Friday, 12 September 2025

Hobi: Stiker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap tenggelam, kejap timbul si Syasya ni. Ada je, cuma sibuk dengan tugas hakiki dan hakikat. Siang di China sambil quilling, malam di Korea sambil main stiker, sampai kena gelak dengan daktiga. Bukan mak yang membebel ke anak suruh mandi, suruh tidur jadi terbalik pula apabila dibebel oleh daktiga.
"tak habis lagi ke umie?" Adli
"bawa tidurlah umie, dah 2.30pagi" Arrizqi sedangkan dia pun masih mundar-mandir dek mata tidak mahu lelap.

Aku suka tengok orang buat stiker, tidak kiralah stiker apapun, setakat ini aku jumpa tiga jenis material best untuk stiker:
1- jenis glossy
2- jenis matte
3- jenis lutsinar

Jika ada laser cutting machine, memang galaklah aku buat stiker tetapi TIADA. Kita gunting manual je. Kawan-kawan terdekat, yang jenis last minute meminta, memang dorang cari aku jika memerlukan. Berjanji bulan dan bintang kekdahnya dek nak guna URGENT. Aku onz saja sekiranya semua bahan diperlukan ada stoknya.

Kertas jenis matte ni boleh conteng atasnya, kertas paling digemari seorang Syasya.

Ni jenis transparent, kita try conteng dengan Pentel Fudetouch Brushpen, eh... jadiiii!

Kertas jenis glossy dan licin menjadi leceh sedikit sebab jika printer buat hal, ink akan jadi melimpah. 

Tiada laser cutting machine, kita gunting sendiri bebulat itu.

Tempahan dari kawan zumba untuk goodies hari ulangtahun kelahiran.

Sambil-sambil join handlattering challenge. Stiker lekat dalam planner.

Guna kertas jennis matte lagi, best sangat ni. 

Dicabar kakZiela untuk goodies browniesnya.

kakZiela again, simple is more.

kakZiela punya, kali pertama layankan permintaan dia. Gigih wei design guna Microsoft Word je, hahaaa~...

Permintaan Syiema geng zumba dedulu, entah dari mana dia tahu bakatku ini agaknya. Ceh, bakat.

Tempahan dari jiran belakang rumah, Mazlina. Ink warna buat hal, jadi hitam putih sahaja.

Stiker nama untuk Arrizqi.

Sekian entry untuk minggu ini, selamat bercuti semua. 


Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living. ~ Bill Malone.


هذا من فضل ربي

This is by the Grace of my Lord.


28 comments:

Aphizha said...

Terbalik sudah ye. Anak-anak pulak ingatkan Ummi. hihi..kalau dah minat, tak boleh buat apa lah. Kreatif betul Sya ni. Buat apa pun jadi je. Tak menahan tu janji bulan bintang sebab nak urgent. Hebat betul gunting manual. Tapi kalau dah minat, tak ada hal lah tu. Bestnya buat sticker sendiri. Suka jenis kertas jenis matte tu kalau ink laser okaylah tak cepat hilang kan. Dulu pernah guna buat label spices kat dapur. Tak silap ada alatan serbaguna tu kan, cricut ke namanya?

mama tisya said...

mcm2 design sticker tu..kalo dh hobi mmg tekun membelek kan

Sueann said...

Hobi boleh jadi sumber rezeki kan...

Suria Amanda said...

Hobi orang- orang kreatif ni...bleh geng ngan mummy ayu...DAnia pun kalau bab ni dia suka..

Roziah @ Cie said...

Kalau minat memang boleh jadi. Cantik2 semua font tu.

Mznimnwr said...

gigih sangat ni potong manual guna tangan! cantikla handwritten. best dapat sticker matte tu boleh main lukis2 terus atas tu

Bola Katok said...

Bukan calang-calang hobi ni. Sticker timbul macam 3D tak minat?

ch@ said...

sisAphizha: Betullah nama tools tu, cricut. Pernah main benda tu tapi jenis yg manual ja, mahal gilss. Kertas dgn buku kita suka namun part dapur, kebun dan menjahit kita seadanya ja.

ch@ said...

mama tisya: Kita sejenis suka duduk rumah, daripada tak buat apa kena cari hobi yg boleh jadikan kita sibuk.

ch@ said...

sisSueann: Alhamdulillah, lebih pada lapangkan fikiran sebenarnya.

ch@ said...

kakakSA: haaa.... Mummy Ayu pun kreatif, dia lagiiilah rajin. Dania leh geng kita dgn Auni la camni.

ch@ said...

Cie: terima kasih Cie, punca terjebak sebab suka quotes je. Alih2 boleh belajar kaligrafi walaupun suka khat, namun belum mahir lagi.

ch@ said...

Mazni: Saya memang gigih, eh mengaku pula hi~
sebenarnya, kak hendak memudahkan pihak yg buat tempahan tu. ala-ala mcm stiker kedai.

ch@ said...

Bola Katok: Sticker 3D yg timbul tu tak suka sangat tapi stiker 3D scene yg viral mcm entri sebelum ni, mmg suka gila. hahaa~

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sticker semua cantik² ..part nak kena gunting tu mencabar juga kan

uncle gedek said...

Kalau dah banayk tempahan... invest je beli mesin potong tu... hobi bikin duit ni!

Ezna Khalili said...

Hobi boleh mendatangkan hasil ni.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Tiap kesini, macam bertambah terus saya baca skill kakak ya 😄😄👍👍. Buat stiker pun bisa, cantik2 pula semuanya 😁👍👍. Memang serba bisa lah kak chA ☺️❤️❤️. Sanggub potong 1-1 juga

ch@ said...

CKL: sangat mencabar, lebih lagi bentuk tak lurus, fuh!

ch@ said...

uncle gedek: bila nak beli, rasa mcm ada yg lebih penting untuk dibeli.

ch@ said...

kakEzna: hobi yg menguji kemahiran. kdg ok je, kdg terasa mencabarnya banyak yg harus dipelajari lagi.

ch@ said...

fanny: ihiks, terima kasih fanny. tidak serba bisa, ada juga yg tak biasa kak buat. memotong tu, as long waktu due nya ok, okey saja. kadang customer kena potong sendiri.

Mulan said...

Cantik2 sticker.

adnil linda said...

Yang sama je tu, lukis sendiri satu² juga ke?
Arghhh...jeles tengok handlettering lawa gitu..
Kita nak tulis report pun menyampah tengok tulisan sendiri.. hahaha.

ch@ said...

kakMulan: terima kasih kak, Allah swt kurniakan ideanya.

ch@ said...

Linda: yg satu pattern tu, kita copy paste print je awaknya. alaaahaiii, tulisan tangan normal kita lagiii dasat tau. tapi gitu je la, asalkan boleh dibaca.

Time Traveller said...

Waaaa hebat.... Boleh kedepan lagi ni kalau dah pandai buat sticker ni.. cantik cantik design especially lukis sendiri tu.. ☺️👍🏻

ch@ said...

Time Traveller: terima kasih, semua dgn izinNYA. kita cuma sharing.