Friday, 29 October 2010
Masak jam 3.00 pagi.
Hari ni aku halfday, nak balik cepat la nanti sempat tuk ganti tidur gara-gara melayan orang memasak awal pagi tadi. Siapa lagi, cikOni laaa.
Elok je dia bangun, guleng sana, guleng sini, kejap kepala atas badan mrABi, kejap kaki atas kepala aku, kejap melintang, kejap menegak, sudahnya aku mengalah juga, bangun buat susu.
Dah setel, aku cepat-cepat tinggalkan dia kat dapur, terjumpa pulak dia akan sudu yang terpelanting masa aku guna sebelumnya. Aku pun dah lupa dengan sudu tu.
Senyap lagi, aku dok tunggu atas tilam, sekali terdengarkan sudu berlaga periuk. Tak payah la teka, memang dia la yang masak tu. Ayooo... memang lambat la nak tidur semula lepas ni.
Kelentang kelentung atas tilam, siap bunyi 'ammm...' dia merasa masakkan dia. Nak terburai ketawa aku, bijak memang bijak. Aku masak pun tak pernah rasa macam tu. Bising jangan dikatala. Mata aku dah tak larat nak buka, cepat je aku pekup telinga. Lepas tu aku hanyut.
Susu dia aku letak siap-siap tempat biasa, pandai la dia cari sendiri.
Bila aku bangun je pagi tadi, dia dah berselimut, botol susu dah kosong, segala periuk sudu mangkuk dah naik atas sofa. Mungkin mrABi yang kemaskan.
Aduhaiii... anakku.
~)@ Malam ni aku ada dinner, cikOni tinggal dengan pengasuh, hopefully aku tak berapa nak ingat kat dia sangatla, kang tak lalu nak makan pulak.
Thursday, 28 October 2010
Time running fast.
Tak sabar aku nak duduk rumah berulit dengan cikOni. Muahaha.
Sejak dah tumbuh gigi geraham, cikOni makin berdikari. Dah tak suka dipeluk-peluk. Dah boleh disuruh membuat perkara-perkara yang senang dan yang penting dia dah pandai beremosi. Anak... anak.
CikOni semakin fleksibel. She learn more, more and more. One fine day, she can be;
~)@ Oni sayang, apa jua bidang yang diceburi, umi dan abi doakan yang terbaik ;)
Wednesday, 27 October 2010
Kotak komen yang mesra.
Ok, semalam kotak komen aku telah mendapat komen, haha. Sebelum ni [-suziey-] pun dah beritahu bahawa penggunaan kotak komen cara pop-up window lebih mesra pengguna.
Alaa orang degil, aku suka je nak baca entry terus baca komen, malas nak tekan butang komen (sekali kelik pun pemalas).
Rupanya menggunakan pop-up window, orang lebih mudah untuk tinggal komen. Terima kasih sisLin. Katanya, tak payah view dua kali, pcnya 'hang'. Haha.
Jadi, dengan rela hatinya aku pun menukar guna pop-up window. Langkah-langkah untuk menggunakan tingkap pop-up.
Dashboard > Settings > Comments > Lihat sebelah kiri tu ye > Comment Form Placement > Tanda pada Pop-up window > Save
PakLan pernah mencadangkan agar aku tidak menggunakan verification word, kerana lebih mudah untuk orang tinggal komen, tak perlu ada banyak pintu nak masuk. Hehe.
Akhir-akhir ni juga, banyak blog yang mengadakan contest and giveaway terlupa untuk memesrakan kotak komen mereka dengan adanya verification word ini.
Aku adalah manusia pemalas nak menaip verification word ni, hiii... ampun-ampun. Kadang-kadang, aku dah baca entry blog tersebut, sampai butang komen dah taip banyak², post ada pulak lagi kena taip huruf² ni. Lantas aku caw aje. Aku tak rajin wei.
Langkah-langkah untuk mentiadakan verification word ini adalah seperti berikut:
Dashboard > Settings > Comments > Scroll ke bawah > Show word verification for comments > Tandakan NO > Save
Senangkan? Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri, orang menegur kita kena terima secara terbuka, untuk kebaikan kita juga kan?
~)@ Aku dah mula terpikat dengan penggunaan Comment Love, sebab komen balas terletak di bawah komen itu sendiri. Nanti aku godeklah.
Tuesday, 26 October 2010
Pengisar oh pengisar.
Monday, 25 October 2010
Pengajaran buat cikOni dan umi
Sejak dua menjak, cikOni balik semula kepada perangai lama dia, buat projek malam-malam buta. Biasanya waktu malam orang tidur, tetapi waktu ini adalah waktu dia paling aktif sekali.
Jam 3.30pagi, jam 5.30pagi, baru dia tidur, lepas tu pengsan sampai pukul 2 atau 3 petang. Itu pun paksa bangun. Rela tak rela je dia bukak mata, paling-paling dia buat muka benci, aiii perangai siapa iniii?
Alkisahnya malam tadi, mrABi sedang asyik melayan game pada PC, aku lipat kain. cikOni sibuk mengendeng kat mrABi. Ya, sekarang ni dia dah terror panjat dan turun kerusi meja makan tu, lebih pantas dari biasa.
Jadi, untuk tidak mengganggu ketenteraman, mrABi pasangkan air terjun wangi (aku yang bagi nama) elok je, mrABi letak sebelah TV. Sekejap je cikOni dah manjat duduk bersila mengadap benda alah tu.
Aku hanya perhati, memang tak lama la tu, kejap lagi terbalik la benda alah tu dikerjakannya, paling tak pun dia masuk mulut batu-batu kecil tu.
Elok aje dia main air terjun tu, sedang mata aku memerhati. Kan? dia dah masuk mulut. Aku dah kata.
'Oni... jangan masuk mulut batu tu.' aku la tu. Teguran kali pertama.
'Oni... turunla dari atas tu.' aku lagi, dah tak tahan tengok dia interframe dan main air atas almari TV.
'Oni!!!' aku dah menjerit kuat, kesabaran teruji. 'abi!!! Oni dah terbalikkan menda alah tu' habis basah plug, lantai, rak tv. Apalagiii.
mrABi naik marah, dua kali cikOni kena jentik, dua kali kena babab, dua kali mrABi tinggi suara. Kali pertama kena, tak makan saman, terpinga-pinga. Aku dah sedih dah.
Kali kedua, dia datang kat aku minta peluk. Aku dukung bawa dia cuci tangan, cuci muka. Dia nak tidur sebenarnya, dah mengantuk. Tu yang macam-macam. Akhirnya dia tidur sebelum dia bangun jam 2 pagi berikutnya. Aduhaiii.
~)@ Pastikan persekitaran rumah selamat, apabila anak sedang membesar begini, jangan letak barang-barang perhiasan sebarangan. Letak tempat tinggi.
Friday, 22 October 2010
Anda diperlukan, anda dihormati.
Berangan dalam kereta, kelajuan 70km/h menyanyi ikut rentak lagu, kadang-kadang tersasul, alaaa pemandu seorang siapa peduli kan?
Tiba-tiba...
Sebuah kerata masuk depan secara mendadak, apabila diteliti kereta itu berwarna Putih Merah. Ayeee...
Situasi 2
Dengan kelajuan 60km/h sedikit menekan breake, lampu signal kiri dipasang bersedia untuk masuk simpang, ok dah masuk dengan perlahan,
Tiba-tiba...
Sebuah kereta arah bertentangan bergerak betul-betul tengah lorong yang sama, eh? macam mana ni? bila diteliti warna kereta tersebut, ya masih lagi merah dan putih.
Situasi 3
Had laju 70km/h, memandu mengikut had laju sambil mata menjeling ke semua cermin, sisi, belakang, kiri dan kanan.
Tiba-tiba...
Sebuah kereta keseluruhan warna kuning masuk di hadapan tanpa lampu isyarat... grrr. silaka.
Situasi 4
Sehabis perlahan had laju hanya 40km/h, jalan sempit. Jammed. Kereta hadapan memberi lampu isyarat naik ke kanan dengan tiba-tiba,
Kerana...
Kereta berwarna Putih Merah memberhentikan keretanya di jalan yang sendang sibuk untuk turun membeli sarapan. Ayoh!
Situasi 5
Memandu dengan had laju biasa, mengikut had laju yang ditetapkan,
akan tetapi...
Sebuah kereta berwarna hijau mengekori dengan jarak tidak selamat. Terasa, jika tiba-tiba berhenti maka montot enWaja bakal dicium.
Tertanya-tanya, apakah pemandu-pemandu di atas telah masuk sekolah memandu berkelas tinggi? atau sekolah memandu mereka sama dengan orang biasa?
Wahai pemandu-pemandu sekalian, sama-sama la kita menghormati pengguna jalan raya yang lain, lebih-lebih lagi kepada pengguna P macam aku ni. Adehhh...
~)@ Jangan kerana nila setitik, habis berwarna susu satu tapawe. Berdasarkan pemerhatian aku selama satu minggu ini.
Thursday, 21 October 2010
Kawan
Aku berkenalan dengan kau pada tahun 2000 masa tingkatan 4, tapi aku dah kenal perangai nakal kau ni dari kau tingkatan 1 lagi, hahaha.
Bila dah dalam satu kelas, kau suka sangat selongkar beg aku, selongkar pensel box aku, suka duduk menempel dekat aku, suka buat harta sendiri akan harta-harta aku.
Alaaa aku tau la kau dapat pinjaman buku teks, nak berlagak ngan aku pulak. Sudahnya, kau paksa aku tulis nama kau pada semua buku latihan, pada semua buku teks. Kau fikir aku assistant manager kau?
Tak cukup lagi, kau dera aku bawakkan buku teks kau tu sampai asrama, berat ngeng! serius berat, dah la kau pinjam paper aku yang masih baru, bila kau pulangkan balik dah macam sarung belacan, hampes sungguh.
Lagi... kau pinjam nota IT aku, sudahnya buku nota tu jadi hak milik kau kan? silaka betulla kau ni... belum lagi kau tiru segala latihan fizik, kimia, bio. Belum lagi kau paksa aku turun ke dewan makan hanya kerana nak menghantar nota yang kau sendiri nak pinjam. Hish! dasar suka susahkan orang.
Dah la satu rumah sukan ngan aku, rumah Tuah (merah) konon nak masuk acara olahraga, kau dah la lari kengkang, takde bakat betul. Sakit perut aku ketawakan kau berlari, baru pusing satu padang kau dah macam nak pengsan. Hahaha...
1st time jumpa kau lepas sekolah, aku belanja kau makan KFC, aku tak sure kau ingat atau tak lagi, then kita pergi Sek. Men. Keb. Tun Habab yang cantik tu untuk ambik sijil SPM aku. Masa tu la kau kata aku bodoh lepas telek sijil aku gara-gara matematik tambahan aku dapat cangkul.
Okla tu, dari test biasa, exam sekolah aku mana pernah lulus subjek tu. Dapat cangkul kira terrer apa. Aku tau la kau pandai. Sebab tu aku tak pernah joint reunion, aku tak masuk U macam korang semua. Malu.
Then kau betul-betul bagi aku semangat masa mak boyfren aku meninggal dunia, mula-mula kau ejek aku sebab aku baru nak masuk driving school, lepas tu bila aku tak dapat ambil test, kau bagi semangat, kau pujuk aku, kau telefon aku, kau teman aku sepanjang perjalanan aku pulang ke KL bertemu dengan boyfren aku.
Sehingga ke hari ini, kau masih lagi setia menjadi kawan aku kerana baru-baru ini aku meminta kau membantu aku membuat 50 soalan bertemakan Malaysia.
Kau memang suka membantu walaupun mulut kau boleh tahan celuparnya. Walaupun kau sendiri bergelumang dengan masalah dalaman kau sendiri. Antara kita masih ada rahsia. Hahaha…
Terima kasih kerana masih lagi ingat pada aku, masih lagi menghadirkan diri pada majlis perkahwinan aku, masih lagi melawat ketika aku melahirkan cikOni. Oh my!!! You are very trusted fren ok.
Kau juga manusia paling rajin aku pernah jumpa bila majlis kawin kawan-kawan kau, tapiii tak tau la lepas kau kawin nanti. Padanla berat badan kau naik mendadak lepas sekolah. Makan free.
Selamat Melangkah ke Dunia Baru:
Farhan & Atie
10-10-10 & 17-10-10
Semoga korang bertabah dalam menangani isu rumah tangga =)
~)@ Kawan baik aku ni lelaki… kawan baik aku dulu pun lelaki juga… apakah? Aku tiada kawan perempuan? Ada, ada.
Wednesday, 20 October 2010
Syasya oh syasya.
Syasya oh syasya kenapa engkau kurus?
errr... mungkin sebab selalu turun naik tangga.
Syasya oh syasya kenapa turun naik tangga?
mungkin sebab nak mantainkan berat badan dan menguatkan stamina bila lif rosak.
Syasya oh syasya kenapa kuatkan stamina?
sebab badan perlukan tenaga, kadang-kadang cikOni meminjam bahu untuk dia tidur.
Syasya oh syasya kenapa perlu tenaga?
sebab tenaga memberi kita kekuatan untuk menjalani dan melalui aktiviti-aktiviti harian.
Syasya oh syasya kenapa perlu kuat?
kena kuat sebab, aku perlu menampung banyak emosi. emosi menjadi emak dan emosi menjadi isteri.
Syasya oh syasya kenapa perlu beremosi?
itukan sifat dan lumrah setiap manusia normal. Sedih, gembira, muram, tiada mood, geram dan juga mood ke laut.
Syasya oh syasya kenapa engkau macam dulu?
jadi diri sendiri, tetapkan pendirian kadang-kadang jadi lalang juga. hehe...
Syasya oh syasya kenapa engkau tidak gemuk?
eh? ada lagi soalan niii, mungkin sebab suka berjalan.
Syasya oh syasya kenapa suka berjalan?
menjamin badan yang sihat walaupun window shopping, jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman =)
Syasya oh syasya kenapa badan sihat?
eh? soklan sama je. badan kena sihat la, boleh jaga pemakanan, boleh pergi berkerja, boleh melayan kerenah anak, boleh buat apa yang hati mahu buat.
Cukup 10 soalan untuk syasya oh syasya. Siapa Syasya? Empunya blog di pinggir hutan ;)
Tuesday, 19 October 2010
Iron terbang.
Jumaat lepas, elok-elok aku park kereta kat parking, cermin tingkap kereta tak boleh naik. Cis, dia stuck sampai setengah je. Adeiii, mujur mrABi tak kerja, dia repair tapi tak elok gak haha... sudahnya balik Johor tingkap terbuka je, mujur tidak hujan, mujur perjalanan malam. Esoknya pergi betulkan, dan macam biasa la, haha aku ngan mama pegi shopping bawak cikOni.
Kes kedua, cikOni terbangkan iron panasonic aku. Huaaa meraung aku bila dengar iron tu jatuh terhempas. Memang sudah ku duga, dia suka sangat main suis bawah iron board tu, aku syok-syok iron dia off suis, hangen aku.
Aku tinggalkan sekejap aje, dia tarik kabel iron lalu terbangla iron yang terberat dalam senarai iron yang pernah aku ada, lalu patah berkecai pemegang iron tersebut. Sekian terima kasih. Aku bukan apa, aku ngeri membayangkan kepala cikOni terhempap iron tu, adeiii... mau aku meraung-raung. Nehi-nehi.
Adoiii nak tukar kabel tingkap kereta, nak beli iron. Adehhh kena pujuk mrABi menggunakan pujukan jurus geselan kucing ni. Haha.
cikOni semakin besar, semakin panjang akal. Macam biasa balik rumah tokPapa, tokMama dia huiii macam-macam dia dapat. tokMama dia belanja beli kasut, beli baju. Meriah-meriah. cikOni baik betul dengan tokPapa dia, sanggup tak tidur temankan tokPapa buat kerja.
Aku? memang dah hai, hai, bai, bai. Tidur.
~)@ Saje nak suruh aku beli iron, dua biji iron free, dua-dua punah.
Sunday, 17 October 2010
Adik-adikku yang disayangi.
1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
Senang memanggilnya Emi, sangat comel, orang Perak, mempunyai aura seni tersendiri dan suara diaaa... sangat manja.
2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
Klik semuanya tentang aku di sini.
3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
Oh banyaknya... aku guna nama panggilan yang sering aku guna bila aku membalas komen mereka ya,
- ibuAQiL- baru pandai memandu di jalan raya.
- Eija- sweet mama mia.
- kakE_da- mama mika.
- [-suziey-]- comel anak beranak.haha.
- kakSarah- mama mia, rajin menjelajah blog ke blog.
- kakBee- mama mia, surirumah busy.
- shiQa- penjejak terbaik dua bulan berturut-turut.
- Ain- sweet, suka menjeleskan diriku ini.
- kakZaidah- pemberi nasihat dan tips yang superb.
- kakYanti- gojes mummy, anak lima menten kurus.
- Name one person who made you laugh last night. cikOni, berjoget, membebel tak kira masa.
- What were you doing 1 hour ago. Depan pc, kerja.
- What was the last thing you said loud. Oniii!!! jangan keluarkan tapawe umiii tu, dah 3 kali umi kemas.
- Where's the nest place you're going to? Cafe for lunch.
- What was the last thing you paid for? Enverlope used for special gift.
- Where were you last night? Home sweet home.
- What's the best ice-cream flavour? Mestila chocolate =)
- Do you wana cut your hair? Ya, sudah tidak sabar untuk memotongnya, rimas.
- Do you love 'melatah'? Tidak sama sekali.
- If that so (melatah), what will you say out loud? Oh sayang!!!
- What does the last text-message received say? Haha...
- Will you get married in the future? Tiada kaitan.
- Do you chew on your straw? Yups.
- Do you make-up your own word? Aku tak paham soklan ni, huhu.
- Is there anyone you like/love right now? Husband & daughter.
Errr... errr... susahnya nak jawab niii =p
Blog hebat.
1. Namakan Blog Anda Buat Masa Ini - It's Umi Journal, kisah peribadi yang boleh dikongsi bersama, idea nama daripada WhiteyMommy, sebelum ini hanya menggunakan It's Journal.
2. Anda rasa blog anda hebat? - Hebat??? soalan ini sepatutnya diberi kepada pembaca =)
3. Benda ape yang anda sayang? - Handphone.
4. Anda tengok waktu dekat mana? - Jam dinding, jam pc.
5. Laman Web Sesawang Yang Anda Selalu Jenguk? Blogspot.
6. Letakkan 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'? - See my left side bar in hijaucantik.blospot.com
Selesai.
Terima kasih kalian, terima kasih kerana menjadikan diriku bergitu berharga.
~)@ Entry ini aku taip hari Jumaat. Harap maklum =)
Friday, 15 October 2010
Kemas sebelum keluar.
Malam ini aku akan melalui masa yang panjang, 4 jam dalam kereta sebelum sampai ke destinasi. Doakan perjalanan ini selamat tiba. Ngeri aku membayangkan kemalangan yang meragut 12 nyawa baru-baru ini.
Yang pastinya, balik rumah petang nanti aku tidak akan berhenti mengemas rumah. Baju belum packing, kalau dulu kemas baju sendiri, sekarang kemas baju suami dengan anak. Aku sungguh kagum dengan mereka-mereka yang menyuruh orang lain kemas baju sendiri. Bagi aku rasa macam tak lengkap bila orang lain kemas untuk aku. Hehe...
Kalau datang angin rajin mrABi, dia yang kemas, buang sampah, vakum rumah, cuci pinggan, cuci baju tapiii jika sebaliknya, aku jugala yang kena. Aduiii... belum masuk part bancuh susu cikOni, sedia air panas, air sejuk pokoknya semuanyaaa umiii...
Bila aku bersiap lambat mulala dia membebel, itu kaluuu aku diam je, malas nak layan. Paling tak, aku nangis. Gembeng. Bila dah ok, mood dah baik barula aku beritau, kalau dah tau aku bersiap lambat, tolong la setelkan rumah kan?
Aku memang tak boleh tengok rumah tunggang langgang bila mahu meninggalkan rumah walaupun keluar bershopping. Aku rasa bila balik tengok rumah tunggang langgang serta merta badan jadi berganda-ganda penatnya. Sedih.
Tapiii bila cikOni yang buat tunggang langgang, memang aku tak boleh kata apa la kan? 50 kali kemas, kita kemas dia kemas juga. Adeiii... Tewas dengan anak 1 tahun 3 bulan niii.
~)@ Rumahku syurgaku.
Thursday, 14 October 2010
Sedikit tips mengelak mual semasa hamil.
Dia seorang kakak yang comel, saiz badannya juga lebih comel dari aku. Bukan gemuk ya, tapi kecil. Tapiii dia menjaga aku sebagaimana seorang kakak original. Aku tiada kakak. So, memang manja dengan dia.
Dia hamil 6 minggu, berasa penat, berasa hendak demam, berasa tidak mahu makan. Simptomnya lebih kurang aku masa mengandungkan cikOni. Apa yang aku nasihatkan pada dia hanyalah.
Minum banyak air masak dan makan buah-buahan. Makan roti atau biskut atau nestum. Memandangkan dia tidak boleh bau susu langsung, aku memintanya supaya makan biskut yang bergandum. Yum! yum!
Makan pil vitamin yang telah diberikan oleh doktor, biasanya doktor membekalkan asid folic bersama pin zat besi, untuk menjamin perkembangan bayi dan memberi tenaga kepada ibu hamil sendiri.
Sentiasa bawa minyak angin, seperti vicks, balm serai, minyak yuhyi (takde kick sangat), minyak cap kapak (paling aku syorkan) untuk dihidu sedikit dan diletak pada pangkal dada bagi mengelak muntah.
Elakkan makanan yang mempunyai minyak dan garam yang tinggi serta jangan hentam kenyang lagi sarat, untuk mengelak pedih ulu hati, membuatkan keadaan lebih tidak selesa. Makan setiap dua jam selang selikan dengan snek yang berkhasiat.
Minta tolong suami untuk mengemas rumah, dan yang penting mengurut, membelai isteri yang sedang hamil, sebab ibu hamil memang akan berasa hendak melekat di katil sepanjang hari. Aku la tu... Ngeee.
Ada lagi ke? minta tolong tambah ya, sebab tips di atas berdasarkan pengalaman aku sahaja. Bila adik yang berpengalaman memberi nasihat kepada seorang kakak, hahaha macam kelakar. Tapiii sharing is caring kan?
Sempat aku berpesan padanya, jangan buat kerja berat-berat untuk 3 bulan yang pertama, ini bulan paling penting. Jika perlu, MC dulu daripada pergi berkerja, kesihatan diri lebih penting.
Tuesday, 12 October 2010
Mula merasuk.
Kedai baju biasa, AnnWardrobe sentiasa menjadi pilihan pertama aku. Hehe, sekarang ni aku menanti ketibaan shawl yang juga dibeli secara online. Sungguh aku telah gila dengan belian secara online.
Mungkin ada setengah sudah serik untuk membuat belian secara online. Akibat ditipu dan tertipu. Bagi aku, aku sangat menitik beratkan kualiti setimpal dengan harga. Bagaimana aku membeli secara online? mungkin tips berikut boleh dicuba.
- Cari laman jualan yang popular, ramai pengikut dan mempunyai entry terbaru, kerana laman jualan yang sebegini mempunyai empunya laman yang rajin, bersungguh-sungguh untuk berniaga.
- Baca terma dan syarat yang telah disediakan dilaman jualan. Mesti mempunyai cara bagaimana untuk dihubungi.
- Telefon atau email kepada empunya laman jualan bertanyakan barang yang ingin dibeli, sebolehnya jadila rakan kepada empunya blog. Empunya blog pun kawan juga kan?
- Setelah mendapat maklumat balas dari empunya blog, barulah buat pesanan barang yang ingin dibeli. Pilih barang yang agak murah dahulu tetapi berkualiti baik. Beli sekurang-kurangnya satu dahulu.
- Pastikan bukti pambayaran disimpan serapinya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul dikemudian hari.
- Hubungi empunya laman jualan sekiranya masih belum menerima barang yang dibeli setelah 2 hari. Dapatkan tracking number dan buat semakan dengan pejabat pos.
Selain baju ala-ala korea yang aku dapat semalam, adalah kain pasang cutton inggeris. Aku beli 6 meter dengan WhiteyMommy'sBlogshop, baju hari raya untuk 2011, miahaha... Sepasang dengan cikOni, mrABi? tunggu la seru dia datang nak buat baju melayu atau tak.
Kali pertama beli dengan WhiteyMommy, huh! cantik weih. Yang penting kualiti kainnya, walaupun cutton, tapi tebal, sejuk dan nampak baru. WhiteyMommy memang pandai pilih, orang kalau dah minat cutton kan?
Aku disuruh memilih? pengsan. Sebab tu aku lebih rela suruh orang belikan. Haha... Sesuai dengan harganya yang berpatutan dengan kualiti kainnya, bukan calang-calang kain ok. Jika nak dibanding dengan kain dua pasang kurung cutton aku. Pertama basuh sekali dah koyak rabak, buruk terus. Haha... yang kedua pulak, beli siap kainnya kasar dan nipis.
Apa yang penting berhati-hati dan kena menjadi teliti dalam membeli belah secara online. Biasalah kan, kuasa wang ni, apa-apa pun boleh berlaku. Lebih-lebih lagi penipuan.
~)@ Jangan ikut nafsu bila bershopping ok, makan diri.
Monday, 11 October 2010
cikOni di Lubuk Congkak.
CikOni? ramai betul yang rindu kat dia eh? jeles ni. Haha, dia dah terdampar akibat telah menggunakan tenaga yang berlebihan. Sepanjang hari aktiviti baru, sayang nak lepaskan peluang.
Macam biasa, punch-card. Hari pertama, main basikal dengan pakcik-pakcik kecik. Aku sibuk duduk menyembang dengan makcik so tak ambik port pun tengok dia main basikal.
Hari kedua, semua orang bangun pagi, gara-gara bapa mertuaku nak ke Klang. Acara pagi ialah... MANDi SUNGAi, ala just sarung je selipar tuju belakang rumah. Hehe...
Keceburrr!!! syok owh...
Sejukkknyaaa...
Menggigil sudah.
MrABi mengadu lapar, jomla makan di Popeye Lousiana Kitchen, hehe... sporting rupanya mrABi, ikut tanpa banyak soal. Kalau tidak asyik la KEPSi, MEKDi. Jemu oh!
MrABi belikan juga. Di kepitnya sepanjang dia berjalan, sampai tempat lapang dia tepuk-tepuk kucing tu, tah baper kali nak berehat melayankan cik kecik dengan kucing comel ni.
Lepas tu? balik rumah la, esok (hari ini) nak kerja. Nak blogwalk lagi. Hehe...
Sunday, 10 October 2010
10.10.10
Selamat Pengantin Baru
buat kawan baik aku
Muhammad Farhan Sukiman & Pasangan
= semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu, ke akhir hayat =
Selamat kepada mereka-mereka yang menjadikan hari ini sebagai hari bersejarah. Memang best.
Hari minggu yang gembira =)
10.10.10
~)@ Semuanya serba 10 la ye.
Friday, 8 October 2010
Masa.
Hari ni aku harus bersemangat sebab sekejap lagi aku nak start enjin minyak menyiapkan kerja, lagi-lagi bos ensem aku dah dua hari sampai dahulu daripada aku. Ahaks. Harus menunjukkan kesopanan dan kesusilaan.
Sebenarnya, aku pun dah habis idea nak post entry ni, sedang-sedang aku bersiap nak pergi kerja, aku masih terfikir-fikir, nak buka topik apa hari ni.
Jalan sana-jalan sini, tengok jam dah 7.15pagi, alamak... leka benar. Berangan. Baju cikOni tak masuk beg lagi, pampers dia tak tukar lagi. Cepat-cepat.
Biasanya aku peruntukkan satu jam untuk bersiap pergi kerja, daripada celik mata, buat susu cikOni, iron baju, mandi, solat, kemas rumah, jumpa mrTan, bersolek, kemas baju cikOni dan tukar pampers dia sebelum hantar ke rumah pengasuh.
Kekadang sempat aku cuci pinggan dalam sinki, haha... mrABi pun kekadang pelik, sempat aku buat semua benda tu. Alaaa bak kata kakDonut, bila dah ada anak automatik mommy menjadi super mommy. Pantas dan ligat.
Dan 45minit selepas itu, aku sudahpun menaip entry untuk hari baru. Hehe...
~)@ Masa berlalu pantas, takde masa dah nak berangan lama-lama. Berangan sekali semasa jumpa mrTan =)
Thursday, 7 October 2010
Menghargai dan dihargai.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penjejak (meninggalkan komen) semalam, pecah rekod menerima jejakan terbanyak semalam. Hehe, terima kasih dan syabas kerana berkongsi pendapat dengan si bloghijau di pinggir hutan ni.
Tahap mana kerajinan membalas komen? perlukah di balas setiap komen itu? macam biasa, ini pendapat aku, ini adalah pendapat aku sebagai pembaca, penjejak dan penyibuk.
Aku suka membalas semula setiap jejak yang telah ditinggalkan pembaca bloghijau. Aku mahu menghargai orang lain. Perasaan aku bila buka dashboard dan ada penjejak, maka semangat aku untuk berblogging kian memuncak. Pergh! bahasa...
Aku balas setiap mesej di kotak jerit, tapi segelintir mesej aku tak balas, kalau part suruh-suruh aku follow, adeiii maaf la ya, aku follow jika aku suka. Buat apa follow kalau tak suka kan? Mesej blogshop kekadang aku skip. Tak cantik rasanya bila ada iklan online kat tempat berborak. aku rasa nak buang satu kotak jerit kat sidebar ni, tapiii tunggula mana satu yang akan hilang. Hehe...
Secara tidak langsung, penjejak akan meningkatkan trafik. Bagi aku yang suka meninggalkan jejak aku memang sangat berharap jejakkan aku itu dibalas oleh tuan rumah. Aku akan mengorek balik entry yang telah aku komen. Kesiankan. Kalau tak balas pun aku takde hal. Haha...
Kadang-kadang aku tersengih membaca jejakan di bloghijau, macam-macam pendapat, macam-macam gaya bahasa. Aku kan suka membaca, aku membaca dan memahamkan, lalu aku balas jejakan itu =) walaupun aku tidak tahu berapa ramai yang membaca balasan jejakan tersebut.
Kebiasaannya, bila aku tinggalkan jejak pada kotak komen, aku abaikan kotak jerit. Bila datang emo-emo aku, sampai tak reti nak tinggalkan jejak, aku jeritla kat kotak jerit. Salah satu. Nak lagi emo-emo-emo, aku baca je tak tinggal apa-apa. Hehe jangan marah eh.
Aku sangat hargai pembaca bloghijau, sebab bloghijau adalah blog terbiar dipinggir hutan, bila ramai yang menghargai, secara tidak langsung bloghijau terasa disayangi. Adehhh...
~)@ Jangan tanya aku tips-tips meningkatkan trafik ye, aku takde tips tersebut. Blogging kena happy =)
Wednesday, 6 October 2010
1st Giveaway Dari Prokesihatan
[KELiK SiNi]
Due 31 Oktober 2010.
~)@ Kalau nak beli dulu boleh tak? haha... memang dah lama nak beli natang ni.
Tuesday, 5 October 2010
Ada apa dengan Mess-Night
Masa single-single dulu nak ikut serta, segan. Ye la, still kawan-kawan gitu. Malu. Bila dah kawin ni, ingat nak ikut la, malangnya kena jaga anak la pulok. Kesiankan?
Mess-night ialah majlis makan malam yang penuh istiadat atau protokol. Dihadiri oleh pegawai sendiri atau bersama pasangan. Kalau boleh majlis ini tidak dicemari dengan sebarang bunyi sudu berlaga pinggan. Memang bersopan. Pakaian pula mestila vouge lagi gojes lagi blink-blink lagiii superb bagi pasangan dan uniform khas untuk pegawai sendiri.
Biasanya diadakan di hotel-hotel atau pun ballroom yang bertaraf bintang-bintang. Meja makan juga telah di booking awal-awal, terdapat nama pegawai dan juga pasangan di tempat makan masing-masing. Ni yang best niii.
Ok, yang aku terangkan tu, makna mess-night mengikut kefahaman aku sendiri, ye laaa aku tak pernah pergi wei, jadi aku bayangkan aje mengikut penceritaan mrABi.
Semasa latihan kepolisan mrABi telah didedahkan dengan fungsi setiap satu kutleri yang bersusun di atas meja, penggunaan set sudu dari bersaiz besar hingga kecil, penggunaan gelas pinggan cawan setiap saiz. Semuanya mesti digunakan mengikut kesesuaian.
Mungkin ini juga penyebab mrABi tidak membawa aku menyertai majlis berprotokol ini, aku ni kampung sikit, mulut kepoh jangan dikata, tambah-tambah main selamba kodok je. Kang ketawa kuat-kuat siapa yang malu, lagi-lagi bila dah jumpa geng. Lupa diri.
Tapiii aku senang serasi dengan majlis. Entahla, alasan dia tetap cuma satu, jaga anak kat rumah. Pilu weih. Geng aku ternanti juga kehadiran aku. Maafla kawan. Hehe... Jadi, sampai sekarang aku belum pernah, makan di hotel atau bermess-night.
~)@ Hujung bulan ni dinner kompeni =) tema satu Malaysia, rasa nak pakai sari pula. Haha... janganla berharap sangat, tah-tah 'siapa nak jaga Oni' erk...
Monday, 4 October 2010
Edisi menyelamatkan bumi.
Jumaat malam, disebabkan aku tidak diajak bermess-night, makanya aku menguarantinkan diri sendiri. Merajuk. Terima kasih cikOni kerana tidak meragam sepanjang malam. Hehehe... apa aku buat?
Meneruskan aktiviti handmade card, kepada nama-nama di bawah, sila email (nsahida&gmail.com) alamat, untuk pengeposan handmade card ini, suka atau tidak, aku nak beri juga. Bila dah buat banyak-banyak teruja pula.
Agos: umiIman, mekchu, eem's & shiQa
Sept: Ain, Suziey, Eija, ShiQa & ibuAQiL (kakIna)
Sabtu, mrABi kerja. Disebabkan minggu ini adik mrABi masuk rumah aku, makanya aku berhasrat untuk memenuhkan peti ais yang semakin kosong. Ya, dengan beg cintai bumi, aku pergi ke pasar.
Aku tidak tahu apa yang tak kena ngan aku ni, orang dok pandang-pandang. Haha... pelik gaknya temgok aku bawak beg kain tu, eleee... suka hati la kan? sebenarnya, aku nak beli barang basah banyak, berat. Kalau guna plastik, mau berbirat jemari i niii, beg tu boleh sangkut kat bahu.
Meraung cikOni nak ikut, haha tak kuasa la aku nak bawa dia, nak milih barang lagi, nak bawa barang lagi dibuatnya lif tu rosak, tak ke haru nak naik tangga? nehi-nehi.
Stail aku bila membeli barang basah, beli banyak-banyak, ikan dua tiga jenis, sotong, udang, ayam. Sayur aku beli dua jenis je, sebab mrABi kategori lelaki tak makan sayur. Miahaha... Ingat-ingat apa yang sudah habis. Ada tulis senarai barang, tapi biasala excited... sampai tak ingat nak bawa (selalu je jadi).
Di kaunter bayaran, aku bagi beg kain tu kat cashier, orang pandang lagi. Apa peliknya? Hari ini sahaja aku berjaya menjimatkan penggunaan beg plastik. Selesai pembayaran aku balik la rumah, tengok-tengok cikOni sedang enak tidur. Hek'eleh!
Friday, 1 October 2010
Siapa kata...?
Apa cikOni buat bila tinggal dengan umi... miahaha, biar gambar berbicara:
Siap goyang-goyang kaki, dah ala-ala juntaian kaki atas jambatan bawahnya sungai.
Memanjat almari TV sebelum turun dalam kotak mainan.
Edisi membaca, mengemas atas rak TV, haih!
Ok dah diam, jangan tegur, melopong tengok kartun. Muahaha Boowa & Kwala.
~)@ Malam ni kita chicken dance sama-sama ok? Ngeee...
Over-excited.
Dinding FB aku kecoh dengan majlis mess-night keluarga UKS (mrABi punya), kecoh dengan tema yang dikenakan pada malam ini, termasuk aku. Tema selendang. Haiyooo memang versi mak datin la nampaknya.
Dalam pada excited-excited berbalas komen dengan team PERKEP hati aku tidak juga tenang-tenang. Apa tak nya, mrABi langsung tidak mengajak aku, musykil dibuatnya. Adakah dia beranggapan aku sudah tahu?
Lagi pula dia memang sedang membelek uniform mess-nightnya, takkan la dia lupa. Tambah-tambah dia bertanya aku secara langsung,
ABiOni: umi, baju dah kuning boleh tak putihkan dengan clorox?' errr...
umiOni: entah, pakai vanish boleh kot, kenapa?
ABiOni: kemeja mess-night ni dah kuningla.
Aku membayangkan kemeja? aku ingat kemeja tu uniform mess-night? takkanla nak suruh basuh uniform tu, sebab biasanya hantar dobi. Datang kat aku bawak baju yang dah kuning. Owh kemeja belah dalamnya.
umiOni: meh sini. cuba vanish campur dengan ujala sikit.
ABiOni: umi buatkan la.
haha, aku buat eksperimen malam-malam buta. Tapi... masih menunggu kalau-kalau dia ajak. Setelah merendam selama dua jam, masuk mesin cuci macam biasa, hasilnya...
ABiOni: tak nampak kuning sangat. macam baru.
umiOni: haha... ok dah jemur, sok boleh pakai.
Sampai ke pagi, kemeja tu aku ironkan, dan pagi ini aku bertanya terus terang, ya... memang dia tak ajak aku pergi. Huaaa... sedihnyaaa. Aku je yang beria-ia rupanya. Muahaha (gelak hibur hati).
Memang kalau ada anak tidak boleh pergi mess-night ke? musykil pula rasanya.
~)@ cikOni malam ni kita chicken dance sesama wokey... hahahaha, yeay! esok cuti. Ajak aku balik langat memang nahas.