Setelah satu minggu mengatur strategi, akhirnya berjaya juga diframekan. Dan, seperti biasa mulalah sindrom tidak mahu melepaskan datang, ihiiii~
Mula datang perasaan, terpaling wow, terpaling padu, terpaling cantik sampai rasa terpelanting. Jadi, kepada Tuan Jalil, terima kasih kerana mencabar saya dengan quiling paper art saiz paling besar dalam senarai tempahan kita dengan ucapan, jangan buat lagi ye kerana jika diizin Allah swt, fasa kehidupan kita akan berubah selepas ini.
Mengambil masa setahun setengah, menggulung sambil menonton drama China, drama Korea sesekali drama Jepun dan menjalankan tugas hakiki dan hakikat serta meladeni hati suka, duka dan lara akhirnya frame sebesar saiz empat kali saiz A3 ini berjaya disiapkan. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Jadi, kita bungkus siap-siap, ada rezeki kita jumpa nanti untuk serahkan quilling frame ini berikutan kita bakal busy dengan persiapan yang lain. Untuk masa sekarang kita tengah menguatkan mental dan fizikal lebih-lebih lagi emosi.
Sekian update thru my new gadget, OPPO Pad SE sempena hadiah ulangtahun yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi, ahaks~ (jangan wish dulu, tak valid) - macam ada orang nak wish je kan? kihkihkih. See ya uols, jumpa nanti dengan entri yang uols nanti-nantikan. InshaaAllah, bagi kita gagah dan kuat menaip dulu okey. See ya~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


No comments:
Post a Comment