Masa bercuti di Cherating tempoh hari, sedang main stiker atas sofa sambil layan Sepahtu Reunion entah bila, aku terlelap. Tersedar apabila handphone bunyi, pemanggil tersimpan nama "eomonni" naik di skrin.
"syaaa~ adik eksiden. Mama nak pergi tengok ni dengan papa, papa tak sihat. Tengok Ina hantar di group, ok mama letak dulu ~" mama mengongoi sedangkan aku tidak sempat untuk berbalas kata, terkesima.
"kenapa kak?" tanya Fatehah dari atas katil. Aku memandangnya, aku belek pula handphone. Fikir sambil mencerahkan pemikiran.
"adik kak eksiden" itu je aku jawab. Hendak balik pun, jauh benar jaraknya. Bila tengok photo yang isteri adik hantar, dia sudah pun berada di hospital. InshaaALLAH everything will be okey, aku percaya Ina boleh handle as always. Isteri, bila berkaitan dengan suami, orang yang dia sayang, yang tidak yakin boleh buat pun, boleh jadiii.
"akak hendak balik ke? saya tak kisah" ujar Fatehah mematikan fikiran yang baru nampak jalan. Dia menunggu jawapanku.
"isterinya ada, mama kak pun dah gi melawat tu, takpela. Now, just think of us ja" believe it or not? sesingkat ini aku boleh pergi holiday dengan Nurul Fatehah, yang merupakan bakal masuk dalam keluarga aku tidak lama lagi, ihiii~ (korang curious tak ni?) later-later la eh, kita story.
Jadi, selepas seminggu adik di hospital, tuan asben ajak pergi melawat. Sabtu gerak balik Johor terus menuju rumah adik di Pasir Gudang untuk ambil mama dan anak adik Akma serta Ali untuk dibawa mandi pool tempat kita akan bermalam nanti. Tuan asben telah membuat tempahan sebuah kondo berdekatan dengan Hospital Sultan Aminah supaya mudah isteri adik berulang-alik nanti. Alhamdulillah perjalanan lancar sahaja.
Petang itu juga tuan asben, aku dan mama pergi melawat adik di hospital. Dia ditempatkan di katil B40 dan kemalangan terjadi jatuh pada hari ulangtahun kelahiran ke-40nya pada 4 April 2026 lalu. Kita sampai sehari selepas dia menjalani pembedahan, alhamdulillah semakin bersemangat. Dia juga bagaikan tidak sabar untuk pulang ke rumah.
![]() |
| mama & adik. |
![]() |
| suka dia menantu tolak wheelchair tuk dia, balik tu aku yang tolak siap ikut wheelie. taubat dia. jauh betul parking dengan wad. |
Malam itu kami makan malam di Jepun Ikan Bakar, datang awal dapat port. Lambat sikit, nowh penuh parkingnya. Selesai makan, kita lepak-lepak dan tidur, letih weih. Takdan dah nak pillow-pillow talk.
![]() |
| sebelum ribut. |
![]() |
| terpaling. |
![]() |
| ribut sebelah kanan. siakap sambal. sotong tepung. kerang rebus. udang nestum. air tembikai. RM300++ - semua sedap. mujur bukan kepala aku yang pening. |
Pagi esoknya, Ina hantar Akma semula yang di ambilnya dari kami malam tadi untuk menguruskan adik dan weols going to mandi pool. Tinggal mama dengan Auni ja, dorang tidak mahu turun. Aku turun sebab hendak ambil feel main sticker tepi kolam.
![]() |
| grounding. |
Sekarang, adik dalam tempoh pemulihan. Alhamdulillah.
Meanwhile me? get ready to naik pangkat as a better good wife to be, hiks~
May ALLAH ease everything for us and all. LOVE!
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.









24 comments:
emmm nak teka2 takut salah..tak per tunggu jer u citer nanti...may Allah ease for u...kasut setiap org berbeza kan.. take care ok
Semoga adik kak Cha diberikan afiyah dari Allah, sembuh dan sihat hendaknya seperti sedia kala.
