Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebelah badan aku mula rasa tidak best, badan mula rasa berat, kepala asyik sakit sahaja, emosi jangan cakap asyik rasa sebal dan rasa hendak telan orang, muka sudah mula pakai itu tidak kena, pakai ini tidak kena. Akhirnya, tuan asben mengajak aku pergi berbekam, yeay!
Ini kali ke-empat aku ikut sama berbekam (bekam kali ketiga aku tak buat entri), 15cup untuk separuh badan dan ke atas. Aku mula berbekam masa PKP tempoh hari, masa kali pertama pergi tu memang sepanjang jalan aku berdoa agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja, so far alhamdulillah. Aku serasi dengan rawatan berbekam walaupun rasa selepas berbekam tu seperti kena pukul, hahaa... kitanya manja.
Kali ini aku fokus sebelah badan kiri, lama sangat berkerja duduk depan PC, sampai badan pun rasa senget, dada rasa sempit. Sampai sahaja di rumah Urut dan Bekam Sunnah Suami Isteri, kita disambut Syafiq selaku pemiliknya, tuan asben masuk dahulu sementara aku akan berbekam dengan isteri Syafiq, Izatti. Izzati keluar tidak lama kemudian, beramah mesra seketika aku diajak masuk ke billik rawatan hanya aku dan Izzati, gitu.
Bilik simple je, seperti bilik di SPA rawatan untuk berbekam, aku diminta tukar pakaian dengan kain batik untuk memudahkan rawatan. Badan akan diurut dahulu untuk lembutkan permukaan kulit sebelum dicucuk dengan pen bekam (sejenis jarum sangat halus). Tak sakit, tapi lepas beberapa ketika akan rasa pedih dan merenyam gatal manja, rasa nak garu tapi ghisau. Jika tidak dijaga, boleh datangkan iritasi dan luka menjadi lebih lambat kering. Selepas itu bermulalah proses sedutan vakum darah kotor dan toksin yang tidak diperlukan badan ke dalam cawan-cawan kecil.
Kali pertama aku buat dahulu, berketul-ketul darah beku keluar pada setiap cawan, ngeri... tapi selepas seminggu rawatan badan jadi lebih ringan, rasa lebih gembira jadinya, rasa boleh tersenyum sampai telinga dan kelihatan lebih berseri-seri.
Sedikit info:
Bekam ialah perubatan yang menggunakan tekanan rendah ("negative pressure"). Macam vakum tu la, sedut darah atau angin kotor keluar. Dua jenis bekam yang biasa, bekam angin dan bekam darah. Antara kebaikkan berbekam seperti:
- melancarkan aliran darah
- meredakan sakit kepala, sakit otot dan sakit belakang
- melegakan penyakit sendi kronik
- mengawal tekanan darah tinggi
- membantu mengurangkan tekanan otot
- membantu melegakan keradangan
Kesan biasa selepas berbekam antaranya:
- kemerahan atau lebam (bekas sedutan)
- rasa ringan dan tenang
- rasa sedikit pening dan mengantuk
- rasa gatal dan sedikit miang
Kesan sampingan jika tidak dijaga dengan betul:
- jangkitan kuman
- gatal berpanjangan
- pendarahan berlebihan
- demam
Tips untuk lekas sembuh:
- minum banyak air
- rehat yang cukup
- elakkan mandi dengan air sejuk
- dapatkan rawatan dari yang professional sekiranya berisiko
![]() |
| Kita bekam di sini |
![]() |
| Alatan berbekam. Bunyi pen bekam tu best, macam bunyi pen tekan-tekan. |
Jadi sekian entri, esoknya aku balik Johor with my lovely husband, yeay! Sekarang ni aku hendak pergi Zul Erwan Veterinary Clinic untuk mandulkan si Vico dan Creamer. Jumpa nanti okey. Tataaa...
Healthy Body Happy Life --)@
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


16 comments:
saya sampai sekarang masih takut berbekam walaupun orang cakap tak sakit punn. banyak kebaikan utk badan jugak.
semoga ada keberanian nk try bekam 1 hari nanti xD
Moga yang baik² je..
Semoga perjalanan balik Johor lancar lah hendaknya..
Mazni: kali pertama hari tu, memang merisaukan ya. kita berbekalkan keTEKADan saja.
Linda: kita da balik rumah sendiri awaknya.
seram bila tgk psl bekam ...bff ada buat
Tak pernah berbekam & memang takut nak mencuba.
Seram nak berbekam ni. Takut darah pun ye. Kalau derma darah tu tak berani nak tengok. huhu...Kira berani juga sya berbekam ni. Kalau serasi dan ada kesan positif okaylah kan.
Macam best saja cerita orang berbekam ni. Saya teringin nak berbekam tapi sampai sekarang tak juga berbekam
mam tisya: masa pertama kali dulu mmg seram, bila kali kedua ok je.
Cie: takut-takut nanti, serasi jadi rindu hendak berbekam. ihiks!
Aphizha: betul tu, kita tak lepas derma darah. sebab tu kita suka berbekam. berbekam atau sauna.
sista Amie: let's go kak, jiayo!
Issh saya masih penasaran lah kak ttg bekam. Pengen coba, tapi ngeri juga hahahahahaha.
Suami pernah coba sekali. Dia bilang memang tak sakit. Saya nya saja yg terlalu paranoid 🤣
Mungkin memang harus coba, supaya tak penasaran lagi.
fanny: ayuh cuba fanny, bila cuba dan serasi gerenti nak ulang lagi dan lagi. inshaaAllah cari yg betul2 halal operasinya, means yg ikut prosedur, rasa di Indonesia lebih terkenal dgn rawatan bekam ni kan?
Pernah buat bekam sekali sahaja.. itu pun ketika waktu zaman belajar dahulu.. beberapa kali juga nak try bekam tapi asyik tak menjadi sahaja..
Time Traveller: jika sedia isitiqomah amalkan gaya hidup sihat, tiada masalah tidak berbekam.
Post a Comment