Thursday, 16 December 2010

Hijaucantik ada pengumuman =)

Salam satu Malaysia semua. Hahaha semangat-semangat tinggal esok sahaja hari yang tinggal untuk minggu ini.

Dah sarapan? Sarapan aku simple aja, biskut dengan teh tarik. Aku tarik sendiri la, sedap wei. Siapa yang tidak menggemari biskut krim ini, sila bagi aku. Aku makan bercecah air panas, sedap. Cukup rasa. Sebab apa, aku perhatikan kat opis aku ni, biskut ini adalah yang terakhir akan habis, dan biasanya aku la orang yang menghabiskannya. Kesian sungguh.


Okok, bukan tu aku nak cerita, aku ada pengumuman nak buat ni, hehehe...

Alaaa aku nak buat GiVEAWAY senang-senang aja. Malam ni aku cuba buat bannernya, jangan la gelak. Aku tak sekreatif Whiteymommy tu, tapiii cuba jugala.

Bila nak launch? Esokla, hari Jumaat. Aku harap adala yang sudi nak joint, almaklumla blog tak seberapa ni. Tak sesat, tak la tahu hijaucantik di pinggir hutan ni.

Baru dapat kebenaran mrABi, sesungguhnya baru ku tahu mrABi tu sangat supportive orangnya, kekeke... apa punya isteri kan???

GiVEAWAY ni juga sempena birthday dia nanti, kitorang akan sama berumur 26 tahun untuk tempoh masa 4 bulan akan datang, sebab bulan lima aku tambah satu lagi. Cepat betulla.

Apa hadiahnya? benda free mesti sukakan? antaranya fridge magnet atau frame gambar atau buku nota atau bergantung kepada kenaikan gaji aku, nanti aku update lagi jika dah decided. Hanya itu yang aku baru terfikir.

~)@ Aku tengah berfikir sebenarnya ni, kenapa aku hanya dapat BE di leaderboard sahaja. Mungkin hijaucantik belum cukup bagus.

9 comments:

Bee said...

huheeyyy ch@ buat giveaway..jeng2..lom sapan...kerja tk rini ?

eija_sweetmama said...

patut la kurus jerk cha ni sarapan biskut cicah air jerk..eija nye sarapan pagi msti heavy..ari ni pagi dh makan nasi goreng..

wah nak ade GA..okey nnti eija nak joint..:))

Zaidah said...

tips baguslah cha klu nak kurus ikut macam cha..hehehe....dengan sabar menunggu GA cha...

rasp said...

bekfast sempoi gini i slalu gak buat...sedap & layannnn kan sis...
insyaAllah ada BE i will join...

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

wah bestnye..cik jue nak join nie...betulkata eija tue patutlah kurus makan biskut cecah air je..

Shiqa Nawar said...

suka gak biskut, tp yg cokolat.. shiqa sapot GA ni, manatahu ada rezki.

ch@ said...

bee:
mari join.

eija:
sebab pukul 10 karang, kita makan lagi. jadi ambil yang simple2 aja.
join tau.

kakZai:
ahaha, kurus eh. rasa seluar macam sempit ni (kembang kena puji). join ye nanti.

rasp:
ha'a, kita suka celup2 air. hihiii. roti pun celup hot choc.
join jangan tak join.

cikJue:
tank kecik, tak boleh pulun banyak2 nanti semua keluar semula. lepas beranak ni, makan kena jaga-jaga.

shiQa:
bestkan makan biskut, ok thanks sebab support.

♥SyilaSyira♥ said...

hijaucantik dah cukup bagus ngan entry yg santai2...klo pening2 lalat, syila suka baca entry cha...simple dan santai..

ch@ said...

syila:
thanks awak, kita anggap komen awak ni sebagai semangat utk kita terus menulis di hijaucantik.