Ahad 17.05.2026: Sunway Pyramid.


Tak menyudah menggalau, tidaklah. ihiks~ maklumlah sejak daktiga sudah membesar dorang memang bagi peluang umie abi dating. Lebih kurang jam 10am Ahad lepas weols keluar secara senyap untuk ke Sunway Pyramid. Atas urusan menyelesaikan masalah meng'claim' handphone percuma untuk Arrizqi di HQ Celcom.
Suka jalan-jalan mall awal pagi begini, tiada apa sangat yang dicari pun, cuci mata. Tuan asben bawa kelisa pakai baju sedondon. Aaaa syuka-syuka. Selesai urusan di Celcom, kita cari makan, teringin hendak makan pizza. Turun naik escalator, cari restoran pizza hut.
![]() |
| piza love. |
Terkenang dedolu, setiap kali gi dating wajiblah jalan dalam mall. Menonton wayang, makan, masuk kedai buku dan kedai cenderahati. Lepas tu lepak di lobi mall. Seronok jika ada event yang boleh masuk free jadi penonton. Boleh hafal setiap pelosok kedai dalam mall, pasal keluarnya pada setiap hujung minggu.
Selesai makan, tapaukan kepsi untuk daktiga dan tuan asben pulang ke Melaka selepas waktu zohor. Sekian cerita hari Ahad, tiada moment touching sebab hari esoknya tuan asben sudah terpacak balik Selangor semula kerana kita perlu ke Mahkamah Syariah untuk tuntutan kemahuan tuan asben.
Selasa 19.05.2026: Mahkamah dan Mall.
Berderet hari gigih bangun solat malam, menenangkan hati yang berkecamuk dengan kes pertama kali dalam kehidupan begini, disaman untuk hadir ke mahkamah kerana membenarkan tuan asben dengan kemahuannya. Mengeluh? sayu? nangis? kecewa? sedih? once tekad sudah bulat, ajomlah~ cepat kita ikut kehendak maka cepatlah masa berlalu. Masa ni, aku tidak contact langsung dengan tunang tuan asben, weols sedang menguatkan hati masing-masing.
Kita pergi sebaik sahaja menghantar Auni ke sekolah, kerana masih awal cari kedai makan dahulu untuk bersarapan. Kedai mamak like always. Buntu. Buat pilihan pun tidak macam biasa, tuan asben sajes tosei kita dengar sekali lalu je, tak mahu breakfast sebenarnya, entah. Alih-alih order teh o suam dengan roti kosong. Dekat rumah si Syasya ni tidak pun minum teh o, ahahahaa pastu dok skodeng orang meja sebelah buka siklemak daun pisang. Nampak sedap, tuan asben suruh ambil dan makan, sedap. Sementara tuan asben makan roti telur dan kopi jantan lah sangat.
Selesai makan, bermulalah episod mencari tandas. Payah benar bila datang darah gemuruh, mulalah shaking, seram sejuk, hendak muntah. Bila kali pertama, ke tempat yang kita tidak biasa, memang beginilah keadaannya. Ditenangkan oleh tuan asben, eh makin bergemuruh jadinya. Layan My Sticker Room sekejap bagi hilang. Selepas ke tandas di masjid berdekatan kita menuju mahkamah. Tuan asben masuk ke perkarangan mahkamah dan melayan isteri yang tidak kebah darah gemuruhnya, adeh.
At the end Nurul Akmal hantar sepotong doa, doa yang sama dibaca pada setiap sujud terakhir. Tuan asben menguruskan pendaftaran, kita berlegar disekeliling sebelum masuk menunggu. Melihat nama sendiri atas papan penyataan, hati berdetik why me mak, why me? huhuhuuu~
Selesai pendaftaran, kita berdua naik tangga ke dewan bicara terletak di tingkat satu. Sambil kaki melangkah dan doa yang tidak putus sambil kepala terbayang suasana dewan dalam drama Korea, andweeeeeaaaaa, I wanna dissappear! Kita diminta scan QR sebelum masuk ke dewan bicara.
Sebaik sahaja masuk mata menerawang sekeliling, jantung makin tidak tentu arah lekas-lekas tuan asben suruh duduk. Dewan bicara ni bersaiz sederhana namun susun atur perabot dengan kandang saksi disaksi pula dengan peguam-peguam dan hadirin cukuplah buat jiwa cuak. Belum sempat habis meneliti suasana dewan, kes kita yang kedua dipanggil, eh? boleh balik awal ni.
Kita duduk di salah satu meja panjang, berhadapan dengan tiga orang perempuan, yang seorang pegawai daftar dengan suara tegas, dua lagi pembantunya agak muda sedikit.
"puan Noorulsahida, sudah baca tuntutan suami tentang fail ni?" tanya yang tegas tadi sambil membelek fail kes.
"sudah" kita jawab sepatah sahaja sambil menunggu soalan seterusnya, ergh~
"puan setuju tanpa syarat? ada syarat lain hendak ditambah" tanyanya.
"iya setuju, tanpa syarat" kitanya memudahkan keadaan, ikutkan list panjang hendak kita ketengahkan. Lagipun kita dah baca segala tuntutan dalam fail kes tu, jenuh fahamkan term-term mujur bekas kerani guamankan, plaintif dan difendan, setuju lekas-lekas sebab hendak keluar lekas-lekas juga, aaaagitu.
"bakal isteri masih ada bapa ke? dan bla-bla-bla" soalan selepas itu untuk tuan asben sahaja. Oooo ingat boleh terus nikah, tidak ye. Tidak semudah itu.

![]() |
| Mahkamah Tinggi Syariah Daerah Gombak. |
Baru bahagian pendaftaran kes belum bicara lagi, dek kerana dokumen tuan asben belum lengkap. Tarikh nikah terpaksa ditunda dan perlu dibicara depan hakim pula bersama dengan Nurul Fatehah sekali pada bulan Jun nanti. InShaaAllah everything will be okey. Siap semuanya, hari belum pun jam 11am. Ayuh kita ke mall, cakap sahaja hendak ke mana, kita terapi. Ajoms Paradigm Mall, KJ.
Masuk panggung wayang, layan movie Tarung, woooooo pelakonnya all time favourite weih, Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Bront Palarea dan lain-lain. Selesai layan movie kita ukur mall masuk kedai buku, kedai hiasan rumah dan balik rumah, menunggu Auni balik sekolah dibantu ambil oleh kakMidah dan bersilat di dapur sebelum keluar ambil Arrizqi yang ke sekolah bersama Fajjida tengah hari tadi. Sekian pengalaman ke mahkamah dengan 1001 rasa. Rasa penat tahap maksima, menua sungguh.

![]() |
| everyday in my planner. sebab beli pen baru, mata pen lama sudah hilang bentuknya. |
Sekian kisah biasa untuk orang biasa-biasa sahaja. Sudah larut malam, Nurul Fatehah bertanya keadaan kita, kita okey je cuma keletihan luar biasa, untuk orang mental seperti kita ni, aktiviti di luar jangkauan akal memang memenatkan. Semoga semuanya baik-baik belaka. May ALLAH ease everything for me, for you dan for all.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



No comments:
Post a Comment