Friday, 20 November 2020

Sya2time dengan friendsistersiblings.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Wah! sudah tiga kali new post, taip intro dan selepas itu berlalu pergi tengok konsert Nu'est, hampeh! kali ini mesti cerita sampai habis, haha. Hari ni, aku kena jumpa kakak untuk ambil kek yang ditempah oleh kak Miza, sudah alang-alang menempah kek untuk kak Miza, aku tempah sekali untuk Linda. Aku rindu sungguh dengan keletah anak Linda yang berlima tu yang biasanya nampak kelibat pergi dan balik sekolah. Bila tidak sekolah terlalu lama, kita jadi rindu dengan suasana-suasana persekolahan. Mudah-mudahan kita akan back to track again. InsyaaALLAH!

Jadi, sebelum aku tiba di tempat yang dijanjikan depan pagar tempat kerja Shurizah, aku bershopping membeli buah tangan untuk mereka yang aku jumpa pada hari ini, bersedekah pada hari Jumaat, lebih pada hendak menggembirakan hati sendiri sebenarnya, rasa kekok bila berjumpa dengan orang yang kita rindu dengan tangan kosong- perangai seorang Syasya.

Aku tiba awal, seawalnya sewaktu Shurizah masih dalam bilik mesyuarat. Kakak pula sedang berusaha untuk awal, kerana beberapa masalah. Awal tidak awal aku memang senang sangat berjanji dengan dua orang ini, mudah semudahnya. Aku lebih suka menunggu sambil mengisi masa dengan berbalas teks bersama kak Su. Tidak lama menanti, kakak sampai meletak kereta di sebelah aku, menyimpan kek dan dia juga hendak berjumpa dengan Shurizah, elok sangat. Tengah borak-borak, nampak kelibat Shurizah dari dalam pagar yang dok terjengah-jengah.

"Wei, tak boleh keluar. Pagar depan sana?!" belum apa-apa dia dah suruh kitorang pergi pagar depan, walhal dia juga yang suruh kitorang jumpa di pagar tepi ini. Dia ni kannn...

"Malas, depan takde parking." aku menjawab dan kakak sudah pun hilang, ke hadapan pagar. Cun-cun je pagar pun terbuka, macam dalam drama. Allahuuu rindunya... Aku pantas mengambil barang dan menutup boot kereta kakak berlari mendapatkan mereka berdua yang sedang bergelak ketawa. Belum-belum sudah dramatik. Dengan lori kontena yang keluar dan masuk ditambah matahari sudah meninggi. Jadi bahan pula dibuatnya. Kami berbual bertiga, bergosip, ada saja topik yang keluar, sekejap ketawa, sekejap rasa geram, sekejap memekik, sekejap berkerut. Sama je reaksinya. 

Dua kali kata hendak balik, akhirnya kali yg ke tiga baru betul-betul bersurai. Alhamdulillah! terlerai rindu walaupun sekejap. Selepas jumpa mereka berdua, aku ke rumah Linda dan kak Miza hendak menghantar kek, singgah sebentar di kedai runcit dan pulang ke rumah. Macam biasa, mandi dahulu sebelum menunggu kak Aida menghantar Spegetti yang ku tempah. Sempat menggoreng popia ketam yang dikerjakan dek Adli-Arrizqi semalam. Dapat sahaja spegeti aku menjala roti jala pula untuk di regu dengan kari daging, alhamdulillah!



Selesai makan, aku kembali ke arena meja kerja untuk mengagih kerja sekolah daktiga. Semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini- insyaaALLAH! Syukur.

Rakan baik sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan! 

No comments: