Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sabtu lepas, 23.05.2026: weols pergi kenduri uols! tema ash blue. Gigih la kita ni pergi tailor ambil baju ditempah sebelum pergi umrah hari tu. Tailor dah banyak kali tanya, bila hendak ambil baju, ada tiga pasang semua sudah siap. Kita je yang melengah-lengahkan untuk pergi ambil dek kerana belum rasa hendak pakai. Baju contohnya warna ash blue, jadi gigihla kan.
So awal pagi sudah siap, pergi hari ini balik esok tengah hari. Begitulah jika balik rumah fil. Kenduri rumah mak cik tuan asben, sepupu paling rapat tuan asben, Ameen. Makanya ayuh kita. Mak Itam, sudah awal-awal posisikan kita ni untuk goreng cucur udang, jadi kita pun bersemangatlahkan.
![]() |
| iklan gigi. |
Weols ambil Mija di rumah abah dahulu, konon hendak pergi sekali dengan abah, eh dia hendak rempit pula. Lagipun rumah mak itam dekat sahaja dengan rumah abah, no hal. Kita parking kereta di rumah mak njang. Pun makcik tuan asben juga, mereka berjiran. Kebetulan Aidilfitri tahun ini, kita masih belum sampai rumah mereka berdua, jadi sekali jalanlah ni.
Disebabkan sudah makan nasi lemak RM2 pagi tadi, makanya perut masih kenyang. Kita mundar mandir sahaja, lagi-lagi posisi menggoreng cucur udang sudah diambil alih oleh mak uder dan mak andak, hahahaaa~ dan lagi rasa boleh goyang kaki bila mak njang offer diri hendak ganti mereka berdua nanti, muahahaaa.
![]() |
| Ni lah duty kita tu, ihiii~ |
Kita hanya makan kuih sahaja, sambil tolong hidang lauk pengantin untuk makan beradab nanti. Selepas itu tidak tahu mahu join group mana satu, group makcik? group cousin? maka kita berkepit dengan kakDilla dan Mija. Bahang mula terasa bila tetamu mak itam semakin ramai, kita duduk dengan tuan asben, tuan asben pandang kita, main-main mata pula dia, dia ngajak cha alif bot. hahahaaa~
Elok sahaja pengantin dan keluarga perempuan masuk khemah, gegas tuan asben mencari Mija dan daktiga untuk melarikan diri. Bila kita bersalam dengan mak itam, mak itam suruh stayback, but weols need udara, bawah khemah semakin padat.
![]() |
| years ago~ |
Bila masuk kereta, eh ada pula Icha dan Afiq anak kakDilla mengekor sekali, ajomlah kita balik rumah tokki (abah/fil). Sampai rumah abah, tukar uniform dan zzzZZZzzzZZZZzzzz. Arrizqi, Afiq dengan Adli mandi kolam. Tidak lama kemudian Icha dan Mija ikut terjun kolam sekali, hendak join sekali namun kita sudah mandi. Esok sahajalah. Hanya kakDilla yang setia sampai habis majlis, hahaaa. Begitu sahajalah kisah menghilang di tengah kesibukkan. Lagipun cousin tuan asben ramai yang ringan tulang.
![]() |
| penuh kolam dorang kejakan~ |
![]() |
| rasa aneh tak nampak gigi. |
![]() |
| maklang & mak itam. |
![]() |
| with kakdilla, mak njang, maklang & makteh. |
![]() |
| bacaan tahlil dan doa selamat. |
Salam Aidil Adha untuk semua,
mendoakan semua berada dalam keadaan baik-baik belaka, may ALLAH kabulkan doa-doa kita semua. Amiiin~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.








18 comments:
kak cha, kita nih jenis samalah, kalau posing haruuuuus nampak gigi... saya pernah coba tak nampak gigi kan, macam gigi maju kedepan hahahahahaha.. jd sejak itu saya tak pernah posing hanya senyum, harus senyum lebar..
eh kecuali foto pasport lah ;p.. kalau itu memang tak boleh nampak gigi hahahahah
Salam eidul adha 1447H dari MZ sefamili
fanny: kankankan, bila share photo tak nampak gg, kawan tanya kenapa takde iklan gigi? hahahaaa~
mama zharfan: salam berlebaran mz.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Paling lawak part ajak 'cha alif bot' dengan tuan asben tu, memang sekepala betul! Tapi betul la, kalau bawah khemah dah mula bahang dan padat dengan orang, memang nak cari tempat rehat yang ada udara sikit. Gambar senyum tak nampak gigi tu tak ada la aneh, nampak manis je Ch@... tapi kalau dah biasa tengok 'iklan gigi', memang rasa macam ada kurang sikit, hehe. Selamat Pengantin Baru buat Amin & Sofea
Akak bab ramai2 sangat ni mula rasa lemas. Hehe....marilah kita ke tempat yang kurang sikit orang kan...lebih tenang.
muka mak itam tu, sekilas pandang macam blogger cuya pulakk. kening tebal n kaler lipstick tu.
wahh sempoinya pengantin laki pakai baju melayu biasa je
Selamat hari raya aidiladha, buat Chaa sekeluarga.. 🩷
cie: salam aidiladha cie 💞
kakak sa: weols mmg kurang gemar tmpt sesak. kebiasaanya kenduri fmly begini, weols mmg part dtg mkn ja. ihiii~
kak ezna: benar sekaliii. restoran sesak pun weols takkan menunggu utk masuk.
mazni: haaa benar, iras cuya. takdan baju pengantin dgn cuaca terik begitu. satu kipas kedai mamak tu, mmg dia seorang ja.
faa: salam berlebaran.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Salam Aidil Adha belated buat Cha ❤️
kak mulan: terima kasih kak mulan.
mak Itam sekali pandang macam Cuya pula...
seronok nya rumah Tokki ada kolam.. tak payah sewa homestay
linda: hahaaa iras cuya.
jika musim buah, meriah rmh tokki ni, ada yg mandi kolam, kutip buah, memancing. sbb kolam mandi tu sblh kolam memancing dan fil mmg letak ikan.
Post a Comment