Tuesday, 12 May 2026

Tentang Perasaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1stly, terima kasih semua atas warm wishes untuk me on my birthday, sweetnya jika kita dapat bertemu bermata-mata dengan semua orang, love sangat. Thank you so much~ biar je begitu, tidak berhajat untuk balas satu persatu, uols okey kan? semua rezeki ALLAH izinkan untuk kita miliki, mengubat emosi biarpun hanya baris ayat dan kata-kata, love and terima kasih.

Menaip ini dengan perasaan yang entah, sendiri sukar mengerti perasaan sendiri, ihiks. Bila kau sudah menyerahkan semua urusan kehidupan pada ALLAH, maka kita jalani sahaja, rasa penat rehat sekejap, rasa murung baca AL Quran, rasa gembira nikmati dengan rasa bersyukur, rasa sedih buka show kelakar, rasa kosong tadabbur Al Quran. InshaaAllah, setiap masalah pasti ALLAH pasangkan dengan jalan penyelesaiannya. Jika tidak? jadilah seperti diriku ini, let them be. Jangan fikir.

Jadi, as morning person pada hujung minggu, busy as always. Apatah lagi kucing bercekau di hall malam tadi, kita mop lantai dulu. Kencing bersepah di tangga namun satu rumah di mop. Hati lega, turun pula tuan asben siap berbaju ke gym.
"jom pergi gym, nak ikut tak?" tanyanya. Memang dia ada bagitau malam tadi, kita ni kan memang hendak je join briskwalk bagai, cuma kurang gemar utk memandu pergi. Bila ada peluang, ayuh kita. Nah berpeluh juga dapat 5km briskwalk atas threadmill.
Hilang somes callories balik singgah mamak cari roti pisang dengan epal jus, ahah~ pakej tapau nasi goreng ayam mamak. 

shoes from Teha.

On way back, tuan asben singgah Secret Recipe membeli sebiji kek. Ganti semula kek yang tidak dapat masa ulangtahun kelahiran kali lepas, yang seller serabut tuuu. Beli saiz comel sahaja, lepaskan hajat dia. Sambung singgah ke mrDIY untuk cari pasu bunga dan host shower di bilik air. 

syurga sangat mahal.

Balik rumah, selepas Zohor dia mengajak keluar lagi sekali, aduuuuuuuhai. Kali ini ke kedai emas, aku hendak letgo cincin emas yang tidak digunakan lagi dan dia hendak belanja gelang sempena naik pangkat isteri terpaling kesayangan. Sebenarnya, aku tidak mahu pun, hati sudah tiada maaa~ sudah dia yang bersungguh sangat, ajomlah. Kita request bangle as always. Love bangle.

Mamai-mamai layan petang, tahu-tahu sudah petang saja. Lepas maghrib tuan asben mengajak keluar lagi sekali, huaaaaaaaaaaa daku capek bangat kaliii.
"why??? why banyak sangat agenda hari ni? kita scarry laaa~" aku muskel. Kaaan? semua dia pulun dalam satu hari. Tuan asben senyum menunggu aku bersiap.
"kita pergi makan je la, kenapanya? pergi makan dengan anak-anak sekali" jawabnya. Aku bangun juga.
"scarry la, semua for me on today" sambil bersiap aku membebel. Dia ketawa, katanya dia ganti balik masa ketiadaannya pada hari lahir aku yang lepas. hrmmmmmm~ 

Kali ini makan di restoran AnJ Grill Burger. Aku order makanan berkongsi dengan tuan asben, lamb chop+asam lemon. Daktiga dengan menu memasing. Spegeti Aglio Olio+oreo shake, lasagne+coffee latte dan crispy burger+sparkling stoberi. Gambar? nehi, mood aku sudah letih benar. Menua. 

menu dia paling lambat sampainya. Sorry abang.

that's nothing i would do, i'd risk all for you.

Balik sahaja rumah, rehatkan perut seketika dan tidur. Whatever whatsover to be continue. Ahad? order saja. Texas ayam goreng dan tuan asben balik Melaka sebelah petangnya. So untill today, I just jalani sahaja penghidupan dengan bantuan ALLAH swt, InshaaALLAH. Semoga dapat balik hatiku dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Amiiin~

Hendak minta uols tinggalkan komen dengan dua berkataan ini "you can~". Jika sudilah. Bila hatiku sudah dapat semula nanti, penuh rela, redha dan kasih sayang, kita cerita daripada mula semula. Kini, hatiku masih bergentayangan, sekejap ok sekejap down. InshaaALLAH will be okey. Jangan salahkan takdir yang datang, mungkin kita tidak suka namun ALLAH sudah susun kebaikannya nanti-nanti. Senyum korang senyum!

love koshibo ni~

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

No comments: