Baru sudah hantar tuan asben pulang ke Melaka, till we meet again asben terima kasih untuk sepanjang hari ini, bermula dengan pagi tadi membetulkan kepala paip dapur yang telah longgar hostnya mengeluarkan siren amaran bagai hendak tercabut kepala paip tu, frust betul kita dibuatnya. Jika pandai buat sendiri memang sudah lama benda tu dibereskan. Siap ditapaunya roti pisang, uuu dapnya.
Lepas Zohor, kita gerak bawa daktiga pergi makan tengah hari plus malam terus, sebelum tu singgah kedai barang elektrik untuk cari kipas bilik Adli-Arrizqi yang sudah sebulan gagal berfungsi. Selesai urusan, marilah menuju ke tujuan sebenar. Belanja makan di Old Town White Coffee. Area Pusat Komersial, TSB ni semakin hari semakin meriah dengan kedai popular, ada MIXUE, ada Secret Recipe, ada Pusat Pakaian, ada Pustaka Buku, Eco, Mr. DIY dan memacamlah. Sesuai dengan namanya Pusat Komersial, cuma hendak ke sini dengan saja-saja memerlukan poket penuh, hehe~
![]() |
| Heart~ turns 15th today. |
![]() |
| air siapa yang master sangat ni? hahaa~ |
Memasing dengan menunya, tidak lupa signature Oldtown, roti bakar dan kopi putihnya. Lama sangat teringin hendak makan di sini, kali terakhir makan di sini dengan Khaida, itupun entah tahun bila sudah tidak ingat.
Lepas makan, tuan asben bersiap untuk balik Melaka, tiada apa yang dibincangkan kali ini, kita bertanya tentang halatuju sesi mahkamah bulan Oktober nanti, tuan asben hanya menjawab entah. Dia tidak tahu bahawa perkataan "entah" tu buat kita jadi sebu, benda masih lagi belum betul-betul ada tamat yang mutlak. Minggu lepas, tuan asben menyuarakan hasrat menarik balik isu hangat ini. At the same time, she wA kita minta nombor akaun untuk pulangkan wang hantaran dari tuan asben, me just say itu antara you dengan my asben, duit my asben, kita taknak masuk campur hal korang berdua.
Tuan asben buat keputusan berbincang dengan bapa she dahulu, berbincang secara dalam talian sahaja, bapanya hanya menyerahkan semua keputusan kepada she, terpulang pada she hendak buat apa dan bagaimana. Buat masa ini, tuan asben bersetuju menerima semula wang hantaran dan she tetap dengan keputusan untuk tidak meneruskan relationship ke peringkat seterusnya. Putus. Yang jadi persoalannya sekarang, how bout me? hahaa~ kita just, tidak tahu hendak berperasaan macam mana, siap tanya chatgpt, rasa kosong betul. Bila kau sudah serahkan semua kehidupan pada ALLAH, memang gitu je la. Jalani kehidupan sesederhananya dan seadanya. Alhamdulillah, ada hari yang masih perlu kita jalani dan syukuri. Terima kasih semua atas doa dan kata semangat, semoga kalian masih sudi memberi kata semangat dan ambil pengajaran daripada cerita pendek kita ni. Yang terbaik, hanya ALLAH maha memberi, yang kurang baik daripada kita insan serba kurang dan lemah.
![]() |
| random: cam tahu-tahu saja KopiRaso ni tau, Zarul: TQ notis me at iG. |
Jumpa nanti. Daaa~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.





21 comments:
happy birthday Adli..smoga jd ank yg soleh dan berjaya dunia akhirat..sedap tgk air ada topping chocolate chips tu
epi besday 'heart' ie bday boys. cute2 belaka nickname tu...MZ doakan yg terbaik utk relationship cha dan hubby...dan juga pihak ketiga tu..if dia berundur, bagus lah tu kan..tak pyh nak share2 ker apa ker
happy birthday Adli
Happy Birthday anak soleh!
Eh, sama dgn anak4 PH, anak nickname juga yg diorg je tahu :D
Pibeday belated Adli 🥳 Semoga membesar menjadi anak soleh tau.
