Sunday, 6 September 2026

Gigi oh Gigi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai September, 1st!

Misi menampal gigi diteruskan, jenuh juga mencari klinik pergigian ada panel MiCare. Siap dengan bantuan chatgpt, namun susah dan hampir tidak ada meskipun dalam profile klinik tulis ada. Boleh claim, tapi kena buat dahulu baru claim guna resit total terakhir. Entahlah.

Mulanya cari sekitar rumah mama, ada 1 klinik baru beroperasi tapiii ada hari tertentu dan kena buat appointment dulu. Keduanya, cuba call Klinik Pergigian Klinik Pergigian  Kesihatan Kesihatan lepas update MySejahtera, hrmmm bulan 10 baru ada slot kosong, eh kita hendak buat dengan kadar segera.

Beralih pula sekitar Bandar Kota Tinggi manakala tuan asben tolong cari sekitar Kulai. Disebabkan kita biasa dengan Kota Tinggi dan dah pun call, ada satu klinik disarankan oleh chatgpt yang menerima patient walk-in hari ini juga makanya, letsego.

Mama dengan Arrizqi yang temankan pergi operasi menampal gigi petang ini, alhamdulillah Kota Dental Surgery, kita 2nd patient, staff bebaik, yang penting? dentist ensem wei... he called me "adik" wuiii. 1st thing 1st let he see what happened to my tooth. Rasa hodoh gila menganga depan dentist ensem tu but this problem need to be solve by today, kot tak seksa nak korek sisa makanan dalam lubang gigi tu.

He said, 

"adik, gigi you ni sudah sangat besar lubangnya, rasa tidak berbaloi untuk tampal, kita kena tengok xray gigi you dulu sama ada boleh cabut terus atau kena small operation, sebab gigi berlubang ini gigi bongsu sedikit senget." 

Uols, soalan pertama yang kita tanya is confirm la "harganya" dahulu. hahaaa~ he said dalam RM300-RM500, lantakla yang penting masalah setel still under my bajet. Sebenarnya, gigi ni memang kita dah suruh dentist sebelum ni cabut ja namun dia masih nak selamatkan, tu yang dia tampal, end up after 5years kot, cabut jugak.

[Check gigi - xray - buat keputusan cabut - bius - check bius berkesan atau tidak - proses cabut - dan tunggu ubat - payment]

Sebaik geraham dicabut, kita dapat tengok sendiri betapa besarnya lubang gigi geraham tu rezekinya kaki gigi masih berada jauh sedikit daripada tulang gusi, jika sentuh tulang gusi prosedur small operation akan ambil alih. Oh my RM~ RM~ Operasi ini sahaja membuat kepala berdengung bukan sakit tapiii hrmmm bye-bye RM600.

Selesai payment kita kembali drive balik dengan kemam kapas dalam mulut serta pipi bengkak sebelah, eh boleh lagi singgah MiXUE dek teringat dua lagi anak berada di rumah. Menekan-nekan tuan asben pun hendak tahu total cabut geraham, bila dah tahu he said "mahalnya", I just say sorry je la, kita manataukan. Masih tidak boleh menyamai nilai kesetiaan dan kehilangan hati yang sedang dicari argh tiberrr~


dentist office.

pp kiri yang masih kebas.

qiqi.

please nice september, me too tired!

Sekian cerita gigi geraham bongsu yang telah selamat di kuburkan bawah pokok rumah mama, hahahaaa. Sekian kisah gigi, sebelum ni kisah hati, sambung kisah tulang, lepas ini entah kisah apa lagi. Syasya oh Syasya, stay strong okey. You can!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

30 comments:

Ako Retna said...

Perghhh ok seram dengar gigi ni hahaa....

Nasib baik laa gigi yg berlubang tu dpt dikesan otw nak blk kg... dan xde la menahan sakit smp berhari².. ok selamat dah kena cabut so kita geng xdw gg geraham dah 🤣🤣

Puan Hazel said...

Dah tak dapat diselamatkan, apa boleh buat. PH bab gigi ni seram :(

Mznimnwr said...

saya segan gila kalau pergi klinik gigi sekali dapat doktor hensem pulakk. habis segala aib dalam mulutku dia nampak xD

en.me said...

kita semua akan mengalami faktor usia dgn gigi pun dah makin byk yg reput., huhu

mama tisya said...

Bab nk jmpa dentist mmg seram tp kalo dh sakit mmg kena cpt2 juga tampal or cabut cuma kena bertabahla bab kos nya kn

Syaz Rahim said...

Bab sakit gigi memang boleh hilang terus mood seharian 😭 Bagus terus dapatkan rawatan gigi, daripada tahan makin lama. Semoga lepas ni boleh makan dengan tenang semula.

