Friday, 12 September 2025

Hobi: Stiker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap tenggelam, kejap timbul si Syasya ni. Ada je, cuma sibuk dengan tugas hakiki dan hakikat. Siang di China sambil quilling, malam di Korea sambil main stiker, sampai kena gelak dengan daktiga. Bukan mak yang membebel ke anak suruh mandi, suruh tidur jadi terbalik pula apabila dibebel oleh daktiga.
"tak habis lagi ke umie?" Adli
"bawa tidurlah umie, dah 2.30pagi" Arrizqi sedangkan dia pun masih mundar-mandir dek mata tidak mahu lelap.

Aku suka tengok orang buat stiker, tidak kiralah stiker apapun, setakat ini aku jumpa tiga jenis material best untuk stiker:
1- jenis glossy
2- jenis matte
3- jenis lutsinar

Jika ada laser cutting machine, memang galaklah aku buat stiker tetapi TIADA. Kita gunting manual je. Kawan-kawan terdekat, yang jenis last minute meminta, memang dorang cari aku jika memerlukan. Berjanji bulan dan bintang kekdahnya dek nak guna URGENT. Aku onz saja sekiranya semua bahan diperlukan ada stoknya.

Kertas jenis matte ni boleh conteng atasnya, kertas paling digemari seorang Syasya.

Ni jenis transparent, kita try conteng dengan Pentel Fudetouch Brushpen, eh... jadiiii!

Kertas jenis glossy dan licin menjadi leceh sedikit sebab jika printer buat hal, ink akan jadi melimpah. 

Tiada laser cutting machine, kita gunting sendiri bebulat itu.

Tempahan dari kawan zumba untuk goodies hari ulangtahun kelahiran.

Sambil-sambil join handlattering challenge. Stiker lekat dalam planner.

Guna kertas jennis matte lagi, best sangat ni. 

Dicabar kakZiela untuk goodies browniesnya.

kakZiela again, simple is more.

kakZiela punya, kali pertama layankan permintaan dia. Gigih wei design guna Microsoft Word je, hahaaa~...

Permintaan Syiema geng zumba dedulu, entah dari mana dia tahu bakatku ini agaknya. Ceh, bakat.

Tempahan dari jiran belakang rumah, Mazlina. Ink warna buat hal, jadi hitam putih sahaja.

Stiker nama untuk Arrizqi.

Sekian entry untuk minggu ini, selamat bercuti semua. 


Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living. ~ Bill Malone.


هذا من فضل ربي

This is by the Grace of my Lord.


3 comments:

Aphizha said...

Terbalik sudah ye. Anak-anak pulak ingatkan Ummi. hihi..kalau dah minat, tak boleh buat apa lah. Kreatif betul Sya ni. Buat apa pun jadi je. Tak menahan tu janji bulan bintang sebab nak urgent. Hebat betul gunting manual. Tapi kalau dah minat, tak ada hal lah tu. Bestnya buat sticker sendiri. Suka jenis kertas jenis matte tu kalau ink laser okaylah tak cepat hilang kan. Dulu pernah guna buat label spices kat dapur. Tak silap ada alatan serbaguna tu kan, cricut ke namanya?

mama tisya said...

mcm2 design sticker tu..kalo dh hobi mmg tekun membelek kan

Sueann said...

Hobi boleh jadi sumber rezeki kan...