Tuesday, 12 May 2026

Tentang Perasaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1stly, terima kasih semua atas warm wishes untuk me on my birthday, sweetnya jika kita dapat bertemu bermata-mata dengan semua orang, love sangat. Thank you so much~ biar je begitu, tidak berhajat untuk balas satu persatu, uols okey kan? semua rezeki ALLAH izinkan untuk kita miliki, mengubat emosi biarpun hanya baris ayat dan kata-kata, love and terima kasih.

Menaip ini dengan perasaan yang entah, sendiri sukar mengerti perasaan sendiri, ihiks. Bila kau sudah menyerahkan semua urusan kehidupan pada ALLAH, maka kita jalani sahaja, rasa penat rehat sekejap, rasa murung baca AL Quran, rasa gembira nikmati dengan rasa bersyukur, rasa sedih buka show kelakar, rasa kosong tadabbur Al Quran. InshaaAllah, setiap masalah pasti ALLAH pasangkan dengan jalan penyelesaiannya. Jika tidak? jadilah seperti diriku ini, let them be. Jangan fikir.

Jadi, as morning person pada hujung minggu, busy as always. Apatah lagi kucing bercekau di hall malam tadi, kita mop lantai dulu. Kencing bersepah di tangga namun satu rumah di mop. Hati lega, turun pula tuan asben siap berbaju ke gym.
"jom pergi gym, nak ikut tak?" tanyanya. Memang dia ada bagitau malam tadi, kita ni kan memang hendak je join briskwalk bagai, cuma kurang gemar utk memandu pergi. Bila ada peluang, ayuh kita. Nah berpeluh juga dapat 5km briskwalk atas threadmill.
Hilang somes callories balik singgah mamak cari roti pisang dengan epal jus, ahah~ pakej tapau nasi goreng ayam mamak. 

shoes from Teha.

On way back, tuan asben singgah Secret Recipe membeli sebiji kek. Ganti semula kek yang tidak dapat masa ulangtahun kelahiran kali lepas, yang seller serabut tuuu. Beli saiz comel sahaja, lepaskan hajat dia. Sambung singgah ke mrDIY untuk cari pasu bunga dan host shower di bilik air. 

syurga sangat mahal.

Balik rumah, selepas Zohor dia mengajak keluar lagi sekali, aduuuuuuuhai. Kali ini ke kedai emas, aku hendak letgo cincin emas yang tidak digunakan lagi dan dia hendak belanja gelang sempena naik pangkat isteri terpaling kesayangan. Sebenarnya, aku tidak mahu pun, hati sudah tiada maaa~ sudah dia yang bersungguh sangat, ajomlah. Kita request bangle as always. Love bangle.

Mamai-mamai layan petang, tahu-tahu sudah petang saja. Lepas maghrib tuan asben mengajak keluar lagi sekali, huaaaaaaaaaaa daku capek bangat kaliii.
"why??? why banyak sangat agenda hari ni? kita scarry laaa~" aku muskel. Kaaan? semua dia pulun dalam satu hari. Tuan asben senyum menunggu aku bersiap.
"kita pergi makan je la, kenapanya? pergi makan dengan anak-anak sekali" jawabnya. Aku bangun juga.
"scarry la, semua for me on today" sambil bersiap aku membebel. Dia ketawa, katanya dia ganti balik masa ketiadaannya pada hari lahir aku yang lepas. hrmmmmmm~ 

Kali ini makan di restoran AnJ Grill Burger. Aku order makanan berkongsi dengan tuan asben, lamb chop+asam lemon. Daktiga dengan menu memasing. Spegeti Aglio Olio+oreo shake, lasagne+coffee latte dan crispy burger+sparkling stoberi. Gambar? nehi, mood aku sudah letih benar. Menua. 

menu dia paling lambat sampainya. Sorry abang.

that's nothing i would do, i'd risk it all for you.

Balik sahaja rumah, rehatkan perut seketika dan tidur. Whatever whatsover to be continue. Ahad? order saja. Texas ayam goreng dan tuan asben balik Melaka sebelah petangnya. So untill today, I just jalani sahaja penghidupan dengan bantuan ALLAH swt, InshaaALLAH. Semoga dapat balik hatiku dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Amiiin~

Hendak minta uols tinggalkan komen dengan dua berkataan ini "you can~". Jika sudilah. Bila hatiku sudah dapat semula nanti, penuh rela, redha dan kasih sayang, kita cerita daripada mula semula. Kini, hatiku masih bergentayangan, sekejap ok sekejap down. InshaaALLAH will be okey. Jangan salahkan takdir yang datang, mungkin kita tidak suka namun ALLAH sudah susun kebaikannya nanti-nanti. Senyum korang senyum!

love koshibo ni~

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

26 comments:

adnil linda said...

yes... you can...
as always.... ❤️❤️❤️

Anonymous said...

Hati memang perlukan masa untuk “balik” semula…😊
Yg penting jangan hilang diri sendiri dalam rasa yg datang pergi tu..
Slowly je… satu hari nanti pasti akan redha, ALLAH sebenarnya tengah susun semula hati tu jadi lebih kuat dan lebih tenang daripada dulu.
“You can~”

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kak cha, you can get through all these 🤗🤗🤗. Karena kakak strong woman lah. Salut salut saluuut sangat ❤️. Mungkin jika saya di posisi itu, saya tak akan mampu bertahan.

Soal hati dan perasaan yg ntah kemana, tak apa... Mungkin Krn hati msh kebas. Saya harap seiring waktu , yg terbaik yg nantinya akak akan rasakan ❤️❤️🤗

Mama Zharfan said...

moga terus tabah...sbb we have choices in life dan kita pilih jln hidup yg mana...kasut semua org berbeza..anyway happy belated bday tau!! best jugak dpt bangle wpun hati tak ceria

ch@ said...

cik anon: ahaaa baik~

ch@ said...

linda: kan kan kan, ini hal sepele saja. tetiber riak, astagaaa~

ch@ said...

fanny: thank you fann, ALLAH bagi kekuatan. hugs~

ch@ said...

mama zharfan: thank you mz. haaa baiklah2, sampai da ni ur wishes. ihik~ comella

Roziah @ Cie said...

You can!

Semoga yang baik2 jela mengiringi mu.

uncle gedek said...

You Can!
You Can!
You Can!
Uncle bagi extra sikit...

Mulan said...

You can face the future with whatever it takes. You are smart, beautiful, caring, loving and most importantly, ALLAH SAYANG CHA ❤️❤️❤️❤️

ch@ said...

cie: maceh cie, yg tak pernah jemu dtg bertandang. kita dtg je blog cie tu, cuma bila tang foodies taktau nak komen apa, hahaa. baca je, jejak tinggal sekali sekala, sorry tau.

ch@ said...

uncle gedek: ahaaa ada-ada, nampak da ni. thank you uncle!

ch@ said...

kak mulan: kak mulan, nak hugs~ jadi slime la dgn ucapan gini. leleh.

Mznimnwr said...

gambar last tu macam budak sekolah agama baru habis kelas tambahanla kak, hahaha.
anyway, you can~! semoga baik2 je utk akak dan orang2 sekeliling <3

SN Faaezahh said...

Yoooouuuuuuu Caaaaaaannnnnnn !!! 💐✨

Allah takkan uji diluar kemampuan hamba-Nya

What doesnt kill you makes you stronger babe.

Ezna Khalili said...

Kalau kejap ok kejap tak ok maknanya tak ok dan tak stabil emosi tu Cha.... :( Moga baik baik ajer Cha...

You can.....mak dak tiga kot....nak keluarkan 3 orang ni pun dah cukup rasa sakit kan...maknanya Cha kuat!!!

ch@ said...

mazni: eh, makin nampak kenudakkan ke ea? alaaa caner ea? thank you so much sista~

ch@ said...

faa: meh hugs~ kita suka la wish gini.

ch@ said...

kak ezna: selagi boleh bertahan, kita pertahankan kak. inshaaAllah i do believe Allah plan the best for me. inshaaAllah hari penat ni akan berlalu.

Suria Amanda said...

Slowly but surely, Ch@. Take your time untuk pulihkan semula semangat dan emosi tu. Yang penting, you can~hugs dari akak....

ch@ said...

kakakSA: hugs~ inshaaAllah semua baik-baik sahaja nnt.

Ammi said...

jujur...baca perenggan awak minta kita comment dengan "you can" ... ammi nangis. Chaaaa...kuat ye.

ch@ said...

ammi: alamak, sorry ammi. don't cry lama-lama okey, sikit jaaa takpe.

anamizu said...

ana hadir baca dari mula sampai habes hurmm kuatnya seorang insan bernama Cha... moga Allah terus beri ketabahan & kebahagian utk Cha & DakTiga aminnnn... huggggsssss~

you can~
you can~
you can~
you can~
you can Cha!

ch@ said...

anamizu: maceh ana, ur quotes tu byk membantu. nnt kita marathon.