Semoga Allah mudahkan urusan Cha dan suami. #hugs jauh utk Cha
tertinggal keretapi nampaknya ammi ni...tiba2 pulak nak putuskan relationship ye. apa pun semoga adalah yang terbaiklah untuk rumahtangga Cha
Happy Belated Birthday handsome boy. Moga cemerlang dunia dan akhirat.
Best kan layan BDG 😍
Happy birthday dak encem...semoga berjaya dunia akhirat ye...putus? kalau benar untuk tidak meneruskan relationship itu..alhamdulillah..sebaliknya jangan u-turn...Semoga Allah mudahkan urusan rumahtangga Cha dan suami...meh akak peluk meh....
Happy birthday Adli. Semoga menjadi anak yang soleh.
Ada la hikmahnya tu tetiba tak jadi pulak ek? Semoga baik2 saja semuanya.
Adli said "terima kasih semua aunty comel dan cantek seantero asia".
mama zharfan, faa, ammi, kakSA, cie: terima kasih doanya, doakan terus. InShaaALLAH semua akan baik-baik aja. hugs~
kakmulan: best dan suka sangat.
Hepi belated besday Adli.. wah sebaya aqeem rupanya...
Untuk sekian kalinya,
Sekali dah terguris susah nak pulih..
Sekali dah terkena, memang payah nak percaya lagi..
Kita rasa diri dah cukup sempurna dimata dia tapi rupanya masih ada yang perlu dibaiki sehinggakan dengan mudah dia menandang ke arah yang lain TAPI...
Bila yang dipandang mula berubah hati, eh dengan senang dia berpaling semula kepada kita.
Maaf, kita juga turut emosional situasi begini. Semoga cha dan anak² sentiasa dilindungi dan semoga cha diberi kekuatan dalam membuat keputusan yang terbaik utk diri sendiri dan anak².
Happy Belated Birthday Adli. Dah besar dah anak2 hang pa no.
Paham sangat rasanya , kosong terasa... Tapi balik lagi ke Cha nak bagaimana. Cerita kita berbeda soalnyaa. Dulu pernikahan pertama saya gagal karena ex selingkuh, bukan nak minta restu yang lain 😅. Jadi bagi saya memang tak termaafkan. Tak ada cerita kalau itu. Tapi kalau macam Cha, tak tahulah nak bilang apa 😔..
Apapun yang terbaik untuk Cha dan anak2 yaaa 🤗. Eh tak jauh beda usia Adli dengan anak saya yang pertama 😄👍
kak retna: terima kasih kak, the whole u said semua betul dan sangat terkesan. doakan kita strong utk build semula apa yg dah hilang. kita ni manusia yg sgt banyak kelemahan. hugs~
abang shai: alhamdulillah, ALLAH izinkan jaga sampai berumur sekian. ihiii~
fanny: biar ku seorang saja yg tahu dan faham dgn kedudukan itu fann. awak doakan je, kita dikuatkan hatinya, ditinggikan lagi rasa sabarnya. oh ye? ke sebaya Arrizqi anak u tu?
Sebenarnya akak sedih pula baca luahan rasa post yang ni.... :( Tapi tiba2 akak tersenyum bila She nak putuskan pula....pilih yang lain la yang masih single mingle. Ramai lagi tu. Tak payah direbut yang dah ada anak beberapa ni haaa...buat anak sendiri la....(pssst kalau she terbaca bagus juga).
Moga yang baik2 ajer ya....pengakhirannya yang baik juga...aamiin.
Gambar first post ni sebijik gaya Ian anak Mummy Ayu.
kak ezna: thank you so much sista, let them go. aaagitu~ kita tak rajin memikirnya.
kak ezna: kita lama tak singgah blog MA.
semua da hendak sendiri, outfit xnk sama ngn adik, brg personal pun beli sendiri, da pandai melepak dgn kekawan. semoga Adli terus baik-baik saja.
Linda tak pandai bermain dengan kata².. tapi, sangat setuju dengan komen kak Retna..
Linda doakan yang terbaik untuk sis..aamin
Post a Comment