Rahsia diari peribadi.

Thursday, 1 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, masuk bulan Disember. 2012 bakal menjelma. Umur naik lagi satu tingkat. Alhamdulillah kehidupan semakin dipermudahkan. Semoga aku kekal gembira sentiasa.

Well, macam biasa. Bulan 12 adalah bulan aku sibuk mencari diari. Siapa suka tulis diari? Rasanya, rata-rata blogger amat kureng part menulis diari ni kan? Aku masih suka menulis diari walaupun aku ada blog. Kenapa aku suka menulis diari? Mari, aku kisahkan. Mungkin, blogger lain boleh tiru kegemaran aku yang satu ini.

Diari pilihan aku mestilah yang sangat mudah dibawa, tidak semestinya berbentuk journal formal biasa diguna di pejabat, buku latihan biasa pun boleh dijadikan diari. Tapi, aku lebih kepada buku biasa sebab boleh suka-suka men’deco’ tarikh sendiri, bukan tulis hari-hari pun. Kikiii.

Sebab kenapa aku menulis diari ialah aku boleh terus menulis dari hati, segala macam perasaan. Paling-paling lepas geram. Kadang-kadang, walaupun ada kawan rapat yang setia mendengar luahan hati, kita tak boleh juga nak cerita secara kompleks hal yang masuk ‘top secret’ jadi, diari la tempat meluahkan perasaan.

Aku share sedikit tentang diari kesayangan, namanya mrBlackie tahun 2011 punya cerita. Agak cantik dan besar banding dengan 2010 punya. Beli di kedai cenderahati, lebih kepada catatan untuk pelajar university sebenarnya. Aku memang tidak pernah berenggang dengan mrBlackie.

Muka paling hadapan terdapatnya carta organisasi keluarga kesayangan aku berserta tarikh lahir mereka untuk aku semat dalam kepala. Diikuti profil peribadi aku sendiri.


Macam diari formal juga, diari aku mesti ada tarikh dan ruang agenda aktiviti sepanjang tahun. Percutian, mc, annual leave, balik kampung, balik Langat, tarikh lahir kawan-kawan, temujanji-temujanji, ceritakan dengan hanya satu perkataan. Bila ruang penuh, aku akan gembira melihatnya, rasa macam orang yang sangat penting.


Seterusnya, helaian pertama untuk ruangan enrty diari mestilah ucapan untuk hari ulangtahun mrAbi, kekeke. Haaa la, ulangtahun dia kan jatuh 31hb Disember, makanya sebelum bermula tahun baru, hari baru adalah perlu untuk mengingati hari ulangtahunnya.



Bila malas melanda aku tulis ringkas-ringkas je, bila ada cerita panjang-panjang, aku akan tulis cantik-cantik. Tiba pada part emosi, bold-large kan font terbabit, nak lagi meriah deco kan cecantik bagi menarik perhatian untuk baca semula pada masa akan datang. Kekekeke.

Deco-deco.

Laguku di hatimu.

 
Some negative emotion yang tidak wajar jadi ikutan.

Amacam, dah berminat nak menulis diari macam aku? Hihiii. Muka surat paling belakang adalah tempat untuk menulis alamat kawan-kawan dan ruang conteng menconteng hutang piutang. Jadi, part tu agak terabur, serabut, kusut dan comot. Tidak harus dipamer :p

Pesanan aku, jika nak menulis diari, pastikan keselamatannya terjamin. Ye la, satu-satunya tempat untuk mengumpat, mengutuk, melepaskan marah, melepaskan dendam, mencurahkan segala macam emosi. Kalau dah kantoi, habis!!!

Biasanya aku akan lupuskan diari apabila cukup 3 tahun, ataupun aku dah menyampah nak baca tulisan sendiri yang banyak sangat negative daripada positifnya maka tak sampaila 3 tahun. Bila dah lupus, aku dah tak kenang-kenang lagi, biarlah terus berlalu jadikan ingatan sahaja.

Aku menulis suka-suka. Terima kasih sudi baca =)

18 pasang kaki:

Cik Shiqa said...

akak ni memang comel lah.hehehe shiqa pun ada diary. tp sejak dah keje, tulis diary dlm blog je.. bila balik kg, boring2 mesti selongkar diary lama, pastu baca..

mzhany said...

cha sgt kreatip huhu tulisan cantik2, kalau hany plain jer huhuhu

Nad @ MamaZakwan said...

cha,cute la..!
kreatif banget
kite takde la sampai gitu, huhu!
siap bergambo bagai..
kreatip, kreatip ;)

♥cikmOt♥ said...

cayalah...kita lum mampu ada diari cam gini...masa bujang dulu adalah...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

lawanye lukisa cha =)

Imaan09 said...

ch@..ada jenis org je y boleh berdiari ni..biasanya y 'suka luah perasaan'.. y pemendam, diari tu jd pekasam dibuatnya.. n kamooo mmg sesuai berdiari..kreatif, tulisan cantik, lukisan cantik.. n siapa ada diari ni mmg nampak sgt well-organized! malangnya sy jenis serabut! penah ada diari, tp 4-5ms je y btul2 ada isi..

