Monday, 28 April 2025

Gadjet baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seharian menguruskan hari jamuan daktiga, mengikut menambah kesibukkan apabila tuan asben turut berada di rumah, ingat menu nasi goreng aku entry lepas, iya itulah penyebab aku ikut makan malam sekali. Tetapi memang begitukan? walaupun telah makan banyak di jamuan, tetap mencari nasi sebagai menu berat.

Sedang santai-santai layan Weak Hero Class 1 (repeat) sebab nak sambung nonton season 2 punya dengan barisan pelakon lebih padu, ke'ensem'an nya bukan kaleng-kaleng, karisma memegang watak masing-masing memang A+, tuan asben datang mendekat.
"nak peti ais baru?" aku ni kan ke blur sikit. kamchagiiiiii??? (tiba-tiba?)
"peti ais baru? kenapa peti ais? tiba-tiba sangat ni?" seorang Syasya bila respon memang camtu. Dia akan ulang balik soalan yang sama sambil berfikir ayat seterusnya.
"waaaah!" tu je perkataan yang keluar.
"Peti tu dah lama sangat, boleh letak kat Pusat Komuniti taman." perlahan sahaja dia menyuarakan hasrat dan hajat.
"sayangnya, peti tu nostalgia lemahnya part bersalji tu je, kita nak yang baru, dua pintu macam Mija punya." pepehal aku memang suka mengikut adik ipar aku seorang tu, dia up to date.
"esok kita cari, ada nak apa-apa lagi tak?" dia menanya aku semula. Aku bila di tanya begini, memang tiadalah jawapannya.

Malam esoknya selepas maghrib, dia mengajak aku mencari peti ais baru, saja berbasa-basi konon ajak, walhal keputusan akhir memang dia je la yang buat, dia yang membayar, maleh aku. Kami ke tempat biasa membeli peralatan elektrik pada sebelum-sebelum ni lagi, tidak betah untuk ke tempat lain apabila kebiasaannya di tempat yang sama, yang mengikut hanya Arrizqi. Dia memang suka berjalan berbanding abang dan kakaknya. Melihatkan peti ais pelbagai saiz, aku jadi dilema. Yang aku suka menjadi pilihan kedua tuan asben, aku suka Toshiba, dia suka Sharp. Bila sudah ukur dan pasti, maka pilihannya Sharp. Bye Toshiba!

Selesai urusan jualbeli, aku mengajak tuan asben lepak mamak. Wuuu... lama woi tak lepak mamak. Aku teringin betul nak makan roti arab, tapiii ada ke? melihatkan keadaan kedai mamak tu tenang-tenang sahaja, alih-alih terminta roti naan cheese, eh kau dah kenapa Syasya? kok nerves sekali? tuan asben dengan roti telurnya, Arrizqi tidak mahu makan dia baru lepas makan nasi ayam di rumah sebelum keluar tadi.

Sharp vs Toshiba. Warna tak lari, tu gak yang dia suka. aku pilih Toshiba matte black.

Peti ais baru sampai pada keesokan harinya sebelum tuan asben pulang ke Melaka, dia uruskan seorang di rumah berikutan aku masih berada di jamuan Aidilfitri taman kediaman. Aku hanya melihat lori menghantar peti ais itu berlalu pergi jalan taman sewaktu aku tengah asyik menjamu selera. Balik sahaja dari jamuan, peti ais baru sudah segak berdiri menggantikan peti ais lama. Wiwiiit, ensem baqhang! megah berdiri ngam-ngam slot peti ais kabinet dapur. Eh, kita tukar kabinet dapur nak tak? haaaaaaaah! tiber.

tv terpaling besar dalam kedai tu, mau penuh dinding rumah aku ni. saja cuci mata.

kanan tu memang suka iklan gigi. muka rabak pun tetap nak iklan.
HAPPY WIFE and HAPPY LIFE.

14 comments:

Suria Amanda said...

Wahhh....Cha beli peti ais baru..akak plak beli sofa baru...next apa lagi nak dibarukan...hahahaha

Ezna Khalili said...

Ingat tu Happy Wife, Happy Life. Moga lama peti ais tu dapat berkhidmat ya.

mummy_ayu said...

wah..dpt peti ais baru, alhamdulillah

fairus said...

Tengah kumpul duit nak pasang tv dalam bilik.. Hehe.

uncle gedek said...

Uncle pun kalau lepas belanja banyak2 muka akan jadi macam muka encik suami tu.... hehehhee

Bola Katok said...

Lena lah tidur malam tu. Peti ais baru. 👍

ch@ said...

kakSA, ayuh kita tukar semua. ihiks. alhamdulillah rezeki masing-masing.

ch@ said...

kak Ezna, mudah-mudahan. selama peti toshiba melewati 15tahun perkhidmatan.

ch@ said...

mummy_ayu, kita suka respon ni, ihiks. alhamdulillah.

ch@ said...

fairus, InSyaaAllah semoga Allah cukupkan tabungan encik menuju impian.

ch@ said...

uncle gedek, ahahahahaaa... eh dia yg nak belanja jangan nak buat muka macam-macam ye! hihiii...

ch@ said...

Bola Katok, alaaa kasi can la, kalo boleh nak tido dlm peti tu, sejuks!

Mama Zharfan said...

yayyy best tu peti ais baru!

ch@ said...

MZ, u too beli peti ais juga kan sebelum ni?