Pagi Rabu yang sedikit tenang, hujan menyejuk bumi. Sesi menyelongkar bagasi mencari outfit senada. Again!!! hari ini bertema warna alam, semoga tidak sama dengan mana-mana dinding hendaknya. Program kita hari ini? ikut tok papa menziarahi kakaknya di Kota Tinggi, let's go. Macam biasa, emak siap awal menjadi terakhir keluar rumah, entah apa-apa. Walhal anak-anak sudah besar semuanya, nasib situ.
![]() |
Ok cun, tak sama dinding. |
Ali kata rumah tok Inin, dulu tok Inin ni makcik saudara terpaling berdekatan sekali, aku dan adik pernah ulangalik sekolah dari rumahnya sewaktu mama terlantar di hospital, masa getir tu tok papa cuci kasut aku dalam mesin basuh, sejak pada itu aku basuh kasut dalam mesin basuh, muahahaha! kenangan.
Aku bertemu juga dengan sepupu terpaling dekat antara adik beradiknya yang lain, Eddy. Duda anak satu, kitorang sama je rupa dan saiz masa kecil dahulu dan dewasa. Kata tok Inin, aku yang paling macam budak-budak, tidak berubah. Ergh sudah!
Balik sahaja rumah tok Inin sudah merangkak ke Zohor dan lapar, singgah mentapau ayam goreng bawa balik ke rumah, selesa sedikit makan bersama-sama.
![]() |
Penuh meja tokmamapapa. |
Bila masing-masing menua, rumah adalah syurga apatah lagi bila semua ahli keluarga kumpul bersama. Jika keluar ke mana-mana sekalipun, semuanya bagaikan tidak sabar hendak pulang ke rumah, hendak landing time depan tv sambil beraktiviti dengan keluarga. Adik dan keluarganya pulang ke rumah sendiri usai solat Isyak. Aku kembali mengemas bagasi untuk pulang ke Selangor pada hari Khamis sebagaimana persetujuan. Sekian hari ke-tiga Syawal.
6 comments:
Kalau rumah sendiri berdekatan, memang duduk rumah sendiri la ya.
Iya, kita sama-sama tunggu tetamu datanglah kekdahnya.
bila ada anak2 nie, lebih selesa semua buat di rumah...
setuju!
Kak SA raya pertama je lepas sembahyang raya, salam- salam raya, pi kubur, pi rumah makcik2 terdekat dan balik Rantau, Tengahari balik Kuala Pilah...lepas tu balik semua down with fever, batuk teruk dan sakit tekak...Dania sorang je terselamat
Dania kena tengokkan kakSA, semoga akak lekas sembuh okey. Perjalanannya pun jauh-jauh juga tu lagi-lagi bila dah meningkat umur, lekas penat.
Post a Comment