Saturday, 27 November 2021

Memori di Universiti Malaya : Majlis Konvokesyen suami.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sedang kita menyidai pakaian, tuan asben memberitahu dia perlu tiba awal ke sidang graduasinya, macamlah kita tidak pernah konvo sebelum ini, daktiga juga pernah berkonvo yang perlu tiba awal daripada sepatutnya. Sebenarnya kita sudah siap semuanya tinggal bersiap cantik sahaja, hahaa semangat macam sendiri yang hendak naik pentas menerima scroll.

Sudah diberitahu lewat, bawa kereta pun macam lipas kudung, ngeri kita dibuatnya. Biasalah, orang kerja last minute ni, semuanya jadi tak dan. Dulu, konvo bersama, segala macam perkara yang berkaitan acara memang kita sendiri akan study dahulu, biar tidak kelam kabut. Sekarang konvo sendiri membawa pasangan sebagai tetamu di tambah norma baru. Hah! masing-masing menghadap la masalah yang bakal timbul kemudian hari. Perjalanan ke tempat dia berkumpul sangat jauh sebaik sahaja masuk pintu gerbang University Malaya. Seronoknya jadi pelajar, seronoknya melihat suasana tempat belajar, argh! zaman yang sudah jauh kita tinggalkan. - Sempat kita bermonolog sendiri-sendiri sambil tenangkan hati. Sekarang belajar pun, online.

Tiba sahaja di tempat letak kereta, Allahuakbar perasaan. Rasa terharu, rasa bangga, rasa sayu tanpa mengetahui apa akan terjadi seterusnya. Melihat para graduan bersiap berjubah dan bergambar sebelum menaiki bas. Mereka perlu pergi ke Dewan Tunku Canselor bersama-sama dengan bas. Tuan asben? dia selesai bersiap, lupa terus dengan kita ni, hendak ambil gambar bersama pun sudah laju hilang di celah susunan kereta cuma sempat dia bertanyakan kepada RELA, bertanyakan di manakah tempat untuk tetamu. Tetamu perlu ke dewan bersebelahan dengan graduan menerima scroll.

Kita terdiam dalam kereta, seorang. Melihatkan jalan masuk ke sini tadi adalah sangat jauh, rasa hendak dan tidak memang kena memandu sendiri. Menarik nafas dalam-dalam sambil berfikir, kita perlu segera membuat keputusan, argh! ikut sahajalah kereta yang sama-sama akan keluar daripada tempat bas ini. Mereka juga akan ke dewan tetamu pastinya. Syukur, sebaik sahaja keluar daripada lapangan, sepanjang jalan ke dewan terdapat signboard bertulis "ibubapa", sayu pula melihat signboard tu. Kita isteri dia, tetamu. Hampir sampai di tempat parkir tuan asben baru call minta kita keluar ikut signboard, ke dewan tetamu. Maaf, anda telah terlambat, hahaa! Kawasan tempat letak kereta bersebelahan dewan sangat luas, Allah swt mudahkan kita di situ, maklumlah kita ni tidak pro bila berada di tempat asing, kali pertama pula tu.

Sebaik sahaja turun kereta, mengelokkan sedikit outfit dan handphone standby. Kita di sambut staff bertugas, scan untuk scan My Sejahtera. 
"datang seorang je ke?" tanyanya ramah, melihat kita menggigil pegang handphone, fuh! kita angguk sahaja. Jalan depan sikit seorang lagi staff minta tiket untuk masuk, kita keluarkan kertas untuk dia scan QR Code atas kertas tu, owh gitu!
"seorang je ye?" dia pula bertanya. 
"iya." kita jawab bila sudah rasa agak biasa sedikit. Berjalan masuk lagi, sua dahi untuk scan suhu, barulah mencari tempat duduk. Melihat sekeliling masih kerusi berpasang-pasangan untuk ibubapa. Kita seorang sahaja berjalan ke tengah dewan, ambil port tengah-tengah.
"selamat datang puan, seorang sahaja puan?" lagi yang bertanya, aduh! 
"ya, asben yang grad, duduk mana-mana je kan?" kita menjawab dan bertanya.
"ya, mana-mana pun boleh. Sama je." bila kita dah duduk, mulalah sesi beramah mesra. Macam biasalah melihat ketidakpercayaan orang dengan wajah tidak sama dengan umur ni. (ikon nangis).

Sementara menunggu majlis dimulakan kita selfie banyak-banyak dulu, sebab outfit kita cantik sangat. Majlis bermula kita duduk sahaja dalam dewan tetamu yang memang terpisah dengan graduan. Dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan dan lagu background semua masih sama cuma graduan duduk dengan penjarakkan dan apa yang buat kita rasa suka nak tengok mereka sangat sedondon termasuk mask yang mereka pakai. Kita main game sambil menunggu giliran tuan asben. Menyesal pula duduk jauh daripada skrin, hahaa. Tapi tak apa, masih nampak. Tuan asben update status, dia kita tanya bila turn dia. Dapat juga snap gambar walaupun di skrin, haha!

Habis sahaja acara, tetamu lain sudah pun menuju pintu, masing-masing bangun untuk mencari orang tersayang. Kita cari tandas dahulu sebelum berfikir apa yang harus dilakukan selanjutnya. Bila tuan asben kata dia kena menunggu semua selesai baru boleh keluar dewan, kita masuk semula ke dewan yang hampir kosong untuk selfie. Boringnya takde regu, sebab sudah biasa berteman. Bawa daktiga tak apa jika begini kejadiannya. Tuan asben minta memandu semula ke kawasan bas pertama kali sampai tadi, dia berada di sana sahaja, marilah kita!

Kita memandu terus ke arahnya dan bertukar pemandu, mengajaknya bergambar untuk kenangan. Baju sudah cantik wei, sayang. Kami mencari logo UM, sehingga hujan turun. Ok sudahlah, jomlah balik dengan perasaan berlibu, merajuk. Sayang betul. Inilah kejadian bila semua dibuat di minit terakhir, orang yang biasa tenang berfikir pun, jadi tidak boleh berfikir. Kita sudah malas hendak bercerita banyak, mood tak ada. Hendak hiburkan hati, main game. Bila sudah start diam, dia tahu kita merajuk. Singgah di McD, tapau untuk daktiga dan balik. Sekian sahaja  kenangan untuk hari ini. Alhamdulillah!

Yang beria sangat ootd.

Diploma Eksekutif Sains Siasatan. Tahniah tuan asben!

Catch you, tuan asben! (yang depan-sedang berlalu)

Proud! tahniah semua.

Muka lapar, kena drive cari suami.

Dah  jumpa, marilah dating!

Khaida said, kita cantik sangat, hahahahaaa sebab pakai baju dia bagi. Thank you Khaida, you make my day. 

No comments: