Saturday, 16 May 2026

Scene Sticker Terpaling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Asyik nak layan merentan ja, rasa sudah hodoh benar rupa maka adalah lebih baik kita alihkan perhatian kepada aktiviti yang disukai sehingga lupa dengan masalah yang ada. 

Sekian buku scene sticker sudah menjadi koleksi, buku paling boring telado 8.0 kena susun barang atas rak, mujur pelekatnya saiz agak besar, jika tidak maunya ia kena baling sahaja buku tu. Belum habis buat, beli telado 9.0 muahahaaa, tamak haloba. Siap pinjam shopee jiran tolong belikan, sudah ketagih benar.
hrmmm~~~
Bila ke mana-mana buku scene sticker macam dah jadi benda wajib di bawa sekali selain planner. Planner pun bawa hanya planner dan sebatang pen manakala buku sticker di bawa dengan twizer.
kolam.
hotel.
car wash. this is telado 8.0 yang boring tu.
Latest, kita cuba beli yang bersaiz paling besar, katanya. Lebih besar dari saiz A3. Memang tak boleh di bawa ke mana-mana. Masa siapkan part by part tu, hanya atas meja kerja atau atas lantai sahaja. Pasal gambar contohnya sudah seperti peta seorang mafia hendak merampas kawasan jajahan lagaknya. Besar NYAH~ namun tidak sampai seminggu pun, siap ditampal dengan rapiii. Jika ada studio sendiri boleh dibingkaikan sebab besar dan cantik sekali.
baru lagi. best ni.
meja tak muat.
34cm x 50.8cm DONE.
Nampaknya buku juga yang best, jadi simpan satu yang belum habis ditampal supaya boleh dikerjakan tatkala terdesak nanti. Dalam perancangan hendak collect dari telado 1.0 tapiii telado sebelum ni terlalu merah jambu untuk seorang Syasya.

Seperti tahu-tahu sahaja kita gila sticker, eh terjumpa pula dalam Playstore Tablet: My. Sticker Room apalagi kita download la dengan laju, haaa baru sampai pelekat ke 90, ketagih. Main sambil nunggu daktiga balik sekolah, sudah tidak perlu bawa twizer lagi, wiiiiiiii~
mainla sampai pening~

Happy Teachers Day and Saeng-il Chukhahamnida Joo Ji Hoon Oppa~

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

24 comments:

Cuya said...

Wahh rajin akak main sticker yaa. Kalau sekali dah terjebak tu, memang susah nak berhenti tu!
Moga happy2 selalu dan Selamat Hari Guru

Roziah @ Cie said...

Kat rumah ni kalau dapat sticker dibuang2 je takde yang berminat 😅

AMIIZAA@Mieja said...

rajinnyaaa shaaaaa

Mama Zharfan said...

unik lah hobby sticker2 ni...nice

adnil linda said...

Jumaat Ritu sempat jalan² dekat Kaison..nampak sticker ni, terus teringat akak..

Mznimnwr said...

rajin betul kak cha! bolehla framekan ni

SN Faaezahh said...

Wahh, hobi yang kreatif. Memerlukan focus yang tinggi nih.

Ezna Khalili said...

Best juga kan kalau boleh melupakan sekejap tu...buatlah apa yang Cha rasa tenang dan seronok.

Syafiqa Jenn said...

Therapy jugak kan kalau main lekat2 sticker. Kalau utk anak2 saya Montessori kengkononnya bila saya bagi main sticker. Saya buat sticker journaling sebab jenis malas tulis. Ambik je sticker emoticon lekat dh siap journaling cara saya 😆

Mulan said...

Kadang beli barang dapat sticker memang terus ingat Cha 🥰🥰

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

dah niat memang nanti di KL saya nak cari buku sticker ini lah ^o^... macam best sangat utk kegiatan mengisi waktu... ntah kenapa yg saya jumpa di sini, bukan macam nih bentuknya.. krn itu nak cari di KL saja june nanti

yg besar tuh, baguuus sangat setelah jadi ya kak ^o^.. sampai butuh tweezer hahahahaha... ini mata saya yg minus , makin minus nampaknya hihihihihi

Suria Amanda said...

seronoknya tengok! Kreatif betul Ch@. Dari hobi tampal sticker fizikal pakai tweezer sampai dah beralih ke app My Sticker Room, memang betul-betul healing ni. Yang saiz besar dari A3 tu kalau dapat bingkai letak kat studio sendiri memang cun sangat...bagi akak hadiah tu pun best..ehhhh...hahahahaa....gurau

ch@ said...

cuya: ni kes dah terjebak la ni. eh seganla, kita house manager je la cuya. guru di rumah saja.

ch@ said...

cie: ihiks~ kesukaan anak-anak tak sama.

ch@ said...

kak mieja: isi masa kak, mensibukkan diri lari dari overthinking.

ch@ said...

mama zharfan: one day mz mesti terjebak.

ch@ said...

linda: ada meh di kaison? alaaa kenapa kak tak jumpa?

ch@ said...

mazni: nnt nak cuba frame guna frame ciptaan sendiri. ihiii~

ch@ said...

faa: rasanya faa bakal terjebak dgn sticker ni satu hari nnt.

ch@ said...

kak ezna: kita ada baca, nak tenang kena sibukkan diri, buat aktiviti yg disukai.

ch@ said...

syafiqa: iya, ni kira hobi selain journaling, lettering dan quilling. journaling pun buat sticker sendiri saja, hehe.

ch@ said...

kak mulan: kak mulan, kenapa sweet sangat? hiks~

ch@ said...

fanny: buku dgn yg saiz paling besar tu mmg kena guna tweezer, jika tidak, ia jadi susah nak tampal sebab halus sgt. kak beli online je fanny.

ch@ said...

kakakSA: healing sgt, dah tak membebel tggu daktiga blk sekolah.