Hari sebelum pertandingan kawad ialah Selasa bersamaan dengan hari emak dan bapa pergi mahkamah, dijadikan cerita, tengah kalut jalan ke mall, dapat wA kasut sekolah Arrizqi dalam kereta, Arrizqi siap minta bantuan ciksu, Mija untuk beritahu emak. Yang jadi halnya, kasut ada dua pasang dedua dalam kereta, halaaaaaaaaaaa~
Hendak saja emak hasut tidak perlu ke sekolah namun emak juga tahu Arrizqi tidak mungkin Arrizqi tidak ke sekolah kerana hari ini hari terakhir latihan kawad kaki dan perlu kasut untuk ditukarpinjam dengan kasut kawad ke pertandingan kawad esok harinya. Bapa suruh pakai kasut Adli dan tukar kasut kawad pagi esoknya ja. Arrizqi tanya abangnya, risau Adli tidak berkasut sekolah esok. Adli kata esok tidak mahu ke sekolah, Adli memang sengaja menerima peluang yang terluang.
Misi selesai, Arrizqi ke sekolah dengan Fajjida dengan memakai kasut Adli. Namun, apabila pulang pada petang hari, dia masih menjinjing kasut abang disamping dia sendiri memakai kasut kawad. Adli, tetap dengan pendirian, tidak mahu je sekolah esoknya meskipun ada kasut. Begitu juga dengan Auni, sudah menempah tiket malas bangun awal pagi untuk pergi bersama Arrizqi. Sabar je la.
Malam itu Arrizqi kalut bertanya uniform pengakap dan segala eksesori, melihat dia punya persediaan tu sangat serupa dengan perangai emak, Arrizqi minta tolong jahitkan lencana, emak pass pada kakak, pasal emak sibuk layan emosi yang extream penatnya.
Pagi Rabu 20hb Mei 2026 Arrizqi ke sekolah dengan tuan asben yang akan terus pulang ke Melaka. Senang kerja emak, hanya menunggu Arrizqi sahaja nanti. All the best Arrizqi.
![]() |
| dia seorang je tahun ni, Adli dah pindah unit kadet polis, Auni form five tidak dibenar sertai. |
![]() |
| tahniah ersyad~! |
Pulang sahaja Arrizqi dari pertandingan kawad, emak bawa pergi speedmart, belanja aiskrim. Ihiii~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


No comments:
Post a Comment