Monday, 2 February 2026

Aktiviti Ziarah Kota Mekah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ke- 4: 10.01.2026, Sabtu.

Kali ini, ringkas je. Bukan feeling sudah habis, cuma banyak berjalan. Umrah dengan travel, selain beribadah kita di bawa bersiar, berkenalan dan mengambil ibrah tempat-tempat jemaah buat Haji.


Sepanjang jalan ke Arafah, di perlihatkan tempat-tempat buat ibadah haji, perasaan? tidak tergambarkan, apatah lagi melihat khemah-khemah yang masih tegak berdiri. Ustraz cerita, khemah ini memang akan ditinggalkan begitu sahaja selepas tamatnya ibadah haji untuk tahun tersebut sehinggalah bulan haji tahun akan datang tiba. Sebulan dua sebelum AidilAdha barulah mereka bina atau pasang semula yang baru. 



Kawasan penempatan yang ditinggalkan. 

Tempat mustajab doa.

Jemaah yang mula datang.




CikNaa, Fatin, Hud dan ayah Hud.

Setelah berlawan dengan lautan jemaah untuk keluar dari bukit Arafah. Dibelanja oleh YB.

Ustaz with Omi and YB family. Kemain dia mempromosi.

Sebenarnya, jalan keluar dan masuk ke bukit Arafah ni penuh dengan peniaga yang berjualan, ibarat pasar lambak. Yang aku terperanjat sekali, pekerja duduk atas rel penyangkut baju. Memang takdan nak keluar hp sebab sempit sangat. Berlaga semua benda kekdahnya, aku dikawal sepenuhnya dek tuan asben. Mataku sempat tertarik dengan something like serbuk, warna hijau. Kusangkan matcha, tapi mana mesin kopinya? rupanya, ianya serbuk inai. Tergelak anak-anak perempuan YB, bila aku dapat tahu serbuk tu adalah inai.

Find me, ihiks~

Masa mula-mula bas parking, hanya ada 3 biji bas sahaja, bila balik naaaaah, bas weols terkepung, kanan depan belakang semua bas, driver bas siap bergaduh la hendak bawa bas keluar. Ustaz pun terkedu kejap melihatkan driver bas depan sentap sebab kena hon dengan bas kita semua. Kelakar.

Kita terus ke masjid Jaaranah untuk miqat umrah ke dua kepada siapa yang hendak buat umrah lagi sekali. Umrah kedua ni sunat, boleh juga digantikan dengan tawaf sunat. Ikut keselesaan. Disebabkan kondisi badan aku kurang elok, makanya aku cas tenaga untuk malam nanti.

Masjid Jaaranah.

Petang itu, aku jumpa kakJannah dengan kakLin di musolla lagi, bila kau dah kenal eh boleh pula asyik terjumpa saja. Mereka hendak buat tawaf sunat wada jam 3pagi nanti dan aku hendak ikut lagi, dorang onz. Kita bersalaman dan berpisah selepas solat Isyak, family akan naik Jabal Nur malam ini. Takut-takut jam 3am nanti kita terus berpisah, mereka dengan family mereka, aku? just me.

Family berkumpul awal untuk melawat Jabal Nur, yang ada Gua Hirak, tempat Nabi SAW mendapat wahyu yang pertama.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

14 comments:

Roziah @ Cie said...

Nasib baik kalau tak cha bancuh pulak inai ingatkan matcha ye 😅

Kakmim said...

Dulu masa kecik² mmg akan tunggu jemaah balik menunaikan haji bagi serbk inai, best pakai inai mekah

ch@ said...

Cie: arrrrahahahahahaaa~ kan Cie, kita tak boleh nak menanya. Akhirnya dengar YB bagitau. Lah, inai.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

saya pun waktu itu memilih belanja di bawah, sementara ustad naik ke bukit ;p... tak sanggub lah... cukup lihat dari jauh saja... lumayan murah2 barangnya, sempat saya beli selendang di sana.. tp kalau inai bubuk itu memang tak suka :p.. tak biasa pakai inai, sebab dulu msh kerja di bank... jd tak boleh pakai yg begitu, kecuali untuk acara menikah

Mama Zharfan said...

tgk entry u ni, MZ jd sgt rindu dgn bumi mekah

Bola Katok said...

Nasib baik tak beli serbuk inai buat air. 😅

ch@ said...

kakMim: Dedulu, kita suka gelang Mekah tu. Sendiri pergi, lah tak ingat langsung gelang Mekah, tak ternampak. Banyak gelang emas Mekah.

ch@ said...

Fanny: Itulah, masa nikah dulu pun guna inai daun. kali pertama nampak inai serbuk, even online pun almost inai yg dah siap bancuh dalam tiub or botol. kakak dah la tak boleh tgk warna hijau. auto terpikat.

ch@ said...

Mama Zharfan: Memang siapa je yg tak rindu jika sudah pernah ibadah di sana. I pun dah jadi MZ skrg ni, rindu.

ch@ said...

Bola Katok: ahahahahaaa~ curious tau kita, dia jual dlm plastik gitu ja.

Suria Amanda said...

Seronok baca entry cha..kalau pergi sana lagi rasa keseronokkan tu kan...

ch@ said...

kakakSA: Masa di sana kita tak berapa rasa sangat kita hanya menikmati momen saja, bila doa-doa sungguh-sungguh. Hati tu rasa, sebu sayu gitu. Rasa dekat sangat denganNYA.

Mznimnwr said...

wow kak cha naik sampai atas bukit tu ke? kitorang tak cukup masa. makan aiskrim je kat bawah haha. yg peniaga duduk atas railing baju tu, kita pulak risau roboh

ch@ said...

Mazni: Laaaa' . Weols sampai simpang tiga sebelum bukit tu, jemaahnya, ramai sungguh hingga mikir banyak kali juga nak manjat.