Tuesday, 8 April 2025

Aidilfitri: Dari Selangor ke Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku bangun awal dan bersiap, jika tiada yang memulakan pergerakan akan menjadi semakin berjeda. Ayuh! hari ini tema biru lagi, dengar khabar orang Johor hendak biru juga, tak mahu kalah. Disebabkan tiada gambar satu keluarga besar pada 1 Syawal, kita pakat bergambar pada pagi ini. Kaum isteri yang mana keluar lambat sedikit, perang dengan dapur. Kaum suami sibuk dengan kamera, kaum genz sibuk dengan backdrop. Yang mana hendak gerak jauh, keluar masuk mengemas bagasi dan menyusun barang dalam kontena. 


Tu diaaa, keluar sahaja semua keluarga, warna tema biru masih tidak lari, jika kak Dilla dengan Didi bertukar warna, aku pula ambil warna Mija dan Abah. Lawa tau. Masing-masing baju online dan kitarpakai je baju dalam kabinet. Kita pengguna berhemah.

Kesayangan. Sailormoon for abah.

PowerRangers for abah.

Matahari pagi bersinar awal, masing-masing bersurai selepas mengucapkan selamat tinggal, aku dan kak Dilla keluar sarang lebih dahulu menuju destinasi berasingan. Perjalanan balik Johor lancar sahaja, raya kedua sebagaimana lazimnya kami akan berkumpul dengan keluarga aku pula, bertemu di rumah nenek. Yang di rumah nenek sudah tidak keruan menunggu kepulangan orang Selangor tidak sampai tepat waktu. Walaupun lancar, kereta di lebuhraya sangat banyak.

Sampai sahaja di rumah nenek, majlis Hari Keluarga adik beradik mama sudah sampai ke penghujung. Jadi, aku hanya bersalam, beri duit raya dan makan sahaja. Alhamdulillah, all is well! Weldone.

Syasya big family, just this.

Tokpapa buat kelakar, katanya biru entah mana birunya tu kan, hahaaa!

Selesai berpamitan, kami singgah Arena, Ayer Hitam, misi mencari biksut raya dan kerepek. Rambang biji mata, aku beli empat tapawe biskut raya RM100 dan yang lain-lain dibelanja adik dan mama aku, semoga mereka selalu dimurah dan dipermudahkan rezekinya. Balik rumah mama, masing-masing mencari port dan part untuk berehat, maklumlah masing-masing sudah menua, aku sibuk dengan sesi mendobi.

Raya kedua selesai dengan sesi bermain bunga api, meraikan si Ali berumur tujuh tahun (anak bongsu adikku) cucu paling junior sekali yang berpuasa penuh, dia je la pun terpaling bongsu dan terpaling keletah sekali. Sekian cerita tema biru sekitar dua Syawal. See ya!

8 comments:

Mama Zharfan said...

bergambar adalah aktiviti wajib! utk kenangan pada masa hadapan kan :)

ch@ said...

sungguh MZ betul.

adnil linda said...

mata tok papa punya biru lain..hihihi
selamat hari raya ..
bergambar wajib, tapi, malu nak amik gambar..kikiki

ch@ said...

tah la tokpapa tu kan.
selamat hari raya Linda.
betul juga tu, jika takde gambar cam tak lengkap blog, eh tiber?

Ezna Khalili said...

Bergambar ni memang wajib untuk mencipta kenangan. Wahhh baju biru tu macam sama je.

ch@ said...

kita sama sedondon.
salam aidilfitri kakEzna.

Suria Amanda said...

Wajib amik gambar banyak2 kan..buat kenangan..mana tau akan datang salah seorang dalam gambar dah xde...sygnya kak SA x banyak amik gambar ngan arwah mak dulu..

ch@ said...

Betul, simpan untuk dikenangkan. Biasanya kita akan tempah photobook utk gambar raya ni.