Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesian kawan-kawan mengadap kad raya yang tidak berapa tu lama-lama ye. Oiii, gelap gelita sungguh hari ni, sampai-sampai opis hujan, bertempiaran aku lari dengan si Mazerah gara-gara kena parking di luar. Pagi-pagi dah bersenam.
Now, for me tiada perkembangan sangat, aku masih biasa-biasa menjalani ibadah puasa dan masih lagi tidak ke bazar Ramadhan. Abi je yang pergi, dia malas hendak bawa aku bersesak dengan orang. Lagipun, dia ringkas balik kerja terus singgah, aku ambil anak-anak, buat air panas, kemas rumah, eh? kenapa banyak pula kerja ni? hahaa.
Eh, sama pula muncung tu...
Aku semakin lali dengan waktu tidur Auni yang memang sudah tidak tentu hala, aku sudah lali dengan waktu tidur Adli yang bagaikan mahu terikut-ikut dengan Auni. Mujurlah bangun sahur, aku dah kebal dengan istilah mengantuk walaupun kadang-kadang tersengguk.
Asalkan boleh aku tidur, aku tidur. Jika tidak, memang ada sahaja benda yang aku akan buat terutamanya kerja emak-emak. Baik hari-hari seminggu mahupun hujung minggu, kerja emak-emak memang tiada berkesudahan. Mengeluh? sikitlah.
Apapun, aku sudah boleh menarik nafas lega sedikit berikutan Adli sudah menjamah makanan orang dewasa. Apa yang aku makan, itu jugalah aku bubuh dalam bubur nasi dia. Biskut, sudah berjenis-jenisnya. Cuma air sahaja masih dalam kawalan. Aku hanya sua air masak dan susu. Lain-lain belum lagi.
Auni, sudah pandai suap makan sendiri. Lauknya cuma ikan dan kicap. Kadang-kadang dia jadi kucing, suka meratah ikan goreng begitu sahaja. Masa ni, emaklah jadi mangsa mengasing tulang dan isi ikan. Janji dia hendak makan. Sahur tadi, habis dua pinggan. Sibuk, orang sahur dia pun bersahur. Selebihnya, merayu minta ipad. Huhuuu.
Adli sibuk dengan tidur, hantar ke rumah kakAna sudah jarang dengan mata terbuka. Lelah emak mendukungnya, Auni sibuk hendak berpimpin tangan. Hendak bawa stroller, memang aku malas Auni juga yang di dalam. Hendak guna baby carier, Adli dah tak muat.
Now, sedang belajar bertatih dengan abi. Raya nanti, dia cemerlang dengan merangkak dan senyuman serta makannya. InsyaALLAH. Semoga dia sihat bila tiba waktunya.
Apapun, hidup aku makin dipermudahkan. Alhamdulillah.
Nota hijau: Aku blank sebenarnya, tapi cemburu tengok orang lain update blog. Hahaa.