Setelah satu minggu mengatur strategi, akhirnya berjaya juga diframekan. Dan, seperti biasa mulalah sindrom tidak mahu melepaskan datang, ihiiii~
Mula datang perasaan, terpaling wow, terpaling padu, terpaling cantik sampai rasa terpelanting. Jadi, kepada Tuan Jalil, terima kasih kerana mencabar saya dengan quiling paper art saiz paling besar dalam senarai tempahan kita dengan ucapan, jangan buat lagi ye kerana jika diizin Allah swt, fasa kehidupan kita akan berubah selepas ini.
Mengambil masa setahun setengah, menggulung sambil menonton drama China, drama Korea sesekali drama Jepun dan menjalankan tugas hakiki dan hakikat serta meladeni hati suka, duka dan lara akhirnya frame sebesar saiz empat kali saiz A3 ini berjaya disiapkan. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Jadi, kita bungkus siap-siap, ada rezeki kita jumpa nanti untuk serahkan quilling frame ini berikutan kita bakal busy dengan persiapan yang lain. Untuk masa sekarang kita tengah menguatkan mental dan fizikal lebih-lebih lagi emosi.
Sekian update thru my new gadget, OPPO Pad SE sempena hadiah ulangtahun yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi, ahaks~ (jangan wish dulu, tak valid) - macam ada orang nak wish je kan? kihkihkih. See ya uols, jumpa nanti dengan entri yang uols nanti-nantikan. InshaaAllah, bagi kita gagah dan kuat menaip dulu okey. See ya~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


28 comments:
Bila dah minat kan...cantik la bila dah diframekan..ni kat luar confirm mahal harganya ni...
akak...meh virtual hugs...
berjaya menyiapkan walaupun ambil masa yang lama..berbaloi menunggu...lawa...
yang kita nampak, komik yugi-oh belakang tu...wah, boleh duduk santai2 baca komik tak bergerak ni.. hahaha
wowwwww sangat ni. terpukau daku terpesona ahaksss.
nak wish juga ...tapi ulangtahun apa ni? kelahiran? perkahwinan? so kita KIV dululah
cantik nya. berbakat ni.
Cantik sangat dan sangat berbakat. Persiapan apakah??
huihhh dasyat ni berjaya siapkan.
Cantik sangat ni Cha.
kakakSA: tu yg dtg sindrom syg nak lepaskan tu. isk~
linda: penatlah nak berlakon hugs, hahaaa~
meh la dtg baca komik. kak boleh main stiker.
ammi: maceh ammi. nnt wish ea, sabar-sabar.
azian elias: terima kasih, alhamdulillah Allah kurniakan idea dan semangat.
kak ezna: persiapan ke gerbang perkahwinan. kompang dipalu pengantin baru. aaagitu~
cie: setahun setengah cie, sampai rabun mata kita jadinya.
kak mulan: cantik mcm kak mulan.
Jujurnya uncle pun rasa WOW cam ni... Rasa jeles pun ada!
Uwaaaaahhh baguuus sangat kak 😍😍😍. Dijual mahal, sebab buatnya pun lama dan effort sangat. Penuh kesabaran pastinya 😅👍👍
uncle gedek: why jeles? alaaa usah la cemburu dgn kita yg tiada apa ni.
fanny: rasa lega otak dapat siapkan. boleh buat aktiviti yg disukai tanpa rasa bersalah.
CANTIK...KEMAS
Wow, talented ! Focus tinggi! Tahniah dapat siapkan.. Cantik elok dalam frame.
cik anon: terima kasih
هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
faa: alhamdulillah, terima kasih faa.
yang ni sumpah masterpiece! no wonder ambil masa setahun nak siapkan hihi. tak nampak macam kertas yg digulung-gulung pun.. macam printed artwork je tau <3 <3
mazni: my fren tanya, bila masa tukar profession from quilling to drawing? i like, eh? 🤣
Cantikkkk sgt, berapa K cha jual ni??
lawa sgt2 ni!! impressive!
kakmim: rm1k
mama zharfan: هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
berkat sokongan mz juga ni.
Post a Comment