Wednesday, 23 September 2026

Antara Aku, Dia dan She.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Chapter 1 Entri balik umrah Januari lepas. End day: Hatiku Terbang Menghilang~

Chapter 2
Kitanya sudah letih berendam air mata, Aidilfitri pun disambut dengan muka biasa sedangkan hati bergelora, kisah Januari sampai ke akhir Mac tuan asben jumpakan aku dengan she, oh my~ aku hampir sahaja mahu membuat lencongan sebaik sahaja ambil Auni pulang sekolah, malangnya hari itu aku belum bersolat Zohor lagi dek kerana uruskan Adli lebih dahulu. Berlengah-lengah melambatkan masa akhirnya tiba masa tuan asben (tA) bawa berjumpa. Dalam kereta, diam. Hati libang-libu. Ini kerja gila.

"hendak aku jadi bagaimana? mengamuk? berbaik? muka subtitle?" tA pun berdebar, dia minta kebenaran aku pergi cari she untuk jumpakan juga dengan aku. Semua orang rasa berkecamuk, namun dalam keadaan ini, aku kena jadi sangat rasional, hendak rasional macam mana woi... aku rasa eh tak payahlaaa. Keadaan ini memang tidak memihak dengan aku sekarang ni, katanya berkenalan, namun emosi aku belum betul-betul ready dia bersungguh ajak jumpa she. Apatah lagi bila he know everything bout her. Yaw~

So kita jumpa, borak je. Me just me, she just her. Berborak daripada Taman Layang-Layang Kepong hujan dan beralih ke One Utama, Syasya kan suka mall. She pilih Taman Layang-Layang tu, senang nak crying orang tidak ramai. Lagipun aku puasa hari tu. Sebelum berbuka she hantar aku balik dan kehidupan berjalan dengan biasa, petang tu she hantar tA ke stesen bas untuk balik Melaka, she balik Perak. Aku? hrmmm rasa macam strong, leleh jugaaak. She said me baik sangat. No i'm not.


Chapter 3
Emosi kejap ok kejap tidak, aku hendak berterima kasih pada Linda dan kakEzna yang pm/dm me secara personal, selain teman rapat dan adik beradik asben yang follow up the stories, terima kasih dengan teman bloghijau ni meninggalkan komen yang semuanya harmoni sangat, THANK YOU. 

Hujung minggu tu, she ajak me lepak pantai. Dan hero kita pun said "pergilah" siap diperingatkan macam-macam ye, kitakan baru hendak berkenalan sudah kena assignment bermalam 3 hari 2 malam pula, Royal Chulan Cherating Beach Resort. Pergi ke tak, pergi ke tak, packing juga. Jika aku ganyang she di sana tidak siapa pun tahu bukan? just she and me. 

TA suruh aku bercuti sekali, dia uruskan rumah yang memang tengah berantakan syiling runtuh kali lepas, "Linda, rumah kak dah tak horror lagi" plus uruskan daktiga sekali. Situasi kali ini, aku minta apa sahaja, semua tA tunaikan. Misi kali ini, heart to heart dengan she. Korang, aku hendak rasa macam mana? tang mana healing bercuti katanya tu. Aku termasuk dalam drama bersiri, gila kuasa tiga. 

Aku mula buat gap, as sister besfren, kena buat sebab aku dah mula rasa hendak panic attack. Bersalahkah aku? Dengar je cerita she, she dengar je cerita merapu aku, aku bukan penglipurlara pun. Bila she tanya pasal tA, aku suruh she learn herself, pasal tA dengan aku tidak sama dengan tA dengan she. Jalan-jalan pantai, cari makan, jalan-jalan mall. Kebetulan malam tu ada Pesta Tanglung, aku punya mereng sampai satu apapun tak ambil gambar. She banyak ambil gamba meanwhile me just wana do nothing. Dengan tA yang every hour rojer, tenang tang mananya NYAH~