Alhamdulilah walau singkat je percutian nya janji dpt jgk gather² ngan family kan... cha sihat ke lepas blk dr umrah aritu?
Oh, 'adek' tu nama fatehah ke? ok, next..
Semoga adik kandung cha cepat pulih seperti sedia kala.. alhamdulillah xde yg serius
semoga cepat sembuh adiknya tu. memang curious sangat dari hari tu tertanya-tanya. hihhih. sibuk je nak tau. hahah
mama zharfan: apa yg hendak diteka tu mz? ada teka teki ke? thank you so much mz.
faa: thank you so much, inshaaALLAH he need to be strong, dia provider.
kak retna: betul, janji dgn family biarpun tidak semua ada. balik umrah? tak sihat, balik bawa batuk+penumonia+gerd. now, alhamdulillah, sihat.
kakmim: suka la dgn kakmim ni, cepat sangat otak tu pick-up. kakmim jgn tak sayang kita tau.
tq so much, inshaaALLAH he will be back stronger.
cie: tq cie. hahahaaa~ takpe nanti dah majlis rasmi, kita story from the start okey. mesti cerita punya, uols are the biggest and strongest support to me.
walau cuti yang singkat..dimanfaatkan sepenuhnya..semoga adik cepat sembuh ye..cha pun jaga diri ok...comeback strong
Semoga saja sekarang ini dah semakin membaik adik kakak yaaa. ☺️🤗.
Semakin Amazed dengan kak cha ❤️🤗🤗. Bisa menerima 'adik baru' dengan besar hati sangat. Surga insyaallah untukmu kak🤗.
Omg, saya lihat ikan bakar petai tuh, langsung drooling laaah 😍😍🤤🤤🤤🤤. Aiiih, nanti di KL saya memang nak puas2kan kuliner di sana . Tak sabar menunggu June 🤤😄
Moga dipermudah kan semua urusan Cha dan ahli keluarga ya.
kakak SA: terharunya dapat wish macam ni, nak hugs~
thank you so much sista.
fanny: let's go fanny, sedap. masa kat melaka hari tu cari ikan bakar yg begini, tapi dorang bakar lain pula style nya. telan je la. mmg sedap berbaloi harga.
ahahaha, doakan tau. amiiin mudah2an.
kak mulan: terima kasih kak. inshaaALLAH.
Semoga adik lelaki kak cepat sembuh. Mujurlah tak teruk mana.. tak senang duduk mak nanti.
Saya salute dgn akak, boleh menerima bakal 'adik' dgn berlapang dada. Semoga dipermudahkan segala urusan dan syurga buatmu kak cha
mazni: thank you so much. inshaaALLAH everything will be okey. doakan tau.
moga terus kuat kak...gelora hati takkan sama dengan apa yang diluahkan..insyaAllah, banyak doa yang baik2 untuk akak...
semoga adiknya bertambah sihat... teringat adik sendiri eksiden, sebulan tersadai dekat spital nak masukkan besi.. adoiii...dah la tak boleh bergerak, kaki kena gantung...udah stress kawan tu.. hahaha
linda: gelora silam tak bisa terpadam, namun harapan menggunung di hati.
thank you so much sista~ hugs.
mereka mmg kurang kesabaran, jika mampu hari ni eksiden esok nak pulih.
Ayat last tu..moga baik2 ajer ya....walau cakap memang senang tapi....yang kena hadap tu.... :(
Bila baca...baca balik nama NF ya? Tak tergamak nak sebut nama penuh. Moga baik2 ajer ya.....
kak ezna: inshaaAllah, Allah menguji ikut kemampuan hambanya. kita follow 🫡
kak ezna: comella akak ni. dia nf saya ns kak, hahaaa~ seb baik nama blogspot sy mudah akak nak sebut. ihiii~
Post a Comment