Hari ke-9: 15.01.2026 Khamis 26 Rejab 1447
Hari ni, kita santai-santai melawat sekitar Masjid Nabawi. Masjid ni sangat besar ada banyak pintu gate, luar sekeliling masjid terletaknya pelbagai jenis hotel. Di bawah hotel, terdapat lot-lot kedai untuk bershopping. Kedai hadiah, kedai minyak wangi, kedai makan, kedai jubah dan lain-lain lagi, di satu sudut ada deretan kios-kios kecil yang menjual pelbagai barangan viral, boleh tengok vtt ada banyak, namun tuan asben kan, bukan kegemaran dialah untuk menjelajah jika bukan ada kepentingan. Dia tak macam kita suka berjalan.
Walaupun ada banyak pintu gate tapi yang femes bagi kita, hanya pintu 333 dan 338 hahaaa~ 338 masa kita stay Concorde. Bila dah pindah Province, almost guna 333 mudah sebab tengah-tengah, tuan asben pun akan tunggu di situ jika dia keluar lebih dahulu. Isterinya biasalah, beramah mesra nombor satu.
![]() |
| Waiting family, suka la pakai camni. Kenal kita yang mana satu? |
![]() |
| Wah tuan-tuan aji family kita. |
Lepas Subuh kita bersarapan dan menunggu family lain bersiap. Tema hari ini jubah putih untuk lelaki dan jubah hitam berpurdah untuk perempuan. Malam tadi temankan tuan asben cari jubah, bertembung dengan Omi cari jubah hitam, aku beli purdah siap-siap. Mujur jubah hitam aku sudah siap di dobi. Saja. Jom kita mula berjalan.
![]() |
| Tsaqifah Bani Saidah Pepokoknya jarang-jarang, rasa seperti mereka hendak bela yang baru. Eh, ustaz ni...sempat ye? |
Taman berhampiran Masjid Nabawi ni, dahulunya tempat bermesyuarat kaum Ansar dan kaum Muhajirin selepas wafatnya Rasulullah SAW. Ia juga menjadi saksi perlantikkan Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ustaz cerita, namun suasana tu buat Syasya melamun jauh, apatah lagi melihat sekawan merpati diusik jemaah yang lalu lalang di situ. Best~
![]() |
| Suq Al Manakhah |
Tempat pertumbuhan ekonomi juga pusat mengembangan Agama Islam, tempat berniaga-berjual beli seperti pasar. Tempat mereka bertemu dengan Rasulullah SWT. Juga tempat Rasulullah SAW menerima tetamu dari pelbagai kabilah. Manakhah tu maksudnya tempat menambat unta. Semua kawasan sekitar termasuk pasar dan masjid-masjid tinggal.
Biasanya tuan asben menunggu di menara begini juga namun di gate 333 (bahagian depan masjid). Ini bahagian belakang, eh ke tepi masjid? Masjid ni luas gais, carilah petanya. Satu gate ke satu gate tu untuk aku, terasa jauhnya. Kali pertama keluar dari masjid, sudah pun salah. Sudah jauh berjalan, melihatkan suasananya makin lama makin terasa lain, sudahnya patah balik semula lawan arah pula. Jemaahnya usah di kata, pergi balik tak putus. Okey next.....
![]() |
| Masjid Ghamamah |
Masjid ini bukan sahaja tempat solat untuk AidilFitri dan AidilAdha malah menjadi tempat Rasulullah saw melakukan Solat Istisqa' (minta hujan).
Terletak berdekatan dengan Masjid Ghamamah. Dinamakan sempena nama Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA kerena beliau pernah bersolat di tempat Rasulullah SAW bersolat, maka terbinanya masjid ini. Masjid ini tidak lagi dibuka untuk bersolat tetapi dikekalkan menjadi tempat menarik untuk dilawat kerana keunikan senibinanya.
![]() |
| Masjid Ali bin Abi Thalib. |
Sejarahnya agak serupa dengan yang Masjid Abu Bakar As-Siddiq, kerana Rasulullah SAW dan Saidina Ali RA pernah bersolat Aidilfitri di tempat ini maka selepas baginda wafat, didirikan masjid dinamakan Masjid Ali sempena nama sahabat baginda.
![]() |
| Masjid Umar Al-Khattab |
Rasa macam hendak 'copypaste' saja dengan ayat Masjid Ali tadi. Masjid ni jauh sikit daripada tiga buah masjid tadi, okey je weols jalan kaki. Masjid ni pernah menjadi kediaman Saidina Umar RA sebelum didirikan masjid. Tidak lagi digunakan hanya menjadi tempat bersejarah. Senibina semua masjid ni, kategori rare.
Aku boleh pula terjumpa adik manis berkulit hitam masa solat Subuh tadi. Dia lawa weih. Dia tak percaya anak aku tiga, "you looks so young" katanya, lepas tu dia bagi tau anak dia pun tiga, weols speaking London lepas tu. Terer tak terer si Syasya ni dengan sleng Melayu. Sebenarnya, aku pun tidak percaya dia boleh cam walhal berpurdah, kunun.
"haaaai~!" aku tegur, sekali sentuh dia directly tengah berjalan dengan asben dia.
"heeeei you, nice to see you again" dia membalas dan kita hugs kat situ dengan semua orang terpinga-pinga, nasib baik ustaz jauh ke hadapan, jika tidak mahunya kena bahan.
"kenal pula dia, umie dah nampak mata je" tuan asben mengusik aku.
"well~" eh berlagak pula kau Syasya.
![]() |
| Photo dulu, bagi lega sikit jemaah yang hendak ke Raudhah. Aku tak cam rupa sendiri. |
![]() |
| Atas: Jemaah lelaki Bawah: Usah dicari mana satu Syasya, memang tak ada sebab aku yang take the picture. Bila aku selfie, naaaah segerombolan jemaah lelaki lalu, photo pun dah hilang dari simpanan. |
![]() |
| Terik tapi best, angin sepoi-sepoi. |
Jadi berpusing semula ke Masjid Nabawi, ustaz bawa ke kawasan Raudhah sebab ustaz hendak bawa jemaah lelaki ke perkuburan baqi' kita wanita, menunggu di persekitaran makam Rasulullah SAW sahaja kerana hanya lelaki sahaja yang boleh melawat. Rasa sebak pula masa menunggu ni, family terpisah. Kita wanita disuruh pegang tangan jalan bersama, argh~ bergenang air mata sambil berselawat, dekat sangat dengan makam Rasulullah SAW. Tidak lepas mata kita dengan kubah hijau yang menempatkan makam Rasulullah SAW di bawahnya. Allahuakbar~
Selesai rojer-rojer, bergambar dan berpamitan, kita berpisah dengan aktiviti masing-masing. Weols kena cari hadiah, malam ini ada dinner dalam kebun kurma haaa gitu~ Aku dengan tuan asben, Solat Dhuha sekejap sebelum di arah keluar dan singgah ambil air zamzam 5liter untuk buat mandi, hopefully alergi aku legalah sedikit. Kita pergi makan dan cari hadiah, Zohor kita akan masuk masjid semula. Alhamdulillah~
Indah......~ love sangat.
Makan malam keluarga di ladang kurma.
Let's go kita naik bas pendek je, angin luar Madinah sangat sejuk, family berpesan bawa hadiah bersama. Tidak jauh sangat tempat makan tu, iya ladang kurma. Ada tempat duduk dan meja like taman reakreasi la, ada taman burung dalam satu sangkar, eh ke kandang yang sangat besar sebelah tempat makan kita. Weols semua makan dalam bilik macam dalam cerita Arab tu, cuma pelayan syeksi je yang tak ada, gila kau.
Kita join team CikNaa, team Hud. Macam biasalah team weols paling banyak makan cuma tak habis, nasi tu banyak bebenar. Team lain? semua tak habis makan. Ustaz pun sikit je lagi hendak bersandar, asian people kan? bukan jenis makan banyak lagipun dah malam plus family kita tak ramai.
![]() | ||
My Group.
|
![]() |
| Tukar hadiah: From me to Aishah. From tuan Asben to Hud. |
![]() |
| Dalam tempat makan. |
![]() |
| Our kesayangan, baby boss kita Hud Elman. |
![]() |
| Luar tempat makan, suasananya meriah tau. Lelampu dan orang ramai berlari-lari dalam ladang kurma. |
Ladang Kurma.
Okey stop sini dulu, sebelum kena scam dengan ustaz esok hari, ahahaha~ see ya. Selamat bercuti uols, terima kasih singgah bloghijau, habis update sejarah umrah si Syasya ni, kita marathon blog ke blog, InShaaALLAH. Windu~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.




.jpeg)

.jpeg)











No comments:
Post a Comment