Izan Ishak said...

dah tak ramai org tulis diari kan. dulu2 pun hubby kak izan si penulis diari tegar. masa zaman2 skolah. dah tua2 ni, diari kat umah MIL sepah2...dah kantoi anak2 buah dia baca....huhu

Salina@IbuAqil said...

Comelnya!
Tak ramai ada minat camni..
Akak salah seorangnya..
Sbb tgn x berseni mcm cha..
Bab deco2 ni mmg kantoi..
;)
Cha! X ada apa salahmu dik..
Tiap kali bila cha tanya pasal rutin bulanan akak..
Akak rasa bahagia sgt..
Sekurangnya cha salah seorang sahabat adik yg amik berat ttg akak..
Bkn waktu suka akak jer..
Tp waktu duka..
Dan segala komen2 nasihat dari kalian..
Ibarat suntikan semangat buat akak..
Terima kasih dik..
Moga Allah swt saja yg balas segala kebaikan cha selama perkenalan kita..
Syg cha sgt2..
Terima kasih yer dik atas keperihatinan & doa tu..
;)

eima said...

aku tk penah ade diari......tatau ape aku nktulis...nk tulis kt blog pun jenuh

mamalieyna said...

org seni n jiwa sentimental rasanya lebih suka menulis diary..rasanya lah..hee~

kak eina pun suka tulis diary, tp stop bila dh berkawen ni..baru2 ni, kemas2 stok buku lama, terjumpa diary time study kt U, terus memori mengusik jiwa..hee~

sesekali riso kot2 en suami terbaca,,hee~ bukanlah rahsia sgt dah, benda dh lepas, tp sogan loor. =P..diary time sekolah menengah dh bako..hee~ nmpk gaya yg ini pun kena bako la juge.. =P

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

wahhh bagusnye mung cha..akak maleh nak tulih2 camni eheheh

kretip2 hasil cakaran ko cha..eheheh suka akak nengok

Masya said...

dah lama tak menulis diari rasanya akhir sekali masa zaman-zaman bertunang dulu.. dah kawin ni x berkesempatan... lagi.. hihihihihi

ch@ said...

shiqa:
comel? hehe. baca diari lama mcm sengal je kan? akak baca diari masa zmn blaja, ma'aiii kekaratan btl jiwangnya.

hany, kak nad, kak ros:
kita pun tak tau nape kita suka buat font mcm tu.rasa mcm terkeluar smua yg berbuku bila tgk smula.

cik mot:
dh ada diari tu kira mampula cik mot.

khumaera ismail:
lama tak datang bloghijau kan?
hehe, mcm tu punya simple pun cantik ye, t/kasih.

lea:
smua menda kita tulis dlm ni lea, as my bestfren, smua cerita dia kena simpankan ;)

kak izan:
mesti akak yg sesegan kan bila diari hubby akak kantoi. hehehe.

ibu aqil:
deco ni kira bolehla. deco rumah blm pakar lagi.
olorrr bergenang air mata kita baca komen akak ni, skrg ni air mata cpt je mengalir. agaknya inila namanya naluri keibuankan? cpt tersentuh hati. kita manusia, akak manusia. apa yg kita kurang akak ada utk lengkapkan, mcm tu sebaliknya.
gembira kenal dgn akak, gembira kenal dgn keluarga kecil akak tu.
kita saling sokong menyokong, dunia ni kecil je kak.

eima:
tapiii salute kat ko gakla, rajin update blog walaupun entry ko simple sesangat. suka je aku singgah.

kak ieyna:
btl tu, jiwangjiwa gitu. penuh gmbr love bila syg terlebih. bila kecil hati, sebesar-besar muka surat lepaskan geram
kita dah bakar diari kita dulu2.

masya:
kita tulis diari drpd zaman sekolah sbb papa kita akan bagi diari setiap tahun. setiap kali buka sekolah.

anisalya said...

tak pernah ada diari. selalunya kalau beremosi akak ni sng je nak taip cerita pendek. tu yg kdg2 jdk cerpen tu. hehehe...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah bagusnya cha..rajin tulis diary n cantik pulak tu..

eija dulu masa zaman2 muda remaja adala diary..tp diary ttg kisah cinta jerk dulu..huhu

skrg mmg xde lg eija buat diary2 ni, tp mmg x dinafikan bila time ada masalah terutamanya mmg lebih senang luahkan pada pena dan kertas.

ch@ said...

anisalya:
kita tak reti taip cerita pendek-pendek kak, mesti nak cerita pepanjang baru puas hati.

eija:
hahaha kisah cinta? mesti best mcm novel. betulll kita suka tulis pd kertas sampai hancur kertas puas hati :D

Mama Gee said...

mama tiap2 tahun dpt diari..tp selalunyaa tiap2 tahun diari tu kosong dr muka awal sampai akhir...hik2..rugi je kan..

ch@ said...

mama gee:
pass kat kita la, hahaha (gila tak malu) sebab kita guna je buku2 nota mcm diari tu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in