Kejadian Khamis 2hb April 2026.
Daktiga? confirm cuti sdn. bhd. Kali kedua join jamuan SD Guthrie. Aku macam rasa tuan asben sedang beli jiwa pun ada juga ni, ihiii~ sekali harunglah kan, ehehe~
Temanya pakaian traditional negeri memasing, owh jamuan kali ini untuk Central Region sahaja merangkumi Melaka, Johor dan Selangor. Sudah last minit kita pakai yang ada sajalah. Sesampai sahaja di The Grand Hall, Lukut, Negeri Sembilan. Berebut polis bantuan merangkap anak buah tuan asben menyambut kita sekeluarga, parking vvip betul-betul bertentangan pintu masuk dewan.
Bergambar berkeping-keping, mendaftar, bergambar lagi dan mencari meja. Masuk pintu tengah sedangkan mejanya nun berada depan pintu hadapan tempat bergambar tadi. My favourite table number, yeay!
Agak boring ye majlis ni, ramai sangat vvip yang hendak berucap, sampai kita semua berlaga bunyi perut. Jam 4pm baru boleh makan, entah lunch ataupun dinner. Menu Aidilfitri, lemang, rendang, nasi minyak? ke beriani? ayam masak merah, acar timun, daging kurma, kambing bakar, sate, kerepek ubi, jambu batu dan air sirap. Bila dah lambat sangat, weols makan sikit sahaja.
![]() |
| favourite number. |
![]() |
| discussion, takde kawan punya pasal. kena paksa jadi pendengar. |
![]() |
| always, moms and the kids. kekdahnya baju purple chaotic duo tu dah tak muat. tu yang jauh sedondonnya. |
![]() |
| sekarang hakak suka pakai selendang, nak nampak mak-mak. |
![]() |
| iklan gigi as always. |
![]() |
| dengan puan Dyla. saya tak suka selfie, okey bye! |
Siap makan, terus tuan asben ngajak berangkat pergi. Kita sambung beraya di rumah kawan tuan asben satu batch polis dahulu, tuan Faizal dan wife, puan Dyla. Tuan Faizal di Cyberjaya, so just weols. Selesai, barulah pulang ke rumah. Daku tidak larat benar, kena tidur awal esoknya jamuan sekolah dan kena mengemas untuk ke Cherating.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.






No comments:
Post a Comment