malah boleh buat sendiri lagi.
ajoms mummy, sila up.
happy new year sista, terima kasih. kita DIY saja.
Menarik cara awak manfaatkan bahan terpakai untuk hasilkan sesuatu yang berguna dan bermakna. Kreativiti seperti ini bukan sahaja jimat, tapi turut menyokong usaha kitar semula.
Suka juga mencoret sesuatu di buku tapi tak wajib pun. Lawa hias planner camtu ya....
Betul tu, kadang sayang nak buat sebab masih elok, jadi buat something yg bermanfaat.
Terapi kita ni kakEzna. Salah satu kesukaan yg tak payah nak bersiap cantik2.
Kalau dah sejenis tangan yg berseni campak lah barang apapun semuanya akan jadi cantik semula tak kisahlah barang lama recycle apapun. Kalau dicampak ibu ni ke umi pun mst cantik ibu ni umi hiaskan. Hahahahaha!
Ibu!!! boleh gitu ea? campak ibu kita gi cantik bersamalah. takkan ibu nak cantik seorang je kan.
Post a Comment