Pagi pantai, tengah hari jalan mall, midnite berborak sampai jam 3 4 pagi, jalan dalam mall pun rasa weng-weng. Balik chalet heart to heart again. Tidur, tA advice aku jika she tantrum, she just need hugs. Eh? Aku biar she tidur ja sebab she yang banyak drive ke sana-ke sini. Esok sebelum balik, singgah beli kepok dulu. Balik tu something happened to her car, getah lubang udara atas bumbung longgar, need bengkel to repair it. Cambiasalah, pergi bengkel tA, hero kita tu. Melopong aku tengok dari pintu, hahaaa~ diperkenalkan dengan daktiga sekali. Daktiga diam ja, semua okey janji umie ada, koranglaaakan. Haih~

So semua berjalan biasa ja sehingga perbincangan di buat. Rela? redha? paksa dalam rela? entah, aku sendiri pun tidak tahu apakah yang akan terjadi ke seterusnya, kerana aku sudah di fasa "kehidupanku ku serahkan kepada ALLAH semuanya". Aku jalani sahaja mencari ibrah dan hikmahnya. Bye April.









Chapter 4
Hi May! Janji dengan photoghrapher jam 11am, jam 10am aku sudah ready beroutfit cantik biarpun emosi, hati, dan otak tengah berperang. Aku kan pegang watak penting dalam ini wayang, tA cari she dengan motor bila nunggu dan call tak respon, gitukan? pastu kita bertiga berbaju sedondon menuju ke tempat photoshoot. Ada apa hari ini? Aku tak suka hari ni, nampak sangat mak-mak ke aku ni? photoG tu ingat aku ni mak tA, ko ghaser? aku merajuk bukan aku cemburu, aku merajuk sebab tA tidak briefing photoG tu awal masa dia tempah studio. Kecik ati I. Tapi diakui memang akulah yang paling tua dalam situasi ini. So photoshoot kisah sarung cincin berlaku dalam studio sahaja. Syarat bertunang saja.

Kita balik Hulu Langat petang itu, untuk diperkenalkan dengan keluarga tA. Sebenarnya, aku tidak mahu ikut namun, jika aku tidak pergi she lagiiilah tidak mahu pergi. Adeih~ Memang aku kena followlah kekdahnya, sekali lagi tA mujuk she, bawa bertazkirah, aku dengan daktiga di rumah is waiting, mood jangan cakap, memang tah ke mana-mana. Layan je la, since aku sudah serah semua kehidupan aku pada ALLAH swt. Aku tidak apa-apa. Berjaya balik Langat bersama. Semua okey.

Kita pergi berkelah di Sungai Congkak masuk free guna IC Mija, penduduk asal Hulu Langat, hahaaa~ (Sg. Congkak tu belakang rumah abah ja) pada esok hari. Mija goreng mihun, goreng naget, beli jajan siap-siap. Pelan asalnya hendak hiking tapi jadi berkelah. Katanya hendak briskwalking, sudahnya aku jalan sesorang patah balik tA temankan sambil dibriefing again, kalah aku di sini, terasa jauh sangat. Balik berkelah semua kecapekkan. Tau-tau tA update wA temankan she masuk air kat klinik, errrrrrrrrr....... thank you Mija for the hugs on this day. Gitulah~

Esoknya, on way back balik jalan-jalan mall, konon beli hati aku. Beli hati dapat OPPO Se Pad sempena ulangtahunlah gitu, pastu buat bekam, makan and lepas maghrib, macam biasa aku ditegur lagi sebab muka subtitle sepanjang outing. Balik lagi aku disuruh faham keadaan, habis-habis aku dipaksa terima keadaan, sampai satu tahap aku block tA. Anoyying~ What to do, hikmah bersabar tu sangat tinggi ye. Aku hantar je dorang balik Melaka konvoi kereta asing-asing dan closed the door faster. BAMMM~

Ulangtahun aku, on May, on hari ni memang aku kecil hati yang tersangat dan tersayat. Siang aku celebrate makan tosei dengan fren, malam tu tA celebrate staffnya makan western bagai minta mendoakan aku tanpa aku tapi ada she di Melaka, entah kepelikan situasi apapun aku taktahu, layan je la. Beria.






pengaruh rakan sebaya. terpaling tua, ye is me... hahaa~

Chapter 5: Masih dalam May. Carilah tajuk Dari Mall Ke Mahkamah, jika hendak baca.

Chapter 6
Setengah tahun, tiga bulan dalam situasi entah apakebendanya ni. Kali ni aku memang langgar je la, malas mikir. Sudah memasing pun asyik kata takyah fikir, aku pun buat hal aku je la. Sampai panggilan ke dua yang tajuknya Mahkamah Sekali Lagi. After that, memang aku tidak port sangat, sebab aku busy. Anniversary pun gitu-gitu je la siap tA tinggal handphone di Melaka, ada entri tu hujung Jun.



Bulan bertukar, ku teruskan improve myself je. Yang dia dan she tu aku tidak mahu tahu lagi. Keduanya telah aku briefing, jika tidak jadi aku and she stay sister besfren. Jika akad, aku tarik diri. Aku masih ada, cuma jarak tu tidak lagi besfren. Aku hendak cari hati aku balik, aku taknak hilang diri lagi sekali. Aku serik. She mahu kawan dengan aku, ok onz letsego. He going back to me, okey let's do as what are u said before, tak payah fikirlah.

So, kita sambung mahkamah bulan Oktober kan? aku tidak tahu apa kesudahannya. Sekarang, aku masih anggap she as sister besfren. Bukan aku tidak mahu hai she, she sendiri sudah buat bonding, if she okey she find me, if not she in weng-weng phase or with her family, and I totally understeng. 

Untuk hari ini, September hai Nurul Fatehah binti Mohd Tarmizi, Happy Birthday. 
Semoga sentiasa di bawah jagaan dan redha ALLAH swt.


Sekian kisah antara Aku, Dia dan She. Aku rangkum dalam satu entri sekaligus, biar habis cerita dlm satu entri meskipun pengakhirannya entah bagaimana. Duniakan tempat ujian, ujian yang diberi ikut kemampuan, kita usaha, kita doa, kita tawakal. Doakan kita sentiasa istiqomah, ok. Kita okey, yang baik jadikan tauladan, yang tidak tu lupakan je la. Habis sini je kisah ni, ada lagi nanti kita sambung lagi. Maafkan kita buat uols ikut emosi. Tarik naaafaaaas dalam-dalam, hembus. Daaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

22 comments:

Pizzah said...

Saya baca sampai habis. Dah macam cerita novel. Kenapalah kan seorang lelaki boleh bertindak sebegitu. Cannot brainlah.
Fuhhh...kuatnya seorang Sya. Terlalu baik. Semoga Sya terus baik-baik je.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Baca dari awal sampai akhir, bab2 sebelumnya pun saya dah baca, dan jadi banyaaaaak sangat pertanyaan yang saya nak tanya sebenarnya, tapi saya tak ingin buat kakak makin sedih 🤗🤗🤗.

Kadang ya kak, saya pun terpikir, seandainya saya mengalami apa yg kakak alami, akan kuat kah saya. Saya akan melawan atau saya akan pasrah...

Jujur sangat, di usia 40an ini saya macam tak nak cari keributan.. saya hanya ingin tenang. Saya ingin melakukan passion saya keliling dunia. Jadi kalau seandainya saya mengalami itu, ntah apalah keputusan saya.

Dan saya saat ini cuma mengagumi kesabaran kak Cha. 🤗🤗. Apapun yg jadi pilihan kakak nanti, pastikan itu yg terbaik untuk kakak yaaa. Tetap utamakan ketenangan jiwa kakak sendiri. Apalagi anak2 pun dah besar. Mereka dah paham.

Tetap kuat kak... Banyak cari kesibukan untuk menjaga pikiran ☺️

Suria Amanda said...

Membaca entri kali ni terasa betul emosi naik turun. Kuat sungguh Ch@ lalui semua ni dengan tenang dan rasional. Betul kata Ch@, duniakan tempat ujian, apa pun yang berlaku, semoga Allah mudahkan segala urusan dan beri ketenangan hati yang berpanjangan. 'Ujian yang diberi ikut kemampuan', semoga yang manis-manis je mendatangi selepas ni. Hugs!

Roziah @ Cie said...

Oh ada geng blogger yang pm ek. Cie nak pm ghisau takut Ch@ fikir i busy body 🤣. Cuma nak tau kenapa begitu begini & nak menjadi geng becerita 😄. Semoga yang baik2 saja buat mu Ch@.

ch@ said...

Fiza: Kita sudah cuba sedaya upaya, namun sudah takdirnya sedemikian. Alamak macam tajuk drama.

ch@ said...

kakFanny: Eh panggil nama je boleh tak? hahaaa. Tanya je la, kita buka kaunter pertanyaan, tiber.

ch@ said...

kakakSA: InShaaALLAH, I will.

ch@ said...

Cie: Siapa je yg tak curiouskan, tak apa. Kita anggap ujian ni singgah untuk peringatan usah terlalu memberi sampai terlupa dengan yg MAHA PEMBERI.

Mama Zharfan said...

kalau saya, saya akan berundur sbb saya memang tak boleh berkongsi. bila adanya org ke3, itu bermakna cinta dah terbahagi dua dan bukan lagi mcm cinta sejati tatkala ijab qabul...tapi kasut kita berbeza...so cha tahu apa yg terbaik utk cha... saya doakan yg terbaik

mama tisya said...

isteri mana yg suka bila hadapi situasi sebegini tp Cha nmpknya tenang tp dlm hati hanya Allah yg tahu...smoga dipermudahkan segalanya

Ammi said...

gigih membaca walaupun panjang. Ya Allah, rungkaikanlah apa yang kusut, permudahkan apa yang sulit buat mereka.

Mulan said...

Take care & stay strongest Cha. Hugs ❤️
Allah pilih dan sayang Cha ❤️

Carneyz said...

Saya tau saya takkan sekuat Cha klu berada dalam situasi ni. Allah uji sbb sayang. Semoga ada ganjaran hebat buat Cha di akhirat kelak.

ch@ said...

mama zharfan: I want mz, I want. Tapi fil tak izinkan anaknya lepaskan kita, jangan sesekali. Kita tidak diberi pilihan. Kita sendiri jarang berkongsi barang-barang, me kan sulong-bongsu dlm fmly sendiri. sokey, doakan yg terbaik yg baik-baik. InShaaALLAH.

Ako Retna said...

Chaa!!!

Kita nak hugs awak!!
For 1st time kita baca mengalir air mata kita wak... x tau kenapa tapi kita rasa keperitan awak, kegigihan awak, kekuatan awak dalam menghadapi situasi ini.

Kalau la awak depan kita skrg, pasti kita dah pelok kuat². Walau kita akan speechless bila bertentang mata ngan awak...

Cha, pape pun yang bakal jadi, just be yourself.. strong dan ingat, kami semua sentiasa ada !! Jangan pendam sorang².. kalau rasa bak bercuti ngan anak², nak cari teman roger² je ..insyallah ada rezeki kita pasti datang kepada awak...🥰🥰

ch@ said...

kak amy: amiiin YRA, biar ALLAH jua yg tahu. tq kak amy.

ch@ said...

ammi: mudah2an InShaaAllah, mekaceh ammi.

ch@ said...

kak mulan: terima kasih kak mulan, selalu ingatkan kita. hugs 💞

ch@ said...

carneyz: kita semua diberi ujian mengikut kemampuan bukan? inshaaAllah we can, thank you sis. amiiin YRA.

ch@ said...

kak retna: ye, saya ni. ihiii... jgn la cedey-cedey, nnt tak comey.
inshaaAllah kita okey kak. one fine day kita hang-out okeh. terima kasih atas semangatnya. love...💞

Sis Lin said...

Masa mula Sis baca kisah mahkamah tu, Sis dah dapat agak tapi Sis komen sekadar bagi kata semangat terus kuat.. dan akhirnya betul tekaan Sis..

Cha kena kuat utk anak-anak, lain-lain let it go! nak redha bukan senang, letak semuanya kepada Allah.. now dulukan Allah yang tidak pernah tinggalkan kita, kalau kita utaman org yang kita sayang, akhirnya hati kita yang sakit Cha.,.

Hugs virtual to you Cha.. :((

adnil linda said...

Linda tu saya ke? Hihi..
Bila ntah nak sampai rumah akak lagi.... I'm so proud of u sistah, sebab sangat² matang dalam mengendalikan semuanya.. insyaAllah, yang paling terbaik Allah akan bagi untuk sis.. doa kita selalu ada...insyaAllah...

❤️❤️❤️❤️