Friday, 27 February 2026

End day: Hatiku Terbang Menghilang~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ke- 10: 16.01.2026 Jumaat 26 Rejab 1447

Malam tadi waktu makan malam keluarga ustaz ada pesan, esok hari Jumaat. Iktikaf di masjid seawal 9 pagi untuk solat Jumaat. Jika lambat nanti gate tutup, solat dekat luaq. 

Kami pun, bersemangat selepas bersarapan menunggu keluarga untuk pergi bersama. Kali ini aku pergi dengan Zahida, ibu dan Ustazah Aini- dia seorang kerana dua anak perempuannya tidak sihat. Zahida dengan ibu memang rajin ke masjid, biasanya mereka akan dapat duduk dalam masjid. Zahida bawa kami masuk pintu menghala ke Raudhah (tapi belum sampai lagi), aku memang tidak pernah lah masuk pintu Zahida bawa ni, kitanya lebih memilih solat di bawah payung dengan angin sejuk.

9pagi to 12.30tgh. Lama-NYAH~ sejam awal okey lagi, masuk jam kedua memasing sudah tidak keruan. Menoleh sekeliling, tidaklah penuh lagi. Masih okey sekiranya datang dua atau sejam awal. Rasa macam kena prank dengan ustaz pun ada. Adoiii~

Aku baca Al Kahfi. Aku belek Al Quran kulit ke kulit. Zahida sudah ke hulu-ke hilir, banyak yang aku belajar daripada dia, dia pergi urut acik-acik Turkey, dia bagi coklat, dia ambil air zamzam untuk weols. Dia pun terasa kena prank, hahaaa~

Ustazah Aini, tidak berhenti solat sunat. Bergilir-gilir solatnya turun dan naik sehingga dia bertanya, aku sudah baca Al Kahfi atau belum. Sudah ustazah kerana dia hendak ajak baca bersama.

Ibu, ibu senyum sahaja membaca Al Quran, surah demi surah. Letih, dia berbual seketika. 

Akhirnya masuk juga waktu Zohor, Alhamdulillah~ selesai Solat Jumaat hari itu, aku bawa ustazah pulang ke hotel bersama. Comel je Ustazah Aini ni, dia tidak biasa jalan berseorangan biarpun dia pernah buat haji. Syasya? okey je. Let's go.

Petang ini, giliran jemaah lelaki masuk Raudhah, jemaah wanita pada keesokkan harinya dipecah pada dua kumpulan. 

Kita kembali mengemas bagasi, untuk berangkat pulang. Petang dan malam ini, hanya aktiviti bebas sahaja. Aku keluar berjalan dengan tuan asben, mencari coklat dan kurma untuk di bawa pulang.

Suka tengok. Kotak tu, weols punya. Bagasi ada masking tape sekeliling tu pun, weols punya. Senang cam.

Till we meet again, AllahummaAmiiin, jejakkan aku di sini lagi.

Raudhah muslimin.

Hari ke-11: 17.01.2026 Sabtu 27 Rejab 1447

Subuh terakhir di masjid, sejuk YA ALLAH. Balik daripada masjid, tuan asben tunggu macam biasa. He said, he ada something hendak beritahu aku~ oh my! aku sangat nerves bila dia formal begini. Jenuh berteka-teki, akhirnya kena tunggu juga selepas aku ke Raudhah.

Namun, belum sempat aku ke Raudhah, dia menyatakan hasrat hatinya, permintaannya yang buat hati aku runtuh, terbang hilang ke mana. Aku mula rasa semuanya berpunca daripada kekurangan aku sendiri. Tidak mengapalah, jika dia mahukan begitu. Selagi namanya suami hanya pinjaman, bukan hak kekal milik aku. Reaksi aku? aku menangis tapi aku ketawa. Ketawa dan air mata namanya. Masuk Raudhah dengan mata bengkak. Aku lekas-lekas turun bawah untuk join family slot ke dua. Mata bengkak, aku kena jalan bawah matahari biar cermin mata boleh cover. Tapi, hari ini hari terakhir di tanah suci, bengkak mata pun orang tidak peduli.

Hati manusia ALLAH yang pegang, kakHajar berpimpin dengan aku, empat yang lain sama-sama berpapasan. Aku pergi dengan keluarga Omi. Ustaz juga tidak banyak ulah hari ini, hanya ambil gambar kita macam biasa. Semuanya bagaikan mengerti, sempat pula kita lihat payung buka dan tutup depan mata sewaktu menuju pintu Raudhah. Aku cuba lupakan permintaan tuan asben tu, aku hendak masuk Raudhah. Aku hendak doa dan minta syafaat Rasulullah swt. Hendak aku sumpah, ditanah suci. Hari ini israk mikraj, doa tengah fast-track, biar aku doa yang baik-baik, dia masih aku sayang. Sampai hati dia.

Raudhah slot 1

Raudhah slot 2

Suka gila pakai camni.

Masuk Raudhah dengan permit berkumpulan, jika terlepas makanya tiada peluang lagi hendak masuk. Slot satu, ada petugas perempuan yang bawa. Slot dua, ustaz dan kakHajar tolong kitorang dia dah pergi pagi tadi. Mudah sahaja lepas setelah disemak list nama 6 orang, weols pula pakai seragam hitam. Tag dan beg sedondon. Masuk sahaja terus dapat saf paling depan, terus disuruh solat. Petugas tunggu, aku dengan Omi solat dua kali, selamba. Huru hara doa aku hari itu. Air mata, usah di kata. Basah karpet Raudhah tu dengan air mata aku. Sempat aku kiss pintu masuk ke Raudhah sewaktu hendak pulang ke hotel. Boleh tak nak lama-lama je kat masjid ni? aku taknak balik hotel dulu, namun kakHajar termankan aku. Omi dengan family suruh aku balik dengan kakHajar. Argh, terasa semua orang takmahu dengan aku.

Aku berbual juga dengan kakHajar, paksa ketawa. Paksa gembira, kita akan tidak bertemu lagi sebaik sahaja mendarat di Malaysia nanti.

Menunggu jam 4 petang selepas Zohor, sangat menyiksakan. Apatah lagi emosi aku betul-betul gila, penat menahan. Selepas Asar, pun menunggu lagi. Proses pengurusan bagasi sangat lama. Aku mula rasa tidak sihat, hendak bercakap pun terasa berat.

Seronok tengok orang lain pulang dengan senyuman dan cerita menarik, aku? ahahahaa~ memori yang trauma, tapi membuat aku rasa hendak pergi lagi. Aku hendak cipta memori indah-indah pula. Sekarang, aku hanya berdamai dengan diri sendiri. Hati? DIA yang pegang. Baik untuk dia, baik untuk aku. Ujian tanda ALLAH sayang, kan? Mija ambil kita macam biasa, tolong air mata jangan runtuh lagi, hahahaa~ seminggu lepas tu memang aku nangis sahaja.

Smile Syasya, smile.
 
Till we meet again family. Kenang daku dalam doa kalian semua.

Turun flight, terus ke klinik. Minta cucuk legakan rashes yang gatal dan pedih tidak selesa. Aku mula sakit tekak dan batuk. Dua hari, aku rasa hendak tidur sahaja. Makan pun malas. Namun, aku kena bangun juga uruskan daktiga sekolah. Alhamdulillah~ all is well biarpun, emosi berkecamuk. Semua barang umrah aku simpan hilang dari radar. Bila sudah terpujuk nanti aku bukalah semula. Doakan aku kuat okey. Dunia sementara je, semuanya pinjaman makanya aku serah hati aku padaNYA, aku yakin ALLAH beri yang lebih baik untuk aku.

Sekian kisah umrah 7Januari 2026 Rabu 16 Rejab 1447 sampai Malaysia 18 Januari 2026 Ahad 28 Rejab 1447 11.15am.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

26 comments:

Kakmim said...

apakah permintaan encik suami itu? jd nerves jugak baca bila dah berteka-teki begini

Roziah @ Cie said...

Tertanya2 pula apa permintaannya tu. Semoga baik2 je buat awak Cha. Seronok dapat jejak kaki ke tanah suci. Baca pengalaman pun dah seronok.

anamizu said...

hurmmm hati Ana pun berdebar menanti apakah jwpn pd teka-teki tu.. melihatkan pd bait-bait ayat Cha, seakan ada perit di jiwa untuk ditelan.. Ana doakan moga Allah beri kekuatan ketabahan tanpa batas buat Cha & DakTiga semuanya.. Cha terus kuattt ya~

Mulan said...

Doa kami moga semuanya yang baik2 buat Cha. Take care tau.

Mznimnwr said...

kita pulak suspens baca permintaan husband kak cha. semoga yg baik2 je tau.
apapun alhamdulillah dipermudahkan urusan sepanjang berada di tanah suci. dapat kenalan baru yg baik2 semuanya. semoga ada rezeki, dijemput kembali ke sana <3

Mama Zharfan said...

salam 13 ramadan utk cha sefamili

Mama Zharfan said...

suspens nya permintaan suami tp mcm boleh agak jer (my wild guess). stay strong yer sis. we choose our happiness

adnil linda said...

akak..rasenya nak pergi terbang je ke rumah akak ni..kita tak nak fikir yang bukan2...tapi, macam2 kita dengar dari perkara yang tak sepatutnya...apa pun, kita tak tahu hujung pankal..kita doakan yang baik2 untuk akak... stay strong...walaupun kita tak rapat, kalau nak meluah...boleh je...hugsss from far..love u kakak

Suria Amanda said...

Apakah jawapan pada teka teki tu..apa agaknya yang buat Cha bersedih hati...apapun masalah..kuatkan semangat ye...akak doakan yang baik2 untuk cha...meh peluk meh

ch@ said...

Kakmim: Apa tu ye? ihiks~ bila terlalu banyak kasih sayang, kita kena berkongsi kakMim. Boleh ke jawapan begini.

ch@ said...

Cie: Permintaan tu baik je, cuma hati ni tidak rela. Kita belum bersedia utk berkongsi. Alhamdulillah, yang baik jadikan pengajaran tau.

ch@ said...

anamizu: Begitulah betapa Allah maha pengasih lagi penyayang, kan Ana? terima kasih, doakan kita strong okey.

ch@ said...

kakMulan: Nak hugs~

ch@ said...

Mazni: Udah ignore kan aja, just doakan akak strong dan sihat selalu. banyak projek nak jalan ni.

ch@ said...

Mama Zharfan: Salam Ramadan MZ.

ch@ said...

Mama Zharfan: Kena fokus bacaan boleh agak apa yang terjadi, tak apa. Kita rawat hati dulu, luka biar jangan sampai jadi duka. Sementara tak apa. Betul react MZ tu, doakan kita strong okey.

ch@ said...

Linda: meh hugs~

ch@ said...

kakSA: ahahahaaa~ itu bukan teka teki kakakku. meh hugs~

Kakmim said...

cha.. seriously? sy mcm boleh agak ms baca hari tu tp masih tetap nak positif dan husnuzon.. cha, rasa nk pelukkk... sedih niii, cha kuat k.. jgn lupa jaga mental, luahkan je di sini

emptyspace said...

Oo rupanya kau dah reveal kat sini. Bagus juga… sekurang-kurangnya ramai yang boleh bagi sokongan dan doa untuk kau. Jadi kuranglah sikit tugas aku nak pujuk hati kau sorang-sorang.. Tapi kau tahu je… kalau hati tu masih berat, aku tetap ada untuk dengar..

ch@ said...

kakmim: kira hint kita tu sampai la kan. terima kasih kakmim. meh hugs~

ch@ said...

emptyspace: terima kasih sebab selalu ada. dulu dan kini. hati tu, biarlah dulu. nanti dia okey la tu.

Emptyspace said...

Walaupun kau kata dulu aku selalu pedajal kau kan..🫣🤪

Ezna Khalili said...

Bila baca komen satu...satu....mungkin akak faham maksudnya....berkongsi?. Nak komen lebih2 tak berani tapi akak doakan yang terbaik buat cha ya.... virtual hug dari akak...

ch@ said...

emptyspace: memang pun, kau Dollah, Yazid. entah apa yg suka nau mengacau aku.

ch@ said...

kak ezna: thank you so much sista, hugs~