Aku duduk di meja kerja sambil merenung kusyen penyandar sofa yang telah lembik. Hodoh kelihatannya rasa uzur benar. Hendak ku basuh sarungnya namun sarung kepada isi kekabu dalam tu telah reput dan koyak habis. Sudah lama aku memikirkan cara untuk mengatasinya sehingga aku terjumpa cadar lama yang telah tidak digunakan lagi.
Kenapalah aku pilih warna ini dahulu? oren benor warnanya, isk isk. Sekarang aku lebih suka guna cadar berwarna putih dengan sedikit corak sahaja. Jadi cadar oren bersaiz queen itu aku potong kepada dua bahagian sebelum di jahit sekelilingnya. Kita jahit tangan sahaja sambil menonton Kdrama, Flower Crew: Joseon Marriage Agency. Selesai satu sarung, kita buat lagi satu.
Daktiga, semuanya sudah ku hantar ke sekolah pagi tadi dan tiada yang balik tengah hari, tambahan pula aku berpuasa, maka boleh skip makan tengahari. Sehingga aku dapat siapkan dua sarung kekabu kusyen penyandar, lepas ni bolehlah basuh sarung luarnya.
Ada tinggal lagi satu je belum buat, masih mencari cadar dan kesibukkan tugas hakiki membuatkan projek masih tertunda. Sabar jap. Macam biasa, lepas siap kita interframe pada tuan asben. He thanks to me as always. Saya suka.
![]() |
Masa menjahit sarung oren tu, rasa macam doktor pakar bedah ja. |
![]() |
Masuk sahaja kekabu yang berterabur tu, sarung oren terus dijahit mati |
![]() |
Sarung oren tadi dipakaikan baju rasmi, warna khaki. Yeay! |
18 comments:
sama macam apa yang linda buat dekat sofa juga...lama dah buat baju baru utk nya...sebab kadang2 nak basuh sarung sofa, tapi anak2 dok lenjan juga atas sofa...
waaa pandainya u jahit2 tu. nice hasilnya!
Betullah tu, orang kata, kalau kita selalu jahit bantal, lama-lama boleh jadi pakar bedah.. Hehe.
Dari warna POP ke warna NATURE
Dah cantik hasilnya yeyy.
Salah satu projek 3R ni. Syabas! 👍
syok tu pandai jahit sarung utk bantal kekabu best
Linda, betul tu, takleh tgk sampul tu kusam. auto nak basuh.
MZ, isk simple jahitan tangan je MZ. tak pandai guna mesin jahit kekdahnya. huuu...
fairus, haaa kan-kan-kan. terus terbayang romantic doctor teacher kim.
uncle gedek, lama juga cadar warna pop tu. seumur ulangtahun perkahwinan.
Mulan, hugs diri sendiri. alhamdulillah.
Bola Katok, selagi boleh dibuat, kita buat. terim kasih bagi semangat.
mama tisya, mikir nak ke kedai jahit, jenuh pula nak kena ukuran bagai kan? best jika pandai jahit sendiri.
Kagum Kak SAa ngan orang pandai menjahit ni...
kakSA, isk ini jahit janji tak terburai je kak. senget benget, tu yg tak show off sgt tu, kekee!
Tapi jadi bagus hasilnya kak 😄. Oren2 pun ceria vibe dia 👍. Beruntung kakak bisa menjahit. Saya macam dah lupa cara menjahit ini 😅
Fanny, mesti ada lagi bakat menjahit tu. tak di ketengahkan saja. kita suka jahit manik di baju-baju kosong jugak. manik tu pun daripada baju yg tak boleh dipakai, sayang nak buang.
Post a Comment