Thursday, 31 March 2011

Jangan eksyen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pepatah ada kata, orang tamak selalu rugi, eh! aku tak tamak. Orang eksyen selalu lupa diri. Hah! tu aku la tu.

Gila teruja semalam, aku dapat bungkusan dari An Wardrobe, biasala aku kan kaki shopping, belanja sampai tak hingat almari baju semakin menyendat. Siap aku dah pakai seluar baju baru hari ni, ambil gambar lagi. 

3 helai t-shirt dan 2 helai seluar pregnant. Satu helai untuk seorang kawan. Kan aku dah pernah kata aku tak pernah beli baju kat kedai kecuali t-shirt guna kat rumah dan baju kurung. Semuanya aku beli dari Ann. Regular customer.

Tapi baju semalam memang cantik dan terbaik. Hiii. Terasa macam muda je bila pakai. Perasan betul. Tapi tu la kan, nak menayang konon, sudahnya kamera tak bawak, handphone sekali sama-sama tertinggal. Padan muka makcik ni. Cis.

Hari ni, aku terima vitamin Shaklee's. Eh! doktor aku pun kata vitamin tu bagus. Jadi memang tak salah. mamaFaiz cadangkan aku ambil set tuk ibu hamil pula. Ergh, tapawe cantik, pillbox cantik, sayang seribu kali sayang kena tunggu balik rumah la nak ambil gambar. Cis, akibat nak menayang.
 
Jangan jeles ye jika aku sentiasa awet muda. Kekeke. Nak buat cemanakan. Marilah ternangkan fikiran dan hati sesama. Happy-happy selalu.
Jadi kesimpulannya, janganla terlalu teruja nak bercerita sehingga lupa dirikan? kan dah susah bila benda yang betul-betul penting tiada di sisi. Beringat. Terima kasih ann atas seutas gelang yang cantik dan coklat yang sedap tu. Nak lagi boleh. Hahhaaha. Tengok? dah jadi tamak pula. Ades.

Wednesday, 30 March 2011

Whitey Mommy memerlukan rehat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hiii hujan pagi tadi, so otak beku nak taip entry apa. Sekian lama aku menunggu khabar berita daripada empunya diri, terasa nak menyapa tapi aku risau dia sedang busy. Biarkan.

Masuk hari kedua senyap juga dan hari ketiga, aku menerima panggilan terus dari empunya diri. Whitey Mommy atau Sha atau mommy Khalis Putra atau designer tetap blog hijaucantik ini baru sahaja meletakkan gagang telefonnya setelah mengkhabarkan berita tentang dirinya.

Oh! dia ok ye kawan-kawan, cuma otak dan fikirannya memerlukan rehat dan ketenangan. Biasala mendesign ni memelurkan bukan sahaja idea, bahkan persekitaran juga memainkan peranan untuk menghasilkan idea yang baik.

''Kita minta tolong awak buat entry, kita tak boleh nak design langsung, mengadap laptop pun, sakit naik kat kepala'' katanya. Aku sebagai kawan sebagai pelanggan tetap, sudi dan terbuka menyampaikan amanat. Hiii.

Kepada sesiapa yang menempah template atau sebagainya harap bersabar ye. Sedangkan aku yang melukis atau buat handmade kad pun kadangkala lost. Tiada idea apatah lagi dia yang mengadap bukan sahaja lukisan, bahkan koding harusla memerlukan rehat yang secukupnya untuk menjamin template bermutu.

Jangan risau template anda pasti akan disiapkan mengikut citarasa anda ingini. Satu yang diminta ialah BERSABAR. Sabarkan separuh daripada Iman. Aku faham sekiranya semua beranggapan dia berniaga dan harus mengikut kehendak pelanggan.
Mesin di kilang juga memerlukan rehat dan penyelanggaraan. Kita manusia ni? perlukan juga penyelenggaraan dan ketenangan. She is human, we are human, bolehkan kita bertolak ansur sedikit? sedikit aja. Nak puaskan orang memang susah :) sabar-sabar-sabar.

Aku memang biasa menghargai orang yang ada kaitan dengan aku, tidak kira dari segi apapun. Walhal aku sendiri tak pasti, aku ni betul-betul seorang kawan yang betul-betul baik atau sebaliknya.

Tuesday, 29 March 2011

Hobi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hows today? getting better? good-good. Semalam aku habiskan membaca novel Aisha Sofea tu, dalam kereta di traffic light. Hahaa, tak menyabar sungguh. Then, balik tu ku fikir-fikir mahu mengemas rak buku yang lebih tinggi dari aku.

Kalau dah sukakan? memang tak boleh nak kata apala. Aku sedang menyenaraikan novel-novel yang aku mahu beli di pesta buku nanti, ceh! macam dapat pergikan? doakan aku semoga aku dapat pergi, paling-paling dapat buat stok sampai pantang nanti. Hah! berapa banyak nak borong tu ye?

Kali ni rasa nak beli buku tuk bakal baby la, hiii dah semestinya buku-buku yang lebih ilmiah, insya-Allah.

My lovely, majornya aku baca berhati-hati, tidak berlipat dan tidak terjejas langsung.

Berbanding dengan rak sebelah tu, huru-hara. Kalau tak aku yang mengemas, memang dia main aci letak je la. Tambah-tambah ada lagi sorang yang teramat rajin mengemasnya kan.

Mostly novel-novel ni aku dah 2 kali baca, paling banyak pun cerita Selamat Tinggal Sayang tulisan Malee Chuswan, itu memang khatam berkali-kali. Sampai naik lusuh kertasnya aku kerjakan. 

Kebiasaannya novel aku ni banyak yang happy ending, sebab aku terlebih dahulu baca orang lain punya dan akan beli buat koleksi. Hahaha, jadi mana-mana yang sad ending memang tersangat la kurangnya.

Sebab apa, 1st time beli novel sendiri dua buah aku beli, keduanya sad ending makanya aku insaf. Hihiii. Majalah pun aku suka baca, semua majalah aku baca kecuali komik kreko mrABi, penat asyik nak tunggu sambungan. Kekeke.

Buat pengetahuan juga, aku ni agak kedekut untuk memberi orang pinjam kecuali orang-orang tersebut memang aku percayai boleh menjaga hartaku ini dengan sebaik yang mungkin.
Bookfair kali ni aku nak cari Al-Quran  yang bersaiz sedang, memangla sama cuma teringin memiliki dan mengkhatamkan Al-Quran yang bersaiz sedang. Eh! Al-Quran yang besar tu pun baru khatam sekali, ades.

Monday, 28 March 2011

Apa nak buat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood tak merudum, virus Monday blues memang jarang menjangkiti aku cumanya aku sudah pupus idea. Asyikla taip backspace-taip backspace. Eh? backspace dalam BM apa eh?

Dah petang macam ni pun biasanya aku dah mabuk nak tidur tapiii tak ngantuk pula yang dalam perut ni bergasak la dia main lepas gas kot. Terasa-rasa bergenang je perut aku ni sesekali berbunyi. Sah aktif macam kakak dia.

Aku dah macam orang duduk kat tempat bersalji, dengan baju sejuk, dengan shawl dengan stokin, haih air-cond ni dapat aku rosakkan satu jadi-jadila sejuknya. Nak minum air pun, bawa air suam dah jadi air sejuk. Peti ais ke peti sejuk beku. Training duduk kat tempat bersalji la kunun. Cait!

Bos aku dah menghilang tah ke mana, sorok-sorok aku baca novel, Masih Setia terbaru dari Aisha Sofea. My favourite writer. Hiii, sebagaimana tajuk ye aku masih setia dengan semua novelnya. Suka baca karaktor lelaki or hero yang digambarkan, aku pun boleh terjatuh mencair sama. Berangan memang best.

Membaca sorok-sorok ternampak pula perut, alamak perut aku dah terkedepan la rupanya. Duduk tunduk sikit pun dah nampak. Shape sudah melarikan diri nampaknya. Cuma yang aku musykil berat aku still 45kg, mesin penimbang rosakkah? atau memang berat aku turun ni?

It's me today, ch@syasya. Interframe owh.

Erk, pipi jangan kata la, sakit jiwa pakai tudung bawal ni. Senget-benget. Aku memang, makan-makan-makan, naik tang pipi. Asyik menjadi port baik mrABi cubit geram. Opsss. mrABi pun, awak pun dah gemuk le. Cincin sudah tak muat, kekekee.
Petua nak naikkan berat badan? hiii, tahun ni mesti capai 50kg, mesti kena lebih. Mesti boleh. Hihiii. ABiiiii, jom shopping seluar baru =)

Friday, 25 March 2011

Patutla dah hilang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

So far so good, aku rasa kehidupan aku sangat dipermudahkan sekarang ni. Kenapa? hiii, semalam aku tersangkut dalam kesesakan yang tak disangka selama 2 jam, keluar rumah macam biasa sampai opis 2 jam selepas itu, biasanya perjalanan aku tak sampai sejam pun.

Siap berkelah dalam kereta lagi, mujur bekalan memang sentiasa aku sediakan dari rumah untuk kudapan sepanjang hari.

Masuk opis lambat, kena balik lambat. Seorang kawan minta pertolongan aku membelikan topup. Pening juga, hari dah lewat, mrABi kerja pula mahu minta pertolongan. Redah je la, pergi kedai azan Maghrib sudah berkumandang, jalan laju-laju.

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sahaja. kakTi tak kisah pun ambil Oni lambat, aku je yang risau tak pasal-pasal. Rajin pula aku masak nasi dengan kerang rebus. Hahaaa. Terjumpa kerang dalam peti.

Oni pun tak nakal sangat dan tidur cepat, sedang elok aku bersiap nak tidur, mrABi balik. Tak sempat pun bercakap apa dengan dia, mata aku betul-betul nak tertutup.

Bila aku bangun pagi tadi tengok-tengok dia dah tak ada. So, aku pun keluar rumah awal. Sempat pula mengemas rumah hahaaa. Kartun betul.


Sampai opis buka FB, ooo patutla awal pagi mrABi dah hilang. Mungkin dia terlibat dengan aktiviti hari polis hari ini.
Selamat Hari Polis - 204 kepada mrABi dan warga polis seluruh Malaysia, berkhidmat demi negara.

Thursday, 24 March 2011

Gift daripada Syila.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjumpa lagi kita dalam sesi menayang aktiviti harian aku, bermodelkan buaya melekat. Bukan buaya darat, bukan buaya tembaga dan bukan juga buaya laut, eh? laut ada buaya kah?


Kesan suka benar mengomen entry http://syilasyira.blogspot.com ngeee. Suka sebab asalnya makcik ni pun suka warna hijau. Hiii sekegemaran la gitukan, tambah-tambah bahasa yang digunakan pun simple, sempoi dan cukup menjelaskan jalan ceritanya.

Ada kad khas lagi, nama aku lagi. Huuu terasa diriku begitu berharga.

Ewah, dah macam pengkritik filem pulek. So, terima kasih Syila. Tak jangka dapat cenderahati nun jauh dari Ipoh,Perak. Terima kasih. 

Tak sabar nak bagi lekat kat peti ais, gila ar buaya ni boleh panjat peti ais, korang ada? ngeee.

Bersua muka belum lagi, berkawan dalam blog pun dapat hadiah, uniknya persahabatan.

KakLong Oni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila aku panggil Irdina Auni, dia toleh dan kekadang buat selamba. Sengih.

Bila aku tanya siapa nama Oni? dia angkat dua-dua belah tangan dia sambil berkata teyyy. Saya la tu maknanya.

Bila aku panggil kakLong, dia toleh dan datang dekat. Silap-silap dapat free-kiss dari dia.
Pakai seluar kecik tau ni, memang diseksikan sedemikian.Hiii.
Yes, good girl.
Anak pertama selalu istimewa, anak-anak lebih istimewa, anak-pinak lebih menyeronokkan. Hati gembira macam biasa.

Wednesday, 23 March 2011

Syoknya semalam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hiii, semalam i'm going to PPUM, ooo pergi membooking je, di mana Oni dilahirkan di situla adik-adiknya mengikut jejak, habis anakku semuanya anak jati KL. Adus. 

Then, pergi scan baby di Mediveron (panel), pening sebab baby besar dari sepatutnya. Masalah ni juga berlaku pada Oni dulu, hahaaa. Sangat aktif guling sana-guling sini, lambai sana-lambai sini, angkat-angkat kaki, mentangla ruang masih luas. Kemain. Kata doktor sepatutnya ikut hari pertama datang bulan yang terakhir baru 10 minggu, tapi bila diukur-ukur sudah 12 minggu, huuu. Takpe, kita tunggu scan akan datang ye.

Bagi aku biarla pempuan lagi, suka je aku nak pakaikan gaun sama macam kakak dia, tapi kalau lelaki pun lagiii aku suka. Tunggu je la.

Ahaaa, time for dating. Tapiii dating kali ni 2 kereta, aku bawa waja, mrABi bawa kelisa. Apa kes? mrABi bawa kelisa pergi betulkan gegaran tah apa tah lagi. Selagi tak sedap dia membawanya. Tinggal kelisa di bengkel bawa waja ke IOI Mall, Puchong. 

Jalan pegang tangan wei, acceh romatiknyaaa macam dulu-dulula. Hikhikhik (gelak gedik). Pergi menonton wayang, Hikayat Merong Mahawangsa terbaikkk. Aku rasa tak nak kelip mata tengok filem tu, lantakla orang yang tak suka mengkritik kan? janji, aku suka. 

 Ada orang ambil kesempatan.
Going to Jusco, cari botol susu Oni, lagiii la kan selagi koleksi tak mencukupi. Ngeee. 

Ok, sambung jalan-jalan pergi cari kedai buku, satu hal lagi. mrABi pun dah malas nak ikut. Sebab dia tau sangat bila bini dia ni masuk kedai buku memang makan masa la kat dalam tu, kalau shopping biasa-biasa tu memang aku tak berapa sangat. Hahaaa.

 Hiii, buku katak tu kakak Oni punya ye.

Bila sudah tiada apa mahu dibeli, balik semula ke bengkel. Balik rumah dengan dua kereta lagi. Huhuuu. Apa jenis dating daaa. Hahaaa.
Anak dah nak masuk dua, mrABi memang seperti dulu, terasa mengimbau kenangan lama pula bila berdating begini. Hihihiii.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ziela at PutriAmnaBalQies. Semoga sentiasa ceria, gembira, muda dan terus berusaha menuju puncak kejayaan. Frienship forever, mmmuah! 

Monday, 21 March 2011

Mi bandung idaman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, aku bertolak balik Johor juga selepas Isya' hari Jumaat. Minggu ni jadual aku kembali seperti normal semula. Kembali seperti sediakala.

Sesi memujuk mrABi membantu menghantar Oni tidak berhasil. Aku juga yang kena mengerah tenaga. Takpe-takpe.

Sampai Johor dekat jam 1.30pagi, ada hati lagi nak layan raja lawak peringkat akhir sebab tak sempat nak tengok jam 9.00mlm. Jadi untuk tidak mengantuk, bagaikan ngantuk disorong bantal, papa sudah bersedia dengan mi bandungnya.


Aku tidak menunggu lama, aku ambil sepinggan kecil dan, sluuurrrrppp, ergh! hilang kempunan ku dengan mi bandung yang memang dinantikan. Tapi hanya mampu masuk sepinggan kecil sahaja, kerana hari sudah pun 2.00pagi kang aku nak tidur pula, perut senak.

Sungguh, aku rasa mengantuk sesungguh hati. Rasa nak tidur yang tidak bangun-bangun. Oni, kalau dengan tokPapa, dia memang tak hirau orang lain.

Dan malam itu aku tidur dengan senyuman. Hihiii.
Ades, balik nanti sudah tiada lagi hidangan di atas meja menanti seperti seminggu yang lalu. Kena juga aku cergas-cergaskan badan ni.

Friday, 18 March 2011

Si seksi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Jumaat sudah, aku pun dalam dilema ni jadi atau tak nak balik Johor ini malam. Berikutan baju pun tak berkemas, katanya mrABi ada jemputan kawen anak datuk katanya. So, duduk diam-diam tengok dan tunggu je apa yang akan jadi.


Owh, ye si seksi yang aku maksudkan ialah, dua biji botol susu baru Oni, seksi pink dan seksi blue gittu. mrABi yang pergi beli, BPA Free. Harganya RM8 sahaja, Pureen. Suka aku tengok bentuknya. Hahaha, sekali aku search, haaa ada warna hijau juga, warna oren juga.

Owh, jangan risau, pasti aku akan beli buat koleksi. Ahahaha. Macam aku pula yang guna botol minum susu kan?


Banyak tak botol susu Oni, baru seorang ni. Tapiii semuanya akan dihapuskan dengan segera, buat masa ni aku baru bungkus dengan plastik dan gantung kat pintu je. Masih terasa sayang. Kata mrABi tukar semua, beli baru.

Ini baru yang berada di rumah, rasanya di rumah pengasuh ada lebih 5 biji botol yang besar dan tinggi. Demimu Oni, biarlah beribu RM terbang sekalipun, biar membesar dengan sihat.
Owh aku tak kisah botol susu apapun sebenarnya janji yang terbaik untuk anak-anak aku. Tapi kalau dapat avent ke, medela ke, owh sangat dialu-alukan juga, ahahahhaaaa.

Thursday, 17 March 2011

Amboi syoknya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Eheee, lambat sikit masuk bilik berita hari ni hahaaa. Semalam aku pekena mihun-sup pasar malam. Uiii sedap. Sementara, aku duduk-duduk tidak buat kerja apa, datang minah ni landing sesedap rasa dia.


Ohooo, bestnya. Empuknya la kan kaki mrABi mu itu. Hahaaa. Tengah makan sumi-jelly. tokMama mengemas, dia menyelongkar. mrABi kata, budak tak boleh tengok rumah bersih. Padanla rumah aku macam tongkang bila takde mama. Ekeke.

Yang sorang tengok TV, yang sorang main game. Elok je lepas tu masing-masing bangun berebut caterpillar tu, terjerit, terpekik. Mak tak amek port. Ngeee.

Oni kuat makan. Oni ciwek. Ahahaha. Kerjanya berlari je hari-hari.
Anak perempuan mrABi ni memang baik je dengan ABinya, tapiii bila mood dia bertukar, semuala mak dia pula yang kena. Huuu.

Wednesday, 16 March 2011

Redah je.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari petang semalam hujan turun macam mahu tak mahu je. Petang semalam sempat aku bawa Oni turun pergi kedai, pergi taman, pergi tengok kucing setelah melihat dia asyikla melepek kat tingkap rumah.

Suka memangla suka, tapi yang tak syoknya bila aku balik rumah dia nak melekat dengan aku je. Ada tokMama, ada mrABi dia tak hairan langsung. Mama aku pun kata, dia dah mula terasa la tu. Yang aku pulak asal sampai rumah je mulala badan aku rasa tak sihat. Aduh gimana sih.

Pagi tadi aku keluar rumah macam biasa, masuk federal. huuu. Hujan mencurah-curah. Dikejauhan apa pun tak nampak. Sungguh aku bersyukur aku memandu kereta, tidak basah tidak juga terlalu sejuk. 

Di lorong tepi, di bawah flyover bersusun duduknya penunggang-penunggang motosikal. Di tengah highway, bersusun kenderaan bergerak perlahan. Aku on lampu kereta, aku slowkan radio. Aku suka menikmati hujan turun yang takde guruh la, kalau ada guruh mulut aku tak berhenti beristighfar. 

Terus masuk jalan universiti, masuk sprint dan sampai ke opis. Hujan sama rata, tak reda-reda. Mujur tidak terlalu jammed mungkin budak sekolah bercuti. Alhamdulillah sampai juga aku di opis. Walaupun masa mula-mula hujan tadi aku dah berfikir nak patah balik rumah. kekeke.

Selamat sudah aku dalam opis.
Aku tengah fikir ni, aku matikan lampu kereta ke tak ye. Pergi cek kejapla, ada yang menolak balik nanti karang. Tapi rasanya macam tutup.

Tuesday, 15 March 2011

Terminal Bersepadu Selatan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil menjamu mata ke rumah baruku ini, aku mahu ceritala tentang keterujaan perasaan tatkala menjejakkan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan aka TBS, yang terletak di Bandar Tasik Selatan buat pertama kali, julung-julung kali.

Di kejauhan tersergam sebuah bangunan bak stadium bola sepak, hati meronta-ronta, kaki jadi tak sabar. Eh, bila aku pergikan? haaa seronok benar nak bercerita gamaknya.

Balik daripada rumah to'ki Oni la, kebetulan papa dan mama sampai ke TBS daripada Larkin-JB. Dulukan kena naik bas di Bukit Jalil yang sesak tu. Kini, semuanya beroperasi di TBS.

Serius aku jakun, terasa macam di KLIA, luas saujana mata memandang. Sejuk air-cond sangat terasa. Masih dalam kawalan polis bantuan. Pinta, tanya apa sahaja mereka sudi tunjuk ajar. Sebab, aku dan mrABi dah tersalah landing. hahaaa. Tiba-tiba je polis minta tiket, sah la kami di balai berlepas.

Naik satu tingkat lagi, huaaa. Rasa macam di oversea. 

 Macam biasala si ratu jalan ni, petah lagi tempat luas. Nak berlari saja kerjanya.

 Cantikkan?

 Aku memang teruja masuk tempat yang ada boarding camni. Mulala terasa macam bukan kat Malaysia.

 Serba baru dan teratur.

Budak ni dah penat, tengah pujuk mak dia minta dukung, orang lain dukung dia tak nak.

Calling-calling mama, tak jumpa akhirnya ikut mrABi melayan Oni, nak gula-gulala, nak airla, nak jajanla. Elok je mrABi membayar, terus biji mata aku terpandang mama, hahaaa. 

Pergi makan KFC, konon nak paw mrABi makan tempat mahal-mahal, non-ado. Nak keluar daripada TBS, takut papa tak terkejar bas yang akan bertolak ke Larkin semula jam 4 petang.

Maka, selepas makan, berlegar kami di TBS, naik turun eskulator. Dah letih duduk melepak di lot kedai yang masih kosong. Saujana mata memandang. Indah. Di luar sana ada jejantas panjang, menghubungkan TBS dengan ERL dan juga LRT-Bdr. Tasik Selatan, serta komuter.

Pengangkutan bas dan juga teksi sangat banyak. Tidak usah risau sesat, ringankan mulut bertanya pada polis-polis bantuan yang berkawal dan bersedia membantu.

Sebaik melepaskan papa di balai berlepas, kami bergerak pulang. Singgah giant untuk SHOPPiNGGG. Hiii.
Sangat selesa, sangat best, sangat mudah. Jangan merungut jika tidak memuaskan hati sebaiknya bersyukur kita dapat menikmati.

Monday, 14 March 2011

Sentuhan menjadi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrmmm, apa yang difikir direalisasikan, siapa yang tidak sukakan? draft aku bagi memang buruk gila, hahaaa lukisan cincai tah apa-apa. Tapi sedikit solek aku mendapatnya.

Ok nampak sarat sikit berbanding sebelumnya bukan, eh! suka hati la kan. Ngeee. Janji hijau. Aku suka tengok rumah, tengok kereta, tengok cendawan. Owh! jatuh hati.

Sentuhan kali ke-tiga Whitey Mommy. Semuanya aku puas hati. Lihatla rumah baruku, cantik bukan? Hiii. Suka-suka. Antara tiga yang dia dah buat, aku tak boleh nak pilih mana satu paling aku suka. Sebab, aku suka tiga-tiga skali.

Mari mengimbas semula.

Interframe, serba hijau. Siapa masih ingat template ni. Hahaaa. Malu aiii.

Template ke-dua, ala-ala WP gittu. Maintain cun. Simple as a simple me.

The new one, maintain hijau. I love green. Sentuhan mengikut citarasa. Cunnya.

Hasil tangan whitey mommy, tak payah aku kenalkan. Pergi je bloglist kanan ku ini, berkenalan la sendiri. Love it.
Kalau la menukar rumah semudah ini kan?

Rumah to'ki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan umi.

Eh, tadi ada macam nampak BE kat LB umi tu. Hiii. 

ABiOni dah balik, umi tu berkepit je la kerjanyaaa. Larikkk. Tak lama lepas Oni tayang skill-skill baru depan ABi, Oni balik kampung rumah to'ki. Oni sukaaa rumah to'ki.

Kenapa Oni suka? sebab, ada cikSu Mijaaa. Oni dah terror main kejar-kejar dengan dia. Sebab ada makSu Myra suka suap Oni makan. Dan, sebab paling utama ialah rumah to'ki ada banyak aktiviti yang boleh di buat.

Macam biasa Oni suka main di tanah. 

Aktiviti saudara mara, jika datang ke rumah to'ki ialah, sesi mengejar itik to'ki. Melawat persekitaran dan berenang di sungai yang mengalir tenang di belakang rumah to'ki.


Selain itu, saudara mara juga suka pergi ke kebun to'ki yang ada bermacam-macam jenis tanaman, baik buah-buahan, sayur-sayuran mahupun ulam-ulaman. Kadang-kadang, to'ki mengajak pergi menangguk udang atau pun memancing ikan pada waktu pagi. Memang terbaiklah!


Oni sangat suka matahari pada waktu pagi. Oni akan berjalan naik turun bukit atau pun melihat to'ki memberi ikan makan. Kadang-kadang, Oni dengan cikSu pergi mandi sungai di belakang rumah. Tapiii sangat sejukla.

Sekian sahaja aktiviti Oni di kampung to'ki. tataaa.

Oni.

Friday, 11 March 2011

Hurey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 11.03.11, cun tak?

Hiii, wink-wink-wink. Yeay, esok ABi balik. Yeay esok balik Langat, ye ke? Yeay, lusa mama papa datang. Yeay, lusa pergi shopping. Hah! berharap sangatkan.

Ntah-ntah orang tu balik, membongkang tidur 24, 48 jam. Aduh, pengsan. Tapi takpe, mama ada. Nak makan mi bandung. Nak makan mihun goreng. Nak makan asam pedas. Niii la dia, padah tak reti masak. Ngeee. Bukanla, tapi nak air tangan mak.

Sungguh aku dah jadi orang tak sabar pula. Aku jadi orang paling terover excited pula. Hiii. Kekosongan akhirnya terisi. Sungguh penantian bakal berakhir.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku harus mengemas rumah. Rumah mesti cantik dan bersih untuk menyambut orang-orang tersayang =)

See ya kawan-kawan.

Thursday, 10 March 2011

Kasihan dia, sungguh letih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Misi berjaya, semalam aku singgah di Pasaraya UO beli pampers. Kali ni tak panjat tingkat 11, terus ambil Oni sebaik paking kereta.

Amboi kemain dia, tengok TV baring atas seat baby Zara. Siap berenjut-enjut. Riang berlari bila nampak aku di pintu. Sarung kasut dia jalan. Aku turun tingkat satu semula, ayak silap percaturan, lalu taman permainan. Menangis dia nak singgah main, tapi semua permainan basah dek hujan.

Sedih, aku upah gula-gula. Masa nak ambil pampers tengok-tengok kasut dia tah cicir di mana, patah balik semula cari kasut. Jumpa kasut tunggu lift pula. Penat menunggu, orang baru sampai dapat naik dulu, kita yang menunggu daripada tadi, tak dapat naik.

Melayan pula Oni, senyap kejap upah gula-gula, tunggu lagi lift mendatang, penuh juga. Baik naik mahu pun turun. Benci. Aku tak suka bila lift tinggal satu macam ni. Harap je rumah pegawai, bayar maintenance bulan-bulan tak penah missed. Tapiii hampeh.

Terus aku ajak Oni naik tangga. Ye, terima kasih Oni kerana sudi jalan sendiri. Dua tingkat pertama aku pimpin, tiga tingkat seterusnya dia naik sendiri aku follow belakang, naik tingkat seterusnya aku dukung, sebab dia dah penat. Serius aku memang menyumpah, menyampah.

Penat. Memang aku tekad, kalau jadi apa-apa pada aku memang aku akan saman. Aci tak? sekarangkan main saman-saman, main kat court aja. Kenapa aku tak tunggu lift yang ada? huh, sampai bila kalau setiap kali sampai pun padat. Memang tak boleh masuk. Yang naik 4 tingkat pun naik lift, kejadah apa kan?

Dia tengah mimpi, lepas aku snap terus dia gelak tiba-tiba. Kaget jap mak dia.

Sampai rumah aku dengan Oni belasah minum air bergelas-gelas. Serius penat.

Wednesday, 9 March 2011

Di saat kau tiada.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ceria-ceria-ceria. Hiii semangat hampir pulih, selera makan kembali pulih, sungguh aku bersyukur dan berterima kasih kepada yang menyokong. Tinggal beberapa hari lagi kau akan kembali ke sisi aku.

Tahukah kau betapa berertinya bila kau tiada disisi aku, di saat anak membesar semakin rapat dengan kau, kau pergi tinggalkan dia, tapi tak mengapa itukan tuntutan kerja, kau mesti pergi walau apa jua rintangannya untuk masa depan kita bersama. Aku gigih dan gagah mengendalikan dia. Takpe, aku faham.

Semalam aku berjaya pergi shopping barang dapur di kedai KK depan rumah kita, kau tau sakit tangan aku bawa pek susu, juice, biskut, coklat kesemuanya pek besar naik ke rumah. Mujur pampers anak aku tak beli, tak ada stok. Kalau tidak menggeleng orang tengok aku bawa banyak beg plastik, gara-gara aku terlupa bawa beg membelibelah, salah aku.

Bila aku naik rumah, aku tinggal barang aku turun semula ambil anak. Anak kau tu suka tidur bila masa dia balik, lenguh tangan aku mendukungnya, tengah dukung dia mengeliat bangun, nampak pula kucing di parking lot. Kegemarannya sama dengan kau. ''aaauuu, aaauuuu (diikuti bunyi kita panggil kucing bagi makan). Hrmmm, ye aku tau kau yang mengajarnya bukan?. Aku tak kisah, tapi jangan bela kucing.

Bila aku sampai rumah, kau call aku oh sungguh aku lega dengar suara kau di sana, cuma rindu nak menatap wajah kau yang terlebih isi di pipi, ye aku tau kau tough, kau mana nak mengaku gemuk. Hahaaa. Tapi takpe, aku tetap sayang kau. 

Aku kena kemaskan dapur, sejak kau tak ada, dapur, ruang tamu, ruang makan macam tongkang. Semua anak kau punya kerja, aku cerita tentang anak kau di rumah, suka kau ye anak buli mak. Mesti kau rasa nak  cepat-cepat balik rumah kan? mesti kau rindu anak kan? agaknya bila anak tengok kau ada di rumah, mesti aku yang menangis.

Balik nanti aku cuba cari pampers anak, minggu depan mama kata dia akan jaga anak, dia akan buatkan mi bandung guna perencah yang aku dapat hari tu. Terima kasih kepada tnWan dan pnDana yang bersusah payah hantar ke rumah lewat malam.

Masa kau tiada ni, aku dah banyak berdikari. Semua masa aku di rumah, aku habiskan untuk anak. Macam kau katala, dia makin manja sejak ada adik. Dia takut bila adik keluar nanti dia dah tiada peluang. Aku yang lahirkan dia, mestilah aku sayang dia. Mestilah dia istimewa macam kau juga di hati aku.

Kiranya dua minggu kau tiada, aku sangat banyak belajar. Lebih-lebih lagi mengawal emosi, mengawal masa, mengawal situasi dan mengawal keinginan. Walau ada ketikanya aku rasa macam nak rebah, langsung tak bersemangat, tapi aku kena kuat sebab aku ada dua anak kita sayang untuk dijaga.

Aku berterima kasih kepada kawan-kawan blogger, kawan-kawan FB, keluarga kau, keluarga aku dan semua orang keliling yang membantu. Sungguh besar jasa diorang walaupun hanya sepotong ayat. Terima kasih.

Dedicated this entry to tnNorerwandi bin Sumardi, yang selalu ex tayang 2 paku kat aku. Cis! Jarang aku cerita pasal dia kan? kecuali masa anniversarry dan ulangtahun kelahirannya yang jatuh hari terakhir dalam setahun. Suka perasan muda. Ergh.

Cuba teka, jerawat siapa paling banyak? hahahaaa.

Jerawat sudah hampir kena tebas.

Tiada lagi jerawat. Oni dalam perut.

We are happy family =) 

Semoga cinta ini terus kita semai sehingga ke akhir hayat, di hati ku hanya kau seorang, kau ingat plastik gula-gula hacks tahun 2002? aku masih simpan hingga hari ini. Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Kita kan dah tukar hati. Wiii.

Amacam? cukup jiwang tak? kan aku kata, aku seorang jiwang.

Tuesday, 8 March 2011

Nak diam je la.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Counting day, counting day, counting day. Aku rasa nak je paksa mrABi tu balik. Serius, aku dah start nak goyang dek perangai anak gadis kesayangan dia ni.


Hari tu kasut, ok kasut dah berterabur satu ruang tamu. Then, dia main beg make-up mak dia. So far ok la sebab dalam tu aku dah kosongkan siap-siap. Then, dia boleh pula cabut papan pelapik almari TV. Aku sendiri malas nak menggodek almari tu, tup-tup dia bawa keluar papan tu, buat ala-ala skate board.


Dan kali ini, lepas aku pasang lego-lego dia letak dalam almari. Konon jadi koleksi la, dia tak jumpakan. Hrmmm, kalau dah mata dan telinga supersonik, memang jumpa aja. Tengok-tengok dia pula yang masuk dalam almari tu.

Dah malas nak cakap. Letih. Baru satu, belum dua tiga empat. Ergh! mau aku pengsan kena buli dengan anak sendiri.

Sambung balik, counting day, counting day, counting day.

Monday, 7 March 2011

Tenaga semakin tipis.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Huaaa, seminggu tanpa mrABi, tidak la kelam kabut semuanya terkawal cuma part emosi ni, ades. Kalah teruk.

Lagi-lagi mengadap Oni yang makin besar, nakal, lasak, cerdik, cergas dan macam-macam. Sungguh aku memang tak berdaya nak handle sesorang. 

Mungkin sebab aku memang tak pernah berdikari sendiri dalam tempoh yang lama. Biasanya makan 2, 3 hari. Kalau seminggu pun mrABi akan balik hujung minggu, tapi kali ini. Tidak.

Sepatutnya aku pergi kenduri makcik mrABi semalam, rapat dengan aku tapi disebabkan kesihatan aku yang kejap on, kejap off aku tak berani nak memandu sendiri. Lagi-lagi memikirkan Oni yang tidak akan diam bila dengan mak dia ni.

Minta tolong orang, huih malas nak cerita. Dia tolak dia, dia tolak dia. Dah la emosi aku tak berapa nak go bertambahla emo-emo-emo. Nak nangis aja kerjanya gembeng betul. Sudahnya aku duduk rumah je. Memang aku tumbang, tak bangun-bangun. Oni dah tengok aku tidur, dia parking sebelah lelap juga.

Rumah, jangan dikatala. Sabtu aku kemas, semalam macam dilanggar garuda. Oni punya mainan semuanya. Lantak. Esok-esok je la kemas. Tenaga dah kurang akibat kurang makan. Aku tak lalu makan nasi. Ergh.

Ada lagi seminggu nak survive, susu, pampers Oni kena beli, adoiii cemana aku nak hangkut. Ades.

Kenapala pegawai yang ada anak isteri ni kena kursus lama-lama. Tak aci. Cian Oni asyik pandang pintu je.

Friday, 4 March 2011

Rindu terubat sikit.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera.

Orang di sini rindu dengan orang di sana, alaaa sebenarnya orang di sana pun rindu juga dengan orang di sini. Orang di sana memang tahu orang di sini mana tahan berpisah lama-lama.  Ada lagi sorang pun rindu juga dengan orang di sana, tapiii buat-buat sibukkan diri, buat-buat taktau, main aja.

Tak apa, sikit hari lagi orang di sana balik bawa ole-ole, lepas tu orang di sini nak claim, orang di sana kena bawa orang di sini pergi jalan-jalan, pergi shopping, pergi sana-sini. Pomis tau.

Tunggu orang di sana balik sini la. Nak suruh orang di sana tengok betapa berubahnya orang di sini. Huuu. Janji jangan gelak eh =)

 Muka sebek je, asyik merajuk je. She missed her ABi so much.

Then, her ABi 3G called. Teruja tengok ABi mokkk. Muka tak muat skrin. Ngeee.

Orang di sana jangan bimbang, orang di sini survive. Sayang selalu ok. wink-wink-wink.

Punyala banyak aku cuci baju malam tadi, macam kedai dobi pun ada. Erk.

Thursday, 3 March 2011

Kalau dah perempuan.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera semua.

Kalau dah namanya perempuan, kalau dah anak mak, kalau dah suka memang tak boleh nak kata apa dah. Aku membebel kat mrABi, inisiatif pertama di ambil dengan membuat paku di pintunya dan ikat dengan reben.

Yes, budak ni ada otak cemerlang. Dia boleh buka dengan jayanya. Kemain comel jemari tembam tu menggodek reben sehingga ternganga kedua belah pintu.

Inisiatif pertama gagal, langkah kedua membuat selak besi, konon tak reti la dia nak buka nantikan. Bertukang depan mata dia, huh silap percaturanla. Selak siap, dengan selamba je dia ngangakan kedua-dua belah pintu lagi.

Dah malas nak larang, biarkan aja.


Melaram kasut mak dia, kemain. Nak heel je. Dah la tak suka pakai seluar. Aku tak faham sungguh.

Time to change. Tukar kasut lain pulak. Siap duduk kat kerusi lagi. Kemain kamu yerk.

Depan rak kasut dah berterabur kasut-kasut lain, habis kosong satu rak kasut. Dia dah tidur aku baru kemas balik semula sebab semak mata aku tengok rumah bersepah. Lagi-lagi nak buka pintu susah sebab kasut dah berterabur depan pintu.

Bila akal dah panjangkan? pandai pilih kasut, bila pakai pun sepasang dan tidak terbalik kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Bila aku bebel kat mrABi senang je mamat tu menjawab 'ikut perrangai siapa? kasut tu kasut siapa?' haih, diam je la, buat-buat tak dengar.

Aku pun dah jarang beli kasut kebelakangan ini, sebab taktau dah nak letak mana. Rak kasut je ada dua, penuh. Dalam stor pun ada lagi. Ngehehe. Kaki cam kaki spider. mrABi sound aku cenggitu, ceh! kasut dia sendiri pun banyak. Bbbuek.

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? hahaha. Terima ajala. 

Wednesday, 2 March 2011

Perjalanan Oni di kampung.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Baiklah, hari ini kita masuk part majlis doa selamat berlangsung. Aku tolong kemas-kemas je wei, nak celah tolong masak, serah pada yang pakar je la.

Buat kerja sikit, tapi banyak tidur dari buat kerja. Ada ke patutkan. Pagi Sabtu, aku teman mama pergi pasar. 1st time dia naik kereta yang aku drive. Hahaaa. Sticker P telah pun dicabut. Aku dengan rela hati cabut sendiri.

So far, dia dah berani la naik kereta dengan aku, kalau tak memang sampai bebila pun dia takut.

Serius aku banyak tidur dari menolong orang mengemas. Penat gila, macam aku yang drive balik Johor. Ngeee. mrABi rilax aja, Oni? jangan katala, jakun jumpa tanah. Kerja nak mengorek tanah, kerja nak berkebun kat belakang rumah. Memanjang dok berkepit dengan tokPapanya. 

Sikit pun dia tak hairan dengan orang ramai-ramai yang sibuk mengata dia itu dan ini. Dia paling kecik. Dengan skirt dengan singletnya, lencun dengan peluh dok ke hulu-ke hilir. Masam.

Bila majlis nak berlangsung Oni bantai tidur, tetengah alam, tetengah rumah tempat orang nak beryasinan. mrABi kejut mamai-mamai bangun. Kepenatan. Bila bawa ke tanah, tiba-tiba segar balik. Adoyai. Terus sambung main tanah. Gila jakun budak ni. Takpe bagi peluang.

Menu: Nasi putih, sambal goreng jawa, rojak sayur, sambal belacan, ayam masak kurma, ikan kering bulu ayam.
Cenderahati tetamu: Roti Mighty White, Jus Rossel, sumi jelly dan mi goreng.
Cenderahati rewang: Mug, coklat, gula-gula.

Masa makan, bacaan doa selamat di ruang tamu rumah, acara makan-makan di ruang tempat letak kereta. Rumah felda sahaja =)

Majlis berlangsung dengan jayanya. Lepas Isya' aku terus bertolak balik KL, kena singgah di Puchong dahulu untuk mengambil Kelisa Turbo mrABi. Oni ikut mrABi, aku drive seorang, follow dari belakang, banyak kali gak la tertinggal. Hahaaa. Kalau tak ikut belakang memang aku sesat. Hari dah pukul 1 pagi. Kepala pun dah bengong-bengong.

MrABi kemas baju siap-siap, tepat jam 9.30pg Ahad, dia pun bertolak ke Ipoh, berkursus di sana. Tinggal aku dan Oni. Huuu. Malam yang sepi-pi-pi, aku rindu ABi-Bi-Bi. Hiii. Gatai.

Aku nak makan mi bandung. Mi bandung. Mi bandung. Sewel sudah.

Tuesday, 1 March 2011

Anak dara mrABi.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera kepada yang aku sayang, yang sedang membaca ni la.

Ok, aku dapat MC Jumaat lepas dan cabut balik Johor. Balik kampung paling singkat, balik KL hari Sabtu malam. Hahaaa, hari Ahad aku bantai tidur lelebih, kesian mrABi terpaksa bangun awal untuk ke Ipoh pula.

Bertolak pukul 11pagi, singgah di Pejabat Pos Besar, Dayabumi terus ke Johor. Huiii seronok aku membantai tidur dengan Oni.

Makan KFC, donut ikan sebagai hidangan tengah hari. Oni makan bukan main lagi, siap cicah mencicah.

Sampai di Kota Tinggi, mrABi betulkan alignment tayar dan power window yang tersekat. Susah dia nak hisap rokok bila mengantuk. Gigih juga la pergi menukar dengan yang baru. Belum siap lagi proses penukaran, mama ngan papa aku sampai. Aku ngan Oni naik kereta mama papa pula, balik ke Bandar Kota semula sebab papa nak pergi klinik.

Oni suka je, sebab  dia dah bosan dok menunggu kat bengkel tu, aku dah malas nak mengejar sebab dia ayik nak main tanah, nak main panas.

Bila setel je urusan di klinik, mrABi sampai, papa terus balik rumah, aku, mrABi, Oni ngan mama terus ke Econsave Kota Tinggi untuk belanja. Sempat pula Oni main gelongsor kat depan Ekonsave tu, yang paling aku kagum, dia panjat naik papan longsor tu. Bukan naik ikut tangga. Haih.

Tak payah mak pak dia tolong, muka selamba je dia panjat. Cemerlang betul. Jatuh jangan kata la, berkali-kali tersadung, tapi tak nangis. Memang lasak anak dara aku ni.

Bila dah masam, pergi KipMart pula, mata dia geram je tengok kereta masuk syiling tu, hahaaa tapi dek kerana dah malam, masing-masing pun dah letih menonong je la kitorang naik kereta.

Dalam kereta tak reti nak diam, sesampai rumah tok mama, kepenatan. Elok je dia duduk berlunjur tengah-tengah dapur. Oniii, Oniii. Memang menghiburkan.
Pertama kali pakai sepit rambut dari makNgah Fiza. Baju pun makNgah Fiza bagi. Melaram sakan.

Tuan tanah nak interframe jugok. Ngeee, tension je Oni. Hahaaa.

Balik kampung serba merah, hari kenduri serba hijau. Warna tu je la yang biasa sedondon. Ahahaha. Oni la ni.