Chapter 1 Entri balik umrah Januari lepas.
Chapter 2
Kitanya sudah letih berendam air mata, Aidilfitri pun disambut dengan muka biasa sedangkan hati bergelora, kisah Januari sampai ke akhir Mac tuan asben jumpakan aku dengan she, oh my~ aku hampir sahaja mahu membuat lencongan sebaik sahaja ambil Auni pulang sekolah, malangnya hari itu aku belum bersolat Zohor lagi dek kerana uruskan Adli lebih dahulu. Berlengah-lengah melambatkan masa akhirnya tiba masa tuan asben (tA) bawa berjumpa. Dalam kereta, diam. Hati libang-libu. Ini kerja gila.
"hendak aku jadi bagaimana? mengamuk? berbaik? muka subtitle?" tA pun berdebar, dia minta kebenaran aku pergi cari she untuk jumpakan juga dengan aku. Semua orang rasa berkecamuk, namun dalam keadaan ini, aku kena jadi sangat rasional, hendak rasional macam mana woi... aku rasa eh tak payahlaaa. Keadaan ini memang tidak memihak dengan aku sekarang ni, katanya berkenalan, namun emosi aku belum betul-betul ready dia bersungguh ajak jumpa she. Apatah lagi bila he know everything bout her. Yaw~
So kita jumpa, borak je. Me just me, she just her. Berborak daripada Taman Layang-Layang Kepong hujan dan beralih ke One Utama, Syasya kan suka mall. She pilih Taman Layang-Layang tu, senang nak crying orang tidak ramai. Lagipun aku puasa hari tu. Sebelum berbuka she hantar aku balik dan kehidupan berjalan dengan biasa, petang tu she hantar tA ke stesen bas untuk balik Melaka, she balik Perak. Aku? hrmmm rasa macam strong, leleh jugaaak. She said me baik sangat. No i'm not.
Chapter 3
Emosi kejap ok kejap tidak, aku hendak berterima kasih pada Linda dan kakEzna yang pm/dm me secara personal, follow up the stories, terima kasih dengan teman bloghijau ni meninggalkan komen yang semuanya harmoni sangat, THANK YOU.
Hujung minggu tu, she ajak me lepak pantai. Dan hero kita pun said "pergilah" siap diperingatkan macam-macam ye, kitakan baru hendak berkenalan sudah kena assignment bermalam 3 hari 2 malam pula, Royal Chulan Cherating Beach Resort. Pergi ke tak, pergi ke tak, packing juga. Jika aku ganyang she di sana tidak siapa pun tahu bukan? just she and me.
TA suruh aku bercuti sekali, dia uruskan rumah yang memang tengah berantakan syiling runtuh kali lepas, "Linda, rumah kak dah tak horror lagi" plus uruskan daktiga sekali. Situasi kali ini, aku minta apa sahaja, semua tA tunaikan. Misi kali ini, heart to heart dengan she. Korang, aku hendak rasa macam mana? tang mana healing bercuti katanya tu. Aku termasuk dalam drama bersiri, gila kuasa tiga.
Aku buat gap, as sister besfren, kena buat sebab aku dah mula rasa hendak panik attack. Bersalahkah aku? Dengar je cerita dia, dia dengar je cerita merapu aku, aku bukan penglipurlara. Jalan-jalan pantai, cari makan, jalan-jalan mall. Kebetulan malam tu ada Pesta Tanglung, aku punya mereng sampai satu apapun tak ambil gambar. She banyak ambil gambar. I just wana do nothing. Dengan tA yang every hour rojer, tenang tang mananya NYAH~
Pagi pantai, tengah hari jalan mall, sebab midnite berborak sampai jam 3 4 pagi, jalan dalam mall pun rasa weng-weng. Maka balik chalet heart to heart again. Aku biar she tidur sebab she yang banyak drive ke sana-ke sini. Esok sebelum balik, singgah beli kepok dulu. Balik tu something happened to her car, getah lubang udara atas bumbung longgar, need bengkel to repair it. Cambiasalah, pergi bengkel dengan hero kita tu. Melopong mak tengok dari pintu, hahaaa~ diperkenalkan dengan daktiga sekali. Daktiga diam ja, semua okey janji umie ada, koranglaaakan. Haih~
So semua berjalan biasa ja sehingga perbincangan di buat. Rela? redha? paksa dalam rela? entah, aku sendiri pun tidak tahu apakah yang akan terjadi ke seterusnya, kerana aku sudah di fasa "kehidupanku ku serahkan kepada ALLAH semuanya". Aku jalani sahaja mencari ibrah dan hikmahnya. Bye April.
