Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tertunggu-tunggu berita dari aku ye. Hiii. Sambil update ni sambil layan slot cerita cinta di TV3. Alololo sweetnyaaa.
Yeah, aku tekad. Kali ni aku nak pergi awal. Tak sanggup aku nak menunggu lama-lama di PPUM yang semakin tengahari semakin sesak keadaannya. Boleh muntah jika tidak tahan. Aku bersiap sama waktu dengan aku pergi berkerja hantar Oni dan abi hantar aku ke Wad Ibu Mengandung, PPUM.
Uiks pipi ke pau tu? on 7:12am 16.06.2011
Siap roti, biskut, paper, buku, air semua dalam beg, hahaha! aku lebih bersedia pada kali ini. Sampai-sampai ambil nombor giliran, 0018. Jeling nombor sekarang baru dua nombor. Huyeee!
Macam biasa pemeriksaan rutin. Sungguh fresh rasanya pagi ini. Pagi yang sungguh ceria.
Urine: Normal =) Berat: 48.7kg =) Tekanan darah: 109/69 =)
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan aku diminta untuk ke bahagian scan di tingkat 3. Huiii tak sabar nak jumpa baby. Sedang asyik menunggu, datang seorang kakak duduk di sebelah aku, pantas borak-borak-borak. Selidik punya selidik, haih! satu kapal. Dia di Desa Aman 1. Terus lekat bersama-sama. Sonotnya.
Sampai turn aku, sesi berkenalan dengan baby, hallluuu baby umi. Umi here wana to see u. Alhamdulillah, my baby is a boy. Cumel je dia membuat regangan kedua kaki. Baby membesar dengan sihat dan normal hasil daripada Anmum Meterna. Wiii! Ketuban cukup, uri di tempat yang sepatutnya, tumbesaran juga seperti ukuran. Cuma kedudukan, kepala masih di atas dan tak berapa nak aktif, dia masih tidur.
Baby in umi womb. Wana see kakakOni soon.
Balik semula ke tingkat bawah untuk sesi berjumpa dengan doktor. Para ibu mengandung sudah pun ramai, ruang semakin sempit. Aku menjeling jam. Huih! selalunya aku masih sibuk berurusan di kaunter, hari ini serba mudah.
Sempat aku membaca paper, mengisi perut, membuang isi perut dan akhirnya bersua semula dengan kakak yang aku berjumpa tadi. Berbual lagi, rasanya nombor dia dan aku tidak jauh beza. Kongsi pengalaman. Seronokla kakak ni. Peramah.
Tiba-tiba je nama aku kena panggil di pembesar suara. Wahaha, macam mana aku tak perasan giliran aku dah tiba. Asyik sangat menyembangnya. Hasil pemeriksaan pap-smear aku juga normal. Next check-up aku kena minum air gula, waaaaaaaaaa. Semuanya sihat dan berkeadaan baik.
Selesai berjumpa doktor, aku ke kaunter utama untuk temujanji seterusnya pada 14.07.2011, dan mengambil Obimin di farmasi. pemeriksaan selesai awal daripada waktu biasa aku pergi.
Sedang aku menunggu abi datang, aku berjumpa lagi dengan kakak tadi. Sama waktu pula, dia juga menanti suami. Temujanjinya untuk pemeriksaan akan datang juga sama dengan aku. Hihiii, boleh pergi sama-sama.
Macam biasa, balik daripada temujanji aku ke pejabat pos, aku ke kedai cenderahati, aku ke kedai hardware, aku ke pasar. Macam-macam benda aku borong, mujur abi bagi duit tadi. Hihiii. Petang ni, nak ke farmasi pulala, bawa Oni jalan. Nak beli puting botol susu, botol air dengan vitamin dia. Harap tak hujan.
Terima kasih abi, sebab melayan umi hari ini. hiiii. Sedang menunggu surprise daripada abi ni.