Friday, 30 September 2011

Setelah 2 hari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sementara masih berkesempatan ni kan, abi demam jadi rancangan balik ke Kota Tinggi, Johor di tunda kepada Sabtu petang, mungkin juga pagi jika masing-masing sudah bersiap sedia.

Mengintai di balik tirai pintu. Yes, my dear Oni. Hari pertama abi ambil aku keluar wad, Oni masih di rumah pengasuh. Bila abi turun ke kedai, diambilnya kakakOni sekali. Comel, girang macam biasa bila nampak mak dia. 'Haaa, mey-mey. haaa tu meyy' tu je la yang betul. Bila mahukan apa-apa, tetapla mama.

Umi proud of you Oni.

Elok je dia berlari mendapatkan aku, cepat je aku jerit 'baik-baik, adik tu'. Dia usha daripada jauh, terdiam. Baik-baik nak lajak naik tilam, terus corner jauh. 
'Baby, baby, do baby tidur' Dia hanya perhati daripada jauh. Masa aku mengandung Adli, dia memang baik, dia jarang buat perangai, dia jarang mengada-ngada. Bila Adli lahir, perangai mula nampak sikit.

Aku tau, aku dah tak boleh terlalu berkepit dengan Adli sahaja, aku ada dua yang perlu dimanja, dibelai, disayang dan yang paling penting aku tak boleh pilih kasih. Belum masuk abinya lagi. Itula pahala besar seorang isteri dan emak. 

Mujur juga Adli sangat mudah, bila aku susukan kenyang-kenyang dia hanya tidur dan langsung tidak meragam, kesempatan aku ada dibahagikan dengan waktu rehat dan Oni. Abi pula sungguh perihatin, dia tahu aku tak boleh handle Oni dengan Adli sekaligus, dia akan membawa Oni keluar ke kedai mahupun berurusan diluar.

Aktiviti menjadi semakin mudah, bila mama dan papa ambil alih menjaga Oni, diakan cucu kesayangan. Segala permintaan cucu itu dituruti, biar tiada rasa tersisih. Aku hanya duduk menjaga Adli dan makan sahaja. Hiii.

Serius, aku teruja.

Ye setelah 2 hari, setelah Oni memerhati daripada jauh, Oni sudah pandai memujuk Adli. Tetapi, maintain terlupa bila berlari, semua benda Oni nak pijak. Bila Adli tidur, Oni datang mendekati 'Syyhhh, syyyyhhh' sambil letak jari dimulut dan menepuk Adli. It's sooo sweet ok. Bila Adli menangis, Oni orang paling awal memujuk atau paling tidak, dia ikut sama bangun menemani aku menyusukan Adli pada waktu hampir Subuh :) That's my Oni.

Alhamdulillah, aku sudah pun sedikit cergas, mula belajar menyusun jadual untuk struggle breastfeeding. Betulla orang kata, bila semangat tak kuat memang mudah putus asa. Aku pun dah hampir putus asa bila nipple luka. Sungguh sakit, Adli kuat menyusu. Dia akan menyusu sehingga 30 hingga 45 minit. Hrmmm. Aku kena kuat, aku tak boleh putus asa.
Ini semua permulaan, aku kena belajar lebih lagi. Adli pun tahu dia ikut belajar. Doakan aku berjaya ye. 

Alhamdulillah. Kena panggil Oni, Auni semula untuk match dengan Adli. Auni dan Adli ;)

Thursday, 29 September 2011

Pada satu hari 27 Sept 2011.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ehehehe, ye aku dah selamat bersalin, terima kasih kepada yang sangat perihatin, mamaMikhail orang pertama dapat gambar ekslusif coro dan ibu aqil orang pertama membuat entry pasal coro.

 Norerfan Adli bin Norerwandi

Once upon the time on 27 September 2011, siap keluar satu entry konfius kontraksi ke ni? dengan sakit perut. Komen untuk entry itu masuk dengan pantas. Aku sempat baca satu-persatu yang masuk, tapi biasalah nak balas memang hari yang mendatang. 

Aku menghubungi Puan Azura, mama beranak dua sepasang, kerana hari lahirnya pada hari ini. Lepas tu aku layan game, layan kerja, chatting dengan gelak-gelak, layan internet macam biasa, cuma agak malas nak tinggalkan komen je. Ampunkan patik penunggu gua. Kepala asyik ingat kontraksi ke, sakit perut ke?

PA siap ajak aku pergi makan-makan pada hari Khamis nanti di McD sambil tu sibuk dia nak tengok perut aku. Dia memang suka pegang perut aku. 'Oiii, kerasnya', 'kau bukala aku nak tengok perut kau' suka hati dia nak suruh aku menayang kebuyongan aku ni. 'ko gila bawah CCTV ni, aku rasa aku bersalin malam ni kot, ni pun macam nak terkeluar je ni' ahahaha baru aku tau mulut aku masin. Wakakaka.

'Oii ko biar betul, nak kena panggil ambulan sekarang ke' eh! minah ni serius ke nak panggil ambulan? 
'arrr takyah, aku panggil ambulan peribadi je, tunggu la kejap2 lagi' dia gelak-gelak. Dan, aku sempat makan tengah hari dengan bergurau-gurau. Kontraksi semakin kerap, puas aku berbalas chatting dengan seorang blogger SHU namanya, dia melahirkan anaknya di PPUM,KL secara normal. So nak tau pengalamannya.

Dulu, aku share pengalaman bersalin di PPUM. So, sekarang kita tukar. Thanks Shu. Dia minta aku catat masa bila aku sakit, gigih aku catat bila asyik kena ganggu dengan budak-budak opis ni dok nak berbual. Main lama-makin kerap. Menjelang petang, menjadi makin kerap. 5minit, 4minit. Haih! tepat jam 4pm, aku panggil ambulan peribadi datang. 

Aku ingat dia bawa kereta, rupanya dia datang dengan motor. Aku pergi hospital merempit. Sempat aku warning, jangan langgar lubang. Lebuh raya mana ada lubang, cuma jalan tak rata seksa gak. Sampai bumper betul-betul sakit datang, nak meraung aku rasa.

2.97kg pukul 8.33mlm

Dia tinggal aku, pergi parking motor. Aku terus naik ke tingkat 3, wahaha. Masih tersengih-sengih lagi sampai staff tu ingat aku adalah salah seorang staff di situ, mungkin sebab aku terlalu peramah agaknya. Kan hari tu dah masuk labour room sebab tiada entry tapi ada cerita. Bila dah serah beg dan baju, aku diminta tunggu di bilik 8, ada sekumpulan doktor pelatih mungkin sedang ronda-ronda bilik ke bilik. Aku tak berkenan sungguh. Dalam hati jangan diorang datang bilik aku. Tak kosa nak layan masa sakit-sakit ni.

Ye memang dorang tak datang, tapi ada seorang tu pergi tutup lampu bilik aku. Terdiam aku, mungkin dia ingat bilik tu tidak berorang. Cepat aku keluar pergi kaunter pendaftaran. Bising mulut staff wanita itu memarahi mereka yang menutup lampu. Miahaha, senget betul sebab nama aku memang dah ada pada whiteboard bilik bersalin.

CTG dipasang, ye memang ada kontraksi. CTG cantik katanya. Dan, aku memang berdoa biarla bersalin malam ni je, aku bersedia. Masuk sekumpulan doktor, aku kenal doktor tu tapi tak sure namanya, dia yang cerita pasal kenapa perlu risau? dia sendiri tergelak-gelak tengok lukisan dia pada fail aku. Tak tunggu lama, terus dia cek bawah, dah buka 3-4cm. 'saya nak pecahkan ketuban' oiii memang getir. Beria-ia suruh aku tarik nafas, tapi tak sempat aku tarik dia dah seluk. Stress aku tau.

Tiba-tiba rasa panas je, hahaha siapla rasa kontraksi yang maha sakit lepas ni. Aduiii, setiap kali sakit aku berzikir, aku pegang besi katil bila sakit tu makin kuat. Aku biar je sakit tu datang, mampu lagi senyum dan berbual. Pergh! memang aku menikmati rasa tu. Masuk dua orang staff nurse. Dorang kata dorang nak sambut, ye aku percayakan mereka sebab? aku kena percaya, sakit dah tak boleh di tahan.

'Dah nak teran ke?' dia tanya aku. 'Errr? teran?' aku menjawab. Bila dia suruh aku angkat kaki, pegang pergelangan kaki, dagu bertemu leher. 'rambut dah nampak, senangnya, boleh beranak 10?' katanya lagi. 

'Apa 10? errr, kejap-kejap nak ambil nafas' aku tarik nafas, masa kontraksi aku teran. Satu suara tak keluar. 
'Bagusnyaaa, sikit lagi, curi nafas, uiii sangat senang, sangat mudah' masing-masing kata senang.
'Kejap-kejap' aku lagi. 'ko ni dik, kejap-kejap. nak keluar dah ni' bising nurse tu, aku sengih lagi. 'teran macam nak berak, bagus betul boleh ketawa lagi tu' nurse lagi. Memang pun, aku kata kejap sebab nak tarik nafas panjang-panjang.

'Alhamdulillah ko memang senang dik, dah tau baby apa?' tanya nurse tu sambil dia pegang coro, tembam siut si coro ni. Dan aku rasa, abi dah pun balik rumah time ni. 
'lelaki' aku jawab dengan konfiden.
'mana ko tau ni?' sambil pegang coro dia ngacah aku lak.
'scan hari tu dah nampak' hehehe aku gelak sempat tengok dak yang tengah basah kuyup tu.'percaya sangat pada scan' kata nurse tu lagi bergurau-gurau di malam hari.
'Eh, dah habis ke?' Apabila tugas seterusnya diambil alih oleh doktor lain pula, keluarkan uri. Aku menunggu juga saat aku dijahit. Tapiii semua macam tak kisah je.
'Errr, jahit sakit tak?' selamba kodok aku tanya doktor lelaki cina. 'Dia senyum, dah tak ada yang sakit, semua ada bius'. Mujur ko ensem doktor, hilang habis sakit aku. Masuk lagi sorang doktor, korek-korek lagi bawah aku. Aiii, macam dah rabak benar gamaknya.
'sikit je tu koyak, tak payah jahitla' pergh, lega dah habis sesi seluk menyeluk.
'puan koyak sikit je, tak perlu la jahit' aku tau sebab apa koyak, sebab aku angkat montot tadi, excited nak meneran. Hihiii.

Habis sesi di labour room, aku di hantar ke wad. Ni best ni, rasa macam dalam drama je. Hihiii. Tak lama lepas tu, abi datang. Dapat kiss daripada dia. Huhuuu. Bila dia balik, sebab bukan waktu melawat aku dapat jumpa coro. Huuuu, comel, gebu, tapi taktau la rupa siapa. Hihiii!

Aphal dalam gambar dak ni nampak gebu benar?

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Allah berikan aku sepasang zuriat yang sangat bermakna, Allah berikan aku kesempatan bersalin normal. Allah perkenankan doa hambanya bila kita sentiasa ingat padanya. Syukur. 

Coro juga pandai hisap breast. Harap tiada masalah untuk aku breastfeednya selepas ini. Esoknya, aku dah pun bersiap untuk pulang ke rumah. Selepas coro diberi suntikan dan urusan pembayaran selesai, aku balik ke rumah. Pada hari ini, insyaALLAH nama untuk coro yang telah dipilih abi NORERFAN ADLI bin NORERWANDI atau pun NurIrfan Adli dalam jawinya bermakna, Cahaya Kesyukuran Keadilan. 

Sekian sahaja, cerita bersejarah pada hari Rabu. hehehe. Terima kasih yang mengucapkan, terima kasih yang buat entry, terima kasih yang sentiasa perihatin, terima kasih yang baru mahu bersahabat. Sungguh, aku berasa sangat terharu, aku akan berpantang di Kota Tinggi, Johor. Buat masa ini, masih lagi di KL berikutan menguruskan hal pendaftaran Adli di sini.

Tuesday, 27 September 2011

Kontraksi ke ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa tu la kan, aku di opis ni. Bila duduk rumah, macam biasa la tak reti duduk diam. Doktor suruh berehat, tapi aktif mengalahkan macam duduk di opis. Better duduk opis mengadap pc sampai waktu balik. 

Still bleeding tapi aku dah malas nak mikir ke hospital lagi. Karang dikata, jalan belum lagi buka. Coro still aktif macam biasa, cuma lately agak malas dia nak bergerak sebab ruang semakin sempit. Tapi, malam tadi aku kerap sangat sakit mengikut selang masa 15 minit sekali. 

Sampai tidur aku tak lena, kontraksi ke tu? atau, akibat daripada makan tak berhenti daripada hari Sabtu lepas atau akibat daripada makan pisang terlalu banyak? muahaha, teringin gila nak makan pisang dengan buah mangga. Semalam, gigih ikut abi pergi beli di pasar malam. Habis setengah sisir aku ngejakan pisang tu, muahaha.

Ni pun aku breakfast dengan pisang, akibat makan daripada hari Sabtu (masak sendiri), Ahad (kenduri rumah mertua) tu pun, mungkin juga. Mana tidaknya, aku belum dapat membuang isi perut dengan sepuas-puasnya. Hanya dapat buang sikit-sikit berbanding dengan apa yang aku makan. Bila dah macam tu perut pun rasa sempit dengan Coro yang makin menggebu.

1st time pakai sama dengan Oni, baju raya daripada tokMama.

Aiii, still rasa macam nak patah pinggang ni, sakit siut. Tapi bila alih kedudukan rasa ok sikit. Karang nak berjalan, macam rasa nak bercinta. Huuu, rasa Coro betul-betul dah nak keluar. So, nak tunggu ketuban pecah ke eh? waaaa... tolong-tolong.

Abi memang dah prepare je, aku kata hospital je dia terus hantar. Pokoknya, aku ni. Haih! Payah pula rasa nak buat keputusan. Si Oni dah di rumah pengasuh, so biar je la dia kat sana tu. Tunggu je la lagi kan? Aku dah siap mimpi-mimpi si Coro ni keluar minggu ni. Hahaha! Adoiiila.