Saturday, 26 April 2025

Minggu Jamuan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sewaktu teman-teman Auni datang beraya tempoh hari, ada yang membuat permintaan mahukan chicken wrap, menu ni mudah dan simple je namun harga bahan-bahannya agak kayangan untuk poket yang berada di hujung-hujung bulan. Apatah lagi, aku kena sediakan menu untuk Adli dan Arrizqi juga yang bersekolah sesi petang sekolah yang sama, hari yang sama.

Kita usahakanlah semampu yang mungkin, semalam hari kejadian aku bangkit jam 4 pagi, gorengkan dua paket naget ayam, salad telah pun dicuci Auni malam tadi lagi, tidak rajin aku hendak menguli tepung coating isi ayam bila nonton tutorial mini chicken wrap, hanya menggunakan naget ayam tempura sahaja. Benda sudah mudah bukan.

Aku buat sebiji sama dengan video di youtube, akhirnya siap 40 pcs mini chicken wrap untuk Auni. Selepas menghantarnya ke sekolah, aku bersiap untuk mi goreng Adli dan Apollo untuk Arrizqi. Aku ambil masa tidur sebentar sebelum kembali bersilat di dapur.

mini chicken wrap. 

beli online ja.

Baju raya pertama haitu.

Jam 10am aku kembali ke dapur untuk menu Adli, mi goreng. Mulanya dia mahukan nasi goreng namun bertukar pada saat akhir kepada mi goreng. Aku gorengkan satu paket Numee 900g, cukup InShaaALLAH. Arrizqi paling mudah, dia tidak mahu bawa apa-apa namun bila aku kata akan tunggu dan hantar menu ke sekolah barulah dia minta bawakan Apollo sahaja, tak mahu menu berat. Sejenis skema yang hanya suka bawa diri sahaja. Beg sekolah jika boleh dilipat masuk poket memang dia dah buat.

Aku turunkan Adli dan Arrizqi di masjid untuk solat Jumaat dan ambil Auni di sekolah, kawasan sekolah sungguh padat, cantik-cantik anak berpakaian baju raya termasuk aku. 
"umie, chicken wrap umie habis dulu. cikgu tanya tempah kat mana? kakak cakap umie buat sendiri, cikgu kata rajinnya mak siap ada tag paper wrapping macam tempah." hahahaaa... kembang kejap, hilang penat aku, tak sia-sia bergaduh nak potong paper wrapping tu malam tadi. Alhamdulillah. 

Aku di tegur Nia tingkatan empat sewaktu menunggu team kak Hamidah yang akan pulang bersamaku, Nia kawan Mustaqim (anak Masni) sama-sama suka bersembang dengan aku masa dorang sekolah rendah dahulu. Lembut suaranya, memanggil "aunty Syasya!" aku menolehnya, senyum.
"Allahuuu Nia, Nia ke Mia? Nia kan?" dia mengangguk, bersalam dengan aku. Aku memeluknya dan ketawa. Berbual sehingga ayahnya datang menjemput. Ayahnya merupakan bapa saudara Masni, berbelit rasa tapi kita memang pernah bertegur dan saling mengenali.

Aku menghantar anak-anak kak Hamidah dan kembali ke rumah, mengemas menu untuk Adli dan Arrizqi pula, menunggu mereka pulang solat Jumaat di sekolah. 
"umie datang awal tau, tunggu saya" risau seorang Arrizqi. Sebaik selesai solat Jumaat, Adli berlari mendapatkan aku dahulu, bersiap dan muncul Arrizqi bersama Harras. Selesai urusan mengagih menu, aku pulang ke rumah dan menyambung tugas hakiki.

mi goreng sarat telur, Adli minta. Katanya tak habis, dia tinggal sahaja.

Pulang sekolah, Arrizqi masih elok bersamping membawa tapawe kosong, singgah kedai membeli asikrim. 
"habis umie, dorang ambil bawa balik" Arrizqi membawa tapawe sudah kosong persis sama dengan dibawa masa datang tadi. Adli sampai dengan samping sudah pun berselempang di bahu. Berlenggang sahaja, hanya bawa beg berisi cawan dan mangkuk kosong. Gaya anakbujang.
"mana sepit mi goreng?" memang aku berpesan, tapawe takpayah bawa balik. Sekali dengan sepit ditinggalnya.
"alaaa, ada ea umie pesan? kata takpe je tinggal tapawe" jawabnya.
"tak bawa balik la tu?" kata Arrizqi menyakat.
"tapawe takpe, sepit tu bawa la balik sepit spegeti tu, takpela nanti cari lain" aku terus bergerak pulang.

Macam ni je, mudah.

Tidak lama di rumah tuan asben sampai, dan sekali lagi aku masuk dapur untuk menu nasi goreng sahaja, telur mata goreng asing. Permintaan Arrizqi. Tidak sah jika tidak pekena nasi goreng aku. Masalahnya dengan aku sekali terbabit makan malam sesama, isk! Keletihan membuat aku lupa makan siang. Capek! 

Sekian kejadian hari Jamuan Aidilfitri sekolah daktiga. Alhamdulillah!

disidainya dua orang kawan tu. Adli dah pandai bergaya.

throwback picture pakai baju sama. Arrizqi susah bergambar.

emak pun taknak kalah, baju raya tahun lepas. hahaaa!

14 comments:

Warisan Petani said...

Dah penghujung syawal
Lepas ni takdelah program makan2

fairus said...

Memang minggu jamuan.. Puasa makan seminggu dua ni..

Time Traveller said...

Biasa makan makan hujung minggu smpai ke raya haji nanti hihii..

uncle gedek said...

Cantik la biru lembut tu... i like

ch@ said...

Warisan Petani, betul tu. Melainkan mereka yg suka mengajak tetamu datang ke rumah.

ch@ said...

fairus, gantung kuali periuk. mak-mak is rest.

ch@ said...

Time Traveller, kan? Malaysia ni suka makan-makan.

ch@ said...

uncle gedek, masuk list warna tema nextyear. leh kita sama.

Suria Amanda said...

Seronok la maknya gantung periuk ha...

ch@ said...

hahaaa, mana ada kak. da bersilat di dapur dari jam 4 pagi tadi, haaa...

mummy_ayu said...

comei je mini wrap tu

ch@ said...

mummy_ayu, iya comel dan kita pun terpikat. warnanya naik betul. kena pula dok dalam tupperware hijau, drpd jauh dah nampak.

Mama Zharfan said...

syawal pun dh berlalu pergi, so setel semua urusan jamuan raya kat sek, kat opis etc...moga2 kita direzekikan menyambut syawal thn dpn plak insya Allah

ch@ said...

MZ, amiiin YRA. InShaaALLAH. kita doa sama-sama.