Chapter 4
Hi May! Janji dengan photoghrapher jam 11am, jam 10am aku sudah ready beroutfit cantik biarpun emosi, hati, dan otak tengah berperang. Aku kan pegang watak penting dalam ini wayang, tA cari she dengan motor bila nunggu dan call tak respon, gitukan? pastu kita bertiga berbaju sedondon menuju ke tempat photoshoot. Ada apa hari ini? Aku tak suka hari ni, nampak sangat mak-mak ke aku ni? photoG tu ingat aku ni mak tA, ko ghaser? aku merajuk bukan aku cemburu, aku merajuk sebab tA tidak briefing photoG tu awal masa dia tempah studio. Kecik ati I. Tapi diakui memang akulah yang paling tua dalam situasi ini. So photoshoot kisah sarung cincin berlaku dalam studio sahaja.
Kita balik Hulu Langat petang ini, diperkenalkan dengan keluarga tA. Sebenarnya, aku tidak mahu ikut namun, jika aku tidak pergi she lagiiilah tidak mahu pergi. Adeih~ Memang aku kena followlah kekdahnya, sekali lagi tA mujuk she, bawa bertazkirah, aku dengan daktiga di rumah is waiting, mood jangan cakap, memang tah ke mana-mana. Layan je la, since aku sudah serah semua kehidupan aku pada ALLAH swt. Aku tidak apa-apa. Berjaya balik Langat bersama. Semua okey.
Kita pergi berkelah di Sungai Congkak masuk free guna IC Mija, penduduk asal Hulu Langat, hahaaa~ (Sg. Congkak tu belakang rumah abah ja) pada esok hari. Mija goreng mihun, goreng naget, beli jajan siap-siap. Pelan asalnya hendak hiking tapi jadi berkelah. Katanya hendak briskwalking, sudahnya aku jalan sesorang, balik berkelah semua kecapekkan. Tau-tau tA update wA temankan she masuk air kat klinik, errrrrrrrrr.......thank you Mija for the hugs on this day. Gitulah~
Esoknya, on way back balik jalan-jalan mall, konon beli hati aku. Beli hati dapat OPPO Se Pad sempena ualngtahunlah gitu, pastu buat bekam, makan and lepas maghrib, macam biasa aku ditegur sebab muka subtitle aku. What to do, hikmah bersabar tu sangat tinggi ye. Aku hantar je dorang balik Melaka konvoi kereta asing-asing dan closed the door faster. BAMMM~
Ulangtahun aku, on May, on hari ni memang aku kecil hati yang tersangat, siang aku celebrate makan tosei dengan fren, petang tu tA celebrate staffnya makan western bagai minta mendoakan tanpa aku tapi ada she di Melaka, entah kepelikan situasi apapun aku taktahu, layan je la.
![]() |
| pengaruh rakan sebaya. terpaling tua, ye is me... hahaa~ |
Chapter 5: Masih dalam May. Carilah tajuk Dari Mall Ke Mahkamah, jika hendak baca.
Chapter 6
Setengah tahun, tiga bulan dalam situasi entah apakebendanya ni. Kali ni aku memang langgar je la, malas mikir. Sudah memasing pun asyik kata takyah fikir, aku pun buat hal aku je la. Sampai panggilan ke dua yang tajuknya Mahkamah Sekali Lagi. After that, memang aku tidak port sangat, sebab aku busy. Anniversary pun gitu-gitu je la yang tA tinggal handphone di Melaka tu, ada entri tu hujung Jun.
Bulan bertukar, ku teruskan improve myself je. Yang dia dan she tu aku tidak mahu tahu lagi. Keduanya telah aku briefing, jika tidak jadi aku and she stay sister besfren. Jika akad, aku tarik diri. Aku masih ada, cuma jarak tu tidak lagi besfren. Aku hendak cari hati aku balik, aku taknak hilang diri lagi sekali. Aku serik. She mahu kawan dengan aku, ok onz letsego. He going back to me, okey let's do as what are u said before, tak payah fikirlah.
So, kita sambung mahkamah bulan Oktober kan? aku tidak tahu apa kesudahannya. Sekarang, aku masih anggap she as sister besfren. Bukan aku tidak mahu hai she, she sendiri sudah buat bonding, if she okey she find me, if not she in weng-weng phase or with her family, and I totally understeng.
Untuk hari ini, September hai Nurul Fatehah binti Mohd Tarmizi, Happy Birthday.
Semoga sentiasa di bawah jagaan dan redha ALLAH swt.
Sekian kisah antara Aku, Dia dan She. Aku rangkum dalam satu entri sekaligus, biar habis cerita dlm satu entri meskipun pengakhirannya entah bagaimana. Duniakan tempat ujian, ujian yang diberi ikut kemampuan, kita usaha, kita doa, kita tawakal. Doakan kita sentiasa istiqomah, ok. Saya okey, yang baik jadikan tauladan, yang tidak tu lupakan je la. Habis sini je kisah ni, ada lagi nanti kita sambung lagi. Maafkan kita buat uols ikut emosi. Tarik naaafaaaas dalam-dalam, hembus. Daaa~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

















No comments:
Post a Comment