







# Bersemangat macam Arrizqi, esok lusa badan pula keluar. Haish!
# Pertama kali tunaikan. Jakun.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yaw...hari ini aku terpaksa juga membuat puding roti yang menggunakan oven. Mesti, wajib sebab tarikh luput roti terbabit pada hari ini, beli kemain tamak tidak pilih yg pendek maka kalau tidak digunakan, sudah menjadi pembaziran pula.
Minggu ini merupakan permulaan yang sangat baik bagi aku, aku isytiharkan juga bulan bertuah, selain bulan ulangtahun kelahiran, bulan ini juga merupakan bulan Islam yang banyak mendatangkan rezeki.
Jika tempoh hari, abi membelikan aku mixer dan iron seperti dalam senarai impian aku, dua hari lepas aku cuba membuat order pengisar kertas mini untuk terus bergiat dalam penghasilan kad buatan tangan seni quilling dan keputusannya, aku sedang menanti kehadiran mini paper shredder tersebut sampai ke rumah, aku bayar menggunakan wang daripada tempahan penanda buku Nurul Shuhada yang lalu. Suka sangat.
Semalam, aku minta abi cashkan cek nuffnang pula hasil berblogging setelah masuk tahun ke enam aku menulis di bloghijau. Kebanyakan menulis perihal anak-anak, tidakla banyak mana, bersesuaian dengan kerajinan aku, maka hasil ini aku akan kongsikan dengan anak-anak dan pembaca setia yang lain.
Hari ini, jika tiada halangan melintang abi akan berjumpa dengan salah seorang blogger sumber inspirasiku, kakRetna. Supporter aku menulis sewaktu awal-awal aku berkisah di bloghijau ini. Dia baru sahaja pulang daripada Bandung dan membelikan aku pisang keju yang aku teringin benar hendak makan. Disebabkan tempat kerja abi berhampiran dengan tempat kerjanya maka aku utuskan abi untuk pergi berjumpa dengannya. Aish! Kan best kalau aku yang pergi sendiri. Isk!
Bulan Mei tahun ini juga merupakan bulan semangat baru buat aku, aku bangkit membuktikan bahawa pengorbanan aku bukan sia-sia. Allah sudah aturkan yang terbaik buat aku. Hilang satu punca, diganti dengan punca yang lain. Syukur sejuta rahmat. Mulai saat ini juga, aku mahu menjadi seorang pengurus rumah tangga yang disegani orang bukan surirumah yang kering idea, dunia hanya di dalam dapur sahaja. Eh? Riak dah ke ni? Ihiks...saja bagi aura positif pada semua orang. Daaa...
# Esok lusa Arrizqi ajar adik pula ye.
# Love them so much.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seronoknya hujan awal pagi begini, sangat seronok diulit selimut bantal dan anak-anak. Peluk sana, peluk sini, peluk sinun. Rasa tidak mahu bangun langsung tapi memikir keadaan di ruang tamu itu, phew! Bangkit-bangkit.
Tidak ada cerita yang menarik sangat pun sebab hari Jumaat lepas terlupa tengok runningman. Wuhuuu. Hari Sabtu, melayan dengan Auni yang marathon punya. Kelakar betullah, asyik hendak ketawa sahaja.
Ahad, awal-awal merajuk dengan abi, ahahaa ngada je kan, habis semua kerja rumah aku buat, mop lantai je tidak sempat sebab sudah letih sangat. Aku, kalau merajuk memang balas dendam buat kerja rumah. Pastu baru nangis dalam bilik air, hahaa. Tidak sempat nangis, abi ajak beli barang dapur.
Mula, muncung hendak ke depan juga, tiada destinasi lain ke selain shopping barang dapur akan tetapi setelah mendapat sebiji mixer dan sebiji iron berat yang diidamkan, makanya merajuk sekerat jalan sahaja, bahahaa. Siap, beli bahan buat kuih sekali, troli penuh macam biasa dan, aku tidak beli Drypers macam selalu, sebab ada lagi satu plastik belum guna.
Susu anak-anak, empat paket untuk Auni/Adli, tiga paket untuk Arrizqi, murah sungguh, RM19.24/paket tidak silap aku. Padan dia tulis hanya 5 paket setiap keluarga di rak. Sumbing senyum aku depan rak susu tu.
Bila troli sudah penuh, mohla kita balik. Aku dah letih dukung Arrizqi, siaplah sakit badan balik karang. Hendak mengejar Adli Auni aku tidak larat, hendak pilih barang lagi. Bawa stroller malas, hendak tolak troli lagi. Kecoh, bila pergi belanja anak beranak ni, hahaa.
Nota hijau: Terima kasih abi. Nak buat puding roti dulu ni. Cari resipi-cari resipi.




# Rumah luas pun terasa sempit.
# Budak paling kecoh seantero dunia.
# Ikan bawal kukus sudah jadi puri.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Isklaaa pakcik ni, bikin emak kalut saja. Macam mana hendak masak, kemas rumah, mop lantai, kalau Arrizqi hanya mahu pelukkan emak saja. Serba salah betul bila tengok muka kasihan Adli dan Auni yang minta manja sama tapi terpaksa mengalah demi adik yang menjerit bagaikan hendak runtuh rumah.
Isklaaa, tell me why Arrizqi, why you do this to me? Hahaaa. Menyusu sudah, makan sudah, main sahajala seperti biasa, usahla kamu mahu melekat dengan emak saja. Kurang sudah tenaga emak hendak memujuk Arrizqi. Kamu nampak emak sedang.menyapu bukan? Kamu ada bila emak sedang masak, kamu lihat emak sedang mengemas di sekeliling kamu, emak ada sentiasa disekeliling kamu di tempat yang lamgsung tidak terlindung, langsung...kenapa kamu merengek lagi.
Isklaaa Arrizqi, sakit ye. Kakak buat atau abang buat? Atau sakit perut, sakit kaki, sakit badan? Emak urutkan Arrizqi dengan minyak angin, emak bacakan selawat sambil jadi tukang urut, emak peluk Arrizqi, tepuk-tepuk sambil nyanyi lagu pujaan emak, tidur. Letak Arrizqi di atas tilam, layan pula abang dan kakak yang berkelahi.
Isklaaa korang ni, jangan bergaduh boleh? Abang janganla usik barang kakak tu, kakak...kalau tidak mahu main dengan adik janganla keluarkan mainan tu. Abang, janganla nangis bila kena gertak dengan kakak, jelir saja lidah, tidak pun tunjuk buku lima abang yang demok-demok tu. Abangkan lelaki. Sikit-sikit abang nangis, abang bukan nangis pun lebih kepada menjerit sengaja minta sayang lebih. Alaaa, janganla macam tu emak.banyak kerja ni sementara adik tidur.
Isklaaa, kakak tidak sayang adik ke? Kalau suka sangat dengan cik su, kakak pergila sendiri. Ambil kunci kereta ni, eh buka pintu tu dulu. Setahu emak, kakak pandai buka pintu pagar saja, hahaaa. Atau, kakak mahu duduk dengan aunty depan tu, main cakar-cakar adik pula persis anjing aunty tu, mahu? Haaaa tidak mahu pula, dudukla diam-diam, tengok tv, main handphone. Kakak kan dah pandai tulis ABC, tu tandanya kakak dah besar. Tahun depan kakak sudah sekolah tau?
Isklaaa, baru anak tiga kecohnya usah dikata. Bila bergelak ketawa rasa lega, bila mengamuk emak jadi naga. Payah juga bila semua kena guna pendekatan psikologi ni, maigrain emak pula yang datang. Itu kalu, bukan naga lagi dah, jadi incredible pula. Isklaaa...
Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy