Monday, 14 April 2025

Menu sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepanjang Ramadhan lepas aku berusaha mengasah bakat memasak- kot ada. Hanya dua hari sahaja bermenu dari bazar Ramadhan, itupun dek kerana aku tidak sihat dan sehari lagi mengikut tuan asben pada hari membeli outfit Aidilfitri merai hujung minggu bersama dengannya. Aku simpan senarai 30 hari 30 menu untuk rujukan sekiranya tiada idea pada masa akan datang, InShaaAllah!
  1. Ayam mentega, telur dadar dan nasi putih.
  2. Ayam goreng kunyit dan nasi putih.
  3. Bihun tomyam dan naget.
  4. Mini roti john (resipi daripada tiktok).
  5. Ayam masak merah dan nasi mentega.
  6. Misegera goreng- Indomie dan telur mata.
  7. Bawal masak kicap, ikan bilis petai dan nasi putih.
  8. Roti bawang putih, sup cendawan dan misegera sup ayam mamee.
  9. Kimbap dan kuih muih (beli di gerai kak Diana).
  10. Kue tiow goreng dan ayam BBQ- air fryer.
  11. Bawal masak lemak cili api, ayam BBQ dan nasi putih.
  12. Mi kari.
  13. Nasi ayam.
  14. Burger dan benjo.
  15. Nasi goreng dan ayam goreng crispy.
  16. BAZAR RAMADHAN kampung melayu.
  17. Daging masak lemak cili api dan nasi putih.
  18. Mi goreng telur mata.
  19. Kari telur rebus, sardin segar berlada dan nasi putih.
  20. Mi sup dan donat (buat sendiri).
  21. BAZAR RAMADHAN Bukit Rahman Putra.
  22. Ayam mentega, telur mata dan nasi putih. - menu ulangan.
  23. Wrap ayam dan kentang goreng.
  24. Sotong masak sambal, ikan masak kicap dan nasi putih.
  25. Nasi goreng pattaya.
  26. Kue tiow goreng dan roti canai cicah sardin.
  27. Nasi tomato, ayam masak merah dan sambal goreng jawa.
  28. Ayam goreng crispy - masak dengan Mija.
  29. Ayam masak kurma, nasi putih dan wrap ayam - masak dengan Mija.
Menu hari raya pertama rumah mentua: Nasi minyak, ayam masak merah, jelantah, rendang ayam pencen, rendang daging, nasi impit, lemang dan laksa Penang.

Menu hari raya kedua rumah mama: Bihun sup, ayam masak merah, ayam masak ungkep, sik impit dan ketupat. Meriah dengan ayam-ayaman.

Alhamdulillah, sekian update. Memang tiada gambar, kerana aku bukan sejenis yang gigih snap photo sebelum makan, jika adapun dek kerana menu tu terpaling istimewa dan cubaan kali pertama disediakan. Selamat menjalani ibadah puasa sunat enam, semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. See ya!

11 comments:

Kakmim said...

Wah, tahniah cha!! kalau anak² sy mmg diorang dh faham, lepas diorang serve mst ada suara² akn teriak, ibu ambil gambar cepat.. ahahaha

Mama Zharfan said...

syabbbaasss!! terbaek laaa

fairus said...

Syabas.. Tahun depan dah boleh buat video masuk media sosial, lama-lama jadi Khairul Aming.

Bola Katok said...

Banyaknya menu. Saya kira-kira, rasanya saya tak sampai 10 jenis menu yang dibuat. Duk ulang menu sama. 😭

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Tak apa kak, walau tanpa gambar, tp menu2 di atas bisa jadi referensi saya kalo nak masak. Saya nih tipe yg tak suka memasak. Tp terpaksa supaya keluarga bisa makan 🤣. Jadi memang tak nak buat yg sudah2. Yg penting sehat tapi gampang 🤭

ch@ said...

hahahaaa, bagusnya. ni memasing dah besar, dorang buat hal sendiri ja. lepas hidang, makan, hilang ke bilik masing-masing.

ch@ said...

menjadi dgn izin ALLAH, alhamdulillah. tak sangka juga sebenarnya.

ch@ said...

uiii jauh sangat lagi tu. dgn izin Allah menjadi tanpa sedar. terima kasih.

ch@ said...

ihiks, kan... ada juga yg sama tu. kerah idea drpd daktiga juga, dorang yg nak makan.

ch@ said...

hari-hari menu sama akan jadi jemu, tapiii tidak pada budak-budak. hari-hari nasi goreng pun tak apa. kita pula yg aih!

uncle gedek said...

Wah! Siap ada list! terbaik