Sudah lama aku berhajat untuk mengajak mereka makan-makan dan bersantai di rumah aku, bila dapat sahaja kebenaran daripada tuan asben aku terus hantar kad jemputan, tahun ini kami tidak kerap berjumpa sebagaimana tahun lepas. Hanya saling berselisih dan saling "hi beam" di jalanan sahaja. Aku juga mengajak Mazlina, salah satu jiran berkenalan masa PKP aka teman briskwalk. Datang terpaling awal dan pulangnya pun macam the flash, pantas. Kisahnya, tengah berborak dan makan, dia tertinggal handphone nya di rumah, boleh dia balik tinggal anaknya tiga denganku, datang semula dengan suaminya terus ambil anak-anaknya seolah ambil anak daripada pengasuh.
![]() |
Mazlina, aku suka panggil nama penuh dia. |
Keesokan harinya, bila keadaan tenang kitorang recall semula, penat ketawa. Dia pun mengaku, dia serba salah dengan aku dan aku pun mengaku rasa terkilan, macam tergesa-gesa betul. Beraya tergesa-gesa namanya.
Selepas itu Linda, Suezana dan anaknya Ayra sampai, rupanya mereka sudah saling berWA untuk ke rumah ku, tidaklah terlalu formal, saja tenang-tenang tolong habiskan mihun tomyam hasil aku belajar selama beberapa hari. Anak sulong kami bertiga dalam kelas yang sama, kami berbincang tentang menu apa yang hendak di bawa ke jamuan hari raya kelas tingkatan empat tu nanti. Masing-masing blur.
![]() |
Aku sungguh terharu. |
Ayra sakan berlari ke sana ke sini dengan comelnya, sesekali duduk di sebelahku makan. Mereka berdua perlu pulang awal kerana akan ke majlis pernikahan anak sepupunya. Rasa terharu sangat Sue sudi datang rumah aku. Kami bermaafan sekali lagi dan berharap tidak akan buka kembali kisah lama. Elok aku menghantar Suezana dan Ayra ke kereta, kak Midah sampai. Bukan main cantik berbusana songket dan selendang sambil membawa agar-agar permintaan aku.
Rumahnya paling dekat dengan aku, tapi dia sampai sebelum Fajjida dan Dayana- anaknya sampai tidak lama kemudian. Ok, sudah cukup korum ayuhla kita bersembang lagi sambil ketawa. Hajatku tercapai, melihat mereka dengan cerita dan senyuman masing-masing. Selepas ini kami perlu sambung berkerja untuk trip terakhir pada hari ini.
![]() |
Linda, kakMidah, Dayana dan Fajjida. |
Selepas di meja makan, mereka sambung makan biskut raya pula. Apabila Fajjida dan kak Midah bergabung, ada sahaja benda yang hendak diketawakan. Makan biskut raya, seorang biskut makmur, seorang batang buruk, duduk bersimpuh saling berhadapan hendak juga bercakap tu, maunya saling bersembur, taknak rasa bersalah di ajaknya pula si Linda ikut serta sekali. Aku sudahlah sejenis mudah terhibur.
Alhamdulillah, kami saling bermaafan untuk kali ke tiga jika tidak salah. Sekali sebelum cuti, sekali naik cuti, sekali lagi hari ini. Aku rasa terharu sangat dapat menjadi salah seorang teman mereka semua, semoga kehadiran aku membawa kebaikan untuk mereka. Aku usahakan menjadi teman yang boleh diharap, bila ketiadaan tuan asben merekalah tempat aku mengadu. Saling usik mengusik, saling tegur menegur, semoga persahabatan kami diberkahi hingga syurga.
![]() |
Bersidang makan biskut raya. |
![]() |
Terima kasih sudi kawan dengan kita. Alhamdulillah. |
![]() |
biru, kuning, hijau, pink. |
"Biar sahabat kita satu tapi sentiasa ada, jangan kawan beribu hadirnya memperbodohkan kita."
![]() |
Ramadhan 1445h. |
14 comments:
Alhamdulillah.. Terjalin ikatan silaturahim antara rakan-rakan.
A friend in need is a friend indeed. Dikurniakan sahabat sejati is indeed a blessing
sronok bila time raya dpt ajk kwn2 mkn2 kt umh
Oh? Love tangan boleh buat cantum2 ye? hehehe
Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
fairus, betul tu. walaupun tak kerap jumpa, jalinan tu tetap ada.
MZ, LOVE the quotes. simpaaan.
mama tisya: setuju. dapat tgk dorang ketawa tu rasa bahagianya.
uncle gedek, benda kita boleh adjust, why not! eh hari ni dah 22hb sempat lagi tak?
Tahun ni raya Kak SA x best..tengok la tahun depan macam mana..harap2 x sakit mcm sblom ni...
kakSA, ada hikmak disebalik ujian sakit tu kak. tak apa, kita bersederhana. Rezeki kesihatan baik Allah swt bagi.
Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki tuan rumah bila ajak kawan2 dtg beraya di rumah.. syukur semuanya meriah.. 👍☺️
Time Traveller, meriuhkan rumah. kawasan perumahan ni atas bukit, so agak jauh dan terpencil, sunyi ja.
Moga ukhuwah kekal selamanya
Mulan, amin YRA. sama-sama kita berukhuwah.
Post a Comment