Melaram punya pasal.

Wednesday, 15 December 2010

Salam satu Malaysia, yeaaa hari ini sudah Rabu. Hari paling aku suka.

Kelam kabut. Itula permulaan untuk aku hari ini, bangun pagi pun dah lewat, snooze tiga-empat kali siapa suruhkan? padan muka.

Biasala, Subuh pun sipi-sipi nak habis, gigih nak gosok baju lagi. Adoiii nyesal tak buat malam tadi. Cis!

Hari ni aku dress-up ala mak datin, wahaha... 1st time aku pakai baju nak terbang ni, ala-ala kelawar dengan seluar lembut kembang-kembang, heel lagi.

Tu la mak datin punya dress-up, hantar cikOni pun dah lambat, menambah kelewatan bila dia berjalan tanpa arah, nak dukung aku tak larat.

Bila turun ke parking, korek-korek handbag cari kunci kereta, tapi... kunci rumah takde. Cis-cis-cis! Mencik!

Call mrABi suruh simpan kunci rumah di tempat RAHSiA, kekeke mana boleh bagi tau, kang kena tembak lak. Kunci rumah sampai 3-4 salinan.

Control ayu jalan ke kereta, pleg-pleg (bunyi alarm) kereta, bila buka je pintu kereta langsung bucu tersangkut kat bibir, cis... sakit siut, sampai berdarah gusi aku (tak la banyak). Rasa kebas semacam.

Bucu pintu kereta makan tuan.

Dah lambat. Tengok kat cermin ok je, cuma dah lama-lama terasa bengkak. Haih! harap tak ketara la bengkaknya. Senyum pun senget je rasa.

Jalan lengang, bagus cuti sekolah ni. Bila dah sampai, syok berangan sampai keluar kereta baru perasan pakai kasut lain sebelah.

Dah kena patah balik tukar kasut. Adeiii... (aku tak reti pakai heel bila drive, kena pakai kasut flat)

Kasut kanan yang banyak berjasa, sampai peeling.

Lepas kunci pintu kereta baru la aku bergegas panjat tangga 6 tingkat, tuju ke opis. Aku masih yang pertama sampai =)

Selamat juga aku tiba ke destinasi dengan macam-macam halangan.

~)@ Sama je nasihat aku, JANGAN BERANGAN dan SYOK SENDiRi. Hahaha, sekali sekala macam ni, rasa seronok jugak. Sempoi-sempoi aja.


13 pasang kaki:

Cik Jue said...

hahaha kelakar gile kelam kabut pagi2 nie..
N3 Khas buat Cha

http://anna-jueanna.blogspot.com/2010/12/n3-kas-buat-chahttphijaucantikblogspotc.html

alyyani said...

banyak nye halangan! nak tgk dressing vogue itu :)

shay said...

sib baik la dia perasan kasut dia lain sebelah, kalau tak seminggu orang dok gosip...

honeyvsbee said...

hahah apalah ch@ kalakar tui..

EiJa ZaQuaN said...

hehee..sib baik kaler kasut sama..kalo lain..lagi haru..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

ha...ha...kelako la cha ni, kita plak kalo kelam kabut habis semua brang tertinggal

kakyong said...

hahahah.. lucu betui, selalu juga jd kes kasut lain sebelah ni.. tu la len kali walo dah lewat jgn kelam kabut.. cool jer...

mamalieyna said...

ingt salah pakai kasut tadi..hehe..

kalut2 sesekali best tu..cabaran..hehe..

ch@ said...

cikJue:
kalau dah lambat ada je hal yg menjadikan bertambah-tambah lambatnya. geram.
TERiMA KASiH entry tu, malula... (blushing ni)

alyyani:
hihiii malu.

shay:
hahaha tu la pasal. memang naik tangga tiada orang, tapiii opis kita buka kasut. memang kena gelak je nanti.

bee:
kusut.

eija:
warna kasut tu sama, tapiii yg kiri tinggi, yg kanan flat. so bila jln jadi senget, tu yg perasan.

anje:
hahaha... kekadang jadi gak macam tu. lepas tu berikrar la taknak lambat lagi, tapiii sama je pun. kuikui.

kakYong:
kan kakYong kan? alang-alang lambat, biar kasi lambat terus, buat-buat tenang aja.

kakIena:
hahaha bila ingat balik, macam orang sewel.

Cik Shiqa said...

akak, nasib baik perasan kasut tu awal. bygkan kalau dh smpai opis? lenguh jugak tu.hehe

ch@ said...

shiQa:
tu la tu, nak kena turun tangga, naik balik semula. haih! salah sendiri.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

bucu mkn tuan???pernah kner hubby syila...nasib xkena betul mata...bawah mata jek, siap darah2..dalam toi lukanya...takut tgk..

ch@ said...

syila:
dekat seminggu juga sakitnya. rasa tebal je bibir.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in