Sunday, 27 September 2026

Ulangtahun Kelahiran Adli: Kisah Kita.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah hantar tuan asben pulang ke Melaka, till we meet again asben terima kasih untuk sepanjang hari ini, bermula dengan pagi tadi membetulkan kepala paip dapur yang telah longgar hostnya mengeluarkan siren amaran bagai hendak tercabut kepala paip tu, frust betul kita dibuatnya. Jika pandai buat sendiri memang sudah lama benda tu dibereskan. Siap ditapaunya roti pisang, uuu dapnya. 

Lepas Zohor, kita gerak bawa daktiga pergi makan tengah hari plus malam terus, sebelum tu singgah kedai barang elektrik untuk cari kipas bilik Adli-Arrizqi yang sudah sebulan gagal berfungsi. Selesai urusan, marilah menuju ke tujuan sebenar. Belanja makan di Old Town White Coffee. Area Pusat Komersial, TSB ni semakin hari semakin meriah dengan kedai popular, ada MIXUE, ada Secret Recipe, ada Pusat Pakaian, ada Pustaka Buku, Eco, Mr. DIY dan memacamlah. Sesuai dengan namanya Pusat Komersial, cuma hendak ke sini dengan saja-saja memerlukan poket penuh, hehe~

Heart~ turns 15th today. 

air siapa yang master sangat ni? hahaa~

Beday Boy: Mihun + Ayam Krispi + chocolate pop
Auni: Megi sup + sosej + chocolate hazelnut sejuk
Arrizqi: Nasi Hainan Chicken Chop + Asamboi Rose Laici
Tuan asben: Nasi Lemak Ayam Rendang + Lemon Madu sejuk
Menu tambah: Drummet Crispy 6 ketui + Roti bakar 2
Me: Fish and Chip + white coffee cham.

Memasing dengan menunya, tidak lupa signature Oldtown, roti bakar dan kopi putihnya. Lama sangat teringin hendak makan di sini, kali terakhir makan di sini dengan Khaida, itupun entah tahun bila sudah tidak ingat. 

kenapa heart? daktiga ni, saja kita letak signature, awalnya asben Kekasih@cuttoncandy. Auni cinta (love), Adli hati (heart) dan Arrizqi jiwa (soul). Jika siapa yang baca since dorang born dan ingat lagi, memang kita guna cinta hati jiwa from the start selain baju sedondon tiga serangkai, hahaa.

Lepas makan, tuan asben bersiap untuk balik Melaka, tiada apa yang dibincangkan kali ini, kita bertanya tentang halatuju sesi mahkamah bulan Oktober nanti, tuan asben hanya menjawab entah. Dia tidak tahu bahawa perkataan "entah" tu buat kita jadi sebu, benda masih lagi belum betul-betul ada tamat yang mutlak. Minggu lepas, tuan asben menyuarakan hasrat menarik balik isu hangat ini. At the same time, she wA kita minta nombor akaun untuk pulangkan wang hantaran dari tuan asben, me just say itu antara you dengan my asben, duit my asben, kita taknak masuk campur hal korang berdua.

Tuan asben buat keputusan berbincang dengan bapa she dahulu, berbincang secara dalam talian sahaja, bapanya hanya menyerahkan semua keputusan kepada she, terpulang pada she hendak buat apa dan bagaimana. Buat masa ini, tuan asben bersetuju menerima semula wang hantaran dan she tetap dengan keputusan untuk tidak meneruskan relationship ke peringkat seterusnya. Putus. Yang jadi persoalannya sekarang, how bout me? hahaa~ kita just, tidak tahu hendak berperasaan macam mana, siap tanya chatgpt, rasa kosong betul. Bila kau sudah serahkan semua kehidupan pada ALLAH, memang gitu je la. Jalani kehidupan sesederhananya dan seadanya. Alhamdulillah, ada hari yang masih perlu kita jalani dan syukuri. Terima kasih semua atas doa dan kata semangat, semoga kalian masih sudi memberi kata semangat dan ambil pengajaran daripada cerita pendek kita ni. Yang terbaik, hanya ALLAH maha memberi, yang kurang baik daripada kita insan serba kurang dan lemah. 

random: cam tahu-tahu saja KopiRaso ni tau,
Zarul: TQ notis me at iG.

Jumpa nanti. Daaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

No comments: