Libur? aku ikut terpempan membaca group wA keluarga besar tuan asben ni. Mereka hendak serang rumah kami, sabar-sabar dapur tu memang kosong tiada apa langsung. Terus aku mengajak tuan asben teman pergi beli barang dapur. Bila lagi nak dating kan? eheh! Tuan asben bawa ke Rosyam Mart, haaa ini ialah kali pertama aku bershopping barang dapur di Rosyam Mart. Aku lebih suka pasaraya SC (pasaraya biasa aku beli barang dapur) daripada Rosyam Mart, that's all.
Cuma dari segi harga, Rosyam Mart jauh lebih murah. Tuan asben bawa juga ke kedai jajan viral, namun tiada apa yang beli kerana pekerja masih sibuk menyusun jajan di atas rak. Aku mengajaknya masuk kedai coklat bersebelahan, aku teringin benar nak makan coklat viral Tofiluk. Meh cari sekiranya ada. Bila dah peluk sekotak Tofiluk, tuan asben pula offer coklat/jajan lain. Eh? aku bukan apa, aku seram tengok harganya, memang tiada yang RM1 atau RM2, kebanyakannya atas RM10. Pening!
Balik sahaja beli barang dapur, aku bersilat membasuh tiga ekor ayam, dengan baju siap basuh berbakul tidak berjemur, mata aku jadi semak, aku suruh Auni jemur baju, Arrizqi mop lantai, Adli kemas di garaj dengan tuan asben. Selesai Auni jemur baju, dia kena mengupas bawang, kemas meja, keluar segala periuk belanga, mangkuk, cawan. Susun biskut dalam balangraya sedangkan aku fokus masak. Menu hari ini ialah bihun sup aci redah sahaja.
Selesai solat Jumaat, pakLan hanya ditemani anak-anaknya sampai dahulu, terkagum melihat rak buku tuan asben. Tidak habis persoalannya yang di jawab tuan asben satu persatu. Tidak lama kemudian mak Itam juga ditemani anak-anaknya pula sampai sebelum hujan turun dengan sangat lebat. Alhamdulillah, berulang-ulang mereka menjamu bihun sup air tangan orang yang tidak biasa masak bebanyak, huuuu!
![]() |
nampak payung pakLan sahaja, |
![]() |
Husna, mak Itam, tuan asben dan Amin. |
![]() |
nampak kereta pakLan saja. |
Hujan turun dengan sangat lebat, tidak sempat untuk aku mengambil gambar pakLan yang sudah berlari ke kereta. Mereka hendak ke rumah abang iparku di Rawang. MakUder yang merancang hendak ke rumahku juga sudah bergerak keluar dari rumah abang ipar. Tidak lama kereta pakLan dan makItam pergian, team makUder pula sampai. Sedang enak menjamu selera dengan guruh berdentum bagai, sebuah kereta muncul dihadapan pagar rumahku. Eh?
![]() |
family makUder dan family abang ipar, Bob-Fiza. |
Abang iparku datang sini, bukankah pakLan dan makItam ke rumah kamu? hah! pandai-pandailah. Aku setelkan rumahku sahaja, hahaa! misscomunication. Mereka berangkat pulang selepas Asar, melihatkan hujan juga sudah sedikit reda. Alhamdulillah, bihun sup ku habis semuanya. Terima kasih datang ke rumahku.
![]() |
Yang aku cari-cari: RM28.80, sekelip mata lenyap. Sedap amat. |
![]() |
Yang dibelanja tuan asben: mahal nyah! takut tengok reganya RM49.90, pitam. |
"ni coklat kunafa!" tuan asben nampak sewaktu hendak ke kaunter bayaran.
"mahalnyaaa" aku belek harga ada dua kotak berlainan saiz. Kecil sedikit RM29 something.
"ambillah satu, yang besar" aku terbayang yang di rumah, pun suka juga coklat ni tapiii ergh.
"kecik je la, mahal sangat" Syasya berbasa-basi. Aku kan dah dapat Tofiluk.
"ambil yang besar, abi belanja!" okey dah jangan buat tawaran lagi, aku ambil terus ke kaunter dengan senyuman sampai telinga. Dalam kereta juga aku buka Tofiluk makan berkongsi dengan tuan asben. Kita bikin romantik, argh tiberrrr!
Okey next chapter: sambung beraya. Daaaa!
10 comments:
eh, sama lh kita, masak lepas kahwen, sebelum kahwen tak reti masak...tapi, sampai sekarang, masak adalah perkara terakhir yang linda akan buat...sebab tak suka masak
rasanya kebanyakan kita masa awal kawin tak reti masak. and infact sampai harini pun ammi tak yakin lagi kalau nak masak banyak. tawakkal jelah
Eh? Macam best je? Nak cari jugak la coklat kunafa tu?
Tak pernah jumpa pulak!
Masak ni yang terer sikit lepas kahwin. Alhamdulilah. Masih masak walau simple je pun. Bihun sup tu sedapnya....dah la suka bihun sup.
Seronok nya ramai tetamu datang beraya.
give me five!
betulla tu, anak sampai cakap, umie masak je la mcm biasa. ikutla org tu nak makan ke tak.
eh? takkan org dtg stahun skali nak biasa-biasa je kan. kita nak feel the vibes jugak. kita usahakan.
kedai online ada uncle, harganya mmg kayangan utk saya.
utk uncle nak jika nak beli one set ada 7 - 8 flavour of Dubai Choc pun boleh. hehe!
Asben pnh cakap juga, dah pandai pun masak banyak lauk.
Cuma tu la, bak kata Ammi tak konfiden. Bila da menjamu, kita berserah je la. Cousin berkali puji, sedap.
Hai, salam perkenalan. Salam lebaran.
Alhamdulillah, kebetulan mereka hendak datang sekali jalan. Nunggu tuan rumah open house, mmg tidak la!
Post a Comment