Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!!!
Pantang diajak, pantas sahaja daku angguk dan setuju. Dapat keluar rumah, siapa saja yang hendak melepaskan peluang, wiii. Walhal aku sudah rasa hendak bemalas-malasan sahaja sambil dengar lagu SS501. Terngiang-ngiang ah, Sha la ni mempengaruhi pasal dia suka SS501, aku suka Nu'est. Alaaa, boleh saja, janji kpop- aku sukaaa. So bermalasan pun jadual sudah mula sejak awal pagi tadi, buat breakfast sewaktu tuan asben bersiap untuk berbasikal.
Baju kotor sudah pun selesai pusingan pertama, tinggal uniform tuan asben sahaja yang belum. Selesai bersiap, selesai menyidai basuhan, selesai mengemas dapur, aku duduk di meja makan. Tuan asben sudah pun balik bersandar di dinding menyejuk badan. Mengemas sedikit barang dan sedikit buah tangan untuk kak Miza, aku bersedia ikut tuan asben untuk keluar berbekam.
Sebelum ni keluar malam, kali ini pergi waktu siang tengah hari merembang. Hari Sabtu, tidaklah begitu sibuk, tenang-tenang sahaja. Kami ke Kg. Merbau Sempak. Masuk sahaja rumah Zati, aku minta pinjam tandas lebih dahulu, fuh! banyak sangat minum air asyik hendak terkucil sahajalah. Berbekam sambil berbual dengan Zati, mata aku mengantuk tahap gaban. Rasa hendak terlelap dengan suasana dingin rumah Zati. Aku selesai dahulu, baru tuan asben. Melewati waktu Zohor, urusan berbekam selesai. Tuan asben ke Putra Medical Center pula, untuk menempah tarik Adli-Arrizqi bersunat. Fuh! nerves.
Selesai urusan, aku masih berfikir hendak menu apa tengah hari ini, puas juga berpusing di Bandar Baru Sg. Buloh mencari makan, Kepsi-McD tolak tepi, jemu. Akhirnya, tuan asben berhenti di kedai mamak, roti canai sahaja. Sedap juga. Balik rumah, daktiga buat tidak hairan sahaja, kisah apa dorang janji dapat main games. Anak bapak sungguh-sungguh!
Pijar rasa bekas luka berbekam tu, aku tidak pasti 11 atau 13 cup, entah aku tidak mengira. Macam biasa belikat kiri dan pinggang paling likat darah bertoksin. Luka bekam ni 2 hari baru oke, sekali dengan rasa sengal macam kena pukul. Bila baik semua, baru badan terasa segar dan ringan. Sebab tu aku suka berbekam. Lusa, aku ada temujanji dengan klinik lagi, follow up untuk anemia. Semoga baik-baik untuk aku, simpan cerita dalam blog- puas hati boleh tulis panjang-panjang, wiii!
Rezeki bukan hanya berupa wang tetapi juga umur yang panjang,
nikmatilah kesihatan yang baik dikelilingi oleh kebaikan-kebaikan,
insyaaALLAH!
No comments:
Post a Comment