Friday, 6 February 2026

Hudaibiyah: Arab Cakap Melayu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ke-5: 11.01.2026 Ahad 22 Rejab 1447

Hari ini, seperti yang dijanjikan malam tadi, siapa yang dapat naik ke puncak, ustaz bawa cium hajarulaswad. Ustaz ni kaaan, kita tengok sejauh mana dia punya kelakar boleh pergi?

Perjalanan ke Hudaibiyah agak lama, jauh. Ustaz bercerita sirah, cerita tentang bangunan-bangunan, cerita tentang perjanjian Hudaibiyah, diselit juga dengan humor dan jenaka (eh ke sama?). Terkadang dia tanya soalan, yang dia tahu dia sendiri akan jawab meskipun jawapan aku terkadang kena, terkadang salah. Aku dengan anak-anak YB pakat Google, muahaha~

Hudaibiyah, pemandangannya beza sedikit dengan Mekah, ustaz kata datang Hudaibiyah ibarat balik kampung, jika di masjidilharam warna semualajadi tu sama je, even ada pepokok namun warna batu akan menenggelamkan warna pokok. Pokok akan berdebu menutupi warna hijau menjadi seakan senada dengan warna tanah yang berkombinasi dengan warna batu. Manakala Hudaibiyah nampak ada warna hijau, pemandangan tu rasa sedikit namun aku banyak pakai mask, hidung hampir perit dengan udara sejuk. 

Badan usah dikata, rasa bengkak dek menggaru alergi bintik-bintik merah, tu yang rela beraktiviti daripada duduk dalam hotel. Sapu je krim anti kekeringan, makin bertambah melarat alerginya, Macam mana aku bertahan? aku minum air zam-zam. Kurang ke? takpun. Kita bersabar je la.

Bas masuk kawasan berpasir, yang sebelum ini ditanya tuan asben.
"kata Mekah ni berpasir, tapi tak nampak pasir pun?"
Sekarang, sudah dapat jawapannya bukan? Bas kita yang ke-empat tiba ke destinasi, jika tidak silap aku la, bas warna sama je. Ooooowh~ kita masuk kawasan untalah. Banyaknya unta. 

Sekalian unta-unta.

Semua unta datang pada aji ni.

Jeles ar bulu mata.

Dan bermulalah aktiviti naik unta, aku depan tuan asben belakang. Gayat weih, tinggi. Masa kita naik, unta lipatlah kaki ia, nanti bila nak jalan, kita akan ikut sekali terjongkang kebelakang sebab unta akan buka kaki depan dulu. Dah round-round terkekek-kekek dengan gelak, dengar Syaza panggil aku.
"akaaaaak!~" lepas tu dia ketawa. Hahaa, memang sepanjang naik unta tu penuh dengan jeritan dan pekikan dan ketawa riang. Ustaz Amin dan Ustaz Ishak udah rupa emak-bapa kitorang ja, ambil gambar, buat video.
Masa hendak turun ngeri sikit, unta lipat kaki depan dulu untuk ia duduk sama macam naik tadi. 
"jaga-jaga, unta nak turun tu" aku grip kaki aku ke badan unta. Aku yang didepan, jika tuan asben tidak cepat pegang memang tertumoih terus muka aku dengan kepala unta. Bahaya juga. 

Selain unta, tuan asben ajak naik ATV pula. Nowh, kita berlumba dengan anak-anak YB, dah berdekah lagi di padang pasir tu. Konpius dorang, berapa umur kitorang ni sebenarnya? ahahaa~ team emakbapa? atau team anak-anak? weols ada anak sebaya Shaza kot? hahaaa~ okey la tu, jadi tengah-tengah. Selesai bergumbira, ayuh kita. Owh aku tidak rasa pun susu unta fresh, tekak aku sudah mula berasa perit dan pedih.

Pemandangan.

Selesai dengan unta. Kita bergerak ke Muzium Al-Moudi. Masuk sahaja sudah di warm welcome staff penjaga depan pintu terus ajak bergambar. Diberinya topi bentuk topi ahli sihir dari jerami satu seorang. 
'Udah, nak suruh kita naik penyapu pula ke?' aku berseloroh. Di gelakkan Syaza dan Anis. Episod selepas itu, dia cakap melayu terangkan step by step tentang apa yang ada di kawasan sekeliling. Ada rumah, ada kedai, ada tempat buat roti, ada perigi, ada alatan bertani. Muziumkan? Muzium kehidupan masyarakat Arab dahulu. Di bawa kita masuk ke dalam satu bangunan lain. 
"Okey saya nak tunaikan janji saya malam tadi, lekas mana tiga orang pemenang malam tadi, boleh cium hajarulaswad" aku memusatkan di mana suara ustaz Amin. Rupanya, gambar hajarulaswad diletak didinding persis hajarulaswad masjidilharam. Spontan pecah ketawa memasing. Ruang tu menempatkan keadaan masjidilharam dari tahun dahulu ke tahun terkini. Peralatan perang, outfit tradisional dan ruang macam dalam istana kot, ada alat muzik semua. Bila keluar memasing lepak di kedai menjual air. Termasuk aku kehausan. Kedai betul ni, hihiii~ Matahari makin naik, biarpun belum jam 11pagi.

Sudah seperti rombongan sekolah kekdahnya.

Bahagian luar muzium.

Kiri: Arab cakap Melayu
Kanan: Melayu cakap Arab

Hajarulaswad.
Weols dah hagak daaaah~

Dengan Syaza.



Sekian berpamitan dan pengunjung semakin bertambah, kita beransur keluar dari muzium menuju Masjid Hudaibiah. Masjid Hudaibiah, simple je. Boleh aku kata, seperti masjid jamek di kampung kita, rasa harmoni. Siapa yang hendak ke masjid, silakan. Sesiapa yang hendak umrah sunat boleh niat di sini. Aku sudah hilang dari radar sebaik sahaja merenung sisa bangunan tempat perjanjian hudaibiah berlaku. Sisa runtuhan bangunan tu sudah dikepung, ada bahagian sudah bercontengan dengan tulisan "was here" gitula~

Tuan asben sudah hilang di salah satu deretan kedai menjual cenderahati, jubah, sejadah, unta, tasbih dan bermacamlah lagi. Dia sudah mula nampaknya, pilih satu kedai je, tidaklah rambang sangat mata untuk buat pilihan. Selesai tawar-menawar berjual beli, kita balik semula ke bas.  Argh sudah, dimanakah bas? Bas semakin bertambah menjadikan bas kita jauh ke hadapan. Mujur nampak Syazwi, jika tidak... ada yang menggagau cari bas dengan barang dagangan.


Credit: Islamic Landmark


Bas bertolak balik semula ke masjidilharam, seperti semalam petang itu aktiviti bebas dan mula berkemas untuk bertolak ke Madinah esok hari, aku bersiap untuk ke masjid menunggu solat Maghrib dan Isyak. Aku turun seorang sahaja, kali ini betul-betul ikut kaki dengan niat hendak solat tingkat atas yang boleh nampak Kaabah di bawah, namun tangga yang aku naik semakin lama semakin tinggi, ini bukan tingkat dua lagi, entah~

Sehingga akhirnya aku sampai ke tingkat atas sekali. Rooftop. Alang sudah sampai, marilah cari port. Best jugak. Carpet Area? memang sudah tak jumpa, aku bentang je la sejadah yang dapat dari flight hari tu, suka sejadah tu, kanvas sejuk dahi bila sujud plus sejadah tu besar, aku menyambung hujung karpet hijau sebelah acik-acik macam Turkey, macam yang Tunisia ke? entah. Kitanya pemalu, senyum je la. Buat solat sunat, sejam sebelum waktu Maghrib memang santai sangatlah kekdahnya. Jemaahnya makin lama makin penuh, jeritan kakitangan yang menjaga air, menjaga kawasan mula kedengaran.
"hajjah~!, hajjah~! sambil tangan bagi isyarat. Jalan-jalan! Jalan duduk sini!
Ada juga kakitangan yang berjalan sambil kutip sampah dan beritahu, tempat letaknya air zam-zam. Sejuk area atas ni, angin sepoi-sepoi. Melihat tag dan sling bag acik yang baru sahaja menempatkan diri sebelah aku, aku bersuara sebaik dia menghabiskan solatnya.
"sekejap je dah penuh" 
"itulah, jangan kena halau dah la" katanya. Kami menyambung karpet, tempat orang lalu lalang.
"InShaaALLAH tak, tu sebelah pun dah menyambung lagi tu, depan belakang semua penuh" aku dengan keyakinan penuh. 

Acik tu dari Terengganu, sudah pernah buat haji. Muka pun cam emak-emak. Dia berkepit dengan aku sampai selesai solat jenazah selepas Isyak. Kita mencari tempat keluar yang tidak sesak sehingga dibantu clener. Cleaner tu datang dekat dengan kita, 
"exit?" tanyanya.
"yes please" jawab aku, menarik tangan acik sekali. Cleaner tu bawa turun ikut tangga yang agak lengang banding jalan depan tempat aku naik tadi. Aku hanya berbual kosong dan berpisah waktu sudah keluar dari masjid untuk balik hotel. Sampai di hotel, kita sambung mengemas bagasi dan rehat.

Sebelum Maghrib.

Selepas Isyak.

Just love~
Best sangat.

Ayuh kita.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

No comments: