3 jenis puri.

Wednesday, 23 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehem-ehem, huyeee misi berjaya. Malam tadi memakaikan Adli dan Auni Cloth-Diapers. Hari ni kita cerita fasal puri. Ah, tidak sudah-sudah mak Adli ni.

Minggu ni bibik minta bekalkan menu yang berlainan, amboi bibik pula yang requestkan. Hahaaa. Biasanya aku bekalkan 3 tupperware dengan dua menu sama dan satu pencuci mulut minggu ini memulun lagi pelbagaikan menu. Aduhaiii poning kepala makcik.

Jadi, minta abi belikan ikan kembung dan sayur bayam. Dengan konfidennya aku selongkar plastik, bayam tiada tapi ada sawi. Dia fikir sawi itu bayam, agaknya sebab dia nampak aku selalu beli sawi dan bukan bayam. Hahaaa sabar je la. 


Sawi pun sawilah buat tumis air sahaja. Sebab hendak dilawankan dengan ikan goreng bersambal belacan. Yummi-yummi-yummi. Entah macam mana terfikir untuk campurkan dengan labu, ok boleh beri Adli sedikit.

Ikan kembung aku kukus dengan halia dan bawang putih. Ohooooooooooiiii, rasanya lebih banyak masuk mulut aku sebelum sempat jadi puri Adli. Ngeee. Bau dia, pergh menusuk kalbu hidung.

Ambil isi sahaja ikan kembung kukus tadi dan kisarkan bersama sawi+labu tumis air. Hrmmmmmm....

Sedia untuk disejukbekukan :) Senang sungguh-sungguh.

 Demok-mok-mok-mok.

Menu untuk minggu ini: Puri bubur nasi+puri ikan dan puri bubur nasi+puri labu dan puri pear. Yeay!

Nota hijau: Adli sudah reti pegang botol susu sendiri. Sudah pandai berdiri dan memapah. Sudah pandai memanggil emak bila emak tiada bersama. Syukurrr.

13 pasang kaki:

rasp said...

sis, dolu2 kan masa sapphire kecil...
bila masakan puri for her....
waaajjiiiibbb masuk mulut dulu hahahahaha....

makin bijak adli ye sis...
byk dah achievement dia...
clever boy!

anisalya said...

mesti bising mulut adli kan? sama bising dengan mulut kakaknya auni tu ke? ni mmg emaknya puri. segala macam puri cha buat ek?! ^_^

Masya said...

hebat adli.. botol pun padan dgn tuan hihihihi.... comel²...

eima said...

ari tu baca dlm buku yg order CM resepi dr pakar pemakanan tu ... ikan kembung tak leh lagi bg kat baby ....ade mende pe tah .. nk kena cek balik la ... tp klu ayie ok je tak de naik pepe ..ok la kan ....

siap ade pencuci mulut tu untuk ayie... syok la ayie mkn ...

Gieyana said...

comey Adli...:-)

yanti isa said...

bestnya tengoknya adli suka makan .. malangnya anak sendiri kurus cekeding . Mak dia je yang terlebih zat .

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah sedapnya menu, jeles tengok, nanti ada baby baru nak wat camni gak la..

@e_da said...

sedap2 lauk ko budak mok mok.. geram untie tgk awak!

Nad @ MamaZakwanNayli said...

cha rajin la cha..
salute abes!
kak nad tgh riso ni
takut tak terbuat plak utk nayli
taktau larase cam tak kondifen jek
hihihihi
adoi, semangat, semangat!!

LYAfrina said...

seronok tgk smgat nk sediakan menu tbaik utk anak2..msa zaman lya bsalinkan asya dulu..xde lg puri2 camni.. kalo ada pon..mybe segelintir y tau

ch@ said...

rasp:
ahaaa, btl tu. lagi dh jadi ais. lagi sedap masuk mulut :D
syukur dia membesar tanpa byk masalah.

kak sal:
adli kurang bercakap sikit kak, dia senyum je. hahaaa, rasanya semua lauk pauk nak dipurikan.

yana:
baru tercapai impian hendak guna Avent.

eima:
ye ke? hahaaa aku belasah je sebab ikan kembung tu namanya mackerel kan? aku cari juga fasal tu, tapi tak jumpala. takpe kot coz dia dah 8 bulan. hahaaa, pencuci mulut tu buah2an je.

gieyana:
:)

kak yanti:
ngehehe, takpe kak tough sikit nak handle anak2. drpd kita ni, dah terbalik mak kurus kering anak kemain. dah mcm bw teddy bear gamaknya.

anje:
boleh anje, boleh.

kak @eda:
ngehehe, nasib baik sambal belacan tak boleh lg, kot tak mmg ada la menu puri sambal belacan.

kak nad:
akak surirumah selalu di dapur, lagila senang. sambil akak masak, akak buatlah puri. sehari satu puri, sekejap je buat dia kak.

lyafrina:
betulla lya, kita tahu pun sebab terfikir, susu badan je boleh sejuk beku kenapa tidak puri kan, rupa2nya org dah buat dulula.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Nyum2...mewah dgn puri, bertuah la Adli Umi dia rajin...:)

Wah adli sudah semakin bijak..srnok tgk kan,
Bagusla Adli nak pegang botol sendiri, Ziqry sgt mls nak pegang botol sendiri berbanding abgnya dulu..huhu

ch@ said...

eija:
ni rajin sikit banding auni. auni mls. dah 10bln baru rajin nak pegang. kalau tak, mmg saje je muka.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in