Friday, 23 October 2009

= cik oni oi! =

hari ni, dgn tak semena-mena RM aku terbang, pengaruh dari Izma barang yg sikit aku nak beli jadik melarat-larat - cis!, tunggu dia ada anak esok, mau satu gedung diborongnya. aku sempat mencurik masa membeli baju cik oni, kaler purple taw, tuk kenduri nnt, haha! tak de gaun2 ye cik oni, tggu besar sket lagi baru pakai gaun :)

cik oni dgn muka nakal, dan "saya dah pegang botol susu sendiri" <- berangan. hahaha! layankan aje ye...


Tuesday, 20 October 2009

dari Tok Papa

cik oni tenang beradu

sabtu lepas, cik oni telah pun berjumpa dgn tok mama dan tok papanya di kota tinggi, girang mereka2 smua menyambut cucu pertama merangkap orang baru. apatah lagi dgn keletah manja2 cik oni yg semakin nakal dan cerdik menjadikan mereka (tok mama, tok papa dan pak su-adeQ is) tidak boleh berenggang langsung. senang hati aku melihat cik oni yg tidak meragam, baiklah perangainya masa kat kampung tu :)

cik oni, we love u too much!

bila dia di pegang oleh orang lain, matanya tetap ke arah aku, matanya tetap mencari uminya, sweet je kan? tapi dia tak nangis pun, cuma susah nak ketawa je. paling best sekali ialah, tok papa telah membelikan cik oni baju baru, aik! cik oni asyik dpt baju baru je jeles tau umi! hehehe! penangan cucu pertama, papa yg kukenali mmg jauh bezanya dgn dulu :p sayang sungguh dgn cucu nan seorang ini.

dua pasang baju dari tok papa

hujung bulan ni kenduri potong jambul cik oni (ada jambulke cik oni??) so kekawan yg berhampiran atau yg mempunyai masa jemputlah la datang ye pada 31hb oktober bertempat di felda bukit easter.

*hari ni aku telah memberanikan diri mengikut kata cik biha (opismate) tuk gi membeli nasi lemak LRT Asia Jaya katanya sedap. ha! ha! tak penah pun aku ke sana sebelum ni, pecah rekod gak lah!


Friday, 16 October 2009

salam ulangtahun

hi! aku mengambil kesempatan dgn mencurik sedikit masa utk aku menge'pos' SALAM ULANGATAHUN 27&1 ini kepada dua insan yg sangat bererti dalam hidup aku.

sumber dari blog kak Faizzah :p

kepada sis FAIZZAH aku doakan senantiasa dalam keadaan baik dan sihat supaya dapat meneruskan menongkah arus kehidupan ini. kepada anak saudaraku yg comel si PUTRI, semoga cepat membesar, dan menjadi insan yg baik utk bonda nya.

kedua insan ini sangat la aku sayang kerana aku dan keluarga telah m'anggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri. kerana itulah aku memanggil sis Faizzah dgn panggilan kak Long. Inilah, seorang kakak yg kelakar, memahami dan suka membantu. Ini jugak lah yg sentiasa menjadi rujukan aku hingga ke akhir nanti.

tabah dan kekuatan kakakku ini menongkah kehidupan sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi aku. aku masih ingat lagi kata-katanya "walaupun si dia telah tiada, tetapi sya masih ada akak" (air mata aku dah mengalir time aku type ni) ~ amek masa jap!

ok sambung balik. jadik, macam mana lah aku boleh lupakan kakak ku ini begitu sahaja? so anything happened aku sentiasa ada orang yg menyayangi, melindungi, berkongsi dan segala perkataan yg sewajarnya la.

salam ulangtahun utk kalian berdua.