Dek kerana Auni ada kem di sekolah semalam, makanya jadual aku onz macam biasa, pada sebelah pagi. Lepas hantar Auni aku singgah membeli sarapan. Semalam juga Mija membawa bapa mentua aku pergi beraya ke rumah anak-anaknya yang lain. Mereka sampai ke rumah aku waktu sudah pun Zohor sebaik sahaja dari rumah kakDilla. Mereka menuju ke rumah makTeh (sebelah arwah ummi) sebaik sahaja abah menunaikan solat Zohor tanpa mengambil menu berat di rumahku.
![]() |
Mija & abah. |
Aku bersiap untuk ke rumah makTeh tidak lama selepas abah dan Mija pergi kerana memberi peluang mereka bermesyuarat satu keluarga besar lebih dahulu. Setelah sejam berlalu kami tiba di rumah makTeh, aku gegas mendapatkan makLong, makUder dan Mija yang duduk berkumpul. Terdapat beberapa adik beradik arwah ummi yang aku jarang melihatnya, keluarga pakNgah dan ada juga yang tidak ikut serta.
Apabila majlis bersurai, barulah aku mencari sepupu yang memang rapat denganku. Alya, Farisha, kakLong, Ain, Damia. Itu je la pepusing kerana Mija dan abah sudah pulang awal ke rumah Bob, abang iparku. Menjadi kami ni bila bersama-sama, ada saja ceritanya. Aku pun tidak tahulah macam mana leh terjebak dengan cousin, walhal patutnya umurku ini dah tergolong menua geng makcik rangers.
Selepas dipaksa makan berkali-kali, aku makan sikimpit dengan rendang banding mi kari penuh dengan rencah dan bahan, tuan asben menunggu sahaja aku habis disakat sana dan sini. Selesai makan dan berpamitan, kami meneruskan perjalanan ke rumah seterusnya.
Misteri betul empunya rumah sehingga sampai depan pagar rumah Siam barulah tuan asben beritahu empunyanya, ceh! Hujan turun dengan lebat sebaik sahaja kami melangkah masuk ke rumah Siam dan Eja, mereka baru tiga bulan berpindah ke rumah teres dua tingkat itu. Macam biasa kena bebel sebab tidak sabar-sabar hendak datang beraya. Alahaiii, weols datang berziarah sahaja, alang-alang dalam daerah yang sama hampir pula dengan rumah kami.
![]() |
Team suka hijau. |
Siam ialah salah seorang teman sekelas aku dan tuan asben waktu belajar di ADTEC, Shah Alam dulu. Bidang sama, kelas sama. Merapatkan lagi hubungan, selepas bernikah mereka tinggal di rumah flet bersebelahan quarters polis waktu kami semua di Pantai Dalam dahulu. Persahabatan itu kekal hingga hari ini apabila setiap kali dia pindah rumah, weols akan datang berziarah. Alhamdulillah.
Selepas berbual panjang, makan, solat Asar dan Maghrib di rumah Siam-Eja kami berangkat pulang. Badan aku sudah keletihan melampau, ayuh kita. Sampai di rumah, aku mengemas rumah pula, fuh!
8 comments:
Sok sok la kemas rumah tu... Hilangkan penat dulu....
Unik pulak nama gelaran dia, siam.. ahaha
Boleh jadi Power Rangers ni.
Terpaling tua, tp muka masih nampak muda. Tak apa kak 😄👍
hari-hari mengemas rumah, tah apa-apa ja. mcm tak bersih-bersih.
asal sempadan siam, kawan-kawan juga bagi gelaran. asben dorang panggil Hulu. sbb dok hulu langat. ada panjang, telor, klunk dll lagi. kita dorg panggil kecik.
hahahaaa, power rangers hijau.
ahahahaaa thank you fanny. kita da terbang ni! ihiks...
Post a Comment