Roziah @ Cie said...

Cie pernah 2x operate gigi geraham bongsu. Buat kat gov free jela. Kalau kat pvt sedia jela ratus2.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Dulu saya termasuk rutin ke dentist karena gigi ada masalah. Memang macam trauma jadinya. Masih teringat gigi yg harus dicabut, belum lagi sakitnya bius dan besarnya suntikan 😂. Saat bius hilang, macam nak menangis nahan sakit bekas hihi yg dicabut.

Tapi demi kebaikan kedepan, memang harus dilakukan ya kak 😅😅. Semoga sekarang tak sakit lagi

Mama Zharfan said...

apa jua yg berkaitan dgn sakit gigi sgt lah stressful!

ch@ said...

kakretna: syok sgt mengunyah hilangkan ngantuk kononnya, langsung tercabut, hilang gigi terus.

ch@ said...

ph: huaaaa, my gigi.

ch@ said...

mazni: what to do, rela dan redha sajalah. mmg rasa sengan betui, rasa tua sgt pun ye. dia kata glue tmpl gg tu dah tak digunakan lagi skrg ni, muahahaaa.

ch@ said...

en.me: jgn la reput serentak semua skali. one by one sebagai ingatan.

ch@ said...

kak amy: huaaaa... sungguh betul.

ch@ said...

syaz rahim: kena berpantang jugak, takleh nak melenjan terus lepas cabut tu. ni pun masih mcm trauma lagi gusinya, but getting better.

ch@ said...

cie: part gigi ni, make me tak sabarlah cie. gigi berlubang tu pun ghisau, lidah sampai luka dok korek lubang gigi tu.

ch@ said...

fanny: doakan kak sembuh fann. hahaaa, menua ni lambat sikit proses baiknya.

ch@ said...

mama zharfan: kita sampai cakap, sakit bersalin pun sekejap ja. part tgkpmkat kepala tu, argh migrain pulak, taktahu nak hadap yg mana satu.

uncle gedek said...

Jangan sebut doktor gigi... uncle takut! Hantu pun uncle tak takut cam tu...

Pizzah said...

Biasanya macam tu lah Sya, kena bayar dulu simpan resit tu lepas tu baru boleh claim. Tapi claim pun tak lama, dalam seminggu macam tu boleh dapat dah.
Kalau Klinik gigi kerajaan memang lama nak tunggu temujanji tu. Tak larat haih nak tunggu kalau gii dah sakit.
Uiii..adik! Terus lupa sakit gigi ekkk.
Umangaiii mahal betul! Mungkin kes ni dah teruk dan memerlukan banyak kerja kot. Itu yang jadi mahal sekali dengan Xray.
Pernah merasa cabut gigi geraham. Aigoo sakit lain macam dengan jahitan sekali sebab lubang besar kan.
Stay strong Sya, kita dah lah sakit gigi. Tak menjaga hati pula kan.

Suria Amanda said...

Aduhai Ch@, sempat lagi berdebar bab dentist hensem tu ye! Terus hilang separuh rasa sakit gigi bila dipanggil "adik", haha! Tapi bab menganga depan doktor hensem tu memang faham sangat, rasa segan tapi nak buat macam mana demi nak selesaikan masalah gigi. Walaupun terbang RM600, yang penting masalah dah selesai dan tak perlu menahan sakit lagi. Lepas ni kena rehat secukupnya dan layan ais krim banyak-banyak untuk redakan bengkak

ch@ said...

uncle gedek: ye, me too. but ni mmg terpaksa rela sajalah ni.

ch@ said...

fiza: oh begitu ea jika claim payment. kita mmg sejenis malas betul nak claim ni, dedulu PA boss selalu buatkan utk kita, hahaa. itulah, mula rm300 katanya skali di final kan, noooooowh rm600.

ch@ said...

kak SA: yg debar tu sebab i don't like see dentist sista. dok lelaki pulak, jika doktor pempuan mmg diajaknya kita berborak, hilang sikit takutnya.

Mulan said...

Aduiii kalau pasal problem gigi, terus rasa ngilu telinga ni. Moga dah sembuh sepenuhnya ❤️

adnil linda said...

Itulah harga seketul gigi.. hihi..
Be strong Syasya... Ehhh...

ch@ said...

kak mulan: betulla tu, sangat tak selesanya.

ch@ said...

linda: ayuh kita.

Ezna Khalili said...

I love you, you love me tu macam lagu dinosaur purple Barney. Citer kat TV masa Dania kecik.

ch@ said...

kak ezna: kak, citer tu sy pun layan.