Mari kita ke arah Kajang - Bangi - Semenyih dan Mall. I love yang last tu.
Disebabkan kita sudah ke rumah kakDilla di Kajang, jadi kita lajak ke Bangi terus rumah mak uda. Rumah dalam taman, entah bagaimana aku hendak jadi rajin seperti makcik tuan asben ni. Hijau sangat persekitarannya.
![]() |
| Kan, macam dalam gua. |
![]() |
| Manequin challange barangkali. |
Jumpa Mira dan Mija di rumah mak uda, kita gerak ke rumah makcik yang di panggil acik terletak di Semenyih, mereka merupakan adik-adik kepada arwah mak tuan asben dan adik beradik lain tidak termasuk Mija.
![]() |
| Sempat buat grounding. |
![]() |
| Girls being girls: Sofea. Mija. Auni. Mira & Me. |
![]() |
| Thank you so much Achik ~ |
Selesai rumah Achik, terletak berhampiran ialah rumah pak teh. Pak teh ke kebun hanya tinggal mak teh yang tidak sihat. Jadi kita hanya singgah sekejap sahaja, menjengah dan berziarah.
![]() |
| Tokki dan daktiga. |
Dari rumah pak teh kita bergerak ke rumah pak andak pula, semua adik-adik arwah mak. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk semua hari ini.
![]() |
| Ajoms gerak pulang. |
Singgah sekejap-sekejap sahaja, perut masih kenyang. Hanya mata sahaja sangatlah mengantuknya namun... kita tahankan sekejap apabila tuan asben hendak naik mall Sg. Buloh. Ohooo~ Syasya dengan mall dia takkan lepaskan peluang ye. Ihiii~
Tujuannya hendak cari charger laptop Arrizqi, tapi dapat pula dibelanja ZUS dan rotiboy. Rotiboy ialah kategori wajib jika ke SB Mall, makan 3 biji pun rasa tak cukup. Merasa juga air matcha stoberi ZUS yang digembargemburkann sedap. I like but no anyone else, ahahahaaa. Psiko je yang minum matcha. Balik rumah, bersiap berkemas dan lena. Panat maaaattt!
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.







22 comments:
handbag Sofea tu wow la... boleh pergi makan2 dinner...
nampak Puas berjalan tu hihihihi
Bestnya rumah ada gazebo cam tu.. boleh lepak2
mall la paling syok nak jalan2 kan. lebih la 10k langkah :)
rotiboy tu baunya aja dh xleh tahan.. apatah lg dpt yg panas²
linda: empunya nya baru 6tahun.
taufik: tahun ni kurang sikit, banding tahun lepas. apapun, alhamdulillah~
uncle gedek: cantik, cuma sy kureng sikit. sy lbh suka dlm rumah banding luar.
cie: sep sikit cie.
kakmim: fuh~ dapat rotiboy lupakan yg lain.
bestnya rumah byk pokok2 ;)
Seronoknya beraya berziarah. Kami beraya meriah 4 hari Syawal je hehe. Rotiboy kan memang sedap bau dia aduhh menusuk.
cantik rumah mak uda tu, ada laman yg luas. ambil gmbar raya kat situ pun lawa
Rotiboy tu bau wangi betul. Kena pulak rotiboy yang dalam tu ada ice cream pulak....nyums....
Dah lama tak pergi Sungai Buloh Mall.
Kak cha, minal Aidin wal Faizin yaaa. Maaf lahir bathin 🤗. Masih Syawal lagi kan 😄.
Padat acara ya kak 😄. Rindu memang momen raya yg berkunjung ke banyak tempat begini. Trakhir saya seperti ini saat raya di Medan dengan orangtua saya, atau di solo dengan mertua. Pindah JKT, memang wassalam lah nak bertamu. Ada, tapi hany 3 rumah saja, lalu selesai 😅
mama zharfan: makcik berdua ni memang gila2 lanskap dorang.
kak mulan: almost keluarga sebelah asben kak. kita ikut saja, ihiii~ esok2 mana tahu dia bawa yg 2nd pula, kita stay home je la kan.
mazni: benar, rumah uda dgn acik memang sering jadi tempat photoshoot.
kak ezna: aaaaaaaaa sedaaap. kat sini yg basic ja.
bang shai: biasa ja mall ni. best jika lama tak keluar rumah.
fanny: di Malaysia, rayanya memang sebulan penuh, kadang sampai terlajak beraya pun ada.
Post a Comment