Monday, 22 September 2025

Sarapan dengan teman lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku menghantar hadiah ulangtahun untuk kakSue, sebagai balasan kakSue mengajak aku bermain boling tengah hari Jumaat atau bermain badminton sebelah malamnya. Syasya, bila cuti sekolah, dia sangat tidak rajin hendak memandu keluar  rumah, beli barang runcit pun melalui Pandamart. Berguling di rumah adalah satu kenikmatan.

Belum sempat aku membalas wA kakSue, dia mengajak aku bersarapan pada waktu pagi, aku mencongak jam dan hari, ok onz. Dalam pada yang sama aku heret Linda sekali, kakSue cuba mengajak kakLynda. Pada waktu yang dijanjikan, semua orang setuju untuk hadir.

Tempat bertemu Warung Che Bunga, aku rasa kedai makan ini terpaling terkenal di Sungai Buloh, walaupun terkenal, pertemuan ini di warung ini merupakan kali kelima aku datang, kali pertama buat Linda. Walaupun hari-hari kita lalu lalang WCB ini kerana letaknya di laluan utama pergi balik sekolah namun, hendak duduk melepak santai dan makan adalah tidak sempat. Apatah lagi melihat suasananya yang sentiasa dikunjungi pelanggan.

Berdekatan sekolah, berdekatan juga dengan surau, berdekatan juga dengan deretan gerai menjual pelbagai makanan ringan dan aneka jenis minuman sejuk berhadapan dengan sekolah kebangsaan, tempat  opis mak-mak nunggu anak balik sekolah. Eh, pokoknya semua adalah. Cuma pening hendak memilih saja. 

Aku ambil Linda di rumahnya, terus ke Che Bunga, kakLynda dan kakSue sudah sampai. Bersalam dan bermesra seketika kita bangun beratur untuk memesan menu. Melihat papan tanda yang dipasang sekeliling warung, menjadikan aku bertukar menu beberapa kali sehingga akhirnya memilih nasi kerabu, hari ini rasa nak cuba lada solok, hrmmm... aku makan tidak habis solok dan nasi tu, sebab sambalnya pedas sangat dan inti solok tu manis.

Geng tunggu anak balik sekolah batch terawal.
Me, Linda, kakSue (belakang) & kakLynda (taking wefie)

Me dan Linda: Nasi Kerabu + Lemon Asam Boi ais.
kakSue: sik lemak + teh 'o' ais
kakLynda: nasi dagang + teh 'o'ais

Selesai makan dan sesi curhat masing-masing, kakSue terus ke sekolah mengambil Fahim anaknya sebaya Auni yang sudah habis menjawab peperiksaan awal. Naik sekolah nanti Fahim perlu ke Pahang untuk training IT sebelum ke Korea, gitulah cerita kakSue. KakLynda pula terus pulang ke rumah, anaknya Zikri juga sebaya dengan Auni pernah satu sekolah tetapi kakLyn pindah sebaik sahaja mereka masuk darjah tiga. Linda? anaknya Qashreen satu kelas dengan Auni cuma dia di aliran Biologi, Auni di aliran Sains Komputer. Dia temankan aku untuk mengambil Creamer dan Vico di Klinik Zul Erwan, yang telah ku hantar semalamnya. Kita berpecah dan sekiranya ada rezeki, kita berjumpa semula nanti.

Selesai ambil anakkutip dua ekor tu, kita pergi ukur ntshop, saja cuci mata sebelum balik rumah. Balik rumah, suasana sunyi sahaja berikutan daktiga dengan aktiviti masing-masing. Aku ketepuan stok stiker sudah habis, huaaa....


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


27 comments:

Kakmim said...

Bestnya lepak bersama... sy ni jarang sgt la nk update dgn bff, nasib ada wA skrg setiap hari la chat di grup saja, bil sesekai keluar lepak lupa nk ambil gambar pulak

adnil linda said...

Alhamdulillah...seronok dapat bersarapan bersama...best nya anak kak linda ke Korea..tahniah

Aphizha said...

Dia punya tak rajin, pandamart jadi sasaran. hihi..betul tu, rehat tu satu nikmat tak terkata. Bila datang big M tu memang rasa malas nak buat apa-apa.

Kalau pedas sangat, manis pun tak mampu nak cover dah ye. Terpaksalah patahkan selera tu. Syok ada geng tunggu anak balik. Taklah bosan menunggu anak balik sekolah tu kan.

Sempat lagi tu melencong tempat lain. Balik rumah masing-masing ada agenda sendiri. Nampaknya kena beli stok sticker baru tu Sya. hihi...

mama tisya said...

sedap tu menu nais kerabu & nasi berlauk tu

AMIIZAA@Mieja said...

seronok dapat 'me time' dengan kengkawan gang sekolah

Roziah @ Cie said...

Kitonyo tak pernah kot keluar dengan kengkawan ni. Selalu dengan suami & anak2 jela. Seronok jugak sekali sekala borak2 sambil makan.

ch@ said...

kakMim: alhamdulillah Allah izinkan bertemu dgn mudah sahaja kali ini, bff ni je la pepusing pun, kita jarang together makan diluar dgn family kak.

ch@ said...

adnil linda: salah tu, yg ke Korea anak kakSue.

ch@ said...

Aphizha: betul Phizha, masa dgn kakLyn dulu sama-sama tunggu anak sambil berkelah tepi pagar sekolah. siap dgn bekal air dan kudapan, kebetulan anak bongsu memasing belum ke sekolah. tu yg sayang sgt dgn dorang meskipun ada dua org sudah berpindah. sekarang tunggu anak dlm kereta ja, muahaha... time flies.

ch@ said...

mama tisya: rasanya menu di sini sesuai dgn mama tisya.

ch@ said...

kakMieja: alhamdulillah, rezeki berkumpul sebelum buka sekolah, bila dah buka sekolah memasing back to rutin jadi driver anak-anak.

ch@ said...

Cie: sebab rezeki Cie ada time bersama kawan opis, atau selalu dgn family. Kita kurang sgt dgn family, asben lebih suka makan di rumah banding bonding di kedai makan. So me spend well time more with bestie.

Mama Zharfan said...

best dpt jumpa kwn2. mknn pun semua nampak sedap tu alhamdulillah

Suria Amanda said...

Seronok ada sessi sarapan dengan kawan- kawan macam ni....sambil makan sambil borak kan

uncle gedek said...

Untung masih ada peluang untuk update dengan kawan2... Ini baru betul sahabat

Mulan said...

Tumpang rasa seronok sebab memang seronok dapat outing makan2 borak2 dengan kawan2 kan.

ch@ said...

Mama Zharfan: alhamdulillah, menu kampung MZ ni.

ch@ said...

kakakSA: begitu je la bila sudah menua ni, biasanya kita selisih di jalanan saja.

ch@ said...

uncle gedek: kita sayangkan persahabatan. uncle percaya tak, sampai hari ni kita masih contact dgn kawan-kawan sekolah rendah.

ch@ said...

kakMulan: setuju, ini je la tempat curahan hati biarpun setiap kali jumpa kita hanya suka mendengar.

Ezna Khalili said...

Ayat persahabatan tu sweet je. Moga berpanjangan persahabatannya ya.

Time Traveller said...

Dpt jumpa dan lepak bersama dgn sahabat mmg satu nikmat.. tak boleh plan lama sangat .. mmg kena ad-hoc jer.. kalau tak selalu tak menjadi hahaha..

ch@ said...

kakEzna: kita suka betul letak quotes. taktaula mengapa. hiiiks~

ch@ said...

Time Traveller: setuju, lagi di plan lagi tak dapat-dapat nak jumpa.

Ezna Khalili said...

Jumpa kawan2 seronok tapi tak selalu boleh jumpa sebab masing2 ada kehidupan masing2.

adnil linda said...

Salah pula..hahaha..sambung belajar ke cmne tu?

ch@ said...

kakEzna: jika kak perasan, yg ni team lain. yg hari-hari jumpa team lain, yg pergi hang-out team lain. nak kata betul2 bestie, berkepit siang malam pagi petang tu, mmg tak ada.