Friday, 30 September 2011

Setelah 2 hari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sementara masih berkesempatan ni kan, abi demam jadi rancangan balik ke Kota Tinggi, Johor di tunda kepada Sabtu petang, mungkin juga pagi jika masing-masing sudah bersiap sedia.

Mengintai di balik tirai pintu. Yes, my dear Oni. Hari pertama abi ambil aku keluar wad, Oni masih di rumah pengasuh. Bila abi turun ke kedai, diambilnya kakakOni sekali. Comel, girang macam biasa bila nampak mak dia. 'Haaa, mey-mey. haaa tu meyy' tu je la yang betul. Bila mahukan apa-apa, tetapla mama.

Umi proud of you Oni.

Elok je dia berlari mendapatkan aku, cepat je aku jerit 'baik-baik, adik tu'. Dia usha daripada jauh, terdiam. Baik-baik nak lajak naik tilam, terus corner jauh. 
'Baby, baby, do baby tidur' Dia hanya perhati daripada jauh. Masa aku mengandung Adli, dia memang baik, dia jarang buat perangai, dia jarang mengada-ngada. Bila Adli lahir, perangai mula nampak sikit.

Aku tau, aku dah tak boleh terlalu berkepit dengan Adli sahaja, aku ada dua yang perlu dimanja, dibelai, disayang dan yang paling penting aku tak boleh pilih kasih. Belum masuk abinya lagi. Itula pahala besar seorang isteri dan emak. 

Mujur juga Adli sangat mudah, bila aku susukan kenyang-kenyang dia hanya tidur dan langsung tidak meragam, kesempatan aku ada dibahagikan dengan waktu rehat dan Oni. Abi pula sungguh perihatin, dia tahu aku tak boleh handle Oni dengan Adli sekaligus, dia akan membawa Oni keluar ke kedai mahupun berurusan diluar.

Aktiviti menjadi semakin mudah, bila mama dan papa ambil alih menjaga Oni, diakan cucu kesayangan. Segala permintaan cucu itu dituruti, biar tiada rasa tersisih. Aku hanya duduk menjaga Adli dan makan sahaja. Hiii.

Serius, aku teruja.

Ye setelah 2 hari, setelah Oni memerhati daripada jauh, Oni sudah pandai memujuk Adli. Tetapi, maintain terlupa bila berlari, semua benda Oni nak pijak. Bila Adli tidur, Oni datang mendekati 'Syyhhh, syyyyhhh' sambil letak jari dimulut dan menepuk Adli. It's sooo sweet ok. Bila Adli menangis, Oni orang paling awal memujuk atau paling tidak, dia ikut sama bangun menemani aku menyusukan Adli pada waktu hampir Subuh :) That's my Oni.

Alhamdulillah, aku sudah pun sedikit cergas, mula belajar menyusun jadual untuk struggle breastfeeding. Betulla orang kata, bila semangat tak kuat memang mudah putus asa. Aku pun dah hampir putus asa bila nipple luka. Sungguh sakit, Adli kuat menyusu. Dia akan menyusu sehingga 30 hingga 45 minit. Hrmmm. Aku kena kuat, aku tak boleh putus asa.
Ini semua permulaan, aku kena belajar lebih lagi. Adli pun tahu dia ikut belajar. Doakan aku berjaya ye. 

Alhamdulillah. Kena panggil Oni, Auni semula untuk match dengan Adli. Auni dan Adli ;)

Thursday, 29 September 2011

Pada satu hari 27 Sept 2011.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ehehehe, ye aku dah selamat bersalin, terima kasih kepada yang sangat perihatin, mamaMikhail orang pertama dapat gambar ekslusif coro dan ibu aqil orang pertama membuat entry pasal coro.

 Norerfan Adli bin Norerwandi

Once upon the time on 27 September 2011, siap keluar satu entry konfius kontraksi ke ni? dengan sakit perut. Komen untuk entry itu masuk dengan pantas. Aku sempat baca satu-persatu yang masuk, tapi biasalah nak balas memang hari yang mendatang. 

Aku menghubungi Puan Azura, mama beranak dua sepasang, kerana hari lahirnya pada hari ini. Lepas tu aku layan game, layan kerja, chatting dengan gelak-gelak, layan internet macam biasa, cuma agak malas nak tinggalkan komen je. Ampunkan patik penunggu gua. Kepala asyik ingat kontraksi ke, sakit perut ke?

PA siap ajak aku pergi makan-makan pada hari Khamis nanti di McD sambil tu sibuk dia nak tengok perut aku. Dia memang suka pegang perut aku. 'Oiii, kerasnya', 'kau bukala aku nak tengok perut kau' suka hati dia nak suruh aku menayang kebuyongan aku ni. 'ko gila bawah CCTV ni, aku rasa aku bersalin malam ni kot, ni pun macam nak terkeluar je ni' ahahaha baru aku tau mulut aku masin. Wakakaka.

'Oii ko biar betul, nak kena panggil ambulan sekarang ke' eh! minah ni serius ke nak panggil ambulan? 
'arrr takyah, aku panggil ambulan peribadi je, tunggu la kejap2 lagi' dia gelak-gelak. Dan, aku sempat makan tengah hari dengan bergurau-gurau. Kontraksi semakin kerap, puas aku berbalas chatting dengan seorang blogger SHU namanya, dia melahirkan anaknya di PPUM,KL secara normal. So nak tau pengalamannya.

Dulu, aku share pengalaman bersalin di PPUM. So, sekarang kita tukar. Thanks Shu. Dia minta aku catat masa bila aku sakit, gigih aku catat bila asyik kena ganggu dengan budak-budak opis ni dok nak berbual. Main lama-makin kerap. Menjelang petang, menjadi makin kerap. 5minit, 4minit. Haih! tepat jam 4pm, aku panggil ambulan peribadi datang. 

Aku ingat dia bawa kereta, rupanya dia datang dengan motor. Aku pergi hospital merempit. Sempat aku warning, jangan langgar lubang. Lebuh raya mana ada lubang, cuma jalan tak rata seksa gak. Sampai bumper betul-betul sakit datang, nak meraung aku rasa.

2.97kg pukul 8.33mlm

Dia tinggal aku, pergi parking motor. Aku terus naik ke tingkat 3, wahaha. Masih tersengih-sengih lagi sampai staff tu ingat aku adalah salah seorang staff di situ, mungkin sebab aku terlalu peramah agaknya. Kan hari tu dah masuk labour room sebab tiada entry tapi ada cerita. Bila dah serah beg dan baju, aku diminta tunggu di bilik 8, ada sekumpulan doktor pelatih mungkin sedang ronda-ronda bilik ke bilik. Aku tak berkenan sungguh. Dalam hati jangan diorang datang bilik aku. Tak kosa nak layan masa sakit-sakit ni.

Ye memang dorang tak datang, tapi ada seorang tu pergi tutup lampu bilik aku. Terdiam aku, mungkin dia ingat bilik tu tidak berorang. Cepat aku keluar pergi kaunter pendaftaran. Bising mulut staff wanita itu memarahi mereka yang menutup lampu. Miahaha, senget betul sebab nama aku memang dah ada pada whiteboard bilik bersalin.

CTG dipasang, ye memang ada kontraksi. CTG cantik katanya. Dan, aku memang berdoa biarla bersalin malam ni je, aku bersedia. Masuk sekumpulan doktor, aku kenal doktor tu tapi tak sure namanya, dia yang cerita pasal kenapa perlu risau? dia sendiri tergelak-gelak tengok lukisan dia pada fail aku. Tak tunggu lama, terus dia cek bawah, dah buka 3-4cm. 'saya nak pecahkan ketuban' oiii memang getir. Beria-ia suruh aku tarik nafas, tapi tak sempat aku tarik dia dah seluk. Stress aku tau.

Tiba-tiba rasa panas je, hahaha siapla rasa kontraksi yang maha sakit lepas ni. Aduiii, setiap kali sakit aku berzikir, aku pegang besi katil bila sakit tu makin kuat. Aku biar je sakit tu datang, mampu lagi senyum dan berbual. Pergh! memang aku menikmati rasa tu. Masuk dua orang staff nurse. Dorang kata dorang nak sambut, ye aku percayakan mereka sebab? aku kena percaya, sakit dah tak boleh di tahan.

'Dah nak teran ke?' dia tanya aku. 'Errr? teran?' aku menjawab. Bila dia suruh aku angkat kaki, pegang pergelangan kaki, dagu bertemu leher. 'rambut dah nampak, senangnya, boleh beranak 10?' katanya lagi. 

'Apa 10? errr, kejap-kejap nak ambil nafas' aku tarik nafas, masa kontraksi aku teran. Satu suara tak keluar. 
'Bagusnyaaa, sikit lagi, curi nafas, uiii sangat senang, sangat mudah' masing-masing kata senang.
'Kejap-kejap' aku lagi. 'ko ni dik, kejap-kejap. nak keluar dah ni' bising nurse tu, aku sengih lagi. 'teran macam nak berak, bagus betul boleh ketawa lagi tu' nurse lagi. Memang pun, aku kata kejap sebab nak tarik nafas panjang-panjang.

'Alhamdulillah ko memang senang dik, dah tau baby apa?' tanya nurse tu sambil dia pegang coro, tembam siut si coro ni. Dan aku rasa, abi dah pun balik rumah time ni. 
'lelaki' aku jawab dengan konfiden.
'mana ko tau ni?' sambil pegang coro dia ngacah aku lak.
'scan hari tu dah nampak' hehehe aku gelak sempat tengok dak yang tengah basah kuyup tu.'percaya sangat pada scan' kata nurse tu lagi bergurau-gurau di malam hari.
'Eh, dah habis ke?' Apabila tugas seterusnya diambil alih oleh doktor lain pula, keluarkan uri. Aku menunggu juga saat aku dijahit. Tapiii semua macam tak kisah je.
'Errr, jahit sakit tak?' selamba kodok aku tanya doktor lelaki cina. 'Dia senyum, dah tak ada yang sakit, semua ada bius'. Mujur ko ensem doktor, hilang habis sakit aku. Masuk lagi sorang doktor, korek-korek lagi bawah aku. Aiii, macam dah rabak benar gamaknya.
'sikit je tu koyak, tak payah jahitla' pergh, lega dah habis sesi seluk menyeluk.
'puan koyak sikit je, tak perlu la jahit' aku tau sebab apa koyak, sebab aku angkat montot tadi, excited nak meneran. Hihiii.

Habis sesi di labour room, aku di hantar ke wad. Ni best ni, rasa macam dalam drama je. Hihiii. Tak lama lepas tu, abi datang. Dapat kiss daripada dia. Huhuuu. Bila dia balik, sebab bukan waktu melawat aku dapat jumpa coro. Huuuu, comel, gebu, tapi taktau la rupa siapa. Hihiii!

Aphal dalam gambar dak ni nampak gebu benar?

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Allah berikan aku sepasang zuriat yang sangat bermakna, Allah berikan aku kesempatan bersalin normal. Allah perkenankan doa hambanya bila kita sentiasa ingat padanya. Syukur. 

Coro juga pandai hisap breast. Harap tiada masalah untuk aku breastfeednya selepas ini. Esoknya, aku dah pun bersiap untuk pulang ke rumah. Selepas coro diberi suntikan dan urusan pembayaran selesai, aku balik ke rumah. Pada hari ini, insyaALLAH nama untuk coro yang telah dipilih abi NORERFAN ADLI bin NORERWANDI atau pun NurIrfan Adli dalam jawinya bermakna, Cahaya Kesyukuran Keadilan. 

Sekian sahaja, cerita bersejarah pada hari Rabu. hehehe. Terima kasih yang mengucapkan, terima kasih yang buat entry, terima kasih yang sentiasa perihatin, terima kasih yang baru mahu bersahabat. Sungguh, aku berasa sangat terharu, aku akan berpantang di Kota Tinggi, Johor. Buat masa ini, masih lagi di KL berikutan menguruskan hal pendaftaran Adli di sini.

Tuesday, 27 September 2011

Kontraksi ke ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa tu la kan, aku di opis ni. Bila duduk rumah, macam biasa la tak reti duduk diam. Doktor suruh berehat, tapi aktif mengalahkan macam duduk di opis. Better duduk opis mengadap pc sampai waktu balik. 

Still bleeding tapi aku dah malas nak mikir ke hospital lagi. Karang dikata, jalan belum lagi buka. Coro still aktif macam biasa, cuma lately agak malas dia nak bergerak sebab ruang semakin sempit. Tapi, malam tadi aku kerap sangat sakit mengikut selang masa 15 minit sekali. 

Sampai tidur aku tak lena, kontraksi ke tu? atau, akibat daripada makan tak berhenti daripada hari Sabtu lepas atau akibat daripada makan pisang terlalu banyak? muahaha, teringin gila nak makan pisang dengan buah mangga. Semalam, gigih ikut abi pergi beli di pasar malam. Habis setengah sisir aku ngejakan pisang tu, muahaha.

Ni pun aku breakfast dengan pisang, akibat makan daripada hari Sabtu (masak sendiri), Ahad (kenduri rumah mertua) tu pun, mungkin juga. Mana tidaknya, aku belum dapat membuang isi perut dengan sepuas-puasnya. Hanya dapat buang sikit-sikit berbanding dengan apa yang aku makan. Bila dah macam tu perut pun rasa sempit dengan Coro yang makin menggebu.

1st time pakai sama dengan Oni, baju raya daripada tokMama.

Aiii, still rasa macam nak patah pinggang ni, sakit siut. Tapi bila alih kedudukan rasa ok sikit. Karang nak berjalan, macam rasa nak bercinta. Huuu, rasa Coro betul-betul dah nak keluar. So, nak tunggu ketuban pecah ke eh? waaaa... tolong-tolong.

Abi memang dah prepare je, aku kata hospital je dia terus hantar. Pokoknya, aku ni. Haih! Payah pula rasa nak buat keputusan. Si Oni dah di rumah pengasuh, so biar je la dia kat sana tu. Tunggu je la lagi kan? Aku dah siap mimpi-mimpi si Coro ni keluar minggu ni. Hahaha! Adoiiila.

Friday, 23 September 2011

Sungguh aku berdebar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasa bagaikan mengandung kali pertama pula, memang ramai yang kata 'laaa kan dah ada pengalaman'. Memang aku akui dah ada pengalaman, tapi pengalaman tu tetap tak sama. Apatah lagi perbezaannya lebih ketara daripada yang lepas.

Mungkin bila masuk yang ketiga nanti, pengalamannya pun jadi lain. Awal mengandung, antara Oni dengan Coro, memang tak jauh beza, morning sickness, Oni lebih hebat bila 4 bulan tak makan nasi malah tak boleh langsung bau dapur rumah sendiri. Mungkin dah pandai nak handle loya, mabuk, muntah, gusi berdarah dengan Coro aku boleh tahan. Tapi 3 bulan juga menanggungnya, berat aku still turun 2kg-3kg pada awal 3 bulan pertama.
_
6 bulan membawa Oni dan Coro.

Masuk bulan seterusnya, Oni lebih senang nak dihandle, dia tak banyak sangat ragam dan gerak. Pada aku dia lebih suka tidur sehingga aku tak rasa dia ada dalam rahim. Daripada bulan ke bulan, perut aku tak juga nampak-nampak besarnya. Berbanding Coro, sangat aktif. Sentiasa berguling, menendang sampai aku rasa macam dia nak keluar benar dari dalam rahim.

Bila tang nak hujung-hujung ni, Oni juga lebih senang keluar. Ketuban leaking. Terasa air panas mengalir macam tu je, terus masuk wad. Bila indius, tak boleh keluar ikut bawah, dia nak keluar ikut pintu segera. Tak kisahla janji dia sihat. Bila tang Coro ni, tertanya-tanya aku. Bila Coro nak keluar? Macam mana gaya Coro nak keluar nanti? Boleh ke Coro keluar ikut jalan sebenar? Pergh... macam manala aku nak tidur lena.

_
8-9 bulan membawa Oni dan Coro.

Ye aku suka cakap just follow the flow, sama juga macam orang lain bercakap memang mudah. Kadang-kadang aku tak fikir pun, ikut kata orang juga dah sakit kaw-kaw-kaw baru pergi hospital. Macam mana sakit kaw-kaw-kaw tu eh? hrmmm.

Sampai tahap aku jadi tak sabar pula. Muahaha, esok-esok dah keluar bersilatla aku. Mudah-mudahan Oni akan jadi lebih mudah dihandle. Dah pandai pakai baju sendiri, pakai seluar sendiri. Cakapnya pun dah boleh difahami.

Alhamdulillah, kehidupan semakin baik dan semakin seronok untuk ditempuh.

Thursday, 22 September 2011

Mama yang happening.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Asyik cerita pasal sakit je, tak best juga kan? ok-ok lets beraya.

Selepas beraya dengan mama yang lemah lembut, 4 jemputan rumah terbuka, mini tak mini semuanya perlu dihadiri pada hari Sabtu. Aku dah mula rasa tidak sihat. Pantang cuti Sabtu, Ahad semedang badan rasa tak stabil.

Rumah pertama,  Rawang. Soto dan sate, rasa jangankan tidak. Borak-borak dan beransur. Mata aku belum sihat sepenuhnya. Sempit rasa penglihatan. Dalam perjalanan abi sibuk dengan handphone, rupanya ada hajat lain disamping menuju ke Rawang, mahu melihat rumah yang dibelinya di Sungai Buloh jadi bila dah orang di sana tidak berangkat makanya hajat berlalu begitu sahaja. Seterusnya ke rumah kedua.

Taman Melati, kawan satu tempat belajar. Dia memang rajin buat open house setiap kali raya dan abi memang masih belum missed bila sebut jemputan ke rumahnya. Di rumah Norsham Shafinas aka Sham aka Dobot, bertemu pula dengan Fairuzzaki yang masih solo dan Normilawati aka Mila bersama suami dan 2 orang puterinya. Geram betul tengok anak Mila yang berdua tu, tembam betul.

Oni? Aku pakaikan jeans dengan t-shirt, dia punya perangai pun bertukar-tukar. Masa di Rawang, habis mainan sepupunya dikerjakan, masa di Taman Melati, merengek buat perangai. Nak tidur.
Ahaaa terasa macam reunion kecil-kecilan pula gamaknya. Macam biasa aku suka rendang dengan nasi impit/ ketupat dan spegetti. Rumah Dobot ni memang terkenal dengan spegettinya. Makan sikit-sikit je sebab ada lagi sebuah rumah yang akan dituju. Hehehe.

Rasa tak sabar gila nak pergi rumah yang last ni, pasal perut aku dah tak mampu di isi. Penuh, mengeras tak sudah-sudah akibat banyak makan. Mesti ramai dah boleh agakkan? Ya, rumah mamaMikhail. Kawan maya aku paling istimewa. Dalam hati, alam maya dan juga reliti. Alhamdulillah dalam kesukaran mencari rumahnya kami bersua juga, terima kasih kakEda dan abi sebagai GPS.

Disambut dengan kakEda sendiri, manisnya dia berbaju pink. Serius, seri muka (bukan kuih) yang dia ada rasa macam tak boleh nak gambarkan. Orangnya rendah sedikit daripada aku, memang aku dah boleh agak pun. Mulutnya, memang tak henti-henti bercakap. Peramah habis.

Rasa macam nak melepak lama-lama je di rumahnya, apatah lagi dilayan makan oleh dirinya sendiri disamping hubbynya yang juga peramah bertemu abi. Rasa bagaikan bersaudara, rasa bagaikan kami dah lama sangat kenal dan selalu bersua muka. Percayala, ini pertemuan kali pertama. Oni? kembali segar tak jadi nak tidur. Habis semua mainan Mikhail dipunggahnya.

Berbual di meja makan sampai lupa diri mulut tak henti menyuap makan. Hidangannya memang kenala dengan tekak aku, kamikan orang Johor. Apatah lagi punya bilangan adik-beradik yang sama ditambah lagi kami adalah kakak kepada sorang adik lelaki. See? kita sama kan kak?

Dan bagaimana aku boleh jadi rapat dengannya apabila due date Oni sama dengan tarikh lahir Mikhail 070809 akan tetapi Oni lahir awal daripada jangkaan itu, Mikhail pun lahir awal daripada due date sepatutnya. Tambahan lagi, aku menjadi penyokong kuat De' Chantique Boutique, terus menjadikan kakEda sebagai teman maya pertama yang sangat rajin berGTalk.

Sifat gila-gila, selamba kakEda membuatkan aku selesa dengan dia, cakapla apa sahaja, ceritala apa sekalipun, dia sedia dengan nasihatnya, jawapannya dan jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang resepi yang di masaknya menjadi resipi aku. Muahahaha.

Cukup ke ni kak? rasanya ada lagi tapi yang lelain tu biarla simpan je antara kami berdua. Kami tahu betapa istimewanya hubungan ini. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih atas kesudiannya menjemput. Aku memang nekad nak berjumpa dengannya. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku kak.

Aku yang sepet sebelah mata. Mikhail meradang.

Mari buka rahsia, aku pakai baju kakEda sebenarnya. Oni dah hilang kat luar dengan abi.

Lepas ni, round Putrajaya pula, tunggu lelepas pantang la nampaknya. Rasanya, ramai yang ada di sana kan? meh tinggal sepatah dua kata ;)

Wednesday, 21 September 2011

Tiada entry tapi ada cerita :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar pembaca bloghijau ni? masih mengikuti perkembangan akukah?

Ya, memang aku tak up cerita baru, bukan mood ke laut bukan juga tiada beridea bukan juga aku sibuk tetapi aku kena tahan wad, no laptop, no internet, no tv, aku kena kuarantin di wad bersalin PPUM. Masuk Isnin keluar Selasa then berehat di rumah sehingga habis minggu ini. Amekau!

Walaupun 2 hari aku di sana, macam-macam peristiwa aku kena lalui. Semalam, sepatutnya discharge pagi ambil masa sampai petang, mujurla sempat di beri makan tengah hari, tidakla aku kelaparan. Abi datang dengan Oni, ambil aku. Bosan benar aku di wad sini tercampak keseorangan di bilik sendiri.

Imbas semula
Isnin||19/09/2011||8:30am||PPUM
Well, aku bleeding lagi. Disebabkan menitik-nitik makanya abi decided hantar terus aku ke hospital sedangkan aku memang malas nak pergi. Melapor diri di wad bersalin tingkat 3, PPUM. Huhu! super best punya wad.

Siap tukar baju, di suruh aku rest sekejap. Doktor, jururawat, staff ke hulu-ke hilir sampai aku tengok pun rasa nak muntah. Lagi-lagi mata kanan aku ni belum pulih sepenuhnya, semuanya nampak kelabu. Seorang doktor lelaki datang, kacak, kurus, tinggi, senyumannya bisa gugur jantung. Sehelai kertas bersama sebatang pen, hrmmm ni mesti masih pelatih. No fail ok. Macam biasa kena interview, bla-bla-bla. Aku rasa nak rekod je segala apa yang aku cakap tadi, confirm mesti kena tanya lagi nanti.

Dia memasang CTG, ye aku tau natang tu. Selalu je guna masa Oni hari tu. Setelah beberapa jam, datang lagi dua orang pegawai perubatan, seorang doktor sebenar cina dan seorang lagi masih pelatih macam tadi, soalan sama. Benci betulla aku nak menjawab soklan bebanyak kali ni. Mujur si kacak tadi menyampuk juga dua tiga soklan.

Bila dah habis soalan dengan bantuan seorang jururawat wanita, peramah, dia nak cek bawah. Olooo ni yang aku lemah ni nak mengangkang depan lelaki-lelaki ni. Cis! PPUM ni takde bidan wanita ke? Ya, barula aku sedarkan, daripada tadi aku dengar jeritan-jeritan wanita bersalin dengan suara sokongan yang semuanya lelaki. Tak suka tau, habis saham.

Sekejap je dia, ukur sana-ukur sini, sikit sebanyak aku kagum juga dengan hasil kerja doktor cina ni, pantas, cekap dan tepat. Mana taknya, tanpa tengok laporan lama aku, tanpa tengok hasil scan, dia boleh tau baby aku ni berapa minggu siap dengan hari sekali. Tepat. Kalau dah pakarkan? Lepas tu, aku kena tinggal. Macam tu je. 

Abi dah hilang entah ke mana. Aku di suruh berehat di wad menunggu bersalin tingkat 5. Naik atas, semua orang dah detact aku sakit mata. Memang aku jadi tak selesa sungguh. Baik-baik hanya sebelah dah hampir menjangkit ke lagi sebelah. Aku rasa nak tidur je.

Abi balik lepas jengah aku sekejap, sebelum aku ditolak ke klinik sakit mata pada hari yang sama. Aduh! lemas aku menunggu di klinik mata. Sesak, ramai sungguh umatnya. Kepala yang tadi mengong bertambah mengong. Serabut. Mujurnya aku dah warded, jadi semuanya atas tanggungjawab PPUM, special case gitu. Lama jugala menunggu.

Bila selesai urusan, ditolak naik wad semula. Duduk je di wheel chair, hehehe. Best je rasa, macam dalam drama. Sempat menikmati alam semulajadi di balik tembok batu. Sedang elok naik, abi datang dan aku di arah pindah bilik. Sakit mata, tak boleh nak bercampur dengan orang lain. Bahaya.

Memang jauh dengan orang lain, tapi bestnya hanya aku seorang sahaja dalam bilik tu, besar, selesa tapi sunyi. Takpela untuk beberapa hari sahaja. Malam tu, aku tidur dalam terang, nak tutup lampu gelap sangat la pula, jadi lelap je la. Rindu nak peluk Oni, mujur abi datang dengan dia petang tadi.

Kakak Oni, pandai posing dan pandai buat peace sudah. Tapiii maintain serabut.

'Hai, meyyy. Tu-tu, meyyy' sekejap mama, sekejap umi. Tak kisahla Oni janji happy. Gembiranya hati dia tengok muka aku. Suara gembiranya, suara ketawanya, dapat jugala melepas rindu kat dia. Agaknya dia pelik, kenapa aku tak ikut dia balik. Takpe Oni, satu malam ni je ok.

Selasa||20/09/2011||5.45am||PPUM
Dah kena kejut, cek tekanan darah, cek baby sekali. Mamai, kepala tingtong. Perut lapar. Semedang nak makan je kerjanya. Haha. Mujur abi datang dengan segala macam makanan semalam. Alhamdulillah, sarapan pagi pun sedap, nasi goreng dan air coklat.

Menunggu keputusan sama ada boleh keluar atau tidak pagi ni, dah datang seorang tadi katanya boleh keluar, then datang lagi pegawai perubatan, boss mungkin. Berbangsa orang putih tapi Islam, peramah, baik, suka puji-puji tapi lelaki. See? lelaki juga. Cek-cek-cek, ok boleh discharge petang nanti. Hureyyy! aku rasa nak melompat.

Tengah hari, abi datang dengan Oni. Tak pergi rumah pengasuh la dia ni, abi cuti. Siap abi uruskan semuanya, aku pun keluar wad, sempat lagi bawa Oni ke Taman Jaya, sibuk benar dia nak main di taman permainan tu. Comelnya Oni, budak dah besar. 

Wad biasa, ada 4 katil. 

Wad special, satu katil sahaja ;)

Hari ini, aku update mengapa tiba-tiba aku menghilangkan diri. Hihiii, baby belum mahu keluar lagi, dia syok duduk dalam perut mak dia ni. Dia takut kena buli dengan kakak dia gaknya, tu yang dia nak membesar lagi. Kikiii.

Terus mendoakan aku ya, sebab aku dengar orang jejerit masa bersalin hari tu, seram pula.

Friday, 16 September 2011

Mama yang lemah lembut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat hari Malaysia.

Tehehehe, tunggang langgang hidup aku tanpa abi dua hari ni sebagaimana tunggang langgangnya rumah aku dengan Oni, biarlah dulu. Nanti-nanti ada orang nak bertandang, gigihla aku kemas. Abi balik pun aku juga yang kemas. Serupa je kan.

Setakat ni baru satu keluarga yang sampai, kawan satu kelas masa belajar dahulu. Noorliza bersama suami, Amir dan buah hati mereka, Yusuf Irfan. Kebetulan dia di Bukit Angkasa, terus sahaja datang singgah melawat aku. Orang sekarang ni, trend kena buat open house barula nak datang, kot tak memang tak sampaila.

Mujurla aku sempat membaca email mama yang lemah lembut ni sebelum aku MC hari tu. Baca pun sekali imbas je, time waktu kerja. Balik rumah aku buka semula email, part email ni memang aku biasa buka waktu kerja sahaja. Dalam kepala berfikir, nak ke abi pergi nanti. Ajak je la kan. Ada rezeki kita jumpa ye mama yang lemah lembut.

Sedang elok abi balik daripada Lumut, sebelum masuk kerja sebelah petang, dia setuju untuk ke Bukit Jalil. Dah dapat ke teka siapa yang aku maksudkan? hahaha, baikla nak hint lebih lagi si tauke laksa tu. Ya, tepat sekali mamaLieyna aka mama kepada Arif Haidar. Korang ni, sebut makan barula nak ingat mengingat ya.

Mencari rumahnya tidakla susah, abi memang pakar walaupun memandu dengan mata kelabu (sakit mata) dan hujan lebat. Aku pun weng-weng je rasa. Mata mengantuk sungguh. 

Sampai rumah bersaiz comel tu, kakIeyna menanti di muka pintu. Sekejap je cam. Hehehe, alaaa lemah lembutnya kakak ni, dalam hati aku. Terpaksala aku menjaga tingkah yang selamba kodok ni dan cakap pun main ikut dannn je. Tersipu-sipu makcik.

Oni? itu macam biasala, berebut mainan dengan Arif Haidar. Hahaha, Arif Haidar yang cepat je air matanya meleleh. Nangis pun tak dengar bunyi. Comel. Oni lebih suka main basikal Arif di luar rumah. Asyikla dia hilang je. Satu-satu kasut orang datang di cubanya. 

Aku? makanla apa lagi. Tiga kali aku berulang alik di meja makan yang besar tu. Muahaha. Sedap wei, laksa dan nasi tomato hasil tangan kakIeyna ni. Menjilat jari aku makan. Tak caya? kalau kakIeyna letak gambar kat blog dia, tengokla aku yang makan je sepanjang bergambar.

Lepas tu aku belasah kuih rayanya pula, mujurla abi ajak balik. Aku rasa nak berlama-lama je di rumah comel tu. Hihiii. Tak sedar diri tu dah sarat, boleh lagi pergi open house. Muahaha. In this time, makan is the best thing to do :)

 
Comelkan kami berempat? hihiii.

So macam biasa, pendapat aku terhadap kakIeyna? dia suka senyum, cakapnya sungguh lemah lembut. Aku nak cakap banyak pun rasa macam tak sesuai je. Mungkin baru jumpa sekali ni, kalau dah berkali-kali mungkin aku biasa dengan dia, kan kakIeyna kan?
mamaLieyna kawan maya kedua aku jumpa. Pertemuan blogger yang kedua la kiranya selepas Eija. Huhuuu.
Nota hijau: Alhamdulillah masih larat membawa Coro. Oni pun semakin behave. Terima kasih abi sebab memahami =) Esok ada lagi blogger yang perlu ditemui, insyaALLAH.

Thursday, 15 September 2011

Pemeriksaan Anternatal 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku nak share sesuatu yang buat aku gembira dalam debaran.

Oit! bukan nak pergi open house la, itu dah memang sah-sah, makankan? Perkembangan mak buyong yang sedia kembang ni. So macam biasa, aku sambung MC daripada hari Khamis sebab sakit mata, terus ke PPUM. Harapan nak ajak abi la konon-konon, mana tahukan pemeriksaan terakhir gitu, hrmmm awal-awal dia dah beritahu dia ke Lumut, cis! Benci tau.

Takpe-takpe. Pemeriksaan rutin berjalan macam biasa. Menyesal pula tukar beg kecil, semua benda nak sumbat sampai tak muat. Banyak nak kena pegang, leceh betul. 

Urine test: Normal
Berat: 50.7kg
Tekanan darah: 107/53 Hb

Aku rasa nak timbang dengan beg sekali. Puas aku makan, naik ciput je. Ceh! terus aja aku turun tingkat bawah untuk scan baby. Hurey! tengok baby lagi.

Alhamdulillah, semuanya berkeadaan baik dan sihat. Air ketuban cukup, uri berada di atas, kepala baby pun dah berada di bawah. Dannn berat baby 2.8kg. Serius, aku sungguh teruja bila dapat tahu berat baby ni. Syukur sangat-sangat.

Aku baca dan teliti terperinci laporan scan daripada pemeriksa tu. Tersenyum gembira tidak terkira. Naik ke tingkat 2 semula untuk sesi bertemu doktor. Aku harap tidakla lama aku menunggu kerana aku melapor diri sudah sehabis awal  pagi. 

Kebetulan berjumpa semula dengan kakYati, setelah sekali dia terskip pemeriksaan lepas. Best ada geng. Dalam pada menunggu giliran, kami bersembang terganggu dengan deringan telefon bimbitnya, lepas satu, satu hal datang. Anaknya semput, kawan opisnya asyik buat panggilan, sampai habis kredit dibuatnya.

Lekas sahaja aku hulur telefon aku, apa hal sangat tolong orang atas perkara kecil kan? Sementara berkesempatan membuat kebaikan. Serba salah dia, aku paksa juga. Dah emergency. Senang hati aku dapat tolong orang. Dia tanya aku sama ada boleh atau tak dia nak berjumpa doktor cepat. Aku cadangkan dia berdiskusi dengan nurse di kaunter. Kalau betul-betul ikut turn memang lambat.

Aku rasa boleh, sebab dia ada kecemasan. Kelam kabut dia hari ni. Aku kena bertenang, sebab aku nak kena dengar ceramah doktor, so kena fokus.

Tiba giliran aku masuk bilik doktor, oh! doktor yang baik ni. Aku kenal dia. Dia pernah check aku masa aku bersalinkan Oni hari tu. Suaranya, raut wajahnya, senyumannya, buat aku rasa nak duduk je lama-lama dalam bilik tu. Taaapiii...

'Kita tengok rekod puan ni, semuanya berkeadaan baik. Baby gerak ok?' dia bertanya dengan diperhatikan oleh dua orang doktor pelatih, mungkin. Aku angguk. 
'Puan pilih pelan bersalin, nak cuba normal atau czer?' Dia bertanya dengan suara perlahan. 
'Jika semuanya baik, saya nak cuba normal doktor' Dia angguk dan senyum.
'Doktor yang lepas, ada terangkan tentang pelan bersalin ni?' Dia tanya lagi.
'Ye ada, semua sudah diterangkan. Saya pun ada cari maklumat-maklumat di internet dan kawan-kawan lain'
'Bagusla kalau macam tu, jadi boleh puan baring sekejap' Pintanya. Dua doktor pelatih ambil alih tugas ukur-ukur.

Katanya, dia tak dapat rasa kepala baby aku. Hehehe, coro main nyorok-nyorok. Doktor yang baik itu pula ambil giliran. Senak kejap perut aku dia tekan. 

'Kepala baby dah turun, kedudukannya pun dah cantik' aku sengih sampai telinga. Temujanji akan datang seminggu daripada sekarang, aku terkedu? seminggu doktor? Doktor yang baik itu senyum. Aduh! bisa gugur jantung gue.
'Seminggula, jika masih belum sakit. Puan sudah menghitung hari. Baby pun dah matang'. Aku tarik nafas dan cuba bertenang. Sekejapan masa berlalu, aku sudah menghitung hari. 
'Kalo dah sakit doktor?'
'Terus bersalinla' Ahahha, berlucu ye. Aku pun sengal boleh tanya soklan yang memang sendiri tahu jawapannya. Keluar daripada bilik doktor, aku berjumpa semula dengan kakYati. Berbual seketika, aku terus mendapatkan temujanji akan datang.

Sedang aku tunggu abi datang jemput, kakYati datang berjumpa dengan aku. Dia pun dah selesai buat pemeriksaan, dapat juga dia giliran awal sempat dia mengucapkan terima kasih pasal pinjam telefon sebelum nampak suaminya tiba untuk menjemputnya.

35weeks6days
Genap Oni pun lahir dengan berat 1.8kg.

Laaa kakYati juga yang balik awal daripada aku. Kikikiiii. 

Nota hijau: Alhamdulillah semoga terus dipermudahkan perjalanan kelahiran zuriat yang kedua ini, aminnn.

Mama kecil.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih atas sokongan semua, terharunya. Rasa lebih semangat daripada biasa. Terima kasih sekali lagi. Ok, hari ni aku pergi pemeriksaan anternatal ke 6, mungkin yang terakhir, mungkin juga tidak. Tunggu je la ye. 

Aku tinggalkan anak dara aku yang semakin lincah dengan kehidupannya. Suka bertanya, penyayang, rajin, suka berjalan, suka makan, suka menyanyi, suka menari, suka melukis dan lebih terharunya, dia seorang yang sedikit pemalu :)

See? 

 Syyyhhhh, dia sedang tidurkan bebeynya.

 Letak dalam stroller.

 Sedang pujuk bebeynya untuk tidur.

Jangan bising, nanti dia babab siapa yang buat bising.

That's my lovely daughter, dah lulus jadi kakak tapiii susahnya nak atur jadual tidurnyaaa. Adesla.

Wednesday, 14 September 2011

Kenapa perlu risau?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam pada menghitung hari menunggu Coro ini, hati aku tetap berdebaran, kepala aku tetap memikirkan, minda aku tetap berjalan, jiwa aku tetap keresahan. Bagaimana aku nanti? di mana aku nanti? ye mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH.

Pemeriksaan anternatal yang lepas, aku sudah sedia diberitahu, sudah diceritakan akan keadaan aku yang tak berapa nak sama dengan orang lain. Ye, pertanyaan doktor yang pertama 'Pelan perancangan bersalin untuk anak kedua ini?' harusla dijawab dengan 'Saya nak normal doktor' ok, jawapan diterima dengan senyuman dan anggukan. Lega di situ.

'Mari puan, kita duduk dulu saya nak cerita sikit. Sayang suami tak ikut ye, kalau tak boleh suami ikut dengar' akur dengan arahan dan bebelan doktor tu aku terima dan duduk. Dia melukis keratan dalaman rahim wanita di atas sehelai kertas. Memang kenyataan, belum pernah lagi abi join dalam pemeriksaan anternatal Coro ini sejak awal lagi.

'Ok, kita ibaratkan rahim puan sebagai sebiji belon, saya kerat bahagian bawah, saya tampal dan tiup semula. Bila saya tiup ia akan mengembang, bila melalui proses kelahiran otot-otot sekitar rahim akan memberi tekanan dan apa jadi dengan hasil tampalan?' aku diam terpaku, menikmati dan memahami apa maksud kata-kata doktor disamping meneliti setiap hasil seninya.

'Kalau rahim, ianya penuh dengan risiko. Boleh jadi pecah' perlahan sahaja ayat itu keluar daripada mulut. Sedia maklum sebab aku membaca. Aku mencari info. 

'Bagus, senang saya nak terangkan. Maknanya, untuk puan bersalin normal ini adalah risikonya. Tapi puan jangan bimbang, kita ada pakar yang sentiasa akan pantau. Lega. 'Macam mana risiko kalau czer kali kedua doktor?' pertanyaan untuk mengetahui apa pilihan yang boleh dibuat. 'Bagus soalan tu' senyum lagi. Ah! doktor, memang pandai mengambil hati pesakit.

'Ok, kita akan pantau kesihatan puan awal-awal dan beri satu tarikh, kita akan tengok semuanya kedudukan uri lebih-lebih lagi, takut uri melekat pada jahitan lama yang akan menyebabkan pendarahan yang banyak dan kemungkinan untuk terpotong saluran-saluran seperti usus, saluran kencing tetap ada'. Nah! episod mengerikan dalam hidup. 

Walau macam mana pun, kita tunggu hasil scan pemeriksaan akan datang iaitu esok. Sekiranya, tiada masalah insyaALLAH kita boleh cuba untuk bersalin normal. Cuba? Cuba? adus.

Bila aku terangkan pada abi, jawapan mudah yang diberinya. Bersalin normalla. Ermmm, sangat simple kan? Ye, kenapa aku perlu risau? segalanya ada risiko. Ajal maut semua di tangan ALLAH. Berusaha, berdoa itu yang terbaik bukan?
Jenuh aku melukis natang ni.
Nota hijau: Masih maintain gelak-gelak, hati gundah rasa nak tercabut, bila solat aku rasa nak meraung-raung. Tabahla wahai hati. Kuatla wahai jiwa. Ada sinar yang menanti. Semuanya bakal membawa bahagia.

Tuesday, 13 September 2011

Koleksi photo raya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ni kiranya Wordless Tuesday, suka ati aku la kan. Kuikuikui.

2008 : Senang je nak cari baju sedondon.

2009 : Masih senang mencari yang sedondon, Oni pakai gaun je.

2010 : Abi tak mau baju melayu baru, ulang dua kali. Nasibla kan. Warna-warni.

2011 : Ok la, boleh diterima kesedondonan itu. Sepatutnya baju Oni sama dengan abi.

Raya haji nanti, bakal ulang purple ni, aku dengan Oni, abi dengan Coro. Aku tak peduli. Hahaha... Semua kena paksa. Kasi sedondon. Bertambah lagi ahli.

Tahun depan? tungguuu. Belum ada planning lagi. InsyaALLAH sedondon. Ngeee, verangan.

Monday, 12 September 2011

Bila dah jadi emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adeiii, mataku merah sebelah, mataku gatal sebelah, mataku bengkak sebelah, mataku kelabu sebelah, mataku hanya sebelah yang masih elok. Huaaa, aku kena sakit mata. 

Ini Oni punya angkara, dia dapat daripada salah seorang kawan dia di rumah pengasuh. Sudahnya masa pergi rumah terbuka pengasuhnya pada hari Sabtu lepas, ramai juga yang kena. Semua dah jadi macam lanun, kena tutup mata sebelah. Tapi, raya punya fasal. Hantam sajalah labu.

Aku memang dah agak, bila Oni sakit, aku pula yang kena lepas dia atau orang terakhir. Sebab tu aku bimbang betul bila ahli keluarga aku sakit. Tapi, sakit ni tandanya ALLAH sayangkan kita. Penghapus dosa kecil, sabar-sabar-sabar.

Abi suruh MC, bulan ni je berderet dah MC aku, tu yang aku malas tu tambah-tambah lagi due aku semakin hari semakin hampir. Lagila aku kena simpan-simpan cuti sikitkan.

Hari Ahad pun gagah lagi pergi rumah terbuka kawan abi, mujur dua-dua area rumah aku tu juga, so pergi je la. Makan free kan. Aku makan tak berhenti naik lenguh rahang, gila melampau kan? hahaaa tu pasalla aku kena pergi kerja. Sebab bila aku buat kerja aku lupa nak mengunyah.

Mudah-mudahan mata aku ni tak mengambil masa panjang untuk kembali pulih.. Ni la bila dah jadi emak, bila anak kena kita pun kena tempias sama. Well, semoga aku sempat untuk menghadiri undangan rumah terbuka minggu depan. Hihiii. 

Menghitung hariii. Takde gambar.

Friday, 9 September 2011

Perubahan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mata menjeling kalender entah kali ke berapa. Aish! terasa masa itu semakin pantas berlalu, semakin dikira semakin dijeling, semakin mencemburui. So far, hari ni going better sikit daripada semalam-semalam. Spotting coklat tu pun semakin berkurangan apabila tidak banyak pergerakkan.

Ni pehal skema semacam ni, hahaaa, kepala dan ingat nak cuti sok, lusa. Minggu depan check-up, scan baby dan hari Malaysia. Wah! dua minggu ni aku kerja 3 hari saje, datang kerja pun buat-buat ada kerja kasi nampak busy hakikatnya semua kerja sudah bertukar tangan.

Member-member dah start bertanya, bila mahu bercuti panjang. Aku hanya jungkit bahu. Bila eh? jangkaan due aku 14hb Oktober nanti, aku pun taktau perlu ke aku apply cuti panjang tu, ke nak tunggu sakit? eh! serius memang taktau. Apa taknya, time Oni hari tu ketuban licking kat opis then terus je member hantar pergi hospital.

Dua hari lepas tu Oni pun lahir. Tak dirancang, 35 minggu 6 hari. Betul-betul tak sabar punya budak.

Abi dah pun ambil alih tugas hantar dan jemput pergi balik opis. Hiii, walaupun merempit. Ok jugala. Kalau emergency kat opis dia boleh segera jadi ambulan. Kelisa dia boleh terbang. Kikiii. Oni pun dah berhantar dan berjemput dengan stroller. Diakan budak rajin tidur, mana la larat aku nak mendukung sekali dua. Mengah.

Aku pun dah kena berehat dengan banyaknya, dah tak boleh nak buat kerja laju-laju. Memang tak sabar nak bagi kerja siap, tapi nak buat guane. Layankan je la. Ye sangat banyak perubahan bila aku mengandung kali ke-dua ni dan yang penting aku lebih feeling. Menikmati alam mengandung dengan puas hatinyaaa.

Lepas ni, kena fikir kaedah merancang keluarga pula. Hrmmm (sambil garu dagu) ada cadangan? Buat masa ni aku nak besarkan dua orang ni dulu. Dah jadi member, baru bagi adik kat dorang then soh dorang jaga.

Wednesday, 7 September 2011

Jangan dilanggar lubang itu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Percayalah, aku dah masuk opis. Tepu aku duduk rumah lama-lama. Malam tadi pergi kecemasan PPUM, dek kerana keluar spotting kecoklatan. Setengah aku baca kata ok, setengah aku baca kena rujuk hospital. Aku pun dah taktau.

Gagah aku pergi kerja pun kerana pukul 11.45 malam tadi dapat call daripada PPUM, mengatakan kalau bleeding terus sahaja ke Klinik Ibu Mengandung (KIM). Aku kata lagi, just keluar warna coklat, dia kata kalau bleeeding, sudahnya malas aku nak bertekak tetengah malam buta tu, terus aku decided pergi opis. 

Jika aku tak dapat call, pagi ni aku ke PPUM terus ke KIM. Baby pun aku kira masih bergerak macam biasa. Bila dia diam cecepat aku cari makan ke, kacau dia ke, bagi dia bergerak. 

Dan hari ini abi hantar aku, merempit. Dia nak hantar guna kereta tapi aku tak rasa dia sanggup nak menempuh jalan Tol Damansara ke Seksyen 16, Eastein Hotel tu. Aku tengok jammednya pun macam nak berjogging biji mata mau berzikir panjang.

Mujur dia dah alert untuk mengelak segala bendul dan lubang tak mahu hentakan terlalu kuat kena pada aku, ini kalau sakit ni ada kena alas kusyen, letak kusyen empuk-empuk sikit. Kot tak, memang sahla baby ni keluar awal. Krem-krem kaki aku bila sampai opis nanti.

Alhamdulillah semuanya elok dan macam biasa, terasa lebih bertenaga. Aku pun tak sudah-sudah praktikkan senaman kegel untuk menguatkan otot vagina.

Senaman Kegel.
  1. Ia dikenali juga sebagai senaman kemutan.
  2. Membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam bahagian otot pelvis (seperti menahan kencing atau membuang air besar - dilakukan secara serentak.)
Cara Melakukan Senaman Kegel.
  1. Kemutkan otot pelvis (seperti sedang tahan kencing).
  2. Tahan selama 2 hingga 3 saat
  3. Lepas secara perlahan-lahan dan rehat seketika.
  4. Ulang langkah di atas sebanyak 25 kali dan amalkan sebanyak 3 kali sehari (pagi, petang atau malam dan dimana-mana sahaja.)
  5. Perlu ingat, jangan sesekali cuba mengecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan senaman ini bagi mengelakkan masalah keliru tentang otot mana yang sebenarnya yang ingin dikecutkan.
Faedah Senaman Kegel
  1. Berupaya mengetatkan vagina.
  2. Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan.
  3. Mengurangkan masalah buasir.
  4. Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang.
  5. Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran.
  6. Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin.
  7. Dalam tempoh berpantang, senaman boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis.
  8. Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina.
  9. Menguatkan otot vagina - seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium.
  10. Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah.)
Sejauhmana Senaman Ini Berkesan
  1. Biasanya kesan senaman ini dapat dirasai dalam tempoh 2 hingga 3 bulan (itu pun jika dilakukan setiap hari).
  2. Secara umumnya, senaman Kegel berupaya mengembalikan 50% kekuatan otot vagina. Terdapat juga kes yang berjaya pulih sepenuhnya. bagaimanapun, kejayaannya berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
  3. Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman ini kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam tubuh. 
*** Pun begitu, senaman ini tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mereka yang mengalami banyak koyakan pada vagina.

Senaman ni Untuk Wanita saje ke?
Kajian mendapati senaman ini bukan hanya baik untuk wanita tetapi juga amat berguna untuk kesihatan alat sulit lelaki khususnya untuk kesihatan kelenjar prostat mereka.

Sumber daripada http://mamiraysha.blogspot.com/2010/05/senaman-kegel.html dan juga Majalah Keluarga Harmoni Bil. 125 (memang aku tak pernah beli :))

Aku selalu buat senaman ni, senang dan free. Baring, duduk, time beraya, di mana-mana sahaja. Doakan aku dan baby selamat hendaknya. Amin. Sejak dua menjak ni, macam dah jadi penasihat ibu mengandung pula.

Datang jam 7 petang, masuk jumpa doktor jam 9 malam, tunggu test result 2 hingga 3 jam. Hrmmm, sabar je la. Kalau sakit-sakit biasa, biarla pergi klinik biasa je. Lebih cepat. Aku dah cabut balik rumah, malas nak tunggu lagi. Kembang punggung rasanya.

Monday, 5 September 2011

Salam Aidilfitri.


Ini kad raya daripada Umi, Abi, Oni dan Baby Coro yang sentiasa ada ;)


Khas buat pengomen tegar bloghijau: 
kakEDA, mamaLIEYNA, cikJUE, SYILAsyira, EIMA, EIJA, kekDA, RASP, YAalya, IEYLA, mzHANY,  AINInorazman, mamaGEE, BEE, kakHANIM, kakLELA, kakNIDA, SHIQA, AIN, QELLISSA, kakDIYANA, kakYANTI, FAZILZURA, DILAZ, bondaWIYA, cikZILA, sisLIN, kakRETNA, kakELIZA, KASAWARI, SHAIZHAR, mekCHU, kakROSE, ANJE, MIRAibuiman, UMIiman, kakNANI, kakIZAN, SHU, ANNwardrobe, kakEIDAmohd-kedai baju,  SHAwhiteymommy, ALEXAyussida dan semua pengikut hijaucantik.blogspot&orencantik.blogspot. 
SILA SANGKUT 
kat rumah masing-masing, aku nak interframe :p selamat bercuti.
 E-Kad korang ada di [sini =p]

Bed Rest (rehat di katil).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye, hari kedua aku terpaksa berada di rumah. Memantau perkembangan si coro ni. Bos aku kata auditor datang opis hari ni, time aku tak ada semuala nak berlaku. Owh! berbalik pada topik, haaa rehat di katil, tekan loceng je kalau nak apa-apa.

Bila dah duduk atas katil kerjanya pantau gerakan baby dan rehat habis-habisan, gara-gara bleeding sejak hari Ahad lepas. Mungkin tak duduk diam dan buat kerja rumah. Langsung, kena bebel. Kalau degil, duduk wad.

Rehat di katil ialah harus mengurangkan aktiviti dengan berehat dan biasanya di katil. Biasanya doktor akan menyuruh duduk di katil dengan pelpagai posisi (sisi, duduk tegak, baring atau sebaliknya). Boleh juga bermaksud tidak berdiri untuk jangka masa yang lama dengan mengurangkan jadual kerja harian termasuk tidak memandu kereta.

Sebab mengapa perlu rehat di katil:
  1. Plasenta praevia
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Kebantutan pertumbuhan
  4. atau masalah kesihatan yang kronik

Antara kelebihan rehat di katil:
  1. Tekanan kurang kepada bayi - apabila kita baring, ia mengurangkan tekanan pada bayi di serviks dan tekanan ini mengurangkan penarikan serviks. Tekanan serviks boleh menyebabkan kontraksi, keguguran, kelahiran awal, koyakkan membran dan pendarahan vagina.
  2. Pertambahan oksigen dan nutrien kepada bayi - rehat di katil menambahkan aliran darah ke plasenta secara tidak langsung menambahkan oksigen dan nutrisi kepada fetus yang tidak membesar dengan betul ataupun mempunyai masalah dengan plasentanya.
  3. Fungsi organ keibuan bertambah baik - dapat membantu organ-organ ibu untuk berfungsi dengan lebih baik. Apabila jantung dan buah pinggang berfungsi dengan baik, ia boleh membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi.

Hanya doktor sahaja yang boleh menetapkan berapa lama kita perlu rehat di katil. Sekiranya keadaan bertambah baik, maka doktor akan menghentikan aktiviti rehat di katil ini, ada juga kes di mana perlu rehat di katil sehingga tamat tempoh kelahiran.

Oleh itu, pengajaran buat aku ialah, kena sentiasa beringat dalam perut ada satu nyawa lagi yang ingin lihat dunia dan ibu bapanya ;)

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.