Monday, 6 April 2026

Aidilfitri 1447h- 2026: Turn Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahun ni tidak kalut sangat beli baju raya, hanya pakai apa yang ada sahaja. So dua hari sebelum raya, let's go going back Johor. Sangat mengantuk ye, bila memandu waktu siang dalam bulan Ramadan. Weols, bertukar pemandu untuk sampai ke destinasi.

Disebabkan perjalanan lancar, tuan asben ajak singgah Arena Warna Air Hitam, yeay boleh cari biskut tart bunga. Belikan biskut raya untuk mama sekali dan tuan asben ambil kesempatan shopping munga api. Gila sungguh.

Sampai di rumah mama, mama sudahpun siap masak menu raya. Awal benar nampaknya. Tapi tidak mengapalah, dengan kondisi aku yang libang libu begini, huru hara perasaan jadinya. Sudah dua bulan berlalu, tuan asben dengan keputusannya untuk menambah ahli keluarga lagi, hendak beri aku kawan katanya. It's okey la, ihiii~ best juga ada geng hendak ngopi-ngopi kan? aaagittu.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rutin pagi, ke masjid lebih dahulu. Aku dan Adli hanya menumpang adik, paksu daktiga sahaja. Pergi sekali dengan isterinya. Semua berjalan dengan lancar, ini bukanlah kali pertama aku bersolat Aidilfitri. Pulang masjid, kita ootd berkumpul bergambar dan bermaafan. Selepas itu bermulalah aktiviti makan, makan dan makan. 

Menu? rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal kacang, sik impit, ketupat, ketupat palas dan kuih-muih. Aktiviti petang? tiada. Hanya memerap sahaja.

Kesebelasan utama.
Power Rangers.
Mom and the kids.
D'menu.

Aidilfitri hari ke dua, siap awal pagi, gerak balik Machap, rumah nenek. Menjadi rutin setiap kali Aidilfitri. Bila sudah berjumpa dengan sepupu sepapat, riuh lain macam jadinya. Rezeki tahun ini, dapat bertemu dengan sepupu sebelah mama yang membesar bersama-sama. Dan macam biasalah, aku yang umur paling rendah dan ketinggian juga terpaling rendah, hrmmm~

Menjadi kemestian pulang rumah nenek singgah Arena Warna, aku suka cuci mata saja, tapi dapat juga beli agar-agar kering, ihiiii~ aku kan sudah ke sini sebelum raya tempoh hari. Kali ini, melayankan mama papa sahaja.

Kesebelasan utama.
D'cousin: kakSom, kakZizi & kakTipah.

Aidilfitri hari ke tiga, let's go bersiap balik Sg. Buloh. Kita bertolak lepas sarapan pagi di host oleh Ina dan mama. Tuan asben singgah di rumah temannya di Segamat dan terus ke Rimbayu rumah pakciknya pula. Begitulah kehidupan, bila sudah menua kita tidak rasa hendak berlama di luar rumah. Home sweet home, gitu.

Tuan asben terus bersiap untuk balik Melaka kerana dia mula berkerja keesokkan hari. Kita menjalani kehidupan back to normal rutin sambil mengemas rumah.

So that's all~ 
Nanti kita blogwalk okey, sekarang ni sibuk menenangkan diri, kita healing kejap.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

2 comments:

Kakmim said...

Selamat hari raya puan syasya & keluarga

Suria Amanda said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Cha....wah theme colour sama lebih kurang ngan